31 Julai 2012

~Fasa Pengampunan~ Allahummaghfirlana ya Allah..

Assalamualaikumwarahmatullah. Salam ukhuwwah dan salam kasih sayang. Salam ingatan di bulan Ramadhan yang mulia.Bagaimana puasa kita tahun ini?InsyaAllah.moga Ramadhan ini menjadi Ramadhan terbaik dalam hidup kita kerana belum pasti kita akan bertemu dengan Ramadhan yang akan datang. Moga kita memanfaatkan sepenuhnya bulan yang penuh dengan ganjaran yang berlipat kali ganda ini. Jangan difikirkan berbaloi atau tidak kerana ianya pastri berbaloi2 kerana kita akan hidup selamanya di akhirat esok dengan amalan dan rahmat daripada Allah kelak. Andai dihitung hari akhirat,agaknya sampai tak 24 jam kita hidup hingga umur sekarang? Justeru.mari berpenat lelah mengumpul amal kebajikan untuk kita berehat dan bersenang lenang di akhirat nanti. InsyaAllah.

 Memasuki fasa kedua Ramadhan, Allah menjanjikan pengampunan untuk hamba-hamba-Nya. Marilah kita menadah tangan tidak kira waktu, dengan harapan yang besar, Allah akan mengampunkan dosa2 kita yang tidak pernah kurang,malah kian bertambah. Yakinlah bahawa Ramadhan ini Allah akan memakbulkan doa hamba-Nya. Bagaimana Allah memperkenankan doa kita,bukan hanya dengan memberi apa yang kita minta,tapi lebih dari itu, Dia memberi apa yang kita perlu pada waktu dan ketikanya. Yakin..Tawakal sesudah doa dan usaha. Allah memakbulkan doa dengan pelbagai cara. kadangkala di luar ruang fikir kita sebagai hamba. Jadi, berbaik sangka sentiasa kepada-Nya kerana Dia tidak pernah menzalimi hamba-Nya.

Meneruskan perkongsian daripada ust NorHisham Al-Idrus,di bulan Ramadhan ini sebagai bulan yang mustajab doanya selalulah meminta kepada Allah supaya kita menjadi hamba Allah yang mustajab doanya. itu doa 'shortcut' katanya. Bila Allah jadikan kita hamba yang sentiasa mustajab doanya,apa lagi yang kita harapkan? kita hidup hanya untuk Dia. ana kongsikan sebagai peringatan bersama. kita setiap individu setiap waktu berusaha untuk terus memperbaiki diri.Jika Allah mengambil kita saat mujahadah ini, kita puas dan redha kembali kepada-Nya. yang menentukan syurga neraka bukanlah amal kita,namun rahmat-Nya jua. Jadi,marilah kita redha menjadi hamba-Nya dengan melakukan amal makruf dan meninggalkan kemungkaran.InsyaAllah,janji Allah itu PASTI! Sabar dan teruskan usaha dan doa. selebihnya biar Dia yang menentukan.


Allahumma inna nas alukaa Ridhaaka wal Jannah,wa na'uzubika min sakhatika wannar. Allahumma 'afful kareem, Tuhibbul 'afwa fa'fu'anni wa a'n walidinawalijami'ilmuslimin wal muslimat. Rabbana aatina fiddunnya hasanah,wafil aakhiratana hasanah,waqinaa 'adza bannarr..ameennn..Allahumma ameen.
Wallahu'alam..



03 Julai 2012

~MeNCiPTa HaRi YaNG LeBiH BaiK~

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam Uhkuwwah fillah, salam kasih sayang dan salam keceriaan untuk semua. Pastinya semua sedang berdebar menghitung hari tibanya Ramadhan yang dinanti.
“Allahumma sallimni ila ramadhan wa sallim li ramadhan wa tasallumahu minni taqabbalan”

Ya Allah selamatkanlah kami hingga bulan Ramadhan ke depan, dan pertemukan untuk bulan Ramadhan dan terimalah seluruh amal kami pada bulan Ramadhan.


InsyaAllah, mudah-mudahan kita diberi kesempatan untuk dipertemukan dengan bulan mulia ini. Mungkin Ramadhan ini bakal berbeza dengan Ramadhan lalu, namun kita mengharapkan ia  bakal menjadi Ramadhan yang terbaik sepanjang kehidupan yang telah kita lalui. Alhamdulillah, ada mendapat checklist Ramadhan daripada my sweety sis Hedayah. InsyaAllah, moga Allah merahmati sis sekeluarga kerana berkongsi panduan bermanfaat untuk menyempurnakan Ramadhan ini dengan lebih baik sekalipun kurang sempurna. Ana kongsikan disini dengan harapan ianya mampu membantu kita untuk lebih terancang memadatkan Ramadhan ini dengan amal kebaikan, kerana kita tidak pasti apakah akan bertemu lagi dengan Ramadhan yang seterusnya. Ramadhan ini juga belum tentu kita tempuhi, namun dengan persediaan awal ini moga Allah mengiranya juga sebagai ibadah, insyaAllah..Check it out!

Ana juga mahu berkongsi dengan muslimah yang ana sayang semuanya. Siang tadi Allah izinkan ana menghadiri seminar kaunseling mengatasi keganasan terhadap wanita. Apa yang dibincangkan adalah berkisarkan jenayah-jenayah yang selalu melibatkan wanita seperti jenayah Ragut, Culik, Rogol, Cabul, Pemerdagangan manusia, Keganasan Rumahtangga dan beberapa perkara lain yang ana rasakan amat membuka mata untuk membantu mencegah dan melindungi supaya jenayah terhadap wanita dapat dikurangkan statistiknya. 

Entah kenapa, tiba-tiba terlintas difikiran ana, selain peranan media massa yang begitu terbuka hari ini, sikap dan tingkah wanita juga mengundang kepada berlakunya jenayah-jenayah ini. Ya! mangsa bukan hanya wanita yang tidak bertudung kata penceramah, namun ana melihat penjelasan aurat yang kurang difahami menyebabkan umum tidak lagi meletakkan penjagaan aurat sebagai pencegahan terbaik untuk mengatasi kemelut sosial ini. Ada yang mengatakan, wanita yang menutup aurat teraniaya kerana menjadi mangsa dek penampilan wanita lain yang mendedahkan segalanya. 

Pendapat ana mudah, Janji Allah itu pasti. sesiapa yang menjaga dirinya selari dengan syariat insyaAllah akan terpelihara daripada gangguan yang tidak sepatutnya. Bagaimana? Menutup aurat bukan sekadar membungkus diri sekadarnya. Namun, yang lebih penting..bagaimana kita bertindak? jika kita menjaga aurat semuanya, bukan hanya pakaian semata, insyaAllah..akan sempurna segalanya. Cara bergerak, cara berkomunikasi, cara bersosial dan segala perilaku dijaga, insyaAllah..kita jauh dari pandangan hati-hati yang sakit. 

Ana bukan yang terbaik untuk menegur apatahlagi menasihati. kerana ana sendiri dalam proses membetulkan diri, namun ana ingin kongsikan pandangan yang sedikit dangkal yang masih perlukan suluhan ilmu dan cahaya amal untuk menyempurnakan lagi status seorang muslimah. ana sendiri tidak begitu yakin yang ana akan terlepas daripada ujian-ujian berupa jenayah masa kini, namun sedaya mungkin kita memohon daripada-Nya dan menjaga diri sebaiknya. Ya, jika terjadi juga, mungkin Allah mahu mendidik kita tentang sesuatu. Mana mungkin Allah akan menzalimi hamba-Nya. 

InsyaAllah.. sahabat! mari kita mulakan. belum terlambat untuk berubah! Moga Ramadhan ini akan menjadikan kita lebih istiqamah menjaga aurat seluruhnya. moga dengan nafsu yang akan kita tundukkan akan memberi lebih kekuatan untuk menjadi muslimah yang akan membina generasi ummah yang bertaqwa. InsyaAllah..


Sebagai akhirnya, mari bersama kita memohon kekuatan daripada Yang Maha Kuat(Ya Qawwi) supaya meminjamkan sedikit kekuatan untuk kita isitiqamah dijalan ini. Moga hari yang bakal mendatang, akan menjadi hari-hari yang lebih baik dalam perjalanan singkat ini. Meminjam kata-kata ustaz Fauwaz; "Kita boleh memilih corak bagaimana mati kita. Ianya tergantung kepada cara hidup kita sekarang, jika kita mengimpikan pengakhiran hidup yang baik, bertindaklah sebagaimana impian yang dilakarkan". Kita sering merancang hidup kita begitu dan begini, namun pernahkah kita merancang mati kita? InsyaAllah, belum terlambat untuk merancang, kerana perancangan akan menggerakkan fizikal dan rohani kita untuk mencapainya. jika hidup yang tak pasti kita rancang sesempurna yang mampu, mengapa mati yang pasti, kita kesampingkan..ruginya!

**ana akan dipersoalkan atas apa yang ana tulis, andai kelihatan tingkah tak seiring dengan apa yang dikongsi..tegurlah! kita sama-sama mengingatkan dan bantu membantu untuk ke syurga-Nya..

Wallahua'lam...

02 Julai 2012

~MeNGaPa SolaT WaJiB?~

Assalamualaikum warahmatullah. Salam ukhuwwah fillah dan salam kasih sayang. Salam Muhasabah di awal Julai dan menghampiri pertengahan Sya'ban. Setengah tahun telah berlalu, bagaimana kondisi kita ya.. fizikal dan mental..adakah berkembang seperti sepatutnya. selalunya, perkembangan fizikal jelas kelihatan tapi perkembangan mental@ rohani tidak terlalu ketara. Mungkin diselindungkan bimbang kelihatan terlalu baik atau jujur. Tepuk dada tanya iman...
Teman-teman, ana kongsikan apa yang ana dapat dalam laman mukabuku mengenai solat. semakin banyak kajian yang dibuat untuk merungkaikan keistimewaan ibadah ini, ayuh kita hayati moga solat kita lebih berkualiti...insyaAllah.
Diperincikan oleh Dr Soul Qoute Collections. Moga Allah memberkatinya.




Alif Lam Mim terdiri dari 6 Ayat Mustasyabihat seperti itu,

- 1 Alif Lam Mim Ra,

- dan 5 Alif Lam Ra.

Sehingga kalu diawfaq kan Alif Lam Mim, Alif Lam Mim Ra dan Alif lam Ra menjelaskan tentang Putarah Bumi secara Umum Waktu di bumi menjadi 24 Jam sehari semalam atau perbandingan 5/6 ;

- 5 untuk siang (Ra) dan 6 untuk malam (Mim),

- dan 1 Jam untuk titik Matahari (Alif).

Ayat MUTASYABIHAT

(Perkataan dalam permulaan sesuatu SURAH)

- Kaf Ha Ya ‘Ain Shad,

- Tha Ha,

- Ya Sin,

- Ha mim, Tha Sin,

- Tha Sin Mim, Sha, Qaf,

- Ha Mim ‘Ain Sin Qaf,

- dan Nun.


PERHATIAN:

Artikel ini bukan bertujuan menerangkan PECAHAN ALIF tetapi menjurus kepada MENGAPA WAJIBNYA SHOLAT menurut KERAHSIAAN yang wujud didalamnya. Bukan bertujuan untuk memeningkan fikiran sesiapa.

Perkara ini AGAK BERAT untuk DiFahami dan adalah LEBIH BAIK dengan Mempelajarinya SECARA KHUSUS dengan Guru-Guru yang boleh memberikan Penerangan Teperinci

Disini hanya DIKUPAS untuk MEMBUKA MINDA ANDA terhadap perkara-perkara yang tidak diketahui secara umum. Moga anda semua diberkati dan dilindungi Allah Swt.....Aamiin

PETIKAN FIRMAN ALLAH SWT

Surah Al-Israk Ayat 12: maksudnya:

"Dan Kami jadikan malam dan siang itu dua tanda (yang membuktikan kekuasaan kami), maka Kami hapuskan tanda malam itu (sehingga menjadi gelap-gelita), dan Kami jadikan tanda siang itu terang-benderang supaya kamu mudah mencari rezeki dari limpah kurnia Tuhan kamu dan supaya kamu mengetahui bilangan tahun dan hitungan hisab (bulan dan hari) dan (ingatlah) tiap-tiap sesuatu (yang kamu perlukan untuk dunia dan agama kamu), Kami telah menerangkannya satu persatu (dalam Al-Quran) dengan sejelas-jelasnya"

MELALUI SURAH HUD AYAT 120 ALLAH MENYEBUT (maksudnya)

"Dan tiap-tiap berita dari berita Rasul-rasul itu, Kami ceritakan kepadamu (wahai Muhammad), untuk menguatkan hatimu dengannya. Dan telah datang kepadamu dalam berita ini kebenaran dan pengajaran serta peringatan bagi orang-orang yang beriman"






Wallahua'lam..
NOTA buat da'ei. Apabila kita sendiri diuji dengan apa yang sering kita dakwahkan, itu petanda Allah sedang mendidik kita agar melaksanakan apa yang kita perkatakan. Bersyukurlah kerana Allah masih sudi mengingati kita dalam usaha kita mengingatkan manusia. -khas buat diri yang faqir ini-