Tempoh 3 minggu ini sahabat-sahabat dan adik-adik yang dikasihi Allah sedang berdepan dengan Final exam, Satu kayu ukur untuk menilai tahap penguasaan ilmu yang telah dicurahkan seawal tahun ini. Biarpun ana tidak perlu menduduki exam pada semester akhir ini, ianya bukanlah satu peluang yang boleh ana gunakan untuk berjimba-jimba sesuka hati. dengan bebanan report yang perlu diselesaikan, ditambah pula dengan view baru terhadap task sebenar yang perlu dihantar, menyebabkan sedikit perancangan ana tergendala.
datang awal ke UM dengan harapan punya masa untuk pulang sebentar meraikan hari bahagia Faisal dan Juwairiah. namun perancangan ana tidak seperti yang ditetapkan-Nya. Mujur terlintas dihati untuk berjumpa dengan PA Prof, terduduk ana saat melihat apa yang diperlukan sebenarnya.gambaran mudah dan ringkas sebelum ini berubah menjadi berserabut dan berselirat, mengundang rasa tidak kena pada hati. Jadi berkampunglah ana di bumi bertuah ini untuk menyelesaikan segalanya supaya tidak menjadi masalah dihari kemudian.
Mengapa ana meletakkan tajuk posting sebegitu...Tidak lain tidak, ianya lantunan hati yang caca marba, resah dan gelisah dengan ujian yang kunjung tiba.
ana muhasabah diri untuk melihat apa sebenarnya yang terjadi. apa yang membuatkan hati ini susah benar mahu lunak dan tenang.
ana cuba mencari sesuatu yang boleh membantu, dan ini yang ana temui....
Hati adalah sumber ilham dan pertimbangan, tempat lahirnya cinta dan benci, keimanan dan kekufuran, taubat dan sikap degil, ketenangan dan kebimbangan. Hati juga sumber kebahagiaan jika kita mampu membersihkannya namun sebaliknya ia merupakan sumber bencana jika kita gemar menodainya. Aktiviti yang dilakukan sering berpunca daripada lurus atau bengkoknya hati.
Abu Hurairah r.a. berkata, “Hati adalah raja, sedangkan anggota badan adalah tentera. Jika raja itu baik, maka akan baik pula lah tenteranya..Jika raja itu buruk, maka akan buruk pula tenteranya”.
Hati yang keras mempunyai tanda-tanda yang boleh dikenali, di antara yang terpenting adalah seperti berikut:
1. Malas melakukan ketaatan dan amal kebajikan
Terutama malas untuk melaksanakan ibadah, malah mungkin memandang ringan. Misalnya tidak serius dalam menunaikan solat, atau berasa berat dan enggan melaksanakan ibadah-ibadah sunnah. Allah telah menyifatkan kaum munafikin dalam firman-Nya yang bermaksud, “Dan mereka tidak mengerjakan sembahyang, melainkan dengan malas dan tidak (pula) menafkahkan (harta) mereka, melainkan dengan rasa enggan.” (Surah At-Taubah, ayat 54)
2. Tidak berasa gerun dengan ayat al-Quran
Ketika disampaikan ayat-ayat yang berkenaan dengan janji dan ancaman Allah, hatinya tidak terpengaruh sama sekali, tidak mahu khusyuk atau tunduk, dan juga lalai daripada membaca al-Quran serta mendengarkannya. Bahkan enggan dan berpaling daripadanya. Sedangkan Allah S.W.T memberi ingatan yang ertinya, “Maka beri peringatanlah dengan al-Quran orang yang takut dengan ancaman Ku.” (Surah Al-Qaf, ayat 45)
3. Berlebihan mencintai dunia dan melupakan akhirat
Segala keinginannya tertumpu untuk urusan dunia semata-mata. Segala sesuatu ditimbang dari segi keperluan dunia. Cinta, benci dan hubungan sesama manusia hanya untuk urusan dunia sahaja. Penghujungnya jadilah dia seorang yang dengki, ego dan individulistik, bakhil serta tamak terhadap dunia.
4. Kurang mengagungkan Allah
Sehingga hilang rasa cemburu dalam hati, kekuatan iman menjadi lemah, tidak marah ketika larangan Allah diperlekehkan orang lain, tidak mengamal yang makruf serta tidak peduli terhadap segala kemaksiatan dan dosa.
Usai membaca artikel ini, ana berfikir kembali..apakah selama ini benar nilai yang ana letak dalam setiap tindak tanduk yang ana lakukan. istighfar kepada-Nya saat menyedari bahawa tidak semua perkara yang ana lakukan selari dengan syariat-Nya. mungkin itu penyebabnya kepada keresahan ini. Ya Muqallibal Qulub,Thabit Qulubana 'ala Diinik Wa taa'atik...
Ya Allah, hatiku ini kotor dengan debu noda dan dosa, aku memohon dengan rahmat-Mu, sucikanlah hatiku...astaghfirullahal'aziimm..wallahu'alam...
Usai membaca artikel ini, ana berfikir kembali..apakah selama ini benar nilai yang ana letak dalam setiap tindak tanduk yang ana lakukan. istighfar kepada-Nya saat menyedari bahawa tidak semua perkara yang ana lakukan selari dengan syariat-Nya. mungkin itu penyebabnya kepada keresahan ini. Ya Muqallibal Qulub,Thabit Qulubana 'ala Diinik Wa taa'atik...
Ya Allah, hatiku ini kotor dengan debu noda dan dosa, aku memohon dengan rahmat-Mu, sucikanlah hatiku...astaghfirullahal'aziimm..wallahu'alam...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan