31 Ogos 2008

RaMaDHaN YaNG DiRiNDui...


Ramadhan Yang Dinanti...

Sabda Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam yang bermaksud: “ Andaikata hambaKU mengetahui hal(keutamaan) bulan Ramadhan, nescaya mereka mengidamkan agar dalam setahun itu dijadikan bulan Ramadhan.” (Riwayat Ibnu Khuzaimah).mnerusi ungkapan hadis tersebut menggambarkanbetapa hebat dan bernilainya bulan Ramdhan!
Ramadhan sentiasa dinanti bagi golongan yang cintakan kebaikan. Bulan tesebut terkandung seribu rahmat. Dari Jabir bin Abdullah RA bahawa Rasulullah bersabda yang bermaksud, “ Di bulan Ramadhan umatku dianugerahi lima(keutamaan) yang tidak pernah diberikan kepada Nabi-nabi sebelumku:
1. Ketika malam pertama di bulan Ramadhan, Allah SubhanahuWata’ala melihat mereka (Ummat Muhammad) dan sesiapa yang dilihat oleh Allah, nescaya tidak akan diberikan seksaan untuk selama-lamanya.
2. Bau mulut orang berpuasa lebih harum di sisi Allah daripada bau minyak kasturi.
3. Para malaikat memohon keampunan bagi mereka pada setiap siang dan malam.
4. Allah memerintahkan kepada Malaikat : Siapkanlah dan hiasi para hambaKu yang beristirehat sejenak dari kesibukan duniawi untuk menuju ke rumahKu dan kemuliaanKu .
5. Ketika telah datang akhir malam, Allah mengampuni mereka (orang yang berpuasa) semuanya. Kemudian salah seorang daripada kaum itu bertanya : Apakah itu malam Lailatul Qadar? Lantas nabi menjawab: Tidak, apakah kamu tidak melihat para pekerja, ketika mereka selesai melaksanakan tugasnya, maka diberi upahnya.” (Riwayat Al-Baihaqi)
Di bulan Ramadhan umat Islam diwajibkan berpuasa. Puasa dalam bahasa arab disebut as-shiyaam atau as-shaum yang bermaksud : Menahan diri dari sesuatu perbuatan. Menurut istilah Syara’: Menahan diri diri dari melakukan perkara-perkara yang membatalkan puasa seperti makan, minum, dan sebagainya bermula terbit fajar hingga terbenam matahari dengan disertai niat ibadah kepada Allah. Kewajipan berpuasa dinyatakan dengan jelas menerusi firman Allah yang bermaksud: “Wahai orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana orang sebelum kamu supaya kamu bertaqwa.” (Al-Baqarah:183)
Ganjaran pahala dan penghapusan dosa-dosa yang telah lalu telah dikurniakan kepada orang yang ikhlas berpuasa semata-mata kerana Allah. Sabda Rasulullah yang bermaksud: “ Sesiapa yang berpuasa pada bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan ketulusan, maka akan diampunkan dosa-dosanya yang terdahulu.” (Riwayat Bukhari, Muslim, dan Abu Daud)
Ganjaran pahala turut diberikan kepada orang yang bangun sahur. Sabda Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam yang bermaksud: “ Bersahurlah kamu walaupun dengan seteguk air.” (Riwayat Abu Daud dan At-Tirmidzi)
Hadis ini membuktikan betapa pemurahnya Allah memberikan ganjaran pahala sekalipun bersahur hanya dengan seteguk air. Maksud yang tersirat di sebalik perbuatan ini ialah untuk menilai sejauh mana kepatuhan manusia terhadap perintah Allah. Siapakah yang sanggup bangun di waktu sedang enak dibuai mimpi sedangkan selera makan ketika itu jarang terbuka. Tetapi itulah ujian Allah bagi menguji keimanan hamba-hambaNya. Sekalipun bersahur tidak wajib tetapi bagi golongan yang ingin mendapatkan pahala, peluang ini diambil denga sebaik-baiknya. Malahan dengan makan sahur, sekurang-kurangnya menjadi penahan lapar dan dahaga di siang hari.
Bukan sekadar sunat bangun sahur, bahkan keberkatan turut diberikan kepada sewaktu mengakhiri sahur. Rasulullah bersabda yang bermaksud: Tiga perkara yang dicintai Allah: Bersegera berbuka, Mengakhiri sahur, dan meletakkan kedua tangan(iaitu) salah satunya di atas yang lain ketika solat.” (Riwayat At-Thabarani)
Puasa turut dijadikan perisai daripada melakukan kejahatan. Sabda Rasulullah yang bermaksud: “Puasa itu bagaikan perisai, apabila seseorang kamu berpuasa, jangan berkata kotor dan kasar. Jika seseorang mencacinya atau menyerangnya maka hendaklah dia mengatakan: ‘aku ini puasa’.” (Sahih Bukhari)
Di bulan-bulan lain, terdapat godaan daripada melakukan kebaikan, tetapi setelah datangnya Ramadhan, jin dan syaitan dirantai daripada terus menggoda manusia. Peluang tersebut hendaklah diambil dengan sebaik-baiknya untuk melakukan kebaikan. Sekiranya di bulan lain, kita terkadang leka dengan nikmat dunia, sempena Ramadhan amalan kebaikan dilipat gandakan agar puasa yang dilakukan diterima oleh Allah. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Apabila kamu berpuasa, maka hendaklah pendengaranmu, penglihatanmu, dan lidahmu turut berpuasa dari segala yang haram. Jauhilah dari suka menyakiti jiranmu, hendaklah kamu bertenang, beramal, dan janganlah biar hari tidak berpuasa dan hari berpuasa adalah sama.” (Riwayat Bukhari)
Malam Lailatul Qadar menjadi rebutan setiap umat Islam. Malam tersebut tidak diketahui oleh sesiapa melainkan Allah jua. Lantaran itu, umat Islam digesa supaya melakukan amalan secara berterusan bagi mendapatkan malam tersebut. Mengalahkan malam-malam yang lain. Terkandung seribu rahmat dan amatlah beruntung sesiapa yang memperolehinya. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “ Sesungguhnya bulan ini ( Ramadhan) telah mendatangi kamu, yang di dalamnya terdapat satu malam yang nilainya lebih baik berbanding seribu malam. Oleh sebab itu, sesiapa yang menghormatinya, ia menghormati kebaikan itu semuanya. Tidak akan menghormati kebaikannya kecuali orang yang mulia.” (Riwayat Ibnu Majah)
Ramadhan merupakan bulan kemerdekaan. Sekalipun lapar dan dahaga sepanjang hari, namun kesihatan tetap milik kita. Bahkan dengan berpuasa dapat menyihatkan tubuh badan terutamanya sistem penghadaman yang sering bekerja setiap hari tanpa henti. Di saat berpuasa seseorang bebas dari perhambaan makan dan minum. Ini merupakan antara nikmat kemerdekaan yang tersirat di sebalik berpuasa.
Sejarah membuktikan tentang kehebatan orang yang berpuasa. Hayatilah kisah Thalut. Beliau telah melarang bala tenteranya meminum air yang terlalu banyak sekalipun dalam keadaan kehausan. Namun hanya segelintir yang mengikut arahannya. Malahan kejayaan mampu diraih oleh golongan yang sedikit itu (yang mampu menahan hawa nafsunya). Berjaya melawan hawa nafsu merupakan kemerdekaan yang hakiki.
Sembahyang sunat Terawih digalakkan pada bulan Ramadhan. Solat tersebut hanya Berjaya dihabiskan oleh orang yang sabar. Bilangan 20 rakaat bukanlah senang untuk dihabiskan, namun apabila mengenangkan galakan daripada Allah dan ganjaran pahala yang menanti, seseorang mampu melakukannya setiap malam di sepanjang Ramadhan. Ini juga dinamakan kemerdekaan. Kemerdekaan bukan sekadar melepaskan diri daripada cengkaman musuh bahkan termasuk juga jihad melawan hawa nafsu.
Ramadhan merupakan bulan yang terkandung seribu hikmah. Bulan kemerdekaan bagi golongan yang berpuasa. Bukan setakat menahan makan dan minum, meninggalkan perkara-perkara yang membatalkan puasa. Malahan dipenuhi dengan pengisian rohani kea rah kebaikan. Janganlah dibiarkan Ramadhan berlalu sepi. Gunakanlah peluang yang ada di hadapan mata dengan sebaiknya.
Akhirnya, sama-samalah kita renungi dan hayati sabda Rasulullah yang bermaksud: “……inilah bulan yang pada awalnya Allah menurunkan rahmat, di pertengahannya dikurniakan keampunanNya dan dipenghujungnya Allah membebaskan daripada api neraka Jahanam…” (Riwayat Ibnu Khuzaimah daripada Salman RA)
Menerusi sebuah hadis yang lain, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “ Apabila telah tiba Ramadhan, dibuka pintu-pintu Syurga, ditutup semua pintu neraka dan diikat semua syaitan.” (Riwayat Imam Bukhari, Muslim, Nasai’e, Ahmad, dan Baihaqi). Jelaslah Ramadhan merupakan bulan kemerdekaan! Merdeka daripada godaan Syaitan dan segala-galanya.

Ya Allah, bulan ramadhan telah tiba dan sudahpun menaungi kami, oleh itu selamatkanlah dia untk kami dan selamatkanlah kami untuknya. Kurniakanlah kepada kami keupayaan agar kami dapat melakukan puasanya dan menghidupkan malamnya. Dan berikanlah kepada kami kecekalan, kesungguhan dan kerajinan di dalamnya, dan lindungilah kami di bulan mulia ini daripada segala bentuk fitnah”

Ya Allah, telah datang bulan kami dengan selamat dan keislaman, dan aman dan keimanan, ampunilah segala kesalahan kami yang telah berlaku, dan bebaskanlah kami di dalam bulan ini daripada kehangatan api neraka, dan tolonglah kami untuk mempertingkatkan lagi amal kebajikan, wahai yang maha Mulia Lagi Maha Pemberi Kurnia, dan ampunilah dosa-dosa kami, dosa-dosa ibu bapa kami, begitu juga dosa-dosa semua muslimin muslimat yang masih hidup ataupun yang sudah wafat, dengan rahmatMu, wahai Allah yang Maha Pengasih.
ameeenn...

Oppss!MaSiH aDa YaNG SaYaNG...

Salam Ukhuwwah Sekencang Dakwah...

30 Ogos 2008

Usai solat Maghrib, ana bersama Munirah dan K.Azie bersiap untuk bergerak untuk ke KLCC. Untuk kali ini ana memilih untuk bergerak lebih awal, kerana daripada pengalaman yang lalu, bila ana bergerak agak lewat...keadaan dalam LRT sangat menyesakkan. Untuk apa ana dan teman-teman ke KLCC? Untuk berseronok meraikan malam kemerdekaan?urmmm..sudah tentu tidak.... Alhamdulillah, untuk kali ke 2 Allah beri ana kesempatan untuk menyertai PERKID dalam program 'Opsss!Masih Ada Yang Sayang V'. Ana bersama rakan PERMADAH yang lain dengan seliaan Kelab Fasilitator turut sama membantu menjalankan kerja dakwah ini...InsyaAllah...
Seperti biasa, penerangan tentang perjalanan penuh program dilakukan oleh ust. Masridzi. Namun, kali ini berbeza perjalanan program..ana nampak ketegangan di wajah ust Masridzi semasa beliau berucap di depan sukarelawan yang ada kira mencecah ratusan orang. Rupanya perjalanan program kali ini tidak seperti 4 siri program yang lepas. jika 4 tahun lepas, kami akan membawa remaja-remaja yang bermasalah yang kami temui di sesuatu tempat ke Masjid untuk dimuhasabahkan, namun kali ini kebenaran untuk membawa anak muda itu dinafikan oleh pihak berkuasa. Kami hanya dibenarkan untuk menemui anak-anak muda di tempat2 tertentu, cuba bercakap kemudian pergi macam tue saja. Ana tidak nampak dimana efektifnya cara tersebut.
Jika dulu, melalui program ini kami dibenarkan untuk mengumpulkan anak2 remaja ini dimasjid dan kemudian cuba membantu mereka mencari diri mereka semula, tapi apa yang kami mampu lakukan tahun ini hanya melihat dan menegur dengan cara paling baik. Apa sama teguran yang kami beri berbanding dengan teguran yang diberikan ust Masridzi bila mereka dikumpulkan di dalam masjid. Kerana melalui pengalamna lepas ana dapat liuhat sendiri, airmata keinsafan yang mengalir dipipi mereka. tapi malam ini, adakah kami mampu memberikan kesedaran yang serupa?
Selepas dibagaikan dalam kumpulan masing-masing, dan usai bacaan doa oleh ust Masridzi, kami bergerak keluar dari Masjid AsSyakirin untuk ke tempat operasi yang telah dibahagikan. Jika tahun lalu, ana ke Dataran Merdeka, tapi kali ini ana ke Bukit Bintang. Agak cuak sebenarnya, namun ana kuatkan hati... mula2 dah rasa semacam, namun ana tepis jauh2 rasa itu...Jam 1.20pagi, kami memulakan perjalanan dengan berjalan kaki ke Bukit Bintang. Sepanjang perjalanan, bila ada saja 'geng2' moto yang lalu pasti ada yang 'membooo'..ada jugak yang ucap salam dengan nada yang lucu ana kira pada mereka. Kami pekakkan telinga... ana tahu mereka sudah mengagak kedatangan kami.
Apabila kami hampir kepada mereka, mereka cepat2 lari. Pakaian dan pergaulan yang amat menakutkan ana ramai disitu. Hampir dua jam disitu, kami cuba dekati adik2, akak2, dan juga abg2 yang berkelakuan kurang menyenangkan. ada yang beri kerjasama, tak kurang yang bertindak kurang sopan dengan kami. Rata-rata yang datang ke situ, golongan remaja dan MELAYU ISLAM. ini kerana mereka yang memulakan salam, tak pun kalau kami memulakan salam mereka akan menyambutnya....Allahuakbar!!! Ana dan kawan cuba dekati adik2 perempuan disitu, kami berborak seadanya. itu saja yang boleh kami lakukan kali ini. sebelum bergerak pulang, kami cuba menghubungi Pihak JAWI yang tidak membenarkan kami membantu mereka untuk turun membantu anak2 remaja yang bebas melakukan perkara yang menjolok mata disitu, hasilnya kami dimarahi kerana semua pegawai mereka tiada di pejabat kerana semua telah turun untuk operasi malam itu. tetapi mengapa mereka tiada di Bukit Bintang??? akhirnya dengan nada cukup tidak mesra pegawai itu meminta kami menghubungi semula jam 4pagi nanti untuk membuat aduan semula. Jika anda ditempat kami, apa anda rasa???? Apakah salah jika anak muda yang punya kesedaran ingin turut sama melakukan amar makruf nahi mungkar...??? Seperti kata Ust Masridzi, apa makna 51 tahun Merdeka andai kita tak mampu nak bantu anak bangsa sendiri keluar dari kemaksiatan??? Kenapa kita tak dibenarkan utk melakukan kerja dakwah, tapi hiburan melampau, konsert sana sini diluluskan...inilah agaknya suasana baru pemerintahan ISlam HadHari...Moga Allah ampunkan kita semua...
satu kata2 ana pahatkan di hati, Kita telah berusaha untuk melakukan kebaikan dan cuba mengajak orang kepada kebaikan, namun kita tidak dapat mengubah diri mereka mengikut kehendak kita kecuali dengan izin Allah...
Ya Allah, Redhailah apa yang kami lakukan dan bantulah Umat Islam di Malaysia dan juga diseluruh dunia yang ingin menegakkan agamaMU...ameeenn..
Maaf atas kekasaran kiranya ada...

Ana sertakan suasana malam tadi buat teman-teman semua...



28 Ogos 2008

SaLaM KeMeRDeKaaN!!!


InsyaAllah,31 Ogos bakal tiba lagi.Bermakna sudah hampir 51 tahun kita mengecap nikmat kemerdekaan. Alhamdulillah, Allah mengizinkan bumi Malaysia terus bebas dari penguasaan penjajah, biarpun tidak sepenuhnya...namun kita masih boleh melakukan semua perkara tanpa dihalang atau ditentang sebagaimana yang berlaku pada zaman sebelum merdeka....
Persoalannya, apakah Rakyat Malaysia bersyukur dengan nikmat kemerdekaan yang dikecap selama ini. Daripada apa yang terzahir pada setiap kali upacara sambutan Ulangtahun Hari Kemerdekaan, ana rasa tidak ada satu simbol yang boleh mengukur sejauh mana rakyat malaysia mensyukuri nikmat kemerdekaan selama ini. Mungkin hanya Perarakan sahaja yang membuktikan kecintaan kita pada negara...???
Ayuh kita pelihara anugerah kemerdekaan ini dengan sebaiknya. Sekiranya punya waktu dan masih rasa kita rakyat Malaysia, cuba telusuri semula sejarah dulu, bagaimana susahnya hidup dizaman penjajah, betapa pemimpin-pemimpin dulu berusaha memerdekankan Tanah Melayu ini dengan izin Allah.
Kita membesar dengan sejarah dan pengalaman. Sejarah mungkin berulang, jadi pelihara dan hargailah nikmat kemerdekaan dengan sebaiknya. Jangan sampai kita kehilangannya sekali lagi...

Salam Kemerdekaan....!
Merdeka! Merdeka! Merdeka!

"PERPADUAN TERAS KEJAYAAN"

24 Ogos 2008

23 Ogos 2008…Dua Rasa Satu Malam….

Salam ukhuwwah dan Salam kasih sayang…

Entah kenapa ana terasa ingin mencoretkan sesuatu, mungkin di dorong gangguan emosi yang berlaku semasa ana menonton Buletin Utama malam tadi… kebelakangan ini, ana sebenarnya amat tidak gemar untuk menonton berita. Tak tahu kenapa, mungkin mual agaknya dengan macam-macam pembohongan yang berlaku…namun atas tuntutan untuk berindentiti sebagai seorang mahasiswa yang lebih cakna dengan isu, kadang-kadang ana ikuti juga siaran berita, walau pada hakikatnya ana lebih gemar membaca. Namun ana akui, kesan dari membaca dan melihat adalah tidak sama, dengan melihat kita dapat menilai apa yang disampaikan melalui ‘body languange’ seseorang…

Ah! Lupakan seketika tentang membaca dan menonton ini, apa yang lebih penting…ana ingin kongsikan betapa walangnya hati ana menonton Berita malam tadi… fenomena baru ana lihat dalam dunia politik Negara, akuan sumpah seolah perkara biasa…semalam saja dalam siaran berita, ana dengar 3 akuan sumpah yang dengan beraninya menyebut nama Allah, satunya yang amat ana sakit hati, Nampak sangat main-mainnya dalam nak bersumpah, sambil gelak-gelak, melatah lagi menyebut nama Allah….apa semua nie????? Ana fikir hanya ana yang geram dengan perkara itu, tapi abang ana juga, bila tiba-tiba ana dengar dia cakap,”ish! Main-main pulak dengan sumpah…”. Secara tak sedar, mata ana hangat…sedih dengan apa yang berlaku. Ana bukan sesiapa untuk menentukan samada sumpah mereka serius atau main-main, tapi sebagai pemimpin Negara yang hebat, diiktiraf Negara Islam pulak tu, ana pelik kenapa perkara ini boleh berlaku, namun apa yang lebih ana bimbangkan kesan sumpah tersebut. Kerana ana bimbang, bilamana azab Allah datang, kadang-kadang bukan tertumpu kepada orang yang bersumpah tetapi Negara dan rakyat didalamnya…
Ana tidak seperti sahabat-sahabat ana yang lain, bijak menganalogikan fenomena yang berlaku. Apa yang terlintas difikiran, ana analogikan fenomena ini dengan sesuatu paling buruk…mungkin tidak kena dengan isu, biarlah ana simpan sendiri..mungkin ana terlalu beremosi, namun inilah rasa hati ana. Ana tidak berani meninggalkan komen tentang penulis blog yang menyarankan menjelang hari kemerdekaan ini, rakyat Malaysia dinasihatkan memasang bendera terbalik bagi menggambarkan situasi Negara masa kini… ana tersenyum sendiri…kita tahu apa yang terjadi…kita lihat kita dengar, nilailah sendiri….

Malam yang sama, emosi ana bertukar. Bukan bermakna ana lupakan isu yang menggeramkan hati tadi, namun tak adil rasanya untuk tidak berkongsi kegembiraan dan kebanggaan atas kemenangan berganda pasukan KEDAH dalam perlawanan bola sepak malam tadi. Di minit-minit terakhir terasa debaran yang kuat, bukan apa… bimbang jugak kalau-kalau impian Kedah tak kesampaian. Tapi alhamdulillah, akhirnya KEDAH JUARA LAGIIIII!!!!!!!!!. Terus tangan laju mencapai telefon minta blog PERMADAH diisi dengan berita gembira ini. Gelombang hijau kuning kelihatan begitu gah di Stadium Nasional Bukit Jalil, tak kurang juga gelombang merah kuning…tanpa sengaja terlintas di hati…. Andai Islam di dokong dan di akar umbi oleh gelombang itu, apakah akan wujud suasana yang berlaku pada hari ini????

Apa pun tahniah kepada pasukan Kedah...Moga sukan bola sepak terus bersinar dan gemilang...jom kita kongsi kemeriahan semalam...


NOTA buat da'ei. Apabila kita sendiri diuji dengan apa yang sering kita dakwahkan, itu petanda Allah sedang mendidik kita agar melaksanakan apa yang kita perkatakan. Bersyukurlah kerana Allah masih sudi mengingati kita dalam usaha kita mengingatkan manusia. -khas buat diri yang faqir ini-