Assalamualaikum...
salam ukhuwwah dan salam kasih sayang untuk sesiapa yang masih punya waktu bertandang ke teratak usang ini...terlalu usang bila hampir 2 bulan terbiar tidak diuruskan.Mencari ruang waktu yang hingga kini belum ketemu...ingin lari jauh namun langkah kaki tak sekuat yang dijangka...akhirnya jatuh tersungkur juga..namun alhamdulillah,ana masih ada Dia...
Mencari dan menanti 'semangat' untuk menulis, yang lari entah kemana.jauh pergi hingga mengambil waktu yang agak panjang untuk berpatah kembali..
Bimbang untuk menulis bila hati bercelaru dengan situasi...risau andai apa yang tercoret lebih bersifat peribadi.Lantas ana mengambil ruang untuk memikirkan kembali untuk apa ana menulis disini...
Teratak ini tidak menyediakan penulisan yang terlalu ilmiah yang boleh dijadikan rujukan oleh mana-mana pihak.tulisan ana diteratak ini hanyalah nukilan hati yang mencerap iktibar dan tauladan mengenai perjalanan hidup yang diwarnai dengan 1001 telatah manusia.Pemerhatian terhadap alam sekeliling yang menarik minat ana untuk menganalisis sikap dan sifat manusia terhadap kehidupan ana nukilkan mengikut dimensi ana sendiri.Menggabungkan kepelbagaian pemikiran manusia dalam memberi makna dalam setiap sesuatu yang telah berlaku dalam setiap tahap perkembangan manusia.
Dan apabila hati terusik dan tak mampu lagi menterjemah setiap perilaku dengan akal rasional, ana jadi buntu untuk menulis. Tidak mahu membawa penulisan yang bercelaru seperti celarunya hati dan fikiran ana pada waktu itu. Dan penulisan kali ini juga ana sekadar mahu melepaskan apa yang terbeban, biarpun bukan secara terang-terangan, ana menyedari bahawa lelah ana akan reda bila menulis begini. Walaupun ana tahu hidup akan terus begini, tidak akan berubah dengan hanya penulisan picisan begini, namun ana bersyukur kerana masih mampu menulis dan menulis.
Maafkan ana kepada yang membaca. Andai kepeningan membaca, tersenyum saja, dan doakan ana dapat keluar dari kekeliruan dan kecelaruan ini.
Dalam proses meng'hibernate' diri.Tiada SMS,tiada fB..membalas bila perlu.maafkan ana.
assalamualaikum.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan