01 November 2008

THe TiMe CoMiNg uP! eXaM FeVeR...

Assalamualaikum...
Salam ukhwah dan Salam Kasih Sayang untuk semua...
Semester nie tiba ke penghujungnya. Saat nie ana yakin semua sedang bergelut dengan ulangkaji untuk berhadapan dengan final exam yang bakal tiba. Moga kalian semua diberi kekuatan untuk menghadapi final exam kali nie.
Bagi ana, semester nie agak berat. Yer la, subjek semester nie banyak yang praktikal. Setakat Teknik kaunseling lanjutan dan Kaunseling Kelompok, ana kira agak senang untuk catch up dari segi teori mahupun praktikal. Tapi satu subjek yang agak membebankan ana pada semester nie adalah kajian tindakan. Dah abes satu semester pon, banyak lagi yg ana kena study balik. Walaupun subjek nie melibatkan kajian yang perlu dilakukan dari masa ke semasa, tapi masih blur lagi dengan subjek yang satu nie. Nasib baik lecturer 'sporting', tak jemu-jemu ajar. Allahuakbar! tak tau la.
Solutionnyer, study week yang diperuntukkan memang kena cover semua topik yang dah belajar dari awal semester hingga last week sem nie. Memang berat...tapi itu la natijahnyer kalau dah tak serius dari awal.
Ok,Doakan kejayaan kita sama-sama yer. Untuk semua sahabat yang disayangi di seantero universiti, SELAMAT MENEMPUHI FINAL EXAM. Bittaufik Wannajah...Best Of Luck!
Moga Allah memberi kemudahan dan kelapangan serta ketenangan hati kepada kita untuk menghadapi final exam nie. Rabbi Yassir Wala Tua'ssir, Rabbi Tammim BilKhair...Ameen

Tiada ulasan:

NOTA buat da'ei. Apabila kita sendiri diuji dengan apa yang sering kita dakwahkan, itu petanda Allah sedang mendidik kita agar melaksanakan apa yang kita perkatakan. Bersyukurlah kerana Allah masih sudi mengingati kita dalam usaha kita mengingatkan manusia. -khas buat diri yang faqir ini-