30 Januari 2009

ReaLiTi HiDuP MaSYaRaKaT LuaR...CuKuPKaH SuMBaNGaN SeoRaNG MaHaSiSWa???

Salam ukhwah dan salam kasih sayang..
Alhamdulillah,Allah telah memberi kesempatan kepada Persatuan Mahasiswa Kedah(PERMADAH)Universiti Malaya untuk membawa ahlinya untuk mendekati masyarakat luar bandar. jika selama ini kita hanya mendengar kisah kehidupan masyarakat luar terutamanya dipenempatan seperti KEDA,FELDA,FELCRA atau tempat-tempat lain, namun bilamana kita diberi peluang untuk bersama dengan mereka pasti memberi satu pengalaman yang berbeza.
Penduduk kampung KEDA yang kami kunjungi dan bersama dengan mereka selama 4hari 3 malam ini cukup baik.mereka amat meraikan kehadiran kami dengan menyediakan sebaik mungkin keperluan walaupun dalam serba kekurangan.kasih sayang yang diberikan tanpa syarat.hingga saat perpisahan diiringi dengan airmata tanda berat hati melepaskan anak-anak angkat ini pulang.
Pengalaman yang cukup bermakna telah kami perolehi disana, namun apa yang dapat disimpulkan,masih banyak kekurangan yang perlu disempurnakan.Tugas seorang mahasiswa bukan sekadar turun menjadi anak angkat dan kemudian pulang semula ke kampus tanpa memberi apa-apa kesan disitu.dari pandangan mata kasar,hal-hal agama masih disampingkan dalam kehidupan masyarakat disini.menjadi satu tanggungjawab seorang mahasiswa yang berilmu untuk membantu masyarakat dalam hal ini.pengalaman yang dilalui disana,ada kanak-kanak yang baru belajar sembahyang bila tengok kakak2 dan abg2 angkat sembahyang.inilah nilai yang mahasiswa perlu terapkan dalam masyarakat.
Penglibatan mahasiswa dalam masyarakat semestinya memberikan faedah yang besar dalam masyarakat dan juga mahasiswa itu sendiri.masyarakat tentunya mengharapkan sesuatu daripada mahasiswa yang hadir ke tempat mereka. daripada survey yang dijalankan rata-rata golongan masyarakat disini adalah tidak berpendidikan.jadi,apa usaha mahasiswa membantu masyarakat luar supaya mereka tidak menjadi picisan dalam negara ini.
Banyak isu yang timbul di dalam program dan ditempat program,di tengah masyarakat yang perlu mahasiswa cakna terhadapnya.hal ini kerana pada suatu hari nanti mahasiswa yang bergiat dilapangan kampus ini akan berada di dalam masyarakat juga.jadi,penting untuk mahasiswa mengambil berat pengalaman yang telah dilalui.apakah usaha kita yang sekecil ini cukup untuk kta bantu masyarakat diluar sana..fikir-fikrikan...
wallahua'lam

20 Januari 2009

DaRiPaDa SiSTeM HaMBa aBDi Ke PReSiDeN

TAHNIAH!!!
Sebentar lagi masyarakat Amerika Syarikat akan menerima seorang Presiden baru yang buat pertama kalinya dari golongan orang kulit hitam yang dulu dikenal sebagai hamba abdi.Majlis angkat sumpah yang akan dilakukan Barrack Obama hari ini di White House sebenarnya menggalas harapan yang pelbagai daripada masyarakat Amerika Syarikat sekali gus harapan dunia terhadap negara besar itu.
Pelbagai kelebihan dan keistimewaan yang telah kita dengar dan meniti dari bibir ke bibir seterusnya menjadi harapan semua orang terhadap beliau. teringat kata-kata beliau terhadap isu Israel-Palestin yang meminta beliau dalam mencari penyelesaian kepada perang zalim tersebut, beliau berkata"isu ini hanyalah daripada sebahagian kecil daripada apa yang akan beliau lalui selepas ini".Kelihatan beliau seperti sudah bersedia.apa yang akan berlaku tak siapa tahu...setakat ini yang didengar hanya reaksi positif daripada pelbagai pihak terhadap Obama.
HOPE AND CHANGE!YES..WE CAN!!!
semoga ada sinar baru yang dibawa pemimpin dunia itu selepas era 'Presiden Perang' yang dikepalai Presiden Bush berakhir...
sekian.

JaNJi ALLaH iTu PaSTi...

Salam kasih sayang untuk semua..
ana terlalu gembira sangat ini.baru balik dari DTC,lepas Pro-Mahasiswa menang besar dalam pilihanraya kampus kali ini. Ya Allah,betapa besar kuasa-Mu.Allahuakbar!!!
tadi saat di umum jumlah calon umum,badan ana menggeletar saat melihat jumlah undi Syazwan.Bila di umum jumlah undi Hafiz Ilyas, saat itu air mata ana dah mengalir. Saat itu juga terasa seolahnya jatuh gugur semua rasa letih, penat dan sebagainya yang bertandang dalam badan.Saat tue ana menangis teresak-esak. Tambahan di sekeliling ana semuanya menangis.airmata kesyukuran..
Laungan doa wehdah bergema di segenap ruang DTC,saat itu airmata makin laju.satu kata hanya terlahir...Alhamdulillah..syukur pada-Mu Tuhan.Pro-Mahasiswa menyapu bersih kerusi umum.8 daripada 9 kerusi dimenangi Pro-Mahasiswa.Alhamdulillah,manisnya kemenangan ini.Terima kasih Ya Allah.Ucapan syukur berselang dengan ucapan tahniah.semua yang hadir keluar ke depan DTC dan membuat sujud syukur..Alhamdulillah.
tiada kata-kata mampu ana luahkan.yg pasti sekalung tahniah buat calon dan penggerak Pro Mahasiswa.Menang atau kalah bukan ukuran.Menang bermaruah,kalah juga bermaruah.Ana coretkan rasa kagum yang tak terhingga atas kesungguhan adik-adik calon Pro-Mahasiswa dari Fakulti Sastera dan Sains Sosial.Kamu sebenarnya menang dimata dan dihati kami..!!!Tahniah.
Ana bersyukur ana sempat merasa kemenangan Pro-Mahasiswa di Uni Malaya ini.selepas ini lebih banyak kerja yang perlu dilakukan untuk mengisi kemenangan ini. MOga Allah beri kekuatan kepada semua calon yang menang, dan jauhkan fitnah atas kejayaan ini.
Kemenangan perlu di isi..!!!
Sesungguhnya janji Allah itu pasti,lambat atau cepat..kebenaran pasti tertegak jua...
Salam kemenangan..Salam Perubahan..Salam Mahasiswa Merdeka...
Takbirrr!!!!

Wajah-wajah Pemimpin Mahasiswa...

19 Januari 2009

KeNaPa BeGiNi..?????

Salam Ukhuwwah dan Salam Kasih sayang.
Ana baru pulang dari sesi pengenalan calon.Suasana cukup meriah malam ini.Dengan kehadiran yang amat ramai,cukup membakar semangat.Laungan keramat yang bersahut,bergema disegenap ruang.
STUDENT POWER!!!
HOPE&CHANGE...YES!WE CAN..!!!
HIDUP..HIDUP..MAHASISWA!!BANGKIT..BANGKIT..MAHASISWA!!!
Itulah laungan keramat yang bergema malam nie dan pastinya akan sentiasa bergema selepas ini.itu harapan ana dan harapan semua mahasiswa yang inginkan keadilan kembali tertegak di uni perdana ini...
Namun pilihanraya kali nie cukup kotor ana rasa... lebih teruk dari apa yang berlaku dalam dunia politik diluar...
memetik kata-kata Menteri Pengajian Tinggi dalam siaran berita tengahari tadi,lebih kurang bunyinya begini,"saya cukup tertarik dengan suasana pilihanraya yang berlaku di Kuala Terengganu yang berlangsung dengan aman walaupun rakyat disitu bukan semuanya berpelajaran.Tapi bagaimana isu begini boleh berlaku dikalangan mahasiswa yang berpendidikan...."lebih kurang gitu la bila diminta mengulas isu penemuan kepala babi yang dibungkus dengan bendera pas yang diletakkan di dalam surau APIUM.
Macam mana la benda macam nie boleh jadi kat Uni Perdana nie..pelik..pelik..
Isu kat luat yang melibatkan kepala babi nie pon,diaorang jumpa gantung kat rumah.buang kat tepi pantai..tak der la sampai berani letak dalam masjid!Bijak sungguh pelajar Uni Perdana nie...Berani Sungguh!!!
Entah kenapa ana yakin yang kerja itu bukan dilakukan oleh orang bukan Islam.semua ini dilakukan oleh pihak yang sengaja nak tengok perbalahan antara kaum dalam kampus nie.itu jangkaan ana,yang pasti..kalau polis buat kerja..siapa dalangnya akan terbongkar nanti.
Malam tadi saat airmata Ayuni mengalir,ana turut sama berkongsi kesedihan itu.tergamak seorang insan yang menggelarkan diri sebagai ayah melukakan hati anak gadis yang dipanggil anak.tergamaknya dia mengheret sama insan yang paling mulia dalamn hidup anak gadis ini gara dendam dihati.bagaimana agaknya jika anaknya turut diperlakukan seperti apa yang dilakukan pada Ayuni.Namun ana tau,Ayuni kuat..sebab itu dia yang menerima ujian ini.Moga dirimu terus kuat dik!
Apa yang berlaku sepanjang tempoh pilihanraya ini banyak membuka mata ana. betapa kuasa mampu merubah semuanya.tapi ana percaya,dunia nie bulat.tak selamanya kita diatas...tak selamanya jugak kita dibawah.apa yang penting,dalam tempoh yang sudah hampir ini...moga Allah terus beri kekuatan.apa yang bakal jadi esok...tak siapa tahu.namun apa juga yang bakal terjadi semuanya ada hikmahnya.
ana tak tau apa yang ana dah merepek.galau hati nie sebenarnya. sepanjang jalan tadi ana menangis.makin parah generasi muda hari nie...
ana nak berenti disini..maaf..tak mampu lagi.doakan bersama untuk mencipta sejarah hari esok...Moga Allah bersama kita.
Wallahua'lam..

15 Januari 2009

SeoLaH KeMBaLi Ke MaSa LaLu...

