17 Julai 2011

::aLHaMDuLiLLaH..ALLaH SaYaNG PaDaku::


Dan seorang remaja berkata...
Bicaralah pada kami tentang Persahabatan. Dan dia menjawab:

Sahabat adalah keperluan jiwa, yang mesti dipenuhi. Dialah ladang hati, yang kau taburi dengan kasih dan kau tuai dengan penuh rasa terima kasih. Dan dia pulalah naungan dan pendianganmu.Kerana kau menghampirinya saat hati lupa dan mencarinya saat... jiwa mahu kedamaian.
Bila dia berbicara, mengungkapkan fikirannya, kau tiada takut membisikkan kata “Tidak” di kalbumu sendiri, pun tiada kau menyembunyikan kata “Ya”. Dan bilamana dia diam,hatimu berhenti dari mendengar hatinya; kerana tanpa ungkapan kata, dalam persahabatan, segala fikiran, hasrat, dan keinginan dilahirkan bersama dan dikongsi, dengan kegembiraan tiada terkirakan.
Di kala berpisah dengan sahabat, tiadalah kau berdukacita;Kerana yang paling kau kasihi dalam dirinya, mungkin kau nampak lebih jelas dalam ketiadaannya, bagai sebuah gunung bagi seorang pendaki, nampak lebih agung daripada tanah ngarai dataran. Dan tiada maksud lain dari persahabatan kecuali saling memperkaya roh kejiwaan. Kerana cinta yang mencari sesuatu di luar jangkauan misterinya, bukanlah cinta , tetapi sebuah jala yang ditebarkan: hanya menangkap yang tiada diharapkan.Dan persembahkanlah yang terindah bagi sahabatmu.
Jika dia harus tahu musim surutmu, biarlah dia mengenali pula musim pasangmu. Gerangan apa sahabat itu jika kau sentiasa mencarinya, untuk sekadar bersama dalam membunuh waktu?
Carilah ia untuk bersama menghidupkan sang waktu! Kerana dialah yang bisa mengisi kekuranganmu, bukan mengisi kekosonganmu. Dan dalam manisnya persahabatan, biarkanlah ada tawa ria dan berkongsi kegembiraan.. Kerana dalam titisan kecil embun pagi, hati manusia menemui fajar dan ghairah segar kehidupan.

(Khalil Gibran)

Kenapa ana katakan Allah sayang dengan ana?terlalu banyak alasannya..tapi yang paling nyata..yang paling terkesan dihati, paling jelas dimata...Allah anugerahkan ana sahabat-sahabat yang sangat baik sepanjang perjalanan ini.Allah takdirkan juga ana bertemu dengan orang yang baik-baik dalam musafir yang kian hampir ke penghujungnya.Alhamdulillah,itu sudah lebih dari cukup! Bermula dari dalam keluarga dan tetangga serta saudara terdekat, ana merasakan kasih sayang ada dimana-mana.Dicurah tanpa syarat!Memasuki alam paling indah,zaman persekolahan...baik Rendah mahupun Menengah...Kasih sayang tanpa syarat masih menyapa.Langkah disusun ternyata lebih kuat.Guru dan sahabat2 tersayang begitu memberi kesan dalam alam remaja yang penuh cerita suka duka.Pengajian tinggi menemukan ana dengan lebih ramai sahabat2.Datang dari daerah,negeri juga dialek yang berbeda, namun kasih sayang itu tetap menjalar di setiap ruang diri.Sungguh, ana sangat bahagia,jauh dari keluarga namun tidak pernah sendirian.Ilmu dituntut penuh semangat, semangat ukhuwwah yang tiada akhirnya.Hingga kini masih terpatri,apa lagi dengan kecanggihan teknologi, menghubungkan semua kembali.Sahabatku sedari alam sekolah rendah,menengah dan universiti.Alhamdulillah.

kini,memasuki alam kerjaya.Dan Allah dengan sifat Rahman&Rahim-Nya terus menghadiahkan sahabat2 yang sangat baik.Sangat..sangat..dan sangat baik.Tak mampu terungkap,namun ana akan bersaksi dengan sebenar kesaksian bahawa ana amat bahagia punya sahabat sebaik kalian.CUkup!terlalu indah semua ini.
andai Allah ingin menghadiahi ujian apa pun ana cuba untuk redha.Tapi ana kerap terfikir,bagaimana jika nanti Allah palingkan hati kami dari berkasih sayang antara satu sama lain.Allah..tak sanggup rasanya...AllahuRabbi,satukan hati2 kami,kumpulkan kami dalam rahmat kasih sayang-MU,jangan Kau uji kami dengan apa yang tak sanggup kami hadapinya,hilang percaya...musnahlah jiwa kami.Ya Allah,sahabatku anugerah terhebat Kau kepadaku dan aku amat bersyukur ya Allah.kekalkan kami dalam ukhuwwah ini ya Allah...aku sayang sahabatku dengan segenap jiwaku...insyaAllah.

Tiada ulasan:

NOTA buat da'ei. Apabila kita sendiri diuji dengan apa yang sering kita dakwahkan, itu petanda Allah sedang mendidik kita agar melaksanakan apa yang kita perkatakan. Bersyukurlah kerana Allah masih sudi mengingati kita dalam usaha kita mengingatkan manusia. -khas buat diri yang faqir ini-