Assalamaulaikum.Salam Ukhuwwah dan salam kasih sayang.Salam Ramadhan Kareem!Allahu akbar!Posting yg lalu menghampiri Ramadhan yang mulia, dan kini sudah memasuki fasa kedua Ramadhan.Allah yang Maha Pengampun membuka seluas-luasnya pintu taubat dengan janji-NYa,keampunan di fasa kedua Ramadhan ini.Betapa pantas masa berlalu, meninggalkan kita yang masih bertatih mengutip keberkatan dan kemuliaan Ramadhan. Betapa ramai yang masih lalai dalam mengejar bonus berganda yang ditawarkan oleh Allah Maha Pemurah!
Ramadhan bulan sabar!walaupun syaitan telah diikat,namun ujian tetap ada.Kerana ada yang lebih besar perlu diperangi.Nafsu yang tak pernah puas.Syariat puasa dengan tujuan dapat menundukkan nafsu yang tidak tahan dengan kelaparan.Andai berlapar dahaga itu kerana Allah.Siapa yang sabar dibulan mulia ini bakal memperoleh pahala berganda.kerana hakikatnya amal kebaikan dibulan Ramadhan ini semua digandakan.Namun berapa ramai yang masih mampu bersabar tanpa keluh kesah.terlalu sedikit sahabat, oleh itu sabar itu mahal nilaianya.apalagi redha dan ikhlas.amat mahal untuk dimiliki kecuali mereka yang bertaqwa kepada-Nya.
Indahnya hidup andai dapat dilalui dengan penuh redha dan senyuman ikhlas terukir.Namun payah sebenarnya, menolak hakikat manusia yang kerap menuding jari kesana sini tanpa menyedari lebih banyak jari yang menuding ke arah diri sendiri.Masa yang berlalu terasa amat singkat namun kita masih bersedih dengan apa yang tidak sepatutnya.Hidup tak seperti orang lain,kerja tak seperti si fulan,pasangan tak seperti si fulanah,harta tak sebanyak orang itu,keluarga tak seharmoni orang ini dan banyak lagi perbandingan-perbandingan yang membuang masa.Terlalu sibuk membandingkan itu ini hinggakan tak sedar terbuka mata kita sudah di alam lain,keseorangan tanpa sesiapa.Tak sempat menikmati ketenangan hidup, mengumpul amal kebaikan memberi faedah kepada orang lain.Terlalu sibuk menghitung dan membilang kelemahan dan kekurangan diri hingga sirna kelebihan dan keistimewaan yang Allah telah anugerahkan.Allahuakbar!Ruginya hidup..
Menyedari dengan keluh kesah hanya memendekkan ruang menikmati dan memberi,ayuh kita setting semula cara pandang,cara fikir dan cara cakap kita.Moga Allah memberi kekuataan untuk muhasabah dan membina kembali cara hidup yang diredhai.Tidak ada masalah atau apa sahaja yang besar selagi mana kita yakin bahawa Allah Maha Besar.ALLAHUAKBAR!
Allah datangkan masalah dengan jalan keluarnya cuma terkadang kita terlalu gopoh nak menyelesaikan sesuatu hingga lupa meneliti hikmah yang patut dilihat.Dan kadang-kadang kita merasakan putus harapan.Allah..lemahnya pergantungan kita dengan Rabbul Jalil.Ayuh sama perbaiki diri,selagi mana kita tidak yakin,susah untuk kita berasa cukup dengan apa yang ada.Berimanlah bahawa apa yang Allah takdirkan itu yang paling baik untuk kita.Kemahuan kita sering melampaui batas,namun Dia maha mengetahui hambanya.Jadi,Jom lalui hidup ini seadanya.Keluh kesah bukan nilai orang beriman.Redha dan qana'ah bakal menjamin ketenangan hati dalam usaha mencapai bahagia hakiki di akhirat nanti.Jangan buang masa di dunia yang bakal berakhir bila-bila masa.Ramadhan ini moga ada bezanya dengan Ramadhan yang lalu.
Moga Ramadhan ini menjadi 'turning point' untuk kita kenbali menjadi hamba Allah yang berkualiti. hidup kerana-Nya dan untuk-Nya.Inna solaati wanusuki wamahyaa yamamaati LillahiRabill'alamiin..insyaAllah.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan