10 Jun 2012

~PeLaNGi SeLePaS HuJaN~

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam ukhuwwah dan salam kasih sayang. Salam Keceriaan dan salam kebahagiaan. Moga momentum ibadah di bulan Rejab kian meningkat dalam persiapan memasuki madrasah Ramadhan yang dinanti. InsyaAllah..

Sunnah alam, sebagaimana berputarnya bumi membawa kepada siang dan malam, begitu juga perjalanan sebuah kehidupan. Ujian dan dugaan datang silih berganti. Ada yang sudah diduga dan ada yang datang tiba-tiba. Memahami erti taklifan seorang hamba, yang mana apa juga yang ada semua milik dia, jadi persiapan fizikal dan mentak perlu ada setiap masa dengan harapan, takdir tidak disoal dan aturan-Nya tidak diragui. Kerana Dia Maha Tahu apa yang terbaik untuk hamba-Nya. Sifat manusia yang terburu-buru, memburu apa yang mahu tanpa memikirkan adakah itu yang diperlukannya. Maka Allah Maha Kuasa ada bagi mengatur apa yang terbaik untuk kita. Lihatlah dengan mata hati yang dipandu iman, bukan nafsu yang tidak pernah puas.

Dalam sedar atau tidak, setiap masa kita akan diuji. Itu tanda kasih-Nya Allah pada kita. Cuma kadang-kadang kita tidak sedar kita sedang diingatkan oleh-Nya, lantas kesulitan dalam hidup kita letakkan pada sesiapa sahaja yang kita mahu. Walhal, apa yang berlaku pasti dari tangan kita juga. Tiada siapa mampu memberi mudharat kepada kita jika tanpa izin dari-Nya. Sekuat mana juga mereka, kita pasti selamat andai itu yang Allah mahu. Namun, bukan selamanya hidup ini tenang tanpa gelora, nanti pasti jemu juga kita. Allah amat memahami setiap kehendak hamba-Nya. Jadi, andai diuji, cuba teliti kembali, telusuri sepanjang perjalanan ini, apakah kita ada meminta apa-apa yang membawa kepada ujian hari ini. Jika kita mohon kekuatan, Allah mungkin beri ujian untuk kita lebih kuat. Jika kita minta kematangan, ujian ini mungkin pemangkin kepada apa yang kita minta. Begitu juga hal-hal lain, cumanya kita perlu lebih banyak berfikir. Allah juga sering mengingatkan kita dalam ‘nota cinta-Nya’ supaya kita sentiasa berfikir.

Sahabatku sayang, yang ku pasti saat ini kita menghadapi segala macam ujian. Berat atau ringan bukan pada ujian yang kita terima, namun tergantung atas kecil atau besar pergantungan kita kepada-Nya. Redhalah, kerana disana ada kemanisannya. insyaAllah. Ku nukilkan kata-kata indah yang mungkin bisa membatu kita semua untuk lebih positif dengan apa juga ujian daripada-Nya. Kerana pengakhiran hidup ini, kita akan tetap kembali pada-Nya, jadi.. usah buang masa dengan menjauh daripada Dia. Hamburkan kesedihan dan segala rasa dengan rintihan dan airmata dalam sujud kita. Mungkin juga Allah rindu mahu mendengar rintihan dan esak tangis kita memohon hanya pada-Nya.

“Bila engkau memandang segalanya dari Tuhanmu, yang menciptakan segalanya, yang menimpakan ujian, yang menjadikan sakit hatimu, yang membuat keinginanmu terhalang, serta menyusahkan hidupmu, pasti akan damailah hatimu kerana masakan Allah sengaja mentaqdirkan segalanya untuk sesuatu yang sia-sia. Bukan Allah tidak tahu deritanya hidupmu, retaknya hatimu, tapi mungkin itulah yang Dia mahu kerana Dia tahu hati yang sebeginilah yang selalunya lebih lunak dan mudah untuk dekat dan aqrab dengan-Nya. Allahuakbar!”

“Apabila seseorang itu banyak mengadu kepada manusia, maka sedikitlah pengaduannya kepada Allah, lantaran telah dilepaskan kekecewaannya dan pengaduannya kepada manusia, maka di manakah Allah dihatinya? Semakin banyak pengaduan, masalah dan kekecewaan yang ingin dikongsi dengan Allah, maka makin banyak masa akan dipautkan bersama Allah..inilah puncanya orang-orang beriman bangun di tengah malam, kerana pengaduannya yang hakiki sebetulnya untuk Allah Subhanahu wataala”
“Usah menangis kerana ujian yang datang tetapi menangislah kerana dipilih oleh Allah Yang Maha Pengasih untuk diuji. Perancangan Allah adalah yang terbaik untuk semua”

“Sekuat manapun godaan yang kita hadapi, sekukuh apa pun cubaan yang harus kita jalani, sebesar apa pun kegagahan yang kita rasai, sejauh mana pun hari-hari yang kita lalui, jangan pernah berhenti berharap pada pertolongan ILAHI, jangan pernah berhenti berdoa kepada RABBI kerana harapan adalah sumber kekuatan, kerana doa adalah pintu kebaikan& kerana doa adalah senjata orang beriman”

“Hidup ini indah, walau bersulam lara&gundah, kaki mesti terus melangkah, andai tersadung atau rebah, bukan bererti mesti mengalah..Dalam retak menanti belah, biar langkah terpaksa dipapah, biar segunung cabaran melimpah, jangan sebut ungkapan kalah..Jangan terlalu ikut ungkapan ‘tepuk dada tanya selera’ kerana selera sentiasa berubah, kalau nak lebih selamat cubalah..tepuk dada, tingkatkan usaha dan kuatkan iman”

“Jika ketenangan yang dicari, Allah akan terus uji hati kita hingga pada satu masa kita akan rasa indahnya tawakal pada-Nya, dan itulah nikmat ketenangan dalam jagaan-Nya”

“Bila Allah cepat makbulkan doamu, maka dia menyayangimu. Bila Dia lambat makbulkan doamu, maka Dia ingin mengujimu. Bila Dia tidak makbulkan doamu, maka Dia merancang sesuatu yang lebih baik untukmu, oleh itu sentiasalah bersangka baik kepada Allah dalam apa juga keadaan sekalipun kerana kasih sayang Allah mengatasi kemurkaan-Nya”

“Orang yang ketawa itu belum pasti dia gembira. Orang yang bersedih itu pasti dia belum bahagia. Tapi orang yang beriman tetap senyum walau apa juga yang menerjah setiap ruang waktu hidupnya. Hatinya sentiasa bahagia kerana dia merasakan bahawa Allah sentiasa bersama”

“Bahagianya kekasih Allah, dihadiahi ujian yang amat hebat sebagai tanda kasihnya. Begitulah rupanya berkasih dengan Allah. Tak akan dibiarkan terlena dalam kenikmatan yang melimpah tetapi dilindungi dengan ujian dan cubaan yang tidak berkesudahan. Panjatkan kesyukuran kerana itu tanda sayang Allah kepada hamba-Nya. Allah Maha Tahu apa yang terbaik bagi hamba-Nya”

“Allah always with us, just reach into your heart and Allah is always there. Always remember that you are never alone even nobody with you!”

Untuk akhirnya, moga kata-kata ini dapat membantu kita membetulkan cara fikir kita. Ku tinggalkan kalian dengan kata-kata Allah Yang Maha Penyayang dalam firman-Nya yang bermaksud: “ Janganlah kamu bersifat lemah dan janganlah kamu bersedih hati, padahal kamulah orang yang paling tinggi darjatnya jika kamu orang yang beriman.” (Surah Ali Imran:139). Tataplah ‘surat cinta’ dari-Nya, insyaAllah akan tenang hati kita. Ingatlah, selepas petir, guruh dan hujan.. akan ada pelangi indah hadiah Allah untuk kita. Inna ma’al ‘usra yusra…itu janji Allah. Yakinlah! Put your trust in Him! Wallahu’alam. 

2 ulasan:

Husni Sulaiman berkata...

coretan yang bagus dan penuh, namun...masakan sedap wa lazis..untung siapa orangnya..mesti tambah 30kg..terima kasih segalanya Allah yang PUNYA!!!ilaihi raji'uun.ASSALAMUALAIKOM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH

Husni Sulaiman berkata...

testing...testing...ok, ada

NOTA buat da'ei. Apabila kita sendiri diuji dengan apa yang sering kita dakwahkan, itu petanda Allah sedang mendidik kita agar melaksanakan apa yang kita perkatakan. Bersyukurlah kerana Allah masih sudi mengingati kita dalam usaha kita mengingatkan manusia. -khas buat diri yang faqir ini-