26 Mei 2010

:.KoMPaS CiNTa...SeMua PeRLuKaNnYa.:

Salam ukhuwah dan salam kasih sayang. Salam keceriaan dengan rasa syukur atas segala nikmat pemberian-Nya. Alhamdulillah, mata masih mampu melihat ciptaan-Nya, Bibir dan lidah masih mampu mengalun zikir dan mengucap syukur pada-Nya. walau terkadang alpa dan leka, namun nikmat-Nya masih melimpah ruah kepada kita. Alhamdulillah...
Ana sedang mengecapi nikmat masa terluang, masa yang akan disoal di padang mahsyar kelak. apa isi untuk masa senggang ini. Allahuakbar! adakah saat itu tangan dan kaki serta mata ini sanggup bersaksi bahawa diri ini cuba mengisi sebaik mungkin ruang masa yang ada ini...
Dalam mencari peluang pekerjaan untuk meneruskan peringkat seterusnya dalam kehidupan, masa yang ada tidak boleh disiakan. Alhamdulillah, penganjuran progran memerlukan ana untuk terlibat dalam agenda yang telah dirancang. sedikit sebanyak, tidak terlalu banyak masa yang kosong. Hari ini, ana berazam untuk mula serius membaca kembali. Bukan apa, tak mampu menahan rasa untuk memiliki dua buku baru yang amat menyentuh rasa. Jadi, hukuman untuk diri, kena habiskan buku-buku yang belum dibaca. kerana semuanya akan di soal 'di sana' nanti..
Permulaannya, ana capai satu buku yang agak ringan dan santai...Kompas Cinta, Hasil tulisan penulis yang amat ana minati, A.Ubaidillah Alias.
terkesan saat menyelak helaian awal... kata-kata yang ditujukan kepada pembaca..

Untuk nakhoda yang baru memasang layar cinta,
Untuk pengembara yg tersesat di belantara,
Untuk pecinta yang mahu pulang ke titik mula,
Marilah ke sini... kita tuju Pulau Bahagia..

Bila membaca tinta pengantar, sekali lagi ana tertarik dengan susunan kata yang menusuk rasa. belum masuk isinya..baru menyelak helaian awal. Bijak penulis ini menarik minat yang membaca. cara penyampaian yang bersahaja dengan bahasa yang mudah dan ringkas menjadikan ana terbuai dengan isinya. penulis membawa pembaca untuk masuk bersamanya melihat suasana yang berlaku pada masa kini. ana bersetuju dengan penjelasan yang diberikan dari satu topik ke topik yang lain. bermula dengan kesalahan dalam mendefinisikan makna cinta, topik seterusnya menjadi makin menarik dengan kesinambungan kesan daripada kesalahan dalam memberi makna kepada cinta.
Benar apa yang dikatakan. suasana hari ini kurang menyokong remaja untuk mendapat makna sebenar cinta. kerana, pada masa kini, makna cinta itu terlalu sempit. tersangat kecil skopnya... kadang-kadang kasihan dengan pemahaman sempit remaja kini bila berbicara soal cinta. pendedahan yang tidak adil dalam menyampaikan maksud cinta menyebabkan remaja kita terlalu jauh dengan erti cinta yang sebenar. ana melihat perkara ini menjadi salah satu sebab mengapa masyarakat hari ini terlalu sukar untuk dididik. kerana makna cinta itu hanya kepada satu perkara; cinta sesama manusia yg berlainan jantina. itu sahaja!
Andai semua tahu dan faham cinta itu cabangnya terlalu banyak. hubungannya terlalu luas. berapa ramai yang tahu tentang kecintaan kepada negara,'Hubbul watan'? skop cinta diterangkan dengan jelas dalam buku ini. bukan itu saja, malahan jalan mengemudi cinta selari dengan syariatullah juga ditunjukkan.
Alhamdulillah, dengan membaca buku ini kefahaman dan pengetahuan tentang apa dan mengapa kita jadi begini dan begitu sedikit sebanyak dapat dileraikan. ana tak mahu mengulas panjang, adalah sebaiknya kita baca keseluruhan buku ini dan kita akan dapat sesuatu yang bermakna dalam semua aspek kehidupan, bukan sahaja cinta...
ana qoute kata-kata yg ada dalam buku ini, "no one can turn back to past and start a new beginning, but everybody can start today to make a better ending."
Jadi, Jom! mulakan perubahan kerana Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu melainkan kita sendiri yang mengubahnya.
Wallahua'lam..

25 Mei 2010

::MaNa MiLiK KiTa???::

Salam ukhuwwah dan salam kasih sayang untuk semua teman-teman tersayang. perjalanan hidup yang penuh warna yang kadangkala mengundang secarik senyuman dan tak kurang juga terpaksa menitiskan airmata atas segala yang menimpa. Ujian dan dugaan adalah sunnatullah dalam kehidupan. apa yang membezakan cuma berat atau ringan ujian itu berkait rapat dengan nilaian iman dan taqwa yang ada dalam diri setiap individu.

Siapa sangka, seseorang yang berdiri gagah semalam telah jatuh terduduk hari nie. Adakah mustahil andai hari ini kita gembira dikelilingi orang-orang yang kita sayang, esok mereka TIADA lagi. mustahilkah???pastinya tidak! kerana apa? kerana apa yang kita ada adalah milik-Nya...SEMUANYA... ibu ayah..adik abang...teman-teman...suami isteri...kesenangan..kegembiraan..kesedihan..hatta denyut nadi kita juga milik-NYa. Hakikat barang pinjaman pasti akan dikembalikan semula. dengan rela atau secara paksa, bukan milik atau hak kita untuk terus berada bersama kita.
Menghayati bait-bait lagu terakhir yang dialunkan oleh almarhum ust Asri Rabbani, menitis airmata tanpa sedar. betapa bangganya menyatakan itu dan ini milik kita, namun hakikatnya..kita tiada apa-apa. apa yang diusahakan semua pinjaman dari-Nya. hakikat redha itu amat mudah terucap dek lidah yang tidak bertulang, namun bagaimana pelaksanaannya? Teramat payah..terlalu sukar untuk meredhai seumpama redhanya para sahabat Rahimahumullah dalam urusan kehidupan seharian mereka. Melihat senario masyarakat hari ini, ana merasakan betapa hakikat redha itu perlu diperhalusi. entah kenapa ana rimas dengan kata-kata yang tak sepatutnya diucapkan lewat ujian yang menimpa. bukan ana merujuk kepada sesiapa kerana kadang-kadang tanpa sedar ana juga begitu. kerana kita insan biasa dan kadang-kadang tingkah kita berada dalam alam separa sedar, jadi lupa pula apa yang dituturkan. hakikat insan memang begitu. namun itu bukan alasan dalam usaha nak memperbaiki diri. menjadikan hari ini lebih cemerlang dari semalam...
Meneladani kisah duka yang terjadi kepada teman dan juga junior ana yang kehilangan suami tercinta dalam usia 5 bulan perkahwinan mereka. Siapa sangka...jika sebelum ini apa yang dipaparkan di akhbar tidak terlalu memberi kesan, namun apa yang terjadi pada teman ana benar-benar menyentuh. terbayang kegembiraan awal tahun lalu saat meraikan hari bahagianya. Dan 2 hari lepas ana menerima khabar duka itu. ana sedih..teramat sedih. apalagi teman ana...buatnya ana titipkan pesan...untuk dia dan juga untuk ana...Suami itu pinjaman Allah untukmu, dan kini Allah mengambilnya kembali, redhai pemergiannya..moga Allah sediakan sesuatu yang lebih baik untukmu..insyaAllah. Ya Allah, kurniakanlah kekuatan pada temanku, sesungguhnya dia layak untuk ujianMu, kerana itu Engkau memilihnya untuk ujian ini, Ya Allah...seiring dengan ujian yang Kau berikan kepadanya, kurniakan juga kekuatan untuk dia menghadapi ujian ini...ameen.
wallahu'alam..

