18 April 2011

::BiCaRa PaGi::

Assalamualaikum. Salam ukhuwwah dan salam kasih sayang. Alhamdulillah, Allah masih mengizinkan kita untuk terus mengecap nikmat Iman dan Islam. Nikmat terbesar sebagai hamba-Nya di muka bumi ini.
Mengisi masa yang ada, ana soroti tinta2, coretan teman2..hingga ana terfikir. usia kita sama, namun mengapa kematangan kita berbeza? Begitu Allah meminta manusia meneliti firman-Nya yang nyata awal2 lagi menegaskan bahawa Allah itu tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu melainkan kaum itu sendiri mengubahnya.
Jadi bagaimana harus kita sebagai manusia memaksimakan usaha dan tenaga untuk menjadi lebih baik dari hari ke hari. Meneliti kata-kata Saidina Ali Karamullahu Wajhah, Celakalah siapa yang harinya lebih teruk dr sebelumnya.
Allahuakbar, manusia punya pilihan dalam apa juga keadaan. Andai ditimpa ujian, mahu sabar atau mengalah. Mahu Redha atau mengeluh. Andai rasa kurang ilmu, mahu ditambah atau terus Jahil. Andai kurang harta, mahu dicari atau biar terus melarat.kita dianugerah akal sempurna yang tidak semua dimiliki makhluk-Nya. Bezanya, bagaimana kita menghargai pemberian dari-Nya.
Saat menyoroti tulisan teman-teman, ana diingatkan kembali hakikat sabar dan redha. Dua gandingan yang sering pincang nada dan iramanya dalam rentak kehidupan manusia. payah mencari padanan lengkap kedua sifat ini dalam bijaknya seorang manusia. Ramai orang yang boleh bersabar namun hanya sedikit yang mampu meredhai. Menyingkap pula perbualan dengan teman, katanya"saya sakit saya sabar, ini jalan menghapus dosa(kaffarah), tapi kadang-kadang gatal bibir bercerita seolah-olah tidak redha". hakikatnya begitu, teorinya mudah, namun aplikasinya mampu merobek pendirian.
Allahukabar! Kondisi iman yang kadang tinggi dan kadang mendatar, tak kurang merendah pada waktu tertentu menguji aplikasi sabar dan redha. Moga Allah menganugerahkan ketetapan hati untuk memugar mahmudah dalam diri.
Bersyukur sekali ana punya teman yang berbagai ragam. Perhatian dan kasih sayang berbeza. ada yang suka berkongsi ilmu, ada yang suka menegur tak putus, tak kurang mengkritik semaunya. semuanya ana perlukan. kerana semua itu mempengaruhi ilmu dan kematangan. Selagi mana bergelar manusia, kita punya nafsu yang tak perlu dipenuhi. Punya keinginan untuk mencuba sesuatu yang baru. Teringat peristiwa petang tadi saat menemani adik kesayangan, insyirah mencari kelengkapan permata hati. tergerak tangan untuk membelek sehelai baju. Nampak cantik dan labuh,tapi teguran adik ana menyedarkan bahawa material baju itu kurang sesuai untuk penampilan diri.
Ana bersyukur, itu yang ana mahukan.seseorang yang menjaga ana dari menurut keinginan semata tanpa mempedulikan tuntutan syari'at.kadang-kadang kita merasakan kita sudah sempurna memenuhi tuntutan, kerana cermin kita berbeza.mata tak mampu memandang jauh, dengan itu perlunya teman sejati,yang sama mahukan kita sentiasa dalam kebaikan.
Jadi, pilihan ana disini, ana mahu jadi yang terbaik.
Maaf andai tulisan tidak menunjukkan kematangan. mungkin itu hakikat sebenar. Kadang-kadang langkah sedikit pincang,dengan ada tangan yg menghulur, Alhamdulillah..kita tidak terus terjatuh. sesekali tersadung elok juga, ianya akan mengingatkan kita untuk berhati-hati untuk melangkah kembali.insyaAllah,menjadi lebih baik.

2 ulasan:

Insyirah berkata...

Akak... i leb u so strong!!!

syifa'mardiyyah berkata...

shayang...i love u more..so so so strong!!!please keep me in ur du'a ya...always need u..

NOTA buat da'ei. Apabila kita sendiri diuji dengan apa yang sering kita dakwahkan, itu petanda Allah sedang mendidik kita agar melaksanakan apa yang kita perkatakan. Bersyukurlah kerana Allah masih sudi mengingati kita dalam usaha kita mengingatkan manusia. -khas buat diri yang faqir ini-