25 Jun 2011

~BuKaN SeKaDaR RiNDu~

Allah Ya Rahim..
Hati ini milik-Mu
Sungguh tiada daya aku
Menentukan bila berkumpulnya semua rasa
Namun ya Allah..ku sedari
kasih sayang dimana-mana
kurasakan damai cinta disegenap ruang

Terima kasih atas rasa ini Ya Allah
Sesungguhnya hati-hati mereka jua
dalam genggaman-Mu
Kau mentakdirkan pertemuan
dan penyatuan hati ini
Hingga lenyap rasa tidak senang
Prasangka maupun resah hati

Ya Allah..
Anugerah-Mu indah
tak terjangkau dek akal yg cetek
mampu seutuh ini rasa itu
Tiada di mata,dihati terkenang sentiasa
Bertemu tidak jemu
Berpisah tiada Gelisah

Sungguh ya Allah
Lewat setiap ujian-Mu
ku melihat kasih sayang merentasi semua
Belum sempat ku rebah kebumi
Rahmat-Mu terlebih dulu menyambut
Bagaimana??
Dengan mereka yang Kau kirimkan
sepanjang perjalananku ini
Seribu tingkah mengundang ceria
Bukannya mengusutkan jiwa
Namun merungkai hikmahnya
Hidup medan berkasih sayang

Terlerai kasih biar terpisah jasad
kerna tak sanggup rasanya
memandang dari kejauhan
dengan hati yang tiada lagi rasa itu
Pasti luluh jiwa ini
Menanti senyum yang kian hilang
Asbab jauhnya hati kita
walau bertemu mata dan bahu

Wahai Tuhan Pemilik Hati
satukan hati kami Ya Allah
Jangan Kau tumbuhkan kebencian walau
sebesar zarah
kerana ia pasti membarah
merosak membusuk dan menghancurkan
Kerana aku ingin menyimpan rasa ini
Selamanya..dimana sahaja
biar semua merasakan bahawa
Rasa ini
Bukan Sekadar Rindu...

14 Jun 2011

::Blogger itu Pendakwah::

~Perkongsian~Dipetik dr web iLuvIslam~

Sewaktu di SMAP Kajang dahulu, saya diberi peluang untuk melihat bermacam-macam cara yang dipraktikkan dalam berdakwah. Hakikatnya, di sanalah juga saya mengetahui hakikat sebenar apa itu berdakwah. Murabbi-murabbi dan senior-senior di sana secara tidak langsung memberikan aspirasi dan kekuatan kepada mereka yang berusaha mengenal apa itu erti dakwah, apa itu amar maaruf nahi mungkar.
Saya terjun dalam dunia blogging juga merupakan hasil aspirasi daripada senior-senior SMAP Kajang yang menggunakan perantaraan blog untuk menyebarkan kebesaran Ilahi. Tidak jemu menulis dan berkarya, menonjolkan keindahan Islam itu sendiri, sama ada peringatan buat diri sendiri atau orang lain. Sedari itulah, saya mula menyedari bahawa blogger itu pendakwah.

Menulis kerana Allah
Kalau pembaca di sini belum pernah disoal oleh sesiapa soalan ini, biar saya menjadi manusia pertama yang bertanya:
"Apa tujuan utama saudara/ saudari berblog?"
Jawapan yang diberikan mungkin pelbagai, mengikut keadaan dan situasi ketika mula-mula dikurniakan ilham untuk menulis di blog. Mungkin kerana minat menulis dan berkarya, berkongsi, berusaha menjana pendapatan, pengaruh rakan-rakan lain yang rata-ratanya mempunyai blog sendiri dan malah ada yang sekadar suka-suka.
Tetapi, satu perkara yang sepatutnya kita semua sedar, hidup ini keseluruhannya adalah suatu ibadah kepada Allah jika nawaitu itu disandarkan pada-Nya. Begitu juga halnya yang harus terjadi kepada setiap blogger.
"Sahaja aku berblogging kerana Allah Taala"
Atau
"Sahaja aku menulis kerana Allah Taala"


Pengisian yang Berisi
Tidak kira apa jua bentuk pengisian dalam blog kita, sama ada berbentuk Islami, motivasi, peribadi, perkongsian hidup dan pengalaman, perniagaan atau apa sahaja, andai niat kita adalah kerana Allah, Insya-Allah pasti mampu memberi manfaat dan beerti kepada para pembaca. Pasti ada unsur keindahan Islam yang dapat kita ketengahkan kepada para pembaca.
Andai kita menulis soal kehidupan diri kita, selitkan nilai dan pengajaran di sebalik perkara kebaikan atau kesalahan yang pernah kita lakukan, agar para pembaca dapat mengambil iktibar daripada penulisan kita. Bukan berniat berbangga dengan kebaikan, apatah lagi berbangga dengan dosa dan maksiat yang dibuat.
Andai kita meminati bidang fotografi, dan sering berkongsi gambar yang diambil bersama pembaca di blog, itu juga mampu membuat para pembaca berfikir sebentar, bahawa betapa indahnya ciptaan Tuhan. Betapa agungnya Dia yang Mencipta segalanya.
Jika kita menjalankan perniagaan melalui blog, berniagalah dengan cara Islam. Tiada riba dan unsur penindasan. Tiada unsur penipuan dalam perniagaan. Jika menjual pakaian, biarlah menutup aurat. Andai menjual makanan, biarlah halal dan berkhasiat. Insya-Allah, selain keberkatan dalam berniaga, pastinya ada saham kita di akhirat, kerana mungkin ada pembaca atau pelanggan, atau tidak kurang juga pesaing perniagaan kita yang mempraktikkannya dalam perniagaan dan kehidupan mereka.

Islam itu indah, bukan?
"Islah Nafsak wad'u Ghairak."
"Islahkan dirimu dan ajaklah yang lain."
Jadikan kata-kata ini pedoman dalam kita melaksanakan amar maaruf nahi mungkar. Islahkan (perelok) diri kita, dan pada waktu yang sama, berusahalah berdakwah kepada yang lain.
Bukan :
"Islah nafsak, thumma ud'u ghairak"
"Perbaiki dirimu, kemudian(barulah) ajak orang lain."
Jelas bukan, kita semua dituntut berdakwah. Kita sebagai blogger juga mempunyai ruang dan peluang untuk turut sama berdakwah. Cuma, antara mahu atau malu sahaja yang menyuruh atau menghalang kita melakukan tugas mulia ini, atas tiket seorang blogger.
Buang pemikiran:
"Aku bukan ustaz."
"Aku bukan ustazah."
"Aku bukan baik sangat pun."
"Isy, seganlah. Nanti buat salah sikit orang tegur."
Buang, lempar jauh-jauh semua pemikiran sedemikian. Kesempurnaan bukanlah syarat kelayakan dalam berdakwah dan mengajak orang lain menjadi manusia yang baik. Hakikatnya, tidak akan ada manusia yang sempurna peribadinya seperti Rasulullah s.a.w. Jika terus menunggu kesempurnaan, Islam itu tidak akan tersebar ke mana-mana.
Berdakwah bukan bermaksud kita mestilah seorang yang soleh atau solehah, tetapi kita manusia yang mengimpikan peribadi yang soleh dan solehah. Mengimpikan redha Ilahi dalam setiap amalan dan perbuatan. Secara tidak langsung, kita juga akan terhindar daripada melakukan perkara yang dimurkai Allah. Berblog bukanlah medan kita berdakwah kepada orang lain, tetapi berdakwah kepada diri sendiri dan orang lain.

Blogger itu Pendakwah.
"Blogger itu Jundullah."

-Artikel Iluvislam.com
Biodata PenulisMenggunakan nama pena Ibnbakr semasa menulis. Merupakan bekas pelajar Sekolah Menengah Agama Persekutuan Kajang. Masih menunggu tawaran melanjutkan pelajaran ke peringkat IPT. Blog peribadinya menjadi medan dakwah maya. http://wafiibnbakr.blogspot.com.

12 Jun 2011

::YaKiNLaH DeNGaN JaNJi ALLaH::


Assalamualaikum warahmatullah..Salam Ukhuwwah fillah,salam satu akidah.Salam kasih sayang dan salam keceriaan buat semua.Salam Muhasabah di awal Rejab yang makin menginjak mengetuk jendela Sya'ban.Allah Maha Besar,kebelakangan terperasan bahawa didikan-Nya amat jelas.Dijentik rasa insaf dan redha dalam segala yang yang ditakdirkan berlaku dalam hidup ini.Alhamdulillah,walau airmata sering tumpah namun hakikat sabar dan permata hikmah Allah campakkan disepanjang jalan kembara yang kian singkat.Andai Dia takdirkan ini yang terbaik,maka setabah mungkin akan kuukir hati untuk redha.Hakikatnya mudah menuturkan,namun saat dugaan itu datang lagi,kaki tersadung,rebah tersungkur menyembah bumi.Allah masih kasih,diberikan tangan-tangan ikhlas untuk memaut dan menyokong untuk berdiri kembali lalu mengatur langkah baru menempuhi denai yang makin dekat ke penghujungnya.Subhanallah,Maha Suci Allah..Dia tak pernah JAUH.Sungguh!!

Dia yang tak pernah jemu menerima taubat biar beribu kali hamba-Nya tersasar langkah.Dibimbing langkah yang pincang kembali ke laluan syariat,diizinkan hati menerima sentuhan iman yang kian mahal.Sungguh Allah Maha Dekat,lebih dekat dari urat-urat dileher hamba.Dia Maha Mendengar, Maha Memakbulkan..
Jadi mengapa masih harus sangsi??Mengapa dipersoal mengapa realiti tak seirama dengan impian yang dicanai nafsu?Apa memang kita tahu apa yang terbaik untuk diri?Atau Pencipta kita lebih Mengetahui??Kita tidak akan pernah puas,selagi nyawa masih menyatu dengan jasad.Apa sahaja yang ada,masih mencari yang lain.Walau terkadang kita menyedari bahawa apa yang diinginkan tak perlu untuk diri,namun keegoan dan sifat mahu menang menenggelamkan qana'ah dan redha dengan takdir.Tegahan-Nya diamal penuh sombong,suruhan-Nya dilanggar dengan bongkaknya.Namun, bila tersungkur..apa yang meniti dibibir..Allah!Tidak Malukah?akan tetapi Dia masih menerima,Sifat Rahman dan Rahim-NYa tidak pernah tidak ada untuk pendosa yang kembali kepada-Nya.Jesteru,layakkah kita untuk sombong dan angkuh lagi,kerana pada akhir kehidupan kita akan pasti memerlukan Dia.
Andai kita tersedar dari lena itu,kita masih punya waktu..Alhamdulillah,sekurang-kurangnya walau singkat tapi kita masih boleh menyemai cinta kepada-Nya.akan tetapi bagaimana andai bila kita tersedar dek kerana panggilan malaikat yang menyoal..'Ma Rabbuka?'Apa masih punya ruang untuk kembali menagih Kasih Dia.Tidak Mungkin!

Teman,ayuh kita isi ruang muhasabah dengan penyesalan dan airmata.Memohon dengan sepenuh hati untuk hati kita kembali dibersihkan.Jernih dalam pandangan-Nya.Redha-NYa dalam setiap tindak tanduk kita.Kerana yang akan membawa kita ke syurga bukanlah kebaikan dan Pahala berganda,tetapi dengan Rahmat dan Redha-Nya jua.Apa guna kebaikan andai terselit riak dan ujub.Dimana nilai kebajikan andai disana masih ada suara ungkit mengungkit.Tepuk Dada tanya iman kita!tapi sebelum itu pastikan hati kita telah dibersihkan supaya tiap soalan dijawan iman bukan nafsu.insyaAllah.
Teman,suara hatiku bukan mengajar, apalagi menasihati kerana diri ini tidak layak memberikan semua itu.kerana diri ini jua masih bertatih menggapai redha-Nya.Namun,aku bertekad sahabat supaya kita semua bisa merebut cinta-Nya.Dan setiap yang Dia hadirkan dalam hidup kita pasti ada hikmahnya.Suluhlah dengan mata hati,insyaAllah..kebenaran dapat ditemui.Aku masih belajar dan berusaha menjadi hamba-Nya yg paling taat.Harapanku kalian juga begitu.Doaku moga kita thabit dijalan ini.Jalan yang penuh duri dan kepahitan,kerana apa?kerana Syurga itu manis!ayuh teman,kita istiqamah dalam kebaikan,walau terkadang langkah pincang,namun yakinlah bahawa Dia sesekali tak akan pernah jauh.Sentiasa Dekat dan Menyelamatkan langkah kita dari tersasar andai keyakinan kita bersama-Nya.insyaAllah.

**MAri mengejar bahagia hakiki,tiada akhirnya..dimana?insyaAllah diSyurga!Ameen..ameen..Allahumma ameen.
Hidup pasti akan selalu beriringan dengan kesulitan, tetapi tak pernah Allah menciptakan kesulitan tanpa diciptakanNya pula pintu keluarnya. Bukan maksud Allah membuat sulit hidup manusia, kerana Allah juga memberikan petunjuk2Nya. Tapi sekali lagi, mengikuti petunjuk itu pun bukan tanpa cubaan. Hanya dengan keteguhan dan perjuangan, semua akan bermuara pada kebahagiaan.

07 Jun 2011

::MaTLaMaT KiTa SaMa WaLau DaRi RuMPuN BeRBeZa::

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.Salam ukhuwwah fillah dan salam kasih sayang.Salam keceriaan dan salam kebahagiaan untuk semua yang sedang menikmati indahnya cinta Allah dibulan Rejab ini.Moga ubudiyyah yg dilakukan ikhlas kerana-Nya akan mendapat redha yang menjadi idaman semua.insyaAllah.
Posting kali ini bukan mahu meluah rasa mahupun melakar pesan..namun ingin ana kongsikan coretan seorang teman juga adik yang sangat baik menemani dan mengenalkan diri ini dengan perkampungan indah daarut Tauhid yang dirindui saban Khamis dibumi bertuah,Bandung,Indonesia.Moga akan ada kesempatan untuk berada dalam Halaqah cinta yang menyemarakkan lagi Rindu dan Kasih pada Pencipta juga sesama insan.Hampir setahun meninggalkan kenangan itu,dan ukhuwwah yang dibina makin erat walaupun terpisah jauh dari budaya dan rumpun bangsa.insyaAllah,moga hubungan ini terjaga dengan rindu yang makin melaut dan pesanan iman yang sering kunjung tiba.
ana ingin mengajak semua khususnya muslimah untuk mengamati tulisan ini.Mungkin ini suara hati adik ana ini,namun ana pasti ini juga suara hati ana juga kalian,wanita-wanita muslimah diluar sana.Biar impian kita besar supaya boleh berjiwa Besar!



**Ana kira bahasanya tidak terlalu rumit untuk difahami.Ayuh,kita hayati moga ada manfaat untuk kita semua.Peringatan untuk diri sendiri juga perkongsian buat teman-teman yang amat disayangi.
CATATAN HATI SEORANG WANITA

(Nasihat untuk anak-anakku, dari seorang wanita yang ingin menjadi IBU)

Kali ini aku ingin membuat sebuah tulisan,
Sebuah tulisan yang tak mampu terucap oleh kata, hanya mampu terucap oleh bahasa hati yang memang lebih mudah untuk dimengerti. Sebuah kata yang tak akan lekang oleh jaman, sebuah kata yang tak akan pudar oleh masa. Sebuah bahasa hati yang bernama cinta.
Cinta ini akan selalu terukir manis dalam relung jiwa, seindah kepercayaan pada sebuah cinta dari seorang ummi kepada anak-anaknya. Dan kini, tulisan ini kutujukan untuk anak-anakku tercinta, yang kucintai karena Allah, hanya karena Allah saja…

Anak-anakku sayang,
Inilah ummimu yang tak lebih dari seorang wanita biasa, yang hanya mencoba untuk menjadi sempurna dengan caranya yang sederhana. Berusaha sempurna untuk mengasihimu di sepanjang hayatku. Inilah aku yang melahirkanmu dengan takdir Tuhan kita, inilah aku yang menyusuimu dengan telaga kasih sayang, inilah aku yang mengajarkanmu untuk berkata “Allah Tuhanku, tiada lagi selain Dia.”, inilah aku seorang wanita biasa yang kini sempurna oleh kehadiranmu, inilah aku yang akan mengantarkanmu pada kebahagiaan di dunia dan akhiratmu, dan inilah aku yang kau panggil ummi.

Sayangku,
Manisku,
Anak-anakku yang sholih dan sholihah,
Kini kalian memang belum terlahir ke dunia, tapi inilah aku yang telah menyayangimu lebih dulu, sebelum aku mampu menyentuhmu dengan tanganku. Tapi, percayalah, hatiku telah mampu menyentuhmu, karena engkau begitu dekat. Aku begitu sangat menyayangimu. Meski kau adalah maya bagiku, kelak kau akan menjadi nyata. Disini. Bersama aku dan abimu, siapapun itu.
Taukah kau, Nak? Seorang wanita tak akan ada artinya jika dia tak mampu menikah dan tak mampu memiliki anak. Kini kau telah membuatku sempurna, kau mampu menjadikanku wanita seutuhnya. Terimakasih sayang, terimakasih…

Aku akan menjaga rahimku, rumah singgahmu sebelum engkau terlahir ke dunia. Sebuah tempat yang Allah beri nama khusus, begitu indah, karena nama ini adalah salah satu Asma Allah SWT (Ar-Rahiim) yang berarti “Maha Penyayang”, itu berarti tempat ini adalah sebuah tempat bagi ummi untuk mencurahkan rasa kasih sayang tiada tara ini padamu, sayang…. Subhanallah..

Nak,
Cinta adalah sebuah anugerah, memang Allah ciptakan cinta dengan begitu dahsyatnya. Kini aku rasakan getarannya kepada kalian, padahal kalian masih begitu remang dalam bayangan. Sedikitpun aku tak berdusta, kerinduan ini telah memuncak, aku mencintai kalian, sungguh cinta pada kalian… dorongan kuat ini berkembang begitu saja dalam hatiku, aku ingin segera melihat wajahmu yang lucu… :)

Anak-anakku sayang,
Ummi akan didik kalian dengan cinta. Tak akan sekalipun ummi marahi kalian, tak akan sekalipun ummi sakiti hati kalian, tak akan sekalipun ummi caci maki kalian. Ummi akan perlakukan kalian dengan cinta dan ketulusan. Ummi berjanji pada kalian, ummi akan lakukan yang terbaik semampu ummi untuk kalian, insyaAllah…

Malaikat kecilku,
Betapapun ummi melakukan banyak kesalahan, janganlah kalian lupakan dan tinggalkan ummi seorang diri. Kelak jika kalian telah dewasa, hiduplah kalian dengan landasan yang benar. Al-Qur’an dan As-Sunnah yang akan menjadi warisan. Kelak jika kalian telah dewasa, jadilah kalian jundi-jundi Allah yang ridha atas apa yang telah Allah gariskan. Jadilah kalian pemenang, walau terkadang hidup itu tak mesti harus menang, namun menanglah dalam kekalahan. Walaupun engkau kalah, menanglah dengsn menerimanya dengan lapang dada. Tumbuhlah kalian dengan hati yang sehat. Karena ummi akan berikan nutrisi dan gizi yang baik untuk hatimu…

Untuk para jagoanku,
Buatlah rasionalmu berperasaan, dan rasionalkanlah hatimu… tumbuhlah kalian menjadi seorang laki-laki yang lembut hatinya. Kedepankan pula perasaanmu, bukan hanya logikamu saja.. karena ummi percaya kau akan tumbuh menjadi seorang lelaki perkasa yang tak akan pernah menyakiti hati perempuan mana saja.

Untuk para bidadariku,
Jadilah kalian seindah permata yang mahal harganya. Tumbuhlah kalian menjadi seorang wanita yang tegar berdiri dalam prinsipnya. Wanita tangguh yang sholihah, berhati lembut, anggun, memesona, dan cerdas. Janganlah kalian tinggalkan jilbabmu, karena jilbab adalah simbol wanita mulia. Aku akan menjaga kalian selayaknya hartaku yang paling berharga, karena kalian adalah kunci surga bagi ummi dan abimu kelak,
Nak…
Aku adalah seorang wanita, yang hidupnya hanya untuk kebahagiaan anak-anak serta suaminya.

Kalian tak akan tergantikan,
Tak ada alasan untuk tak menyayangi kalian,
Aku cinta kalian…
Karena Allah pun mencintai kalian,

Meski kalian belum begitu nyata dalam dekapan...
Kapan aku melihat wajah kalian yang lucu itu, Nak?
Bersabarlah, kelak ummi akan jemput kalian dengan senyuman…

Percayalah,
Tunggulah sebentar…

Peluk cium selalu,
Ummi

…Aku adalah seorang ibu dari anak-anak peradaban, yang kini masih ada dalam dekapan Tuhan…
- Pitri Nurseptari Agustin -

06 Jun 2011

::SH0WCaSe aMaL SHuHaDa AT-TaQWa::


Assalamualaikum warahmatullah...
kepada sesiapa yang berkelapangan, jom sertai dan meriahkan Showcase ini.Puluhan artis akan membuat persembahan pada malam tersebut.Masuk percuma.
wadah untuk berinfak dan menyediakan saham akhirat sambil berhibur mengikut landasan agama telah disediakan,jadi yg punya waktu..mari sertai!
Moga sokongan kita walau sedikit ada nilaiannya.Mungkin dengan yang sedikit, akan membentuk generasi Rabbani yang diimpi-impikan.
InsyaAllah..

01 Jun 2011

::RuaNG YaNG DiNaNTi::

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.Salam Dipenghujung Jamadilakhir,berbaki sehari untuk menerima hadirnya fajar Rejab yang menggamit rasa menanti Sya'ban seterusnya debar syukur menyambut kedatangan Ramadhan yang mulia.3 bulan yang amat dicermati oleh Baginda Rasulullah. Moga sunnahnya terus mengalir dalam kehidupan kita.Mengharapkan keajaiban berlaku dalam tempoh ini,namun mungkin Allah belum mengizinkannya.Masanya bukan sekarang.Kerana Dia Maha Mengetahui,maka aku serahkan urusanku dalam ketentuannya sesudah usaha dan doaku.InsyaAllah,Dia telah menyediakan yang terbaik untukku.

InsyaAllah,bakal menyambut kedatangan Rejab,bulan Allah bersama ayahbonda tercinta.Benarlah bicara teman-teman dulu,bila kita perlu mengatur waktu untuk memenuhi kehendak perkara itu terkadang amat sulit.Jika dulu,bosan berada dirumah, mengharapkan cepat dapat kerja supaya dapat berubah suasana,Bila sudah bekerja pula..menghitung hari..menjenguk kalendar mencari-cari hari cuti.Cuti perlu dirancang sebaiknya supaya berbaloi dan betul-betul menikmati cuti.Alhamdulillah,walau terpaksa belakangkan jemputan teman-teman untuk menghadiri walimah mereka,kuatkan hati untuk pulang ke kampung kerana kerinduanku pada ayahbonda dan kampung halaman tercinta lebih menekan.Maafkan ana kerana tidak dapat meraikan hari bahagia kalian.Tapi bila difikir semula,ok jugak tak pergi semua.Yer la,sorang selatan,sorang ditimur, sorang ditengah kL,senang-senang semua tak payah pergi.kan adil!hehehe..ingat lagi perjalanan ke walimah sahabat minggu lalu,tak sempat rasanya.ditambah dengan tiada teman yang dapat ikut,hanya mampu susun sepuluh jari mohon maaf je la.

apalagi bila bonda tercinta sudah setkan dalam kepala yang ana akan balik tiap-tiap bulan.ya Allah,sabar je la bondaku.bulan nie alhamdulillah,da cuti umum.bulan depan kena la apply cuti,mana ada dah cuti umum.Kelakar jugak bila ingat balik.tapi ana yakin,kalau niat baik,Allah akan mudahkan jalan,insyaAllah.so,rancang je la,nak jadi ke tak,tunggu dan lihat.

Bila berhadapan dengan keadaan macam ini sedikit sebanyak ia mengajar kita untuk menghargai setiap ruang dan peluang.ada saja waktu terluang seharusnya diisi dengan perkara penting.bimbang esok peluang itu akan pergi dan tak akan datang lagi.

Oleh yang demikian jom kita penuhi masa dengan sebaiknya.Moga Hari ini lebih baik dari semalam.dan esok akan menjadi lebih bermakna dari hari ini.
Maaf atas tulisan yang caca marba.
-Menanti kedatangan Ramadhan yang Dirindui-
NOTA buat da'ei. Apabila kita sendiri diuji dengan apa yang sering kita dakwahkan, itu petanda Allah sedang mendidik kita agar melaksanakan apa yang kita perkatakan. Bersyukurlah kerana Allah masih sudi mengingati kita dalam usaha kita mengingatkan manusia. -khas buat diri yang faqir ini-