20 Mei 2013
20 Januari 2013
~SuRaT CiNTa uNTuK JiWa~
Surat ini ku tujukan untuk diriku
sendiri serta sahabat-sahabatku tercintaku
yang InsyaAllah tetap
mencintai Allah dan RasulNya di atas
segalanya
kerana hanya
cinta itu yang dapat mengalahkan
segalanya
cinta hakiki yang membuat
manusia melihat segalanya dari sudut
pandangan yang berbeza, lebih bermakna
dan indah
Surat ini ku tujukan untuk hatiku dan
hati sahabat-sahabat tercintaku yang
kerap kali terisi oleh cinta selain
dariNya
yang mudah sekali terlena
oleh indahnya dunia, yang terkadang
melakukan segalanya bukan keranaNya
lalu diruang hatinya
yang kelam merasa senang jika dilihat
dan dipuji orang, entah di mana
keikhlasannya
maka saat merasakan
kekecewaan dan kelelahan kerana
perkara yang dilakukan tidak
sepenuhnya berlandaskan
keikhlasan
padahal Allah tidak pernah menanyakan
hasil, Dia akan melihat kesungguhan
dalam berproses
Surat ini ku tujukan pula untuk jiwaku
serta jiwa sahabat-sahabat tercintaku
yang mulai lelah menapaki jalanNya
ketika seringkali mengeluh merasa
dibebani bahkan terpaksa untuk
menjalankan tugas yang sangat mulia
padahal tiada kesakitan, kelelahan
serta kepayahan yang dirasakan oleh
seorang hamba melainkan Allah akan
mengampuni dosa-dosanya
Surat ini ku tujukan untuk ruh-ruhku dan
ruh sahabat-sahabat tercintaku yang
mulai terkikis oleh dunia yang menipu
serta membiarkan fitrahnya tertutup
oleh maksiat yang dinikmati, lalu
dimanakah kejujuran diletakkan?
dan kini
terabaikah sudah nurani yang bersih
saat ibadah hanyalah sebagai rutin
belaka, saat jasmani dan fikiran
disibukkan oleh dunia, saat wajah
menampakkan kebahagiaan yang penuh
kepalsuan
cuba lihat di sana! Hatimu
menangis dan meranakah?
Surat ini ku tujukan untuk diriku dan
diri sahabat-sahabat tercintaku yang
sombong
yang terkadang bangga pada
dirinya sendiri sungguh tiada satupun
yang membuat kita lebih dihadapanNya
selain ketaqwaan
padahal kita
menyedari bahawa tiap-tiap jiwa akan
merasakan mati, namun kita masih
bergelut terus dengan kefanaan
Surat ini ku tujukan untuk hatiku dan
hati sahabat-sahabat tercintaku yang
mulai mati
saat tiada getar ketika
Asma’ Allah disebut, saat tiada sesal
ketika kebaikan berlalu begitu sahaja
saat tiada rasa takut padaNya
ketika maksiat dilakukan
dan tiada merasa
berdosa ketika menzalimi diri sendiri
dan orang lain
akhirnya surat ini ku tujukan untuk
jiwa yang masih memiliki cahaya
meskipun sedikit, jangan biarkan
cahaya itu padam
maka terus kumpulkan
cahaya itu hingga ia dapat menerangi
wajah-wajah disekeliling, memberikan
keindahan Islam yang sesungguhnya
hanya dengan kekuatan dariNya
Ya Allah Yang Maha membolak balikkan
hati, tetapkan hati ini pada agamaMu
pada taat kepadaMu dan dakwah
di jalanMu
Wallahua’lam
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Semoga dapat membangkitkan iman yang
sedang mati atau jalan di tempat,
berdiam diri tanpa ada sesuatu
amalanpun yang dapat dikerjakan
kembalikan semangat itu sahabat
sahabat tercintaku.. Ada Allah dan
orang-orang beriman yang selalu menemani dikala hati-hati
