Salam Ukhwah dan Salam Kasih Sayang...
Lenguh mengadap buku,ana online sebentar..sekadar berehat meregangkan badan.hurmm..esok exam Kaunseling Kelompok...InsyaAllah,moga semuanya ok...
Entah kenapa tiba-tiba ana jadi teramat rindu pada kenangan-kenangan ana bersama Laman MAP(Motivasi Alihan Pelajar).Lantas ana selongkar kembali private Massage yg ana terima lewat setahun yang lalu.Betapa tak aktifnya ana...lama ana menyepi dari menyertai perbincangan di Laman yang mencetuskan Perhubungan ana dengan alam maya ini.Apakan daya,hambatan tugas dan kekangan waktu untuk online menyebabkan ana hilang sekejap dari Laman kesayangan ana itu.
Ana kenal MAP secara tak sengaja bila ana dengar siaran radio di radio Kedah.Fm.Kehadiran Dr. Tengku Asmadi waktu itu dengan kata-kata yang penuh semangat buat ana tertarik untuk ana hantar adik ke Program beliau. Bukannya ana dah bagus tapi ana merasakan adik ana lebih bekeperluan untuk menyertai kursus itu.Bermula dari situ ana bersama Laman MAP.mungkin adik ana menerima pembelajaran secara langsung dari Dr. TengKu Asmadi,namun ana juga menerima banyak pengajaran secara tak langsung dari Laman ini.
Ana mengenali Laman MAP saat ana sedang berperang dengan perasaan sendiri. Saat kawan-kawan ana berjaya melangkah kaki ke IPT sedang ana,tercicir... ana rasa mungkin itu salah satu sebab mengapa Laman MAP begitu berbekas dihati ana. di Laman penuh informasi itu ana kenal insan paling istimewa dalam hidup ana.Salmi@amiera Dan Insyeerah.Insan yang paling banyak membantu ana mencari semula potensi diri setelah semangat ana jatuh ditempat paling bawah suatu ketika dulu.Kami tak pernah kenal pada awal perkenalan.tak tau macam mana muka,perangai..tapi ajaibnya ukhwah fillah itu,dapat menyimpulkan hati-hati insan yang benar2 berukhwah keranaNYa..
Dibesarkan tanpa kehadiran adik beradik perempuan dalam keluarga buat ana cepat jatuh sayang pada dua insan ini.hubungan kami lebih kukuh dan mesra selepas pertemuan di Alor Star.Ana dah lupa tarikhnya,tapi dah lama sangat...dan sekarang ana sangat2 merindukan mereka.Sempat bertemu amiera study week baru2 nie, Alhamdulillah...Tapi pertemuan dengan Insyeerah entah bila akan berlaku.ana tak pasti..yg ana pasti ana sangat2 merindukannya...
Saat paling gembira dalam hidup ana bila ana diberi kesempatan untuk sama2 dalam gathering MAP,ana kira hampir 2 tahun lepas.pertemuan dengan Dr.Tengku Asmadi,akh Shidee&K.Nor,Ira dan sahabat2 lain sangat menggembirakan hati ana. cumanya saat itu,ana tak mampu berkongsi banyak benda kerana tidak sihat, baru baik demam denggi...
Dr.Tengku Asmadi dan akh Shidee juga antara insan yang banyak membantu ana secara langsung dan tidak langsung. sokongan yang diberikan lewat ana aktif sebagai forumers dulu masih terkesan dihati.Ana faham kesibukan dua insan penting di MAP ini..Namun,bila email ana masih berbalas ana cukup terharu.cukuplah ana simpulkan ana cukup bahagia dalam ukhwah ini...
mungkin ana merepek ntah apa-apa.tapi ana teringin sangat nak mencoret sesuatu tentang Laman MAP malam nie.ana sangat rindukan suasana dulu.Hari semalam yang sudah pergi teringin ana mahu kembalikan semula.Namun,banyak perkara perlu dudahulukan buat ana terlepas semua itu...
tak pe la...takkan semua benda yang kita nak kita akan dapat kan...hurmmm..apa la erti hidup kalau macam tue...
saat ana membuka semula private msg2 yg lama tadi ana tertarik utk berkongsi satu sajak yang dikirim kepada ana...ana sangat sukakannya...Thank's...
Moga ada pertemuan selepas ini.Ana Rinduuuuuuuu....
Wahai Muslimah ku tahukah dikau….
Bidadari itu jelitawan yang sangat mekar,
Riasnya indah lagi memukau,
Lentuknya tertib lembut gemalai,
Nur kasihnya terang cemerlang terpancar,
Serba sempurna akhlak gemilang.
Wahai Muslimah ku tahukah dikau..
Bidadari itu tersangat suci,
Si dara perawan perindu abadi,
Menyambut pemiliknya dengan gembira dan pelukan hangatnya,
Hilang rindu dendam hilanglah duka ,
Hidup bahagia di alam syurga.
Wahai Muslimah ku tahukah dikau…
Sesungguhnya bidadari itu mempunyai Ratu,
Yang sangat sempurna dari yang sempurna,
Yang sangat dicemburui oleh sekaliannya,
Yang menjadi peneman paling utama,
Yang sangat memukau melebihi segalanya.
Wahai Muslimah ku tahukah dikau…
Ratu bidadari ada dunia fana ini,
Isteri solehah gelaran di beri,
Tiada tertanding akhlak dan pekerti,
Tiada terbilang kesetiaan dan ketaatan diberi,
Tiada ternilai budi dan pengorbanan pada Allah dan suami,
Itulah Ratu bidadari di alam syurgawi.
Wahai Muslimah ku tahukah dikau…
aku mengidam bertemu dengannya,
Hanya mengharap pada Ilahi,
Agar niat, amalan dan ikhlas ku di perhalusi,
Dalam merafakkan kesyukuran kepadaNya,
Agar syurga menjadi imbalannya,
Supaya hajatku menjadi terlaksana.
Wahai Muslimah ku tahukah dikau..
Sesungguhnya Ratu bidadari menjadi idamanku,
Bukan sahaja membawaku ke syurga Allah,
Malah menjadi Ratu penemanku di alam sana,
Dan menjadi harapan dan doaku selama ini ……
Agar Ratu bidadari itu adalah awak….……
InsyaAllah…..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan