20 Januari 2009

DaRiPaDa SiSTeM HaMBa aBDi Ke PReSiDeN

TAHNIAH!!!
Sebentar lagi masyarakat Amerika Syarikat akan menerima seorang Presiden baru yang buat pertama kalinya dari golongan orang kulit hitam yang dulu dikenal sebagai hamba abdi.Majlis angkat sumpah yang akan dilakukan Barrack Obama hari ini di White House sebenarnya menggalas harapan yang pelbagai daripada masyarakat Amerika Syarikat sekali gus harapan dunia terhadap negara besar itu.
Pelbagai kelebihan dan keistimewaan yang telah kita dengar dan meniti dari bibir ke bibir seterusnya menjadi harapan semua orang terhadap beliau. teringat kata-kata beliau terhadap isu Israel-Palestin yang meminta beliau dalam mencari penyelesaian kepada perang zalim tersebut, beliau berkata"isu ini hanyalah daripada sebahagian kecil daripada apa yang akan beliau lalui selepas ini".Kelihatan beliau seperti sudah bersedia.apa yang akan berlaku tak siapa tahu...setakat ini yang didengar hanya reaksi positif daripada pelbagai pihak terhadap Obama.
HOPE AND CHANGE!YES..WE CAN!!!
semoga ada sinar baru yang dibawa pemimpin dunia itu selepas era 'Presiden Perang' yang dikepalai Presiden Bush berakhir...
sekian.

2 ulasan:

KeFaHaMaNku berkata...

apa guna "watak utama" ditukar, andai "pengarah pentas" masih orang yang sama..

apa guna "puppet" diganti, andai "puppeter" masih yang dahulu..

apa guna "presiden" yang baru, andai "think-tanker" masih si zionis..

p/s: hehehe.. ayat proper-ganda..

penawar yang diredhai berkata...

perubahan memerlukan masa.bilamana sesuatu perkara sudah sebati dalam pemikiran masyarakat...memang susah utk mengubahnya.namun segalanya pasti.konsep wait n see mgkn boleh diguna pakai dalam hal ini,namun bukan menunggu yang sia-sia..wallahua'lam..

NOTA buat da'ei. Apabila kita sendiri diuji dengan apa yang sering kita dakwahkan, itu petanda Allah sedang mendidik kita agar melaksanakan apa yang kita perkatakan. Bersyukurlah kerana Allah masih sudi mengingati kita dalam usaha kita mengingatkan manusia. -khas buat diri yang faqir ini-