23 Jun 2009

ReNuNgaN BeRSaMa

Setiap saat dan detik kita sering mengadu di atas ujian yang ditimpakan. Tapi kuncinya adalah SABAR. Dalam al-Quran, Allah berfirman sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang sabar. Tapi jangan kita lupa sebenarnya terlalu sedikit dikalangan hamba yang bersyukur dalam dunia ini. Melafazkan "alhamdulillah" pun terlalu sukar. Memang ramai orang yang bersabar tapi sangat sedikit orang yang bersyukur.

Bila kita fikirkan sejenak, terlalu banyak nikmat Allah yang dikurniakan kepada hamba Nya sehingga tidak berbelah bahagi tapi dimana tanggungjawab kita sebagai hamba Nya? Yang kita tahu hanya nak bermegah-megah dengan kelebihan yang kita ada. Tapi kita lupa semua itu datang dari siapa? Jadi, ambillah masa untuk kita muhasabah diri. Adakah kita ini dikalangan hamba Nya yang bersyukur?? Astaghfirullah hal azhim.

Tiada ulasan:

NOTA buat da'ei. Apabila kita sendiri diuji dengan apa yang sering kita dakwahkan, itu petanda Allah sedang mendidik kita agar melaksanakan apa yang kita perkatakan. Bersyukurlah kerana Allah masih sudi mengingati kita dalam usaha kita mengingatkan manusia. -khas buat diri yang faqir ini-