03 Julai 2012

~MeNCiPTa HaRi YaNG LeBiH BaiK~

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam Uhkuwwah fillah, salam kasih sayang dan salam keceriaan untuk semua. Pastinya semua sedang berdebar menghitung hari tibanya Ramadhan yang dinanti.
“Allahumma sallimni ila ramadhan wa sallim li ramadhan wa tasallumahu minni taqabbalan”

Ya Allah selamatkanlah kami hingga bulan Ramadhan ke depan, dan pertemukan untuk bulan Ramadhan dan terimalah seluruh amal kami pada bulan Ramadhan.


InsyaAllah, mudah-mudahan kita diberi kesempatan untuk dipertemukan dengan bulan mulia ini. Mungkin Ramadhan ini bakal berbeza dengan Ramadhan lalu, namun kita mengharapkan ia  bakal menjadi Ramadhan yang terbaik sepanjang kehidupan yang telah kita lalui. Alhamdulillah, ada mendapat checklist Ramadhan daripada my sweety sis Hedayah. InsyaAllah, moga Allah merahmati sis sekeluarga kerana berkongsi panduan bermanfaat untuk menyempurnakan Ramadhan ini dengan lebih baik sekalipun kurang sempurna. Ana kongsikan disini dengan harapan ianya mampu membantu kita untuk lebih terancang memadatkan Ramadhan ini dengan amal kebaikan, kerana kita tidak pasti apakah akan bertemu lagi dengan Ramadhan yang seterusnya. Ramadhan ini juga belum tentu kita tempuhi, namun dengan persediaan awal ini moga Allah mengiranya juga sebagai ibadah, insyaAllah..Check it out!

Ana juga mahu berkongsi dengan muslimah yang ana sayang semuanya. Siang tadi Allah izinkan ana menghadiri seminar kaunseling mengatasi keganasan terhadap wanita. Apa yang dibincangkan adalah berkisarkan jenayah-jenayah yang selalu melibatkan wanita seperti jenayah Ragut, Culik, Rogol, Cabul, Pemerdagangan manusia, Keganasan Rumahtangga dan beberapa perkara lain yang ana rasakan amat membuka mata untuk membantu mencegah dan melindungi supaya jenayah terhadap wanita dapat dikurangkan statistiknya. 

Entah kenapa, tiba-tiba terlintas difikiran ana, selain peranan media massa yang begitu terbuka hari ini, sikap dan tingkah wanita juga mengundang kepada berlakunya jenayah-jenayah ini. Ya! mangsa bukan hanya wanita yang tidak bertudung kata penceramah, namun ana melihat penjelasan aurat yang kurang difahami menyebabkan umum tidak lagi meletakkan penjagaan aurat sebagai pencegahan terbaik untuk mengatasi kemelut sosial ini. Ada yang mengatakan, wanita yang menutup aurat teraniaya kerana menjadi mangsa dek penampilan wanita lain yang mendedahkan segalanya. 

Pendapat ana mudah, Janji Allah itu pasti. sesiapa yang menjaga dirinya selari dengan syariat insyaAllah akan terpelihara daripada gangguan yang tidak sepatutnya. Bagaimana? Menutup aurat bukan sekadar membungkus diri sekadarnya. Namun, yang lebih penting..bagaimana kita bertindak? jika kita menjaga aurat semuanya, bukan hanya pakaian semata, insyaAllah..akan sempurna segalanya. Cara bergerak, cara berkomunikasi, cara bersosial dan segala perilaku dijaga, insyaAllah..kita jauh dari pandangan hati-hati yang sakit. 

Ana bukan yang terbaik untuk menegur apatahlagi menasihati. kerana ana sendiri dalam proses membetulkan diri, namun ana ingin kongsikan pandangan yang sedikit dangkal yang masih perlukan suluhan ilmu dan cahaya amal untuk menyempurnakan lagi status seorang muslimah. ana sendiri tidak begitu yakin yang ana akan terlepas daripada ujian-ujian berupa jenayah masa kini, namun sedaya mungkin kita memohon daripada-Nya dan menjaga diri sebaiknya. Ya, jika terjadi juga, mungkin Allah mahu mendidik kita tentang sesuatu. Mana mungkin Allah akan menzalimi hamba-Nya. 

InsyaAllah.. sahabat! mari kita mulakan. belum terlambat untuk berubah! Moga Ramadhan ini akan menjadikan kita lebih istiqamah menjaga aurat seluruhnya. moga dengan nafsu yang akan kita tundukkan akan memberi lebih kekuatan untuk menjadi muslimah yang akan membina generasi ummah yang bertaqwa. InsyaAllah..


Sebagai akhirnya, mari bersama kita memohon kekuatan daripada Yang Maha Kuat(Ya Qawwi) supaya meminjamkan sedikit kekuatan untuk kita isitiqamah dijalan ini. Moga hari yang bakal mendatang, akan menjadi hari-hari yang lebih baik dalam perjalanan singkat ini. Meminjam kata-kata ustaz Fauwaz; "Kita boleh memilih corak bagaimana mati kita. Ianya tergantung kepada cara hidup kita sekarang, jika kita mengimpikan pengakhiran hidup yang baik, bertindaklah sebagaimana impian yang dilakarkan". Kita sering merancang hidup kita begitu dan begini, namun pernahkah kita merancang mati kita? InsyaAllah, belum terlambat untuk merancang, kerana perancangan akan menggerakkan fizikal dan rohani kita untuk mencapainya. jika hidup yang tak pasti kita rancang sesempurna yang mampu, mengapa mati yang pasti, kita kesampingkan..ruginya!

**ana akan dipersoalkan atas apa yang ana tulis, andai kelihatan tingkah tak seiring dengan apa yang dikongsi..tegurlah! kita sama-sama mengingatkan dan bantu membantu untuk ke syurga-Nya..

Wallahua'lam...

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

ooo yeah

NOTA buat da'ei. Apabila kita sendiri diuji dengan apa yang sering kita dakwahkan, itu petanda Allah sedang mendidik kita agar melaksanakan apa yang kita perkatakan. Bersyukurlah kerana Allah masih sudi mengingati kita dalam usaha kita mengingatkan manusia. -khas buat diri yang faqir ini-