18 Januari 2013

~I'M BaCK!~


Assalamualaikum warahmatullah. Salam ukhuwwah dan salam kasih sayang. Salam keceriaan dan salam muhasabah untuk semua. Melewati pertengahan Januari ini terasa begitu pantas hari berlalu. Laman ini juga lama ditinggalkan tak berkemas. Serabut berhabuk, serawang sana sini. Lebih kurang tuannya la kot. Kusut berserabut! Alhamdulillah, Allah memberi izin untuk terus menghirup nikmat Iman dan Islam walaupun saban hari ada sahaja laranganNya yang dibuat sesuka hati. Andai saja, bila salah dibuat terus dihukum, pasti tak sempat nak kenal sesiapa kan. Yer la, hari-hari selamba ja buat dosa. Berani sungguh! Makin banyak usia bukan makin pandai nak kawal dan ajar nafsu. Makin bodoh dan senang diperbodohkan pulak rasanya. Itulah akibatnya kalau lompong banyak sangat dalam hati. Tahu tapi tak ada usaha nak tutup lompong yang ada. Harapnya dengan masa yang Allah bagi lagi ni, dapat perbetulkan apa yang dah salah. Datang tahun baru tak kira la Masihi ke Hijri, sibuk tanam azam bagai. Tapi sudahnya carry forward. Bukan tak boleh tapi macam main-main dengan masa pulak rasanya. Mungkin sebab rasa mati tu jauh kot. MESTI ada masa nak taubat, confident sangat ni bahaya jugak kadang-kadang. Rasa macam dunia ni tak der hujungnya. So buatlah sesuka hati. Walhal destinasi kita bukan kat sini. Ada perjalanan yang lagi panjang menanti.

Tengok entry last lama sangat. Bukan sibuk sangat sampai tak sempat menulis. Dah tulis tapi tak post. Makin takut pulak nak publish apa yang ditulis bila kita tak mampu nak buat apa yang kita tulis. Mudah nak ingatkan  orang lain, tapi bab nak nasihat diri, Allah…liat! Berapa banyak prinsip yang dah diinjak, tapi meminjam kata-kata sahabatku yang amat disayangi, kita akan sentiasa diuji dengan apa yang kita kata. Itu tandaNya Allah mengingatkan kita dalam usaha kita mengingatkan orang lain. Takder la asyik syok sendiri. 

Manusia itu sentiasa alpa dan lalai. Justeru sering berbuat khilaf. Dengan itu perlu sentiasa muhasabah dan bertaubat. Best kan menulis? Menasihat orang, lagi best! Tapi tak ramai yang cuba praktis, termasuk la yang tengah menaip ni! insyaAllah, moga tahun baru ni, bertambah umur lagi ada la perubahan sikap yang akan dibuat. Kita mudah rasa kita ni bijak, tapi bila terjadi sesuatu barulah sedar level pendidikan, kalau tewas dengan nafsu sendiri, kita akan berada di level paling bawah. Lagi mudah diperbodohkan daripada budak yang tak belajar tinggi pun. So, kita-kita semua tak payah la bangga sangat dengan apa yang kita ada. Takder jaminan pun apa yang kita ada ni akan hantar kita ke pintu syurga. Mana lagi tempat tujuan kita? Itu je la, dunia yang singkat ni kalau asyik ditangisi je, bimbang esok sampai kat sana masih menangis juga! Salah dah buat, mohon ampun! Jangan diulang! Ingatkan diri sendiri. Sahabatku sayang pernah pesan, ‘Syaitan sangat geram, marah, dan nangis guling-guling bila manusia sujud, menangis mohon ampun daripada Allah, sebab syaitan tau Allah akan ampunkan hambaNya..’ AllahuRabbi, Nikmat mana lagi yang engkau dustakan?

Alhamdulillah, kita kini melewati bulan yang mana semua orang sibuk melantunkan Mahabbah kepada kekasih yang dicintai, Nabi Muhammad Sallallahu’alaihiwasallam. insyaAllah, moga ianya menjadi titik tolak di awal 2013 ini untuk kita terus berselawat kepada Baginda. Bimbang esok saat dibangkitkan kita tidak dikenali oleh baginda kerana kurangnya kita ingat dan amalkan sunnah Baginda di dunia ini. Ayuh, renungkan dan bacalah riwayat, sejarah yang menukilkan betapa mendalamnya kecintaan Baginda kepada kita semua. Layakkah kita menerima penghargaan dan cinta Baginda dengan sikap dan akhlak yang kita pamerkan hari ini. Tepuk dada tanya iman. Ya Rasulullah, kami cinta dan rindu padamu. Walau terkadang kami lalai dalam ingat dan mencontohi akhlak muliamu, namun kami akan terus berusaha untuk mencintaimu semampu kami. Moga Allah mengizinkan kami menatap wajah sucimu di alam yang tiada hujungnya nanti. Allahumma solli’ala Muhammad, wa’ala aalihi wasahbihi ajma’iin.
Wallahua’lam.

Tiada ulasan:

NOTA buat da'ei. Apabila kita sendiri diuji dengan apa yang sering kita dakwahkan, itu petanda Allah sedang mendidik kita agar melaksanakan apa yang kita perkatakan. Bersyukurlah kerana Allah masih sudi mengingati kita dalam usaha kita mengingatkan manusia. -khas buat diri yang faqir ini-