21 Mei 2010

::Peringatan Rasulullah Untuk Wanita::

Salam ukhuwwah dan salam kasih sayang untuk semua. terlalu lama rasanya meninggalkan halaman ini. bebanan tugas yang memaksa ana untuk menumpukan perhatian kepadanya. keinginan untuk menulis sangat menekan, terlalu banyak nak dicoretkan..tapi ada perkara lain yang lebih penting.
disini, ana nukilkan peringatan yang ditinggalkan oleh Nabi Junjungan untuk wanita...sebagai satu peringatan untuk diri yang sering alpa dan juga perkongsian bersama dengan teman-teman tersayang.

"Wanita, apabila dia bersembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, memelihara kehormatan serta taat akan suaminya, maka masuklah dari mana-mana pintu syurga yang dia kehendaki."
(Riwayat Ahmad, Ibnu Hibba, Thabrani, Anas Bin Malik)

"Perempuan itu aurat, maka apabila dia keluar, maka mendongaklah syaitan memandang akan dia." (Riwayat Tarmizi)

"Dinikahi wanita kerana empat perkara: kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikannya, dan kerana agamanya. maka carilah yang kuat agamanya nescaya kamu bertuah." (Riwayat Bukhari)

"Dunia adalah sebaik-baik perhiasan dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita(isteri) yang solehah." (Riwayat Muslim)

"Apabila lari wanita dari rumah suaminya, tidak diterima sembahyangnya sehingga dia kembali dan menghulurkan tangan kepada suaminya (memohon maaf)." (Riwayat Hassan)

"Perempuan yang melabuhkan pakaian dalam keadaan berhias (bukan untuk suami atau muhrimnya) adalah seumpama gelap gelita pada hari kiamat, tiada nur baginya." (Riwayat Tarmizi)

"Mana-mana wanita yang memakai bau-bauan, kemudian dia keluar melintasi kaum lelaki ajnabi agar mereka tercium bau harumnya, maka dia adalah perempuan zina dan tiap-tiap mata yang memandangnya adalah zina." (Riwayat Ahmad, Thabrani dan Hakim)

"Kamu sekalian adalah pemimpin dan kamu masing-masing akan ditanya tentang mereka yang kamu pimpin. Raja Pemimpin kepada keluarganya dan isteri pemimpin rumahtangga suaminya dan anak-anaknya. Maka kamu sekalian pemimpin dan akan bertanggungjawab atas pimpinanmu."
(Riwayat Bukhari dan Muslim)

"Syurga itu terletak dibawah kaki ibu." (Riwayat Imam Ahmad)

"Wanita yang meminta suaminya menceraikannya dengan tiada sebab yang dibenarkan oleh syarak, haramlah baginya bau syurga."
(Riwayat Abu Daud, Tarmizi)

"Wanita yang meninggal dunia dalam keadaan suaminya redha kepadanya, nescaya masuk dia ke dalam syurga." (Riwayat Tarmizi)

**Sesungguhnya bagi setiap wanita itu terdapat kelebihan dan kekurangan yang menyediakan laluan yang mudah untuk ke syurga-NYa..terserah kepada wanita itu sendiri samada ingin mengikut tuntutab hawa nafsu atau mendidik diri dengan syariat Allah menjadi WANITA SOLEHAH...insyaAllah..

Salam Sayang dari Hawa untuk Hawa...;-)

NOTA buat da'ei. Apabila kita sendiri diuji dengan apa yang sering kita dakwahkan, itu petanda Allah sedang mendidik kita agar melaksanakan apa yang kita perkatakan. Bersyukurlah kerana Allah masih sudi mengingati kita dalam usaha kita mengingatkan manusia. -khas buat diri yang faqir ini-