07 Mei 2012

~Mari Menghargai Hidup dan Kehidupan~

            Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.Salam Ukhuwwah..salam kasih sayang..salam kesejahteraan..salam-salam positif untuk kita individu hebat hari ke hari! insyaAllah.Alhamdulillah, seinfiti kesyukuran buat Maha Pencipta,yang sentiasa dekat dengan kita, memberi tanpa syarat.Selawat dan salam atas junjungan mulia, Sayyidul Mursaliin Muhammad Sallahu'alaihi wasallam, ahli keluarga, sahabat-sahabat Baginda seluruhnya.Memulakan kehidupan dengan Syukur dan Senyum, petua paling mudah meraih bahagia. Mengapa di sana sini orang sibuk berbicara soal bahagia. soalnya, bahagia kian jauh dari kehidupan manusia hari ini.Bahagia jauh kerana ia dicari..dimana mahu dicari bahagia sedangkan tiada alamat untuk pergi kepada bahagia.hakikatnya,bahagia itu ada dalam diri, cukup sekadar TAHU bagaimana mahu keluarkannya, serlahkannya dan nikmatinya.Namun, berapa ramai yang sesat dalam mencari bahagia kerana perjalanan yang mungkin terlalu panjang atau jalan bahagia itu tiada titik nokhtahnya.Allah...betapa banyak masa terbuang sepanjang pencarian itu walhal apa yang dicari sudah sedia ada, tetapi disorok kerana kita tidak kenal diri.
           Sahabatku sayang, aku menulis bukan untuk kalian tapi untuk diriku juga.terkadang sebagai manusia kita lupa bahawa kita boleh berbahagia dengan apa sahaja. Namun kita masih mencari bahagia dari kaca mata biasan kehidupan orang lain yang kadang-kadang langsung tidak cocok dengan kita. "Bila aku ada rumah besar macam tue mesti aku bahagia". "Kalau aku ada kereta besar gitu, mesti aku bahagia". "Andai aku dapat suami kaya, mesti aku bahagia". itu ini begitu dan begini, yang terlalu jauh nak dicapai..soalnya bila?bila nak dapat semua itu teman, selagi tidak dapat bagaimana agaknya hidup kita? Hidup hanya sekadar hidup?sedangkan hidup kita terlalu singkat disini.Bukanlah salah mengimpikan itu ini,dunia ada bahagiannya yang harus dimiliki,menipu sangat kalau kita cakap tak perlukan kesenangan dan kekayaan di dunia ini.Drama sangat!Boleh mencari, namun soalannya, dalam pencaraian itu, bagaimana kita?andai tidak dapat apa yang dihajati, apa akan jadi pada kita?fikir-fikirkan...
          "Mudahkan, jangan susahkan". hidup ini mudah jadi mengapa sulitkan?bahagia dengan apa yang kita ada, dalam masa sama cuba pertingkatkan potensi diri.andai benar kita mukmin yang baik, kita tidak akan selamanya di takuk yang sama, kerana mukmin itu punya wawasan.InsyaAllah, niat baik Allah akan permudahkan untuk kita mencapainya.Yakin dan Pasti pada-Nya. Jadi, mari sahabat..kita kenal pasti, gilap potensi diri. lakarkan kehidupan kita 5 hingga 10 tahuh akan datang.perancangan yang baik akan melahirkan perlaksanaan yang teratur.Jika kita layak untuk mendapatkan apa yang kita impikan, Allah akan Beri bila masanya sampai. YAKIN! tetapi harus punya perancangan, dalam waktu sama nikmati, syukuri hidup kini dengan menghargainya. jika kita merasakan kita amat malang, keluarlah dari zon anda, pasti anda akan melihat 1001 nasib malang orang lain yang lebih teruk. jika kita tinggal di rumah teres, jangan dibandingkan dengan mereka yang tinggal di Kondominium, tapi lihatlah di kaki lima jalan, betapa ramai yang tidak berumah. Jika kita merungut membebel punya suami yang tidak kena itu dan ini, lihat mereka yang tak punya suami. Ibu tunggal yang tiada tempat bergantung. Jangan dibandingkan dengan suami orang itu, dan orang ini yang saban tahun hadiahkan itu ini. Jika kita tertekan dengan kerjaya kini, jangan dilihat mereka yang goyang kaki, warisi perniagaan keluarga, tapi lihatlah di luar sana, berapa ramai yang masih teremenung memikirkan kerja apa yang boleh dibuat. sekurangnya kita ada kerja. Fikir&Syukur. hidup kita bukan ada diri kita sahaja.
         Lihat..lihatlah kiri kanan, depan dan belakang kita, nescaya kita akan lebih bersyukur kerana kita akan dapat melihat kita masih bernasib baik berbanding yang lain. Cukup-cukuplah membanding-bandingkan. Nikmati hidup kita, teruskan MEMBERI, insyaAllah kita akan terus menerima. Jom Teman, kita hargai dan nikmati hidup yang singkat ini. mulakan dari hati yang bersih, jauhkan dendam, hasad dengki, iri hati juga segala macam penyakit hati yang entah apa-apa. kerana bahagia ada disitu, andai penuh dengan debu dan titik ketidakpuasan hati, dimana BAHAGIA mahu bertapak. sediakan ruang yang seluasnya untuk BAHAGIA, insyaAllah kita akan dapat lihat kehidupan yang lebih indah.InsyaAllah...
         Mulakan sekarang, kerana kita tidak pernah terlewat selagimana denyut nadi masih ada..Hargai diri, hargai insan lain, hargai hidup dan hargai kehidupan..bahagia akan datang dengan sendirinya.InsyaAllah.Selamat menikmati BAHAGIA sahabatku sayang ;-)

1 ulasan:

Mohd Husni Sulaiman berkata...

xdak perenggan..haha..

bagus syifa..bahagia tu mmg ada kalau kita keluarkan..tambah-tambah kalau kita amalkan dengan hafalan darjah 5 sekolah agama rukun iman ke-6..apadia?qada qadar..islam ada ubat semua penyakit..apadia?belajar agama dan antidot tu akan muncul tiba2 biiznillah..asignment2

NOTA buat da'ei. Apabila kita sendiri diuji dengan apa yang sering kita dakwahkan, itu petanda Allah sedang mendidik kita agar melaksanakan apa yang kita perkatakan. Bersyukurlah kerana Allah masih sudi mengingati kita dalam usaha kita mengingatkan manusia. -khas buat diri yang faqir ini-