28 Julai 2011

::CHeCKLIST RaMaDHaN::

Ramadhan hampir menjelang dan persiapan hendaklah diadakan dengan memahami cara beramal di bulan Ramadhan mengikut sunnah dan jangan menjalani ibadah Ramadhan mengikut adat kerana Rasullah pernah bersabda didalam hadisnya :

Barang siapa menghidupkan sunnahKu ketika rosak umat-Ku maka baginya mendapat pahala seratus syahid. Oleh itu berhati-hatilah melakukan amal supaya mempunyai nilai yang tinggi dan mendapat kesan yang baik disepanjang bulan Ramadhan dan dibawah ini dicatatkan amalan-amalan mengikut sunnah.

CHECK LIST AMALAN DI BULAN RAMADHAN
1. Mengucapkan tahniah (Selamat datang Ramadhan atau Selamat menyambut Ramadhan.
2. Niat sebulan bagi malam yang pertama dan selanjutnya niat untuk hari-hari.
3. Sembahyang Isyak berjamaah di masjid/surau.
4. Solat Tarawikh 20 rakaat.
5. Tadarus membaca bersemak dan berturut-turut juzuk.
6. Tidur malam membaca 4 ayat terakhir Surah Al Kahfi supaya dikejutkan bangun tepat jam 4.00 pagi.
7. Bangun jam 4.00 pagi dan setengah jam untuk Qiamullail ringan (Solat Tahjud, Solat Taubat dan Solat Hajat)
8. Jam 4.30 pagi kaum ibu masak sahur.
9. Jam 5.00 pagi/5.15 pagi makan sahur.
10.Jangan tidur sesudah sahur.
11.Solat Subuh berjemaah di Masjid.
12.Tadarus pendek.
13.Matahari tinggi segalah, lakukan solat Isyraq.
14.Menjalankan kerja harian dan menjaga pancaindera.
15.Jam 11.00 pagi tunaikan Solat Dhuha.
16.Lakukan Solat Kafarah Baul 2 rakaat. Rakaat pertama selepas Fatihah baca Surah Al Kautsar 7 kali dan rakaat kedua selepas Fatihah baca Surah Ikhlas 7 kali.
17.Jam 12.00 tengahari tidur, niat tidur waktu Qailulah (ganti jaga satu jam diwaktu sahur)
18.Solat Zuhur berjemaah.
19.Tadarus pendek.
20.Sebelah petang kaum ibu menyediakan berbuka petang.
21.Solat Asar berjemaah di Masjid.
22.Jika masa petang jangan gunakan untuk bersiar-siar atau menonton TV yang melibatkan kemaksiatan. Sebaik-baiknya digunakan untuk mengikuti majlis-majlis ilmu atau berdoa kerana waktu itu amat mustajab.
23. Berbuka dengan ala kadar iaitu minuman yang belum dipanas oleh api atau dengan buah kurma atau buah tempatan.
24.Segera Solat Maghrib di Masjid.
25.Makan malam bersama keluarga.
26.Bersiap sedia untuk ke masjid menunaikan Solat Isyak dan Tarawikh secara berjemaah.

KELEBIHAN-KELEBIHAN YANG LAIN
1. Menghadiri majlis ilmu setiap langkah di beri pahala ibadah sunah setahun.
2. Mengekali berjemaah diberi balasan dengan disediakan sebuah bandar khas di Syurga.
3. Membuat hubungan baik kepda kedua ibu bapa, Allah pandang dengan penuh kasih sayang.
4. Isteri taat kepada suami diberi pahala seperti pahala Asiah dan Mariam.
5. Sesiapa yang menyampaikan hajat saudaranya disampaikan 1000 hajatnya di akhirat.

Mengurangkan berat badan di dalam menjalani ibadah Ramadhan
1. Sebelum puasa timbang badan
2. Kawal berbuka puasa
3. Pastikan semakin lama menunaikan ibadah puasa akan semakin kurang berat badan
4. Elakan daripada makan berlebihan

RANCANG PENINGKATAN IBADAH RAMADHAN
1. Sepuluh hari yang pertama adakan muhasabah amalan.
2. Sepuluh hari yang kedua, pastikan keimanan bertambah kuat dan selaraskan dengan sempena Nuzul Quran.
3. Sepuluh hari yang ketiga kuatkan azam untuk beramal di malam Al Qadr :
i. Dengan melakukan Solat Maghrib,Isyak dan Tarawikh berjemaah.
ii. Atau ditambah dengan Solat Subuh berjemaah
iii. Duduk dengan air sembahyang dan baca Al-Quran, Ayat Kursi, Surah Al Baqarah terakhir (Amanarrasul) , Surah Az-zalzalah, Suraah Al Kafirun, Surah al Ikhlas dan Surah Yasin.
iv. Bagi kaum ibu yang uzur, baca zikir.

SELAMAT TINGGAL RAMADHAN
i. Pastikan Tarawikh terakhir
ii. Ucapkan Selamat Tinggal Ramadhan dengan penuh terharu dan berdoa semoga dipertemukan sekali lagi dengan Ramadhan yang akan datang.

SEMOGA RAMADAN KALI INI LEBIH BAIK DARI SEBELUM NYA .... INSHALLAH

19 Julai 2011

::JiKa DaHuLu RaMaDHaN aKu Sia-SiaKaN::

Marhaban Ya Ramadhan!
Terasa indah pada hari ini mampuku berdiri, menghadiahkan seribu kali kesyukuran, di bulan Syaa'ban yang mulia. Ini bermakna aku semakin menghampiri Ramadhan Al Mubarak yang ku tunggu-tunggu demi cintaku pada yang Esa. Ya, masih tinggal cuma beberapa hari lagi sebelum Ramadhan tiba. Namun, tatkala teringat bahawa ajal datang umpama kilat memanah bumi, malah lebih laju dan tepat detiknya, aku menjadi sayu.
Bagaimana andainya Ramadhan kali ini tidak dapat ku temui? Mungkinkah nyawaku ditarik sebelum sempatnya Ramadhan kembali? Segala persoalan ku tahu tidak akan terjawab namun, aku kembali memohon kepada Dia, Allah S.W.T, panjangkanlah usia hambamu ini, dan berikanlah kesempatan memenuhi Ramadhan-Mu lagi. Kerana Ramadhan dahulu aku telah banyak mensia-siakan Ramadhan dengan kealpaan dan kemungkaran.

Ramadhan, bulan penuh keberkatan. Mengapa ia dikatakan begini? Sudah tentu semua telah maklum bahawa Ramadhan merupakan satu-satunya bulan yang kita diuji dengan pelbagai corak ujian untuk mengukur kesabaran demi memperoleh seribu kebaikkan daripadanya. Masya-Allah!
Jika ada antara yang bukan Islam bertanyaku, 'Tidak lapar kah kamu semua berpuasa selama 30 hari? Kalau aku di tempat engkau, sudah tentu aku tidak dapat memenuhi tuntutan puasa tersebut'.
Maka aku selalu nyatakan pada mereka bahawa, 'aku berpuasa bukanlah bermakna aku sedang kebuluran. Sedangkan di setiap pelusuk dunia masih ramai yang tidak menemui makanan dan minuman. Adakalanya berhari-hari mereka kelaparan namun mereka tetap cuba untuk hidup sehingga sisa-sisa nafas yang terakhir. Aku berpuasa demi mengingati Allah dan ciptaan Allah yang ditakdirkan kekurangan serba-serbi dalam kehidupan, di malam hari aku beribadah memuji Allah kerana aku bersyukur, ditakdirkan hidup dalam golongan manusia yang sederhana. Masih mampu meraih nasi dan lauk pauk. Masih mampu meneguk air berwarna warni lengkap berais. Tapi mereka? Ada yang sekadar meneguk air lumpur. Ada yang menangis, meneguk air longkang. Mengapa tidak kita yang serba cukup ini masih tidak bersyukur?'

Aku teringat mengenai kisah sahabat Nabi yang dikasihi mengharungi bulan Ramadhan:
Amirul Mukminin Ali bin Abi Talib, apabila masuk bulan Ramadhan, dan ketika malam telah melabuhkan tirainya, beliau mengadap mihrabnya (tempat ibadat) sambil memegang janggutnya lalu ia mengangis sambil berkata: Wahai dunia! Samada kamu menghadap kepada ku atau berpaling dariku, aku telah ceraikan kamu dengan talak tiga, dan tidak mungkin lagi aku kembali kepadamu. Sesungguhnya umur kamu pendek, urusun kamu (menipu daya manusia) sangat hina dan tipu daya sangat besar. Ohh! Alangkah sedikitnya bekalan (ku), sedangkan perjalanan sangat jauh dan jalan pula sukar!
Masya-Allah, Saidina Ali sahabat Baginda S.A.W yang dijamin syurga pun merasakan dirinya mempunyai bekalan amalan yang sedikit, inikan lagi kita yang nyata-nyata sering melakukan dosa besar dan kecil kepada Allah S.W.T? Sekali lagi hati ini bertukar sayu dan hiba. Aku mungkin bijak menyatakan kepada mereka tentang fadhilat berpuasa di bulan Ramadhan, tetapi aku sendiri masih banyak melakukan dosa yang sedar dan tidak di bulan Ramadhan dan bulan-bulan lain selain Ramadhan. Sedangkan aku tahu aku tidak semulia Saidina Ali. Ampunkanlah dosaku Ya Allah!
Allah menciptakan manusia dengan tujuan, iaitu untuk menguji samada kita baik atau sebaliknya.
Firman Allah Ta'ala yang bermaksud:

"Dia lah Yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) – untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu Yang lebih baik amalnya; dan ia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang Yang bertaubat)." [Al-Mulk : 2]
Setiap permulaan pasti ada pengakhiran bukan? Pengakhiran ujian itulah yang dinamakan Mati/Maut.
Firman Allah ta'ala yang bermaksud:

"Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. ketika itu sesiapa Yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka Sesungguhnya ia telah berjaya. dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi Segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang Yang terpedaya." [Ali-Imran:185]
Ramadhan adalah bulan penuh dengan kebaikan, keberkatan dan rahmat Allah yang Allah sediakan untuk hamba-hamba-Nya. Ia ibarat seperti pasar-pasar perniagaan yang kesemua barang-barangnya yang di jual adalah yang terbaik dan dijamin kekal selama-lamanya. Inilah perniagaan yang sangat menguntungkan.
Firman Allah ta'ala lagi mengenai kehidupan yang bermaksud:

"Wahai orang-orang Yang beriman! mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan Yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa Yang tidak terperi sakitnya? Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan RasulNya, serta kamu berjuang membela dan menegakkan agama Allah dengan harta benda dan diri kamu; Yang demikian itulah Yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui (hakikat Yang sebenarnya)." [Al-Saf : 10-11]

**
Oleh kerana aku merupakan manusia yang sering terlalai dan membuat dosa, maka Ramadhan ini lah sebenarnya merupakan waktu untuk aku menghapuskan dosa-dosaku agar aku dikembalikan kepada-Nya tanpa noda-noda dosa.
1)Sabda Rasulullah SAW:

"Barangsiapa yang berpuasa di bulan Ramadhan kerana keimanan (kepada Allah) dan mengharapkan ganjaran pahala, maka di ampunkan dosa-dosa yang lepas dan akan datang." [HR Al-Bukhari]
2)Sabda Rasulullah SAW lagi:

"Solat lima waktu, Jumaat ke Jumaat yang lain dan puasa Ramadan ke Ramadan yang lain, semuanya adalah penghapus dosa-dosa di antara kedua-duanya selagi mana ia menjauhi dosa-dosa besar." [HR Muslim]
Insya-Allah dengan kehadiran Ramadhan kali ini aku akan berusaha merebut peluang ini untuk berpuasa dengan penuh keimanan kepada-Mu, bukan sahaja menahan diri daripada lapar dan dahaga malah turut menahan diri daripada godaan syaitan dan hawa nafsu.

3)Sabda rasulullah SAW tentang kebaikan Ramadhan lagi:
"Semua amalan anak Adam akan di ganda pahalanya, setiap amalan baik sama dengan sepuluh kebaikan dan diganda lagi sehingga tujuh ratus melainkan puasa. Maka firman Allah ta'ala: Maka sesungguhnya ia adalah untuk-Ku dan Aku sendiri akan membalasnya, ia meninggalkan syahwatnya dan makan demi kerana-Ku." [HR Muslim]
Lantas aku teringat kisah Rasulullah S.A.W bahawa Baginda pernah bercerita kepada sahabat-sahabat Baginda, mengenai perihal syurga Rayyan, iaitu syurga yang dikhaskan untuk orang-orang yang ikhlas berpuasa,
4)Sabda Rasulullah SAW mengenai Syurga Rayyan:

