23 Ogos 2008…Dua Rasa Satu Malam….
Salam ukhuwwah dan Salam kasih sayang…
Entah kenapa ana terasa ingin mencoretkan sesuatu, mungkin di dorong gangguan emosi yang berlaku semasa ana menonton Buletin Utama malam tadi… kebelakangan ini, ana sebenarnya amat tidak gemar untuk menonton berita. Tak tahu kenapa, mungkin mual agaknya dengan macam-macam pembohongan yang berlaku…namun atas tuntutan untuk berindentiti sebagai seorang mahasiswa yang lebih cakna dengan isu, kadang-kadang ana ikuti juga siaran berita, walau pada hakikatnya ana lebih gemar membaca. Namun ana akui, kesan dari membaca dan melihat adalah tidak sama, dengan melihat kita dapat menilai apa yang disampaikan melalui ‘body languange’ seseorang…
Ah! Lupakan seketika tentang membaca dan menonton ini, apa yang lebih penting…ana ingin kongsikan betapa walangnya hati ana menonton Berita malam tadi… fenomena baru ana lihat dalam dunia politik Negara, akuan sumpah seolah perkara biasa…semalam saja dalam siaran berita, ana dengar 3 akuan sumpah yang dengan beraninya menyebut nama Allah, satunya yang amat ana sakit hati, Nampak sangat main-mainnya dalam nak bersumpah, sambil gelak-gelak, melatah lagi menyebut nama Allah….apa semua nie????? Ana fikir hanya ana yang geram dengan perkara itu, tapi abang ana juga, bila tiba-tiba ana dengar dia cakap,”ish! Main-main pulak dengan sumpah…”. Secara tak sedar, mata ana hangat…sedih dengan apa yang berlaku. Ana bukan sesiapa untuk menentukan samada sumpah mereka serius atau main-main, tapi sebagai pemimpin Negara yang hebat, diiktiraf Negara Islam pulak tu, ana pelik kenapa perkara ini boleh berlaku, namun apa yang lebih ana bimbangkan kesan sumpah tersebut. Kerana ana bimbang, bilamana azab Allah datang, kadang-kadang bukan tertumpu kepada orang yang bersumpah tetapi Negara dan rakyat didalamnya…
Ana tidak seperti sahabat-sahabat ana yang lain, bijak menganalogikan fenomena yang berlaku. Apa yang terlintas difikiran, ana analogikan fenomena ini dengan sesuatu paling buruk…mungkin tidak kena dengan isu, biarlah ana simpan sendiri..mungkin ana terlalu beremosi, namun inilah rasa hati ana. Ana tidak berani meninggalkan komen tentang penulis blog yang menyarankan menjelang hari kemerdekaan ini, rakyat Malaysia dinasihatkan memasang bendera terbalik bagi menggambarkan situasi Negara masa kini… ana tersenyum sendiri…kita tahu apa yang terjadi…kita lihat kita dengar, nilailah sendiri….
Malam yang sama, emosi ana bertukar. Bukan bermakna ana lupakan isu yang menggeramkan hati tadi, namun tak adil rasanya untuk tidak berkongsi kegembiraan dan kebanggaan atas kemenangan berganda pasukan KEDAH dalam perlawanan bola sepak malam tadi. Di minit-minit terakhir terasa debaran yang kuat, bukan apa… bimbang jugak kalau-kalau impian Kedah tak kesampaian. Tapi alhamdulillah, akhirnya KEDAH JUARA LAGIIIII!!!!!!!!!. Terus tangan laju mencapai telefon minta blog PERMADAH diisi dengan berita gembira ini. Gelombang hijau kuning kelihatan begitu gah di Stadium Nasional Bukit Jalil, tak kurang juga gelombang merah kuning…tanpa sengaja terlintas di hati…. Andai Islam di dokong dan di akar umbi oleh gelombang itu, apakah akan wujud suasana yang berlaku pada hari ini????
Apa pun tahniah kepada pasukan Kedah...Moga sukan bola sepak terus bersinar dan gemilang...jom kita kongsi kemeriahan semalam...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan