Assalamualaikum. Salam Ukhuwwah dan salam kasih sayang. Salam keceriaan dan salam motivasi untuk semuanya.
hidup ini harus dihargai sebaiknya kerana ianya bukan satu jangka masa yang lama. Masa yang ada sangatlah tidak cukup sebenarnya. Kerana itu, kita melihat manusia seringkali tidak berpuas hati dengan apa yang dimiliki. Mudah-mudahan kita masih punya sifat qana'ah meskipun kita punya waktu untuk mengejar kemahuan juga kehendak yang tidak pernah surut.
Melalui transisi baru sebagai seorang yang bekerja, hendak pula kerja yang melawan waktu. Waktu yang selalunya diisi dengan mimpi indah, kini perlu berjaga demi menjaga keberkatan rezeki. waktu yang lazimnya digunakan untuk berjalan-jalan juga aktiviti2 lain, kini diisi dengan semayam indah di bilik tidur. seorang temanku pernah berkata,"lepas nie jumpa awak, makin cerah la..yer la tak kena matahari..keje malam je". Sabar je la,siang pun keluar jugak. takkan seharian berkurung dalam bilik.
waktu tidur kini perlu dicatu. kalau dulu, tidur terlebih-lebih, sekarang ada perkara yang lebih penting.
namun ana bahagia, sekurang-kurangnya masa lebih banyak terisi. Bila bekerja, komitmen amat diperlukan. memasuki dunia kerjaya bukan semudah yang diimpi...tak semua perkara mudah. menjadi satu perkara biasa, bila kita bekerja dalam komuniti, keperluan kita kadang-kadang perlu diketepikan sebentar.Alhamdulillah, Allah Maha Mengetahui setiap hamba-NYa.
Ditakdirkan ana untuk menyandang jawatan yang agak ringan sebagai satu latihan untuk berdepan dengan ujian yang lebih mencabar. jika dinilai tentang diri, serasa tidak layak berada di posisi ampuh seperti sahabat-sahabat lain.
Hampir 2 minggu, agak banyak perkara yang dipelajari. Betapa kadang-kadang suara hati yang sentiasa ingin perhatian perlu diketepikan. ana bukan lagi anak kecil yang perlu bergantung untuk membuat itu ini. bukan juga anak tunggal yang mahu hanya kehendak sendiri didulukan.
Mudah-mudahan Allah menganugerahkan kekuatan untuk terus berkhidmat selagi ana diperlukan. Setiap hari perlu menyiapkan diri untuk belajar dan menerima sesuatu yang baru. InsyaAllah, kematangan akan terbentuk sendirinya.
sekian, catatan di pagi hari...maaf kalau cacat dimana2 bahasanya...;-)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan