Assalamualaikum.Salam 5 Syawal 1431 Hijrah.Salam ukhuwwah dan salam kasih sayang untuk semua. salam kemesraan dan salam kebahagiaan di bulan Syawal ini. Ramadhan berlalu juga, dan Allah masih meminjamkan nyawa utk terus bernafas di muka bumi ini.
Alhamdulillah wa syukurillah. walaupun terjadi banyak insiden yang merobek hati namun itu ana terima sebagai satu ujian yang akan meningkatkan lagi iman kita kepada-Nya.melalui hari-hari terakhir Ramadhan kali ini dengan cara yang agak berbeza, dengan hasrat ana mampu menunaikan hajat dihati. namun, ana pasrah kerana ana yakin semuanya bermula dengan diri ana sendiri, bukan tiada peluang namun gagal melihat peluang yang hadir.
Alhamdulillah, Syawal kali ini menghimpunkan semua adik beradik kecuali adik yang bongsu yang jauh dimata. tak apa, insyaAllah kita berkumpul lagi di syawal yang lain.jika dipanjangkan umur.
Alhamdulillah, Syawal ini juga menemukan kembali ana denga teman-teman yang telah lama terpisah. sangat bahagia mengimbau kenangan masa lalu.dapat kembali ke sekolah menyumbang bakti yang kecil jika mau dibandingkan dengan apa yang telah diperolehi.berpeluang juga bersama-sama menjayakan himpunan yang ana kira sudah berjaya dijalankan di tempat sendiri.Alhamdulillah.
Semalam, 13 September..bahagia sekali meraikan hari bahagia teman-teman tersayang. juga dapat meraikan hari bahagia seorang penulis blog yang sangat ana kagumi.Ilmunya menjadikan beliau dikenali di segenap lapisan.
Agak lucu bila mengenangkan peristiwa semalam. KUasa Allah, 3 pasangan yang bernikah semalam semuanya teman ana satu batch. Tahniah kepada pasangan Mohd Fauzi&Shatheroh(dua2 shbat baik-sekelas),juga kepada Nazraton dan Yassir(juga teman sekelas)dan juga hafizah dan Fairus(along). juga kepada pasangan Ust Nasrul Nasir dan psangan ustzah Umi Kalsum.moga pernikahan ini kekal hingga ke akhir hayat dan jodoh berkekalan hingga kesyurga-Nya. ameen..amenn..allahuaameen.
Masih punya tugasan walaupun belum punya pekerjaan. moga Allah mempermudahkan urusan ana dan juga teman-teman yang lain.insyaAllah..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan