22 Disember 2008

PRoGRaM BeRSaMa BeRiTa HaRiaN...

Salam ukhuwah dan Salam kasih sayang...
Alhamdulillah,selamat sampai ke Kedah jam 6.48pagi tadi.Dengan perasaan sebu bercampur geram,ana ucap syukur juga.Ana tak tau la macam mana perasaan Pak Tam dengan Hafiz.First time balik naik bas dalam keadaan yang amat-amat menyengalkan.huhuhu...
Namun begitu apabila terkenang kembali 3 hari lepas, perasaan agak terubat.Ana berkesempatan untuk bersama Krew Berita Harian dalam Kem Kecemerlangan Diri di Benum Hill,Raub, Pahang. Pengalaman baru yang agak menarik. namun akibat kesihatan yang kurang stabil, terasa sedikit terganggu dan tidak selesa sepanjang program. batuk yang tak surut ditambah demam pulak pada hari sabtu.Namun,dengan semangat dan kekuatan yang ada,tugasan perlu diteruskan.heheheee...rasa tak wajar baring saja dikatil sedangkan sahabat lain bergelut dengan tugasan masing-masing.
Pengisian yang agak padat sepanjang 3hari 2malam banyak memberi ana pengalaman baru.Kehadiran Dr.Fadzley,Waheeda dan Zainal Abidin juga memberi 'view'baru buat ana kerana untuk pertama kalinya ana melihat mereka berceramah secara 'live'.Dr.Fadzley dengan gaya yang penuh intelek,Waheeda dengan lenggok manja dan bersahaja dan juga Zainal Abidin yang 'sempoi' giler...jika sebelum ini ana hanya melihat mereka menyanyi sahaja di tv.satu pengalaman baru...
Untuk program kali ini ana diamanahkan tugas sebagai urusetia. bukan tak nak jadi fc tapi ana merasakan lebih baik jika diberikan tugas sebagai fc kepada adik-adik yang baru. Bukan nak bagitau yang ana dah expert dalam bidang fasilitator ni, tapi jika kita tak memberi peluang kepada wajah-wajah baru,nanti adik-adik selepas ana mungkin kurang berkeyakinan untuk mengendalikan program.Zalim tue...tak nak la..
Kehadiran Afifuddin,ust Md Nor,Bang Teh,Hasydan,Muhaimin,Bob,Hafiz,Farhan,Pak Tam,Husna,Farihah,Faridah,dan Mardhiah sebagai fc cukup banyak membantu.Tak lupa sahabat urusetia K.Aziey,Farih,Awi,Nazri dan juga Hafiz yang paling bertungkus lumus ana rasa dalam team kami.Pastinya penghargaan kepada team Berita Harian yang banyak memberi peluang dan ruang kepada kami dan bantuan serta nasihat yang amat berguna untuk bekalan pada masa depan.En Firdaus(Bos),Abg Edy,Abg Saiful,Abg Ben,Abg Saiful,Pak Tam,Akmar,dan sesapa lagi yang terlibat.Terima kasih yang tak terhingga atas jasa kalian.Moga ada kesempatan untuk bertemu dilain program.InsyaAllah...
Ana nak download gambar tapi tak ambik lagi..next time..Enjoooooyyyyy...

1 ulasan:

ayahteh berkata...

salam,
terima kasih yg tak terhingga kpd syifa & rakan2 PERMADAH yg telah bertungkus lumus dlm membantu kami menjayakan program tersebut.

walaupun dlm keadaan kesihatan yg tidak berapa mengizinkan anda masih lagi terus menunjukkan kesungguhan & komitmen yg tinggi terhadap tanggungjawab yg diamanahkan...syabas dari kami.
- GPE's team -

NOTA buat da'ei. Apabila kita sendiri diuji dengan apa yang sering kita dakwahkan, itu petanda Allah sedang mendidik kita agar melaksanakan apa yang kita perkatakan. Bersyukurlah kerana Allah masih sudi mengingati kita dalam usaha kita mengingatkan manusia. -khas buat diri yang faqir ini-