"Sesungguhnya di syurga ada satu pintu di namakan Ar-Rayyan, akan masuk melalui pintu ini pada hari qiamat mereka yang berpuasa , tidak akan masuk melaluinya selain daripada mereka. Di katakan: Di manakah orang-orang yang berpuasa? Lalu mereka yang berpuasa memasukinya, setelah mereka masuk pintu ini pun ditutup dan tidak akan masuk lagi seorang pun selepas itu." [HR Al-Bukhari]
Baginda S.A.W juga pernah menyatakan bahawa bukan sahaja pintu syurga Rayyan yang akan dibuka malah semua pintu-pintu syurga akan memperlihatkan isinya( terbuka) dan pintu-pintu neraka akan tertutup selama sebulan.
5)Sabda Rasulullah SAW:

"Apabila masuk Ramadhan, pintu-pintu syurga akan di buka, di tutup pintu-pintu neraka dan syaitan-syaitan di gari." [HR Al-Bukhari]
Apabila membaca hadis ini, aku sering berasa lega. Alhamdulillah, tiada syaitan yang akan menganggu ibadahku ketika bulan Ramadhan, sudah pasti ibadah ku akan menjadi tip-top dan sempurna! Tetapi aku sering lupa bahawa hawa nafsu itu masih ada dalam diri. Aku berazam, Ramadhan kali ini aku akan tundukkan hawa nafsuku agar ia patuh menunaikan arahan dan perintah Allah S.W.T.
Di akhir Ramadhan, Allah kurniakan pula satu malam yang tiada tandingannya dengan malam-malam yang lain. Benar bahawa Allah itu Maha Penyayang dan Pengampun. Seboleh-bolehnya Dia menciptakan hari dan bulan untuk manusia-manusia bertaubat dan mensucikan diri daripada dosa. Jika Allah itu zalim, sudah tentu Dia tidak akan menciptakan penghulu keindahan Ramadhan ini yakni malam lailatul qadar dipengakhir Ramadhan! Pepatah inggeris mengatakan, Save The Best for The Last.
"Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada malam Lailatul-Qadar, dan apa jalannya Engkau dapat mengetahui apa Dia kebesaran malam Lailatul-Qadar itu? Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan." [Al-Qadr : 1-3]
6)Rasulullah juga turut bersabda mengenai keistimewaan Lailatul Qadar:

"Telah datang kepada kamu bulan Ramadhan yang penuh keberkatan, Allah telah fardukan ke atas kamu puasa ramadhan, di buka padanya pintu-pintu langit (pintu syurga) dan di tutup pintu-pintu neraka Jahim, di ikat syaitan-syaitan yang paling jahat, bagi Allah satu malam yang lebih baik dari seribu bulan. Barangsiapa yang di haramkan dari kebaikannya, maka ia di haramkan dari segala kebaikan." [Hadith sohih-Riwayat al-Nasa'i]
Sesungguhnya begitu mulia Ramadhan Al-Mubarak. Begitu besar dan banyak kebaikannya. Malah tidak terhitung jumlah dosa-dosa yang terhapus kerananya! Ya Allah Ya Rabbi, jauhkanlah aku daripada kelalaian menyambut bulan-Mu Ramadhan. Tingkatkanlah usaha ku ke arah mencapai rahmah-Mu. Amin

- Artikel iluvislam.com

17 Julai 2011

::aLHaMDuLiLLaH..ALLaH SaYaNG PaDaku::


Dan seorang remaja berkata...
Bicaralah pada kami tentang Persahabatan. Dan dia menjawab:

Sahabat adalah keperluan jiwa, yang mesti dipenuhi. Dialah ladang hati, yang kau taburi dengan kasih dan kau tuai dengan penuh rasa terima kasih. Dan dia pulalah naungan dan pendianganmu.Kerana kau menghampirinya saat hati lupa dan mencarinya saat... jiwa mahu kedamaian.
Bila dia berbicara, mengungkapkan fikirannya, kau tiada takut membisikkan kata “Tidak” di kalbumu sendiri, pun tiada kau menyembunyikan kata “Ya”. Dan bilamana dia diam,hatimu berhenti dari mendengar hatinya; kerana tanpa ungkapan kata, dalam persahabatan, segala fikiran, hasrat, dan keinginan dilahirkan bersama dan dikongsi, dengan kegembiraan tiada terkirakan.
Di kala berpisah dengan sahabat, tiadalah kau berdukacita;Kerana yang paling kau kasihi dalam dirinya, mungkin kau nampak lebih jelas dalam ketiadaannya, bagai sebuah gunung bagi seorang pendaki, nampak lebih agung daripada tanah ngarai dataran. Dan tiada maksud lain dari persahabatan kecuali saling memperkaya roh kejiwaan. Kerana cinta yang mencari sesuatu di luar jangkauan misterinya, bukanlah cinta , tetapi sebuah jala yang ditebarkan: hanya menangkap yang tiada diharapkan.Dan persembahkanlah yang terindah bagi sahabatmu.
Jika dia harus tahu musim surutmu, biarlah dia mengenali pula musim pasangmu. Gerangan apa sahabat itu jika kau sentiasa mencarinya, untuk sekadar bersama dalam membunuh waktu?
Carilah ia untuk bersama menghidupkan sang waktu! Kerana dialah yang bisa mengisi kekuranganmu, bukan mengisi kekosonganmu. Dan dalam manisnya persahabatan, biarkanlah ada tawa ria dan berkongsi kegembiraan.. Kerana dalam titisan kecil embun pagi, hati manusia menemui fajar dan ghairah segar kehidupan.

(Khalil Gibran)

Kenapa ana katakan Allah sayang dengan ana?terlalu banyak alasannya..tapi yang paling nyata..yang paling terkesan dihati, paling jelas dimata...Allah anugerahkan ana sahabat-sahabat yang sangat baik sepanjang perjalanan ini.Allah takdirkan juga ana bertemu dengan orang yang baik-baik dalam musafir yang kian hampir ke penghujungnya.Alhamdulillah,itu sudah lebih dari cukup! Bermula dari dalam keluarga dan tetangga serta saudara terdekat, ana merasakan kasih sayang ada dimana-mana.Dicurah tanpa syarat!Memasuki alam paling indah,zaman persekolahan...baik Rendah mahupun Menengah...Kasih sayang tanpa syarat masih menyapa.Langkah disusun ternyata lebih kuat.Guru dan sahabat2 tersayang begitu memberi kesan dalam alam remaja yang penuh cerita suka duka.Pengajian tinggi menemukan ana dengan lebih ramai sahabat2.Datang dari daerah,negeri juga dialek yang berbeda, namun kasih sayang itu tetap menjalar di setiap ruang diri.Sungguh, ana sangat bahagia,jauh dari keluarga namun tidak pernah sendirian.Ilmu dituntut penuh semangat, semangat ukhuwwah yang tiada akhirnya.Hingga kini masih terpatri,apa lagi dengan kecanggihan teknologi, menghubungkan semua kembali.Sahabatku sedari alam sekolah rendah,menengah dan universiti.Alhamdulillah.

kini,memasuki alam kerjaya.Dan Allah dengan sifat Rahman&Rahim-Nya terus menghadiahkan sahabat2 yang sangat baik.Sangat..sangat..dan sangat baik.Tak mampu terungkap,namun ana akan bersaksi dengan sebenar kesaksian bahawa ana amat bahagia punya sahabat sebaik kalian.CUkup!terlalu indah semua ini.
andai Allah ingin menghadiahi ujian apa pun ana cuba untuk redha.Tapi ana kerap terfikir,bagaimana jika nanti Allah palingkan hati kami dari berkasih sayang antara satu sama lain.Allah..tak sanggup rasanya...AllahuRabbi,satukan hati2 kami,kumpulkan kami dalam rahmat kasih sayang-MU,jangan Kau uji kami dengan apa yang tak sanggup kami hadapinya,hilang percaya...musnahlah jiwa kami.Ya Allah,sahabatku anugerah terhebat Kau kepadaku dan aku amat bersyukur ya Allah.kekalkan kami dalam ukhuwwah ini ya Allah...aku sayang sahabatku dengan segenap jiwaku...insyaAllah.

16 Julai 2011

::WaKTu Yg BeRLaLu::

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam ukhuwwah,salam kasih sayang dan salam keceriaan untuk semua.Memasuki pertengahan bulan Sya'ban, terasa begitu pantas masa berlalu.Mahu dihitung kebaikan,malu rasanya.Nak disenarai kelalaian dan kemaksiatan,kian malu dan takut pada-Nya.Apa amalan kita setahun lalu bisa memberi saham yang kukuh untuk akhirat nanti.Sama-sama tepuk dada tanya iman.Jangan disoal pada nafsu kerana ia pasti cuba mengepung segala kejahatan dan dihiasi sebaiknya supaya kelihatan baik.Waliyazubillahu min zaalik..

Teman, waktu yang diperuntuk tetap sama, sejak zaman dahulu kala hingglah kini,tetap 24 jam.Apa yg kita isi sepanjang waktu itu.Dicongak-congak kembali apa memang banyak hitam atau putih.Penuh warna warni atau suram.Nilaian kita disisi penduduk bumi bagaimana, jika elok molek..apakah begitu juga kita dilihat oleh makhluk langit.Tidak memadai andai kita hanya dikenali dan disanjung di muka bumi ini, tapi kita asing di kalangan makhluk langit.Waktu makin pantas berlalu, terlalu cepat hingga kadang-kadang kita merasakan kalendar kita tidak punya hari-hari tertentu.Allahuakbar!Sibuknya kita.Koreksi kembali, sibuk kita untuk apa?adakah untuk kepentingan diri atau kepentingan dan kemaslahatan insan sejagat.
Ana mencuba untuk meng'upgrade' dengan mencari sebanyak mungkin majlis ilmu yang boleh dihadiri.Andai insan punya ruang terlalu luas dan senang untuk beroleh pahala, ana juga mahu begitu.biarpun wadahnya lebih kecil dari orang lain, tapi ana yakin..selagi mana kita mengharapkan kebaikan Allah akan memudahkan jalan untuk merealisasikannya.Dan keyakinan ana berasas bila terjadi banyak peristiwa menarik disepanjang jalan ini.Sungguh, ana yakin bahawa Allah tak pernah jauh...

Cuba sebaik mungkin untuk mengisi waktu dengan perkara-perkara berfaedah, kerana terlalu banyak rasanya masa dihabiskan untuk diri sendiri.Apa nak jawab bila disoal nanti.Allah...bila terjaga dari lena itu, pasti penyesalan bertandang, mengapa harus masa dibazirkan.namun ianya sia-sia kerana masa itu tak akan pernah kembali lagi.Lalu tekad ditanam lagi untuk tidak lagi mengulang kesilapan itu.Namun, kita tetap lalai juga.Maha Besar kasih sayang Allah,tidak pernah jauh biarpun kadang-kadang suruhan-Nya dikesampingkan.Bagaimana agaknya kalau sesama manusia kita tidak menjaga urusan sesama, pasti rajuk tak sudah..kasih sayang hambar dan pudar.Tetapi tidak Dia!Luasnya Rahmat-Mu ya Allah.

Permintaan kita jarang tidak diperkenankan.Walaupun terkadang kita merasakan impian kita tak pernah terjadi, namun andai diteliti ada jalan lain Allah sampaikan hajat dan kehendak kita.Ana juga kadang-kadang tertanya-tanya, bilakah permintaan akan ditunaikan, namun bila dilihat semula sudah terlalu banyak hasrat yang dipenuhi.Cuma kadang-kadang kita sirna kerana mengejar sesuatu yang lebih besar.Namun, percayalah bahawa setiap sesuatu ada waktunya.Ana Percaya...!kerana Dia lebih Tahu apa dan bila waktu yg terbaik untuk kita terima apa yg sepatutnya kita terima.
kita berbeza daripada orang lain, jadi jangan pernah mengharap itu membandingkan kehidupan dan nasin takdir kita.kita mungkin tidak kuat untuk menjadi senang lenang sebelum waktunya.Kita mungkin belum bersedia untuk mengubah transisi dalam fasa kehidupan biarpun kita merasakan kita selayaknya,tapi Dia Maha Tahu.Dia Mengaturkan segalanya sesuai dengan makhluk ciptaan-Nya.Namun,usaha dan doa jangan pernah putus.sudahnya, serahkan segalanya kepada-Nya.Hikmahnya pasti akan kita lihat suatu hari nanti.Dan waktu itu kita akan bersyukur dan tersenyum gembira kerana itu yang terbaik untuk kita.

Sya'baan bakal berlalu pergi,fajar Ramadhan akan menyinsing tiba.ayuhkan gandakan amalan,jangan dilabel atau tunggu Ramadhan menjadi bulan 'pesta ibadah' kerana harusnya setiap waktu ibadah harus dilakukan dengan penuh kesungguhan.Kita belum tahu apa kita akan sampai kepada Ramadhan.Ramadhan yang kita rindu.Kerana kehidupan ini adalah sesuatu yang tidak terjangka.Mati itu pasti, Hidup InsyaAllah...
Allahumma Ballighna fi Ramadhan..Allahumma ameen..

07 Julai 2011

::Allah..Allah..AllahuAllah::


ku basahkan wajah dengan wudhu..
agar suci hatiku..
ku basahkan mataku dengan air ...mata taubat..
agar terhapus segala dosa..
ku basahkan lidahku dengan zikrullah..
agar hatiku kan jadi tenang..

Ya Allah..
kami datang lagi tanpa jemu..
kami datang membawa rindu..
kami datang dengan rasa malu..
kami datang ingin mengadu..

Ya Allah..
kami datang bersama dosa..
dosa yang tidak kami sengaja
dan dosa yang kami sengaja..
dosa yang kami ketauhi..
dan dosa yang tidak kami ketauhi..
Sesungguhnya ya Allah..
kami datang untuk bertaubat padaMu..
kami datang memohon keampunanMu..
kami datang mengharap rahmatMu..
kami datang meminta redhaMu..

Ya Allah..
andai Kau tidak sudi lagi memandang kami..
harus kemana lagi wajah ini ingin ku palingkan..
andainya tiada keampunan lagi buat kami..
apalah ertinya kehidupan ini ya Allah..
andainya Kau sudah tidak sudi mendengar kami..
pada siapa lagi tempat kami mengadu ya Allah..

Ya Allah..
hamba datang berserah diri..
padaMu tempat kami bergantung..
Tiada Tuhan melainkan Engkau ya Allah..
yang Maha Pengasih yang Maha Penyayang..
Segala puji bagiMu.. Tuhan semesta Allah..
Terimalah taubat kami ya Allah..
Amiin Amiin ya RabbalAlamin..


By: Mutiara Iman

::DiDiKaN-NYa PeNuH HiKMaH::

Assalamualaikum...Salam Kasih sayang dan salam ukhuwwah fillah.Memasuki fasa awal Sya'ban yang penuh barakah,proses menyiapkan diri menghadapi Ramadhan makin giat dipertingkatkan.Moga Allah mengizinkan pertemuan dengan Ramadhan kali ini.InsyaAllah.Sahabat2 yang meraikan Rejab&Sya'ban ini dengan ketaatan berganda,Tahniah!Allah tetap mendorong kita untuk terus hampir dengan-Nya.Perkara paling mahal dalam kehidupan seorang Mukmin.Nikmat Iman&Islam yang terkadang luntur dan hilang tanpa disedari.Waliyazubillah..

Lama tidak menulis,terlalu banyak perkara yang berlaku.berkongsi rasa pada diari bisu,mengunci ketat setiap memori.andai ada yang perlu dikongsi biarlah secara tidak langsung.ana memang 'talkative' tetapi masih punya banyak perkara yang tidak mampu dizahirkan.terkadang membuah rasa tidak puas hati teman-teman.maafkan diri ini,hakikatnya ana memang begini.dan mungkin akan terus begini...
Teman,terkadang kita sering terfikir mengapa perjalanan hidup kita tidak semudah orang lain.Perjalanan yang ditempuh terasa terlalu panjang hingga terkadang sirna hujungnya.Tak terjangkau dek akal yang dangkal,apa yang kita impi akan tercapai.Kalau termakbul..kapan?Ada kalanya kehidupan terasa begitu sesak,lemas dan rimas.Terkadang serasa mahu berlari sejauh mungkin, meninggalkan manusia yang tidak pernah cuba memahami bahawa apa yang direncana bukan semuanya bakal menjadi realiti.Dan seringkali airmata hadir menemani saat tiada lagi kata yang mampu diungkapkan membalas tiap soal yang dilontarkan.Namun,cuba mengalih perhatian dengan melihat semua itu dengan cermin kasih sayang.Mereka terlalu sayang padaku mungkin,hingga semua pergerakan ada yang menyoal...Alhamdulillah.

Allah mengaturkan apa yang berlaku dengan baik teman.Memang adakalanya kita merasakan apa yang berlaku tidak sepatutnya berlaku,namun aturan-Nya penuh Hikmah,didikan-Nya halus penuh Rahmah.Cuma kita seringkali gagal menyingkapnya.Sering terdengar madah yang berbunyi,'Ketika kumohon kpd Allah kekuatan, Allah memberiku kesulitan agar aku menjadi org yg "kuat"...ketika kumohon kpd Allah kebijaksanaan, Allah memberiku masalah untuk diselesaikan & ketika kumohon Allah sebuah cinta, Allah memberiku org2 bermasalah untuk kutolong....' hakikatnya bagaimana kita memahami semua itu.terkadang kita alah dengan dugaan,kita lemah dengan kesulitan,mudah beremosi dalam hubungan sesama insan.Jadi dimana pelajaran dari didikan-Nya.Tiada perkara yang mudah dalam kehidupan yang fana ini, kesenangan dan kemudahan hanya akan diperoleh disyurga nanti.itu Bahagia abadi,tiada Hujungnya.Jadi,dalam perjalanan menuju bahagia abadi mengapa takut untuk korbankan bahagia sementara?

Menjadi fitrah dalam kehidupan insan,terkadang kita pantas dalam menilai, dangkal dalam melihat hikmah.Namun,tetap diilham oleh-Nya dengan mengirimkan insan-insan yang mampu membantu mencerah setiap kegusaran.Sudah hukum alam,hidup perlukan kepada orang lain, kerana manusia itu makhluk yang bersosial.Mana mungkin hidup dijalani bersendiri.Oelh yang demikian,kita perlu bersedia berdepan dengan segala bagai karenah dan emosi manusia yang penuh warna.Allah Maha Tahu,Dia tidak akan memberi ujian diluar kemampuan.Kurang yakin?Pandang sekeliling anda?siapa rakan kita?Siapa saudara yang kita kenal?adakah semua staf ditempat kerja rapat dengan kita?Jawapan dari persoalan ini akan memberi kita satu kenyataan bahawa kita dianugerahkan dengan persekitaran yang sesuai dengan jiwa kita.Kerana apa?Kerana Allah Maha Tahu,kita tak akan mampu menjalani kehidupan di luar keterbatasan kita.Kehidupan ini ada batasnya.Setiap manusia limitnya beda,kerana itu tidak semua Berjaya.Kerana dari kegagalan itu juga kita belajar untuk berjaya.Allah menciptakan manusia penuh variasi,supaya kita dapat belajar antara satu sama lain.insyaAllah.

Makin kurang pasti apa yang dilakarkan,namun hanya ingin berkongsi bahawa kehidupan yang unik ini perlu dinikmati.Setiap yang berlaku harus disingkap hikmahnya.Lambat atau cepat,pasti kita akan dapat lihat juga bahwa percaturan Allah itu Halus dan indah sekali.Kerana Dia Maha Mengetahui.Tiap yang berlaku,tiap yang tergerak,Allah Maha Tahu.Yang tersirat,mahupun yang tersurat,terzahir atau terhijab,Dia tiada kesulitan untuk mengetahui.

Teman,perjalanan hidup ini bakal berakhir pada bila-bila masa.Jadi mengapa harus kita bazirkan kehidupan ini dengan sesuatu yang tidak pasti.Selagi mana Allah panjangkan usia,nikmat Iman&Islam masih terpatri,kita syukuri segalanya.insyaAllah,perjalanan singkat ini akan jadi lebih bermakna.Allahurabbi,moga apa yang ku kongsikan ada manfaatnya.Moga segala kebaikan kau berikan kepada kami dan jauhkan segala kejahatan.Allahu Rahman,Hajat kami Kau tunaikanlah,Lemah kami Kau kuatkanlah,Lalai kami Kau sedarkanlah,Renggang kami kau eratkanlah.Sesungguhnya Kau Maha Berkuasa atas segala sesuatu.Kami berserah hanya pada-Mu ya Allah.Hasbunallahu Ni'mal wakil,Ni'mal maula wani'mal nasir..
WAllahua'lam..
NOTA buat da'ei. Apabila kita sendiri diuji dengan apa yang sering kita dakwahkan, itu petanda Allah sedang mendidik kita agar melaksanakan apa yang kita perkatakan. Bersyukurlah kerana Allah masih sudi mengingati kita dalam usaha kita mengingatkan manusia. -khas buat diri yang faqir ini-