Salam ukhuwah dan salam kasih sayang...
Niat dihati mahu menukilkan sesuatu tentang apa yang ana lalui semalamn. namun kesuntukan masa membuatkan ana terpaksa tangguhkan sementara niat itu. Mungkin ramai mengetahui peristiwa besar yang berlaku di Universiti Malaya semalam. 14hb merupakan hari penamaan calon untuk pemilihan wakil MPM baru. Seawal jam 8.00pg gelombang oren sudah mewarnai dihadapan Fakulti Kejuruteraan. Laungan suara Pro-M bergema disegenap ruang. Lama benar merindui suasana ini. Jika setahun lalu ana dalam soff calon yang bertanding,kali ini ana dalam barisan sebagai wakil calon kepada adik sefakulti yang bertanding. Lain rasanya,terlampau excited berarak sampai tertinggal calon. mula la melilau mencari calon sebab da masanya untuk membuat penamaan. siap bertekak ngan pak guard lagi.adusss!!!salah faham sikit.da mintak maaf pon.hehehe..
Selesaikan urusan calon,kena pulak menunggu untuk semak biodata. ana da gelisah,nak ke kelas.tapi calon cakap ponteng jer..alaaa..berat hati.rupa-rupanya tak perlu semak biodata,kena g ambik gambar terus. Ya Allah,ruginya...terlepas kelas. memang geram sangat dengan pegawai yang bertugas,banyak benda yang kita tanya diaorang tak tau.arghhh!!!macam biasa lepas siap gambar dan taip manifesto,masa untuk bantahan.sumer bantahan yang dibuat ditolak. dah agak...but it's ok.
suasana yang agak kelam kabut, dengan sakit kaki sebab tak berenti berjalan ana rasa nak baring jer kejap.tapi suasana tak mengizinkan.
selesai semua urusan untuk hari itu,kira-kira jam 7.00malam ana balik rumah kejap.malamnya ada pengenalan calon,dan perlu selesaikan urusan berkaitan wakil calon. dengan gambar tak cukup.messy!!! Lepas solat isya' terus datang semula ke audi kps.ingat dah lewat tapi majlis baru jer start. ulang alik ke audi dan bilik Hep untuk uruskan wakil calon.sempat balik ke rumah sebb kena ambik gambar wakil calon.argggggghhhhhh...sangat kelakar. heehhehehe..
sesi semalam berlangsung cukup hangat. asakan soalan daripada mahasiswa menjadikan audi kps hangat..sangat hangat...! itupun hanya sebelah pihak yang bersuara. meminjam kata-kata POk Jak,mungkin pihak yang lagi satu belum berani..penakut mungkin.atau memang penakut...hahahahha..whatever!!!
hari nie kempen bermula.ana tetap ke kelas jam 8-9.30pg.selagi ada peluang kena manfaat betul2.lagipun ana dan wakil calon bergilir untuk berkempen.sebolehnya selagi ada masa cuba untuk masuk ke kelas.
jam 11pg ana kena buat sesi kaunseling.klien da datang,kesian dia kena tunggu sebab ana brief calon masa tue.Alhamdulillah,setlle asgmnt untuk esok.tinggal buat laporan je.(tgah siapkan laporan sambil update blog.heheheee) apa pon masih ada 3hari yang ana kira langsung tak membantu untk kempen disebabkan harinya jumaat,sabtu n ahad. mana la da orang kat fakulti..ntah ape-ape jer...
apapun,perjuangan perlu diteruskan.InsyaAllah,menang kalah itu urusan Allah.sehabis mungkin ruang dan peluang akan diambil untuk mencipta kemenangan.
Meminjam kata-kata wakil calon ana dulu(abg ijan and abg shahid),kalau boleh sebelum keluar dari fakulti pendidikan dan UM nie..nak tengok jugak kemenangan Mahasiswa mencipta perubahan untuk universiti.Student POwer!!! Hope and Change...YES,WE CAN..laungan keramat ini moga menjelmakan kemenangan pada 19 Januari ini.InsyaAllah.Doakan kami...
Wallahua'lam...

06 Januari 2009

Kita dan Palestin

Jika anda berniat mendermakan sebahagian daripada wang anda untuk Palestin, anda sebenarnya masih tak faham-faham isu Palestin. Palestin bukan soal derma dan sedekah. Palestin adalah jihad dan kewajipan. Tuhan kita berkata, berjihadlah dengan harta dan nyawa kamu..

Wang, bahkan nyawa setiap umat Islam adalah tagihan Allah untuk bumi yang disucikanNya itu. Tiada muslim yang tidak mengambil bahagian di dalam jihad Palestin sepanjang zaman kecuali tuahnya pasti direntap bumi suci itu di akhirat nanti.

Palestin adalah ujian Allah

Palestin adalah sebahagian ujian Allah ke atas umat nabi Muhammad sallaLlahu alaihi wasallam. Dari tiga bumi suciNya ( tanah haram ) itu, Allah memberi keamanan untuk Makkah dan Madinah, tetapi tidak untuk Palestin. Palestin sentiasa berdarah dan jika ia aman seketika atau lebih lama daripada itu, di sekelilingnya adalah penuh dengan komplot dan konspirasi musuh untuk merampas dan menghancurkannya kembali.

Ia menjadi rebutan sepanjang zaman untuk umat tiga agama langit yang memiliki kitab samawi masing - masing yang mendakwa sejarah pendudukan dan pemerintahan di situ. Jika tidak kerana Allah menghukum dan memutuskan bahawa bumi haramNya itu adalah milik hambaNya yang bertaqwa yang berada di atas jalanNya yang lurus, iaitu Islam, agama tauhid nabi Ibrahim al hanif alaihissalam, iaitu datuk kepada ketiga - tiga umat tersebut, maka tiadalah umat Islam memiliki hujjah mutlak untuk memilikinya.


Cinta Palestin tanda iman dan taqwa

Mencintai Palestin adalah tanda iman dan taqwa. Kita mesti mencintainya melebihi kecintaan kita kepada tanah air sendiri.

Roda zaman yang berpusing menentukan bahawa bangsa Yahudi telah berjaya merampas dan mendudukinya kini selepas perjuangan lama mereka untuk menguasainya semenjak ribuan tahun dahulu. Selepas mereka menguasainya, impian dan angan - angan mereka begitu memuncak bahawa merekalah anak - anak tuhan yang diberkati segala tindakan mereka.

Hanyalah yang menghantui keyakinan mereka adalah pengetahuan tersembunyi mereka bahawa Palestin ini sebenarnya dan kesudahannya adalah milik umat yang menjadi musuh nombor satu mereka. Mereka tahu Palestin adalah untuk umat Islam.

Hari ini, saat kita dan seluruh umat Islam cuba membina keyakinan dan azam baru di awal tahun baru hijrah, Palestin dibedil dan dibakar oleh Yahudi, musuh Allah, malaikat, manusia dan seluruh makhluk kecuali syaitan daripada kalangan jin dan manusia.

Negara Israel hari ini yang menghimpunkan bangsa Yahudi sedunia itu tahu bahawa mereka tidak boleh hidup dengan hidupnya Islam. Justeru harapan, azam, keyakinan dan masa depan umatnya harus sentiasa dilumpuhkan dan dipadamkan dengan apa jua senjata dan peralatan. Umat Islam mesti kekal putus asa, putus harapan dan putus hubungan dengan tuhannya.

Membunuh umat Islam adalah ibadah dan persembahan mereka kepada tuhan mereka yang mereka ciptakan sendiri.

Cerita yang panjang

Palestin ceritanya panjang dan akan terus memanjang sehingga kiamat. Bermula keamanan dunia adalah dengan amannya Palestin dan bermula kecelakaan dunia adalah dengan celakanya keadaan di bumi Palestin. Begitulah Allah menetapkan sunnahNya bahawa Palestin adalah ujian kehidupan manusiawi.

Anda mesti tahu dan mesti akur bahawa lecehnya pengetahuan anda tentang Palestin adalah petanda lecehnya anda di sisi perjuangan Islam.

Jangan harapkan negara-negara Arab untuk mengembalikan Palestin. Sehingga semalam pun, mereka tidak mampu menyapu dan membersihkan diri daripada tohmahan bahawa mereka adalah sebahagian konspirasi pengeboman di Genting Gaza. Mereka membisu seperti bisu anak dara yang melakukan zina. Negara Arab yang berzina dengan Israel! Ah, sejak bila mereka menerima kehadiran HAMAS? Apatah mengiktiraf mereka sebagai rakan hidup dan mati? Sedangkan mereka tahu bahawa HAMASlah nyawa dan nadi umat Islam Palestin hari ini.

Anda hanya perlu meneka, siapakah yang lebih takutkan HAMAS? Israel atau Arab nasionalis syirik itu sendiri?

Jangan pula mengharapkan negara kita. Negara kita tidak akan menyokong HAMAS sebab HAMAS adalah saudara PAS. Mengharap pemerintah negara bertindak untuk Islam di Palestin adalah seperti mengharapkan perempuan mandul melahirkan anak atau seperti mengharap lelaki yang telah dikasi untuk mensyahwati perempuan.

Dalam dunia yang penuh nifaq dan kekufuran, harapan adalah terletak di atas bahu sekelompok umat Islam yang berjuang untuk kembali kepada Islam yang sebenar. Harapan dan keyakinan masa depan adalah daripada umat yang bersedia menghidupkan kewajiban berjihad fi sabiliLlah.

Setiap kita mestilah mengambil bahagian melaksanakan kewajiban membebaskan bumi suci Palestin.

Jika 10,000 umat Islam di Malaysia menyimpan RM100.00 setahun untuk perjuangan membebaskan al Masjidil Aqsa daripada cengkaman zionis Yahudi, maka wakil pejuang Islam Palestin yang datang ke negara kita akan pulang ke medan jihad dengan RM1 juta dari rakannya di Malaysia.



Allah terima taqwa di dalam dada

RM1 juta itu banyak tetapi ia adalah terlalu kerdil di hadapan bilionan dolar yang dibelanjakan oleh Yahudi dan sekutu Amerikanya untuk menjajah tanah suci itu. RM1 juta itu banyak, tetapi ia adalah sedikit di banding 15 juta umat Islam di negara kita. Atas nama kewajiban ugama, umat Islam di Malaysia semestinya mengeluarkan puluhan juta ringgit untuk perjuangan suci ini.

Sekali lagi, usah mengharap dan berangan wang saku kerajaan nasionalis Melayu akan tumpah walau setitik ke Palestin. Jika ia menitik, ia akan jatuh ke anak mata buat mengaburi pandangan mata. Pemimpin nasionalis Melayu ini pula, bila masa mereka cukup duit? Mata mereka tidak melihat kecuali duit.

Allah tidak menerima RM100.00 yang kita keluarkan itu. Allah menerima taqwa di dada kita. Taqwa kitalah yang akan menggapai Tuhan dan ridhaNya. Ertinya, bukanlah RM1 juta yang perlu kita kumpulkan daripada 10,000 umat Islam di Malaysia, bahkan kita memerlukan sejumlah hambaNya yang bertaqwa yang berjuang di atas jalanNya yang benar. Apabila ada taqwa, adalah wang yang dikeluarkan atas nama kewajiban dan jihad.

100 orang kaya di negara kita yang bertaqwa sudah cukup untuk menghantar RM1 juta atau lebih ke Palestin. 1000 umat Islam daripada masyarakat bandar pertengahan yang bertaqwa sudah cukup untuk menghasilkan RM1 juta untuk Palestin.

Jika setiap kita bertekad untuk menggabungkan diri dalam 10,000 umat Islam negara yang tidur bangunnya adalah untuk Palestin dengan berazam menjadikan perjuangan membebaskan bumi suci itu sebagai sebahagian amal jihadnya di hadapan Allah di padang mahsyar kelak, pastinya kita mampu saja menghantar RM10 juta setiap tahun ke sana.

Ia adalah jumlah yang sedikit. Tetapi bayangkan betapa gembiranya rakyat Palestin, terutama para pejuangnya apabila mendengar jumlah wang sebanyak itu datang daripada saudara mereka di Malaysia yang menyokong perjuangan mereka. Bayangkan betapa roh jihad mereka akan semakin panas dan membara buat membakar Yahudi laknatuLlah itu.

Saya membubuh angka agar anda tahu bahawa Allah mengurniakan pahalanya dengan angka dan juga berat. Dua rakaat masing - masing di Masjid Nabawy, di Masjidil Haram dan di Masjidil Aqsa adalah bersamaan lebih ratusan ribu rakaat berbanding dua rakaat dan sujud anda di masjid Putra Jaya atau di balaisah di hadapan rumah anda.

Bukan negara - negara umat Islam yang hidup penuh dayus dan nifaq hari ini yang akan membebaskan bumi Palestin daripada penjajahan. Mereka adalah bagai buih - buih yang dilambung ombak tanpa perlu dihirau hitung berapa beratnya.

Sudikah setiap kita untuk mendaftar diri sebagai pejuang Islam untuk pembebasan Palestin?

*Sumber : Ustaz Nik Abduh Nik Abdul Aziz
NOTA buat da'ei. Apabila kita sendiri diuji dengan apa yang sering kita dakwahkan, itu petanda Allah sedang mendidik kita agar melaksanakan apa yang kita perkatakan. Bersyukurlah kerana Allah masih sudi mengingati kita dalam usaha kita mengingatkan manusia. -khas buat diri yang faqir ini-