Salam kasih sayang untuk semua yang bertandang di laman perkongsian ini. Sekali lagi jarak antara post sangat jauh hinggakan perlukan masa yang sangat banyak untuk recall balik event-event yang dirasakan bagus untuk dikongsikan bersama.
Entry kali ni saya nak kongsikan dengan semua perjalanan kursus kepimpinan yang saya dan rakan rancang khusus untuk Pembimbing Rakan Dinamik Kolej MARA Kuala Nerang. Mungkin ada yang tanya, apa tu Pembimbing Rakan Dinamik. Senang cakap PRD ni adalah PRS.Haaa...semua faham kan. Mana-mana pelajar yang betul-betul berjiwa PRS tu, jemputlah datang belajar di KMKN. Jiwa saya sangat dekat dengan PRD. Dari sudut content dan pelaksanaan..semuanya.saya suka!
Ok, make it short, kami mulakan perjalanan kami pada jam 7pagi hari Jumaat. Kali ini destinasi kursus kami adalah De Baron Resort, Langkawi. Langkawi? Ya, Langkawi. tiba-tiba ada lebihan duit, jadi kami dapat juga merentas lautan menuju ke Pulau Mahsuri itu. Perjalanan kami ke Jeti Kuala Kedah mengambil masa hampir satu jam. Alhamdulillah, sampai saja di jeti, kami sempat dengan Feri awal, dan akhirnya smua menikmati sarapan di dalam feri. akhirnya pada jam 9.45 pagi kami selamat sampai ke Jeti Kuah, Langkawi. Bas daripada resort menanti dan membawa kami ke destinasi. Inilah destinasi kami!
Sesi pertama kami bermula di dewan kerana tak dapat nak check in lagi. check in hanya selepas jam 2 petang. Sesi ice breaking dikendalikan oleh ahli PRD sendiri. Kami cuma memantau dan mencelah untuk memastikan perjalanan sesi berlangsung dengan baik. sesi ice breaking lebih kepada proses untuk mengukuhkan persefahaman dan menghilangkan rasa kurang selesa antara satu sama lain. memang xde masalah la budak-budak ni kan. Tau saja nak wujudkan suasana yang ceria dengan melibatkan semua kawan-kawan. slot berhenti untuk makan tengahari dan solat jumaat. Alhamdulillah, sesi pertama berjalan dengan baik.
Selepas solat jumaat dan check in bilik, sesi dimulakan dengan slot Kemahiran Asas Kaunseling. Bantu Diri untuk Bantu Rakan. Sesi perkongsian ini disampaikan oleh En Shahid Bin Ahmad, Kaunselor MRSM Langkawi. kepakaran beliau dalam ilmu dan teknik kaunseling sangat membantu pelajar untuk lebih memahami konsep tugas seorang ahli PRD.Kemahiran asas seperti kemahiran mendengar, membuat prafrasa, konfrantasi dan lain2 lagi. beliau turut meminta pelajar menyelesaikan kajian kes dengan menggunakan kemahiran tersebut. pelajar kelihatan gembiran dan dapat mengikuti sesi tersebut dengan sangat baik.
sesi berakhir diikuti dengan minum petang. Sesi petang memfokuskan kepada keperluan fizikal pelajar. aktiviti riadhah dijalankan bagi mengisi tujuan tersebut. Sesi pada waktu malam diteruskan lagi dengan sesi Simulasi. Beberapa modul telah digunakan untuk mewujudkan kepelbagaian dalam aktiviti. Alhamdulillah, semua pelajar memberi kerjasama yang baik.Sesi malam tersebut berakhir pada jam 11.00 malam. kami menikmati minum malam dan masing-nasing bebas melakukan aktiviti sendiri. Kebetulan malam itu ada salah seorang PRD menyambut ulangtahun kelahiran. sempat lagi la kawan-kawan mereka buat suprise party utk kawan diaorg.
Sesi pagi sepatutnya bermula jam 8.30 pagi. namun begitu berlaku sedikit masalah teknikal yang menyebabkan sesi terpaksa dilewatkan dan dijalankan secara ringkas sahaja. kami telah meminta perkhidmatan agensi pelancongan untuk membawa kami ke Cable Car. Kami telah menghabiskan masa disana dengan melakukan pelbagai aktiviti. saya sendiri telah melawat muzium 3D. sangat mengujakan.saya amat mengesyorkan sesiapa saja terutamanya ratu2 selfie ke muzium ini. sangat berbaloi dengan fee yang dikenakan. RM15 sesiapa yang berminat untuk masuk.
kami bertolak pulang jam 5 petang ke Jeti Kuala Perlis. Memandangkan ada dalam kalangan ahli PRD yang akan menamatkan pengajian awal makan kami telah makan malam bersama-sama di Kedai Ikan Bakar Lynda di tepi Jeti Kuala Perlis. Alhamdulillah, sangat meyelerakan dengan harga yang sangat berbaloi.
perjalanan pulang kami mengambil masa hampir 2 jam dan kami selamat tiba di KMKN jam 11.00 malam. Saya sangat mengharapkan ilmu dan kemahiran yang telah dikongsikan dapat dijadikan panduan untuk menjalankan tugas dan amanah sebagai ahli PRD. Moga terus memberi manfaat kepada semua warga kolej harapnya.
sekian,
Tiada ulasan:
Catat Ulasan