lelah
19 Januari 2013
~RiNTiHaN SaNG PeNDoSa~
Saat hati tak mampu lagi dipujuk
Sesal yang bertandang tiada hujungnya
Namun,waktu tidak bisa diundur
Sekalipun paku dikayu sudah dicabut
Namun kesannya tetap ada dan
Ia menghantuinya setiap masa
Saat airmata tak mampu di bendung
Laju menderas turun saban waktu
Ku harap bisa menyuci debu dosa yang melekat
Sujud penuh hina tak layak rasanya
Wajahku angkat menghadap segala nikmatMu
Dengan khilaf yang kulakukan dalam sedar
Irhamna ya Allah Ya Rahman Ya Rahim
Walau malu untuk ku lantunkan asma’Mu yang Maha Mulia
Namun ku hanya punya Engkau
Sedih senduku hanya Engkau Yang Tahu
Aku tak mampu menzahirkannya kepada sesiapa
Beban khilaf ini harus ku tanggung juga
Biar terkadang letih dan penat
Namun biarlah ianya menjadi asbab kafarah dosaku
Andai inilah harga yang harus ku bayar
Atas apa telah aku berbuat maka
Aku redha Ya Allah, hanya ku mohon
Kekuatan dariMu Ya Qawwi
Moga aku tidak kalah lagi, biar aku berperang sendiri
Kerana semua ini aku yang mulai
Ku masih harus bersyukur kerna
Tetap ada yang bersamaku tanpa tahu
Aku hambaMu yang pernah khilaf, masih ada
Mahu mendengar kata-kataku, walau
Hakikatnya aku sendiri culas
nikmatMu tidak pernah kurang, walau
laranganMu sering ku perbuat
ampunkan aku dan maafkan aku Ya Ghaffar
ku mohon hati yang lapang untuk memaafkan
juga melupakan apa yang telah aku lalui
Tidak mampu untuk membenci namun ku akan lebih berhati-hati
Moga tidak jatuh ke lubang yang sama buat sekian kali
Ya Allah, Kami malu meminta syurgaMu dengan
Tangan yang berdosa dan
Mengaku cinta padaMu dengan hati yang alpa
Namun kami tetap mencintaiMu walaupun
Cinta itu sering terganggu!
Labels:
~BiCaRa HaTi~
18 Januari 2013
~I'M BaCK!~
Assalamualaikum warahmatullah. Salam ukhuwwah dan salam
kasih sayang. Salam keceriaan dan salam muhasabah untuk semua. Melewati
pertengahan Januari ini terasa begitu pantas hari berlalu. Laman ini juga lama
ditinggalkan tak berkemas. Serabut berhabuk, serawang sana sini. Lebih kurang
tuannya la kot. Kusut berserabut! Alhamdulillah, Allah memberi izin untuk terus
menghirup nikmat Iman dan Islam walaupun saban hari ada sahaja laranganNya yang
dibuat sesuka hati. Andai saja, bila salah dibuat terus dihukum, pasti tak
sempat nak kenal sesiapa kan. Yer la, hari-hari selamba ja buat dosa. Berani
sungguh! Makin banyak usia bukan makin pandai nak kawal dan ajar nafsu. Makin
bodoh dan senang diperbodohkan pulak rasanya. Itulah akibatnya kalau lompong
banyak sangat dalam hati. Tahu tapi tak ada usaha nak tutup lompong yang ada.
Harapnya dengan masa yang Allah bagi lagi ni, dapat perbetulkan apa yang dah
salah. Datang tahun baru tak kira la Masihi ke Hijri, sibuk tanam azam bagai.
Tapi sudahnya carry forward. Bukan tak boleh tapi macam main-main dengan masa
pulak rasanya. Mungkin sebab rasa mati tu jauh kot. MESTI ada masa nak taubat,
confident sangat ni bahaya jugak kadang-kadang. Rasa macam dunia ni tak der
hujungnya. So buatlah sesuka hati. Walhal destinasi kita bukan kat sini. Ada
perjalanan yang lagi panjang menanti.
Tengok entry last lama sangat. Bukan sibuk sangat sampai tak
sempat menulis. Dah tulis tapi tak post. Makin takut pulak nak publish apa yang
ditulis bila kita tak mampu nak buat apa yang kita tulis. Mudah nak
ingatkan orang lain, tapi bab nak
nasihat diri, Allah…liat! Berapa banyak prinsip yang dah diinjak, tapi meminjam
kata-kata sahabatku yang amat disayangi, kita akan sentiasa diuji dengan apa
yang kita kata. Itu tandaNya Allah mengingatkan kita dalam usaha kita
mengingatkan orang lain. Takder la asyik syok sendiri.
Manusia itu sentiasa
alpa dan lalai. Justeru sering berbuat khilaf. Dengan itu perlu sentiasa
muhasabah dan bertaubat. Best kan menulis? Menasihat orang, lagi best! Tapi tak
ramai yang cuba praktis, termasuk la yang tengah menaip ni! insyaAllah, moga
tahun baru ni, bertambah umur lagi ada la perubahan sikap yang akan dibuat.
Kita mudah rasa kita ni bijak, tapi bila terjadi sesuatu barulah sedar level
pendidikan, kalau tewas dengan nafsu sendiri, kita akan berada di level paling
bawah. Lagi mudah diperbodohkan daripada budak yang tak belajar tinggi pun. So,
kita-kita semua tak payah la bangga sangat dengan apa yang kita ada. Takder
jaminan pun apa yang kita ada ni akan hantar kita ke pintu syurga. Mana lagi
tempat tujuan kita? Itu je la, dunia yang singkat ni kalau asyik ditangisi je,
bimbang esok sampai kat sana masih menangis juga! Salah dah buat, mohon ampun!
Jangan diulang! Ingatkan diri sendiri. Sahabatku sayang pernah pesan, ‘Syaitan
sangat geram, marah, dan nangis guling-guling bila manusia sujud, menangis
mohon ampun daripada Allah, sebab syaitan tau Allah akan ampunkan hambaNya..’
AllahuRabbi, Nikmat mana lagi yang engkau dustakan?
Alhamdulillah, kita kini melewati bulan yang mana semua
orang sibuk melantunkan Mahabbah kepada kekasih yang dicintai, Nabi Muhammad
Sallallahu’alaihiwasallam. insyaAllah, moga ianya menjadi titik tolak di awal
2013 ini untuk kita terus berselawat kepada Baginda. Bimbang esok saat
dibangkitkan kita tidak dikenali oleh baginda kerana kurangnya kita ingat dan
amalkan sunnah Baginda di dunia ini. Ayuh, renungkan dan bacalah riwayat,
sejarah yang menukilkan betapa mendalamnya kecintaan Baginda kepada kita semua.
Layakkah kita menerima penghargaan dan cinta Baginda dengan sikap dan akhlak
yang kita pamerkan hari ini. Tepuk dada tanya iman. Ya Rasulullah, kami cinta
dan rindu padamu. Walau terkadang kami lalai dalam ingat dan mencontohi akhlak
muliamu, namun kami akan terus berusaha untuk mencintaimu semampu kami. Moga
Allah mengizinkan kami menatap wajah sucimu di alam yang tiada hujungnya nanti.
Allahumma solli’ala Muhammad, wa’ala aalihi wasahbihi ajma’iin.
Wallahua’lam.
19 November 2012
PiLiHLaH~KeRaNa MeReKa SauDaRa KiTa
USAHA KITA : PILIHLAH
Natijahnya, pilihlah salah satu atau lebih dari satu dari tindakan di bawah untuk membantu saudara kita di Palestin yang dijajah dan Palestin yang sedang cuba dijajah.
1) Bantuan tenaga dan diri ; Pergilah ke medan di Palestin, jika anda ada cara, kemampuan dan keikhlasan. Sama ada untuk membantu menghantar bantuan kemanusian, perubatan, psikologi atau yang lebih dahsyat d
ari itu dari segi fizikalnya..
2) Bantuan Harta : Bagi yang tidak mampu pergi ; sumbanglah bantaun kewangan atau pakaian dan lainnya kepada badan yang dipercayai lagi berwibawa di tempat anda. Agar bantuan tersebut boleh sampai kepada rakyat Palestin yang sedang menderita. Cuaca sejuk kini tidak menentu, di UK kami ditimpa cuaca sejuk luar biasa sehingga (negatif 10) atau -10 darjah celcius. Palestin juga berada dalam cuaca sejuk, sekitar di bawah 10 celcius di sebelah malam
3) Bantuan Doa ; Bagi yang tidak mampu memberi kedua-dua bantuan di atas, atau termasuk juga merkea yang mampu, teruskan berdoa untuk keselamatan rakyat Palestin, Iraq dan umat Islam, doakan bala bagi Yahudi, pemimpin Amerika dan rakyatnya yang menyokong, pemimpin Mesir dan sekutunya-sekutu mereka yang membuka jalan dan menyokong serangan pengganas Yahudi ini.
Doa anda boleh bacanya sebagai :-
a-Qunut Nazilah dalam setiap solat fardhu anda, anda dibenarkan untuk memegang kertas doa semasa qunut tersebut kerana tentunya sukar untuk menghafalnya. Itu tidak membatalkan solat dalam semua mazhab termasuk mazhab Syafie kerana andatidak bergerak besar berturut-turt sebanyak tiga kali. Hanya angkat sekali kertas doa, berhenti sebenar kerana membaca, kemduain terus turun sujud, tiada berturut-turut.
b-Doa semasa sujud dalam setiap solat. Ia lebih maqbul berdasarkan nas yang sohih.
c-Khatib bacalah doa untuk Palestin di hujung khutbah Jumaat.
d-Dan banyak lagi waktu doa maqbul.
4) Solat Hajat ; Bagi mereka yang berpegang kepada bolehnya dilakukan solat hajat sama ada secara individu atau berjemaah. Anda turut boleh meneruskannya.
5) Menyertai Demonstrasi Aman : Sertailah ia dengan aman dan makmurkannya, namun jangan lupa juga memakmurkan masjid di kala Subuh dan waktu-waktu lain.
6) Menulis ; Tulislah di blog, web, forum anda, ruangan akhbar, majalah yahoogroup dan lainnya, buatkanlah kajian ringkas dan permudahkan penyampaian info kepada orang ramai berkenaan kezaliman Yahudi terhadap Palestin dan sekutu-sekutu mereka.
7) Ceramah ; anda mampu ceramah? berikanlah ceramah berkaitan isu ini atau hadirkanlah diri ke ceramah berkaitannya di tempat anda.Anda tidak semestinya seorang ustaz/ah untuk ceramah dalam bab ini, wartawan pun boleh.
8) Boikot : perkukuhkan boikot barangan Yahudi dan Amerika di ketika ini. Hantarlah surat dan bantahan, petition, memorandum kepada kedutaan Amerika, Mesir dan sekutu jahat mereka. Pelajar Al-Azhar, kami mendambakan tindakan dan usaha anda terhadap kerajaan Mesir.
Sumber : Zaharuddin.ne

Langgan:
Catatan (Atom)
NOTA buat da'ei. Apabila kita sendiri diuji dengan apa yang sering kita dakwahkan, itu petanda Allah sedang mendidik kita agar melaksanakan apa yang kita perkatakan. Bersyukurlah kerana Allah masih sudi mengingati kita dalam usaha kita mengingatkan manusia. -khas buat diri yang faqir ini-