26 April 2011

::aDuHai HaTi::


Hati oh hati
mengapa kau sering mengingkari
niat
tujuan dan matlamat
Hati tempat tadahan
nur atau zulumat
hati mati penuh kekotoran
hati hidup terisi cahaya iman
namun Hati...
gerakmu tidak ku jangka
ikhlasku dimana letaknya
atau semua mahmudah itu sirna
aduhai hati
tidak terzahir lakaranmu diwajah
andai kelihatan
pasti dijauhi oleh makhluk bumi
di pandang sinis dek makhluk langit
Hati oh hati
menjagamu payah memujukmu susah
kerna syaitan itu terlalu banyak
Mujahadah indah meniti dibibir
tapi sukar menyerap pada mu
Ya Allah...Ya Rahman...Ya Rahim
Bagaimana keadaan hatiku
Gelap tanpa cahaya
atau kelabu dengan debu noda
Ya Allah, pintaku
agar hatiku diganti dengan hati yang baru
yang bersih untuk menggamit hidayahmu
ya Allah, hatiku penuh noda
bersihkanlah
penuh parut maksiat
sembuhkanlah
aku tidak mahu dek kerana hati ini
aku terhalang dari mensyukuri nikmat-Mu
sering mendahului nafsuku..
Pintaku ya Allah, Kau himpunkan hatiku ini
bersama hati orang-orang soleh
tautkan mahabbah antara kami
agar kami saling mengingati
dan tak punya lagi
sekeping hati
YANG MATI....

19 April 2011

::Ya ALLaH,JaGai PeRMaTa HaTIku::

Assalamualaikum...salam ukhuwwah fillah..salam kasih sayang, salam kerinduan buat semuanya. Alhamdulillah, bertemu lagi di sini. Ruang berbicara mengenai rasa dan jiwa.Malam ini kerinduan ana pada ayah bonda berganda. mungkin kerana petang tadi waktu telefon bonda, bonda ceritakan kesihatan ayah yang sedikit terganggu. hati ana berdebar. Allah saja yang tau...
Ayah,fizikalnya kelihatan sihat dan gagah. Ramai bingung bila dengar ayah sakit. kurang percaya. Hakikatnya emosi ayah sedikit terganggu, perasaan ayah tercalar dengan sikap adik-adik kesayangannya. ana mengerti, tapi apakan daya, tiada apa yang boleh dibuat untuk menyekat ayah dari berfikir tentang apa yang telah berlaku. Sujudku setiap kali hanya memohon agar Allah menganugerahkan hati yang tenang dan tenteram kepada ayah dan bonda untuk menghadapi hari muka. Cukuplah ketenangan hati..
Dan ana tidak berminat untuk bercerita tentang itu. Biar Allah sahaja yang menentukan kesudahan bila ikhtiar kita sudah kehabisan. InsyaAllah, perjalanan kita bukan hanya disini, biarlah siapa saja merasa berkuasa di dunia, menindas semaunya, Keadilan Allah tetap terlaksana, jika bukan disini, pasti di 'sana' nanti kita bersemuka.
Setiap kali bicara dihujung talian juga, bonda mengutus tanya, tidakkah ana cuba meminta kerja di sekitar Kedah. Allahuakbar, sesungguhnya telah ana usahakan sedaya mungkin. ada saja jawatan kosong di Kedah ana pohon. Namun Allah takdirkan ana tercampak di bumi selangor ini juga.Ana faham hasrat bonda, tidak mahu menyusahkan sesiapa, kalau ada anak sendiri menjaga, kurang rasa bersalah. ana juga fahami kesibukan abang ana disana, hati bonda yang berat mengadu melihat kesibukan anak-anak.Tapi apa daya ana...Kalau bonda mau, nak ana gajikan orang menjaga ayah dan bonda, bukan nak lepas tangan, tapi apa lagi ana boleh buat.
Benarlah kata orang, seorang ibu boleh menjaga 10 anak, tapi 10 anak belum tentu boleh menjaga seorang ibu. bukan soal mahu atau tidak, tapi bila tuntutan keadaan begini,apa pilihan yang ada. Menjaga dari jauh, dalam talian, dalam Doa...hanya itu yang termampu.
"Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim...ampunkan dosa dan kesalahanku ya Allah, dosa dan kesalahan ibu ayahku, guru-guruku, sahabat2ku, adik beradikku juga umat islam seluruhnya. Ya Allah, ku serahkan ibu ayahku dalam jagaanMu ya Allah kerna aku tak mampu menjaga kedua-duanya ya Allah. Ya Allah, Engkau anugerahkan kepada mereka, ketenangan hati, lapang fikiran, sihat tubuh badan agar mereka dapat terus mengabdi diri kepadaMU ya Allah.Ya Allah, ku tahu kasih sayang-Mu kepada ibu ayahku lebih luas dari kasih sayangku kepada keduanya, dengan itu ya Allah, Kau peliharalah keduanya Ya Allah.Lindungi mereka Ya Allah..Tuntuni langkah mereka ya Allah, aku sayang kedua ibu ayahku ya Allah. Hanya kepadaMu aku berharap dan hanya kepadaMu aku mohon pertolongan.ameen..ameen..ameen Ya Allah".
Hanya ini bisa ana lantunkan saban hari.Moga Allah menjaga ayah bonda sebagaimana mereka telah menjaga ana, abang2 dan adik sejak dari kecil. Pengorbanan yang tidak mampu dibalas, dicampur dengan masa tua yang tiada anak2 disisi saban waktu membuah rasa bersalah. Namun, hanya Allah mengetahui betapa kami anak-anak ayah dan bonda amat sayang kepada kalian. Moga Allah mengizinkan kami anak-anak ini untuk terus berbakti kepada mereka walau dengan apa juga cara...insyaAllah..

18 April 2011

::BiCaRa PaGi::

Assalamualaikum. Salam ukhuwwah dan salam kasih sayang. Alhamdulillah, Allah masih mengizinkan kita untuk terus mengecap nikmat Iman dan Islam. Nikmat terbesar sebagai hamba-Nya di muka bumi ini.
Mengisi masa yang ada, ana soroti tinta2, coretan teman2..hingga ana terfikir. usia kita sama, namun mengapa kematangan kita berbeza? Begitu Allah meminta manusia meneliti firman-Nya yang nyata awal2 lagi menegaskan bahawa Allah itu tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu melainkan kaum itu sendiri mengubahnya.
Jadi bagaimana harus kita sebagai manusia memaksimakan usaha dan tenaga untuk menjadi lebih baik dari hari ke hari. Meneliti kata-kata Saidina Ali Karamullahu Wajhah, Celakalah siapa yang harinya lebih teruk dr sebelumnya.
Allahuakbar, manusia punya pilihan dalam apa juga keadaan. Andai ditimpa ujian, mahu sabar atau mengalah. Mahu Redha atau mengeluh. Andai rasa kurang ilmu, mahu ditambah atau terus Jahil. Andai kurang harta, mahu dicari atau biar terus melarat.kita dianugerah akal sempurna yang tidak semua dimiliki makhluk-Nya. Bezanya, bagaimana kita menghargai pemberian dari-Nya.
Saat menyoroti tulisan teman-teman, ana diingatkan kembali hakikat sabar dan redha. Dua gandingan yang sering pincang nada dan iramanya dalam rentak kehidupan manusia. payah mencari padanan lengkap kedua sifat ini dalam bijaknya seorang manusia. Ramai orang yang boleh bersabar namun hanya sedikit yang mampu meredhai. Menyingkap pula perbualan dengan teman, katanya"saya sakit saya sabar, ini jalan menghapus dosa(kaffarah), tapi kadang-kadang gatal bibir bercerita seolah-olah tidak redha". hakikatnya begitu, teorinya mudah, namun aplikasinya mampu merobek pendirian.
Allahukabar! Kondisi iman yang kadang tinggi dan kadang mendatar, tak kurang merendah pada waktu tertentu menguji aplikasi sabar dan redha. Moga Allah menganugerahkan ketetapan hati untuk memugar mahmudah dalam diri.
Bersyukur sekali ana punya teman yang berbagai ragam. Perhatian dan kasih sayang berbeza. ada yang suka berkongsi ilmu, ada yang suka menegur tak putus, tak kurang mengkritik semaunya. semuanya ana perlukan. kerana semua itu mempengaruhi ilmu dan kematangan. Selagi mana bergelar manusia, kita punya nafsu yang tak perlu dipenuhi. Punya keinginan untuk mencuba sesuatu yang baru. Teringat peristiwa petang tadi saat menemani adik kesayangan, insyirah mencari kelengkapan permata hati. tergerak tangan untuk membelek sehelai baju. Nampak cantik dan labuh,tapi teguran adik ana menyedarkan bahawa material baju itu kurang sesuai untuk penampilan diri.
Ana bersyukur, itu yang ana mahukan.seseorang yang menjaga ana dari menurut keinginan semata tanpa mempedulikan tuntutan syari'at.kadang-kadang kita merasakan kita sudah sempurna memenuhi tuntutan, kerana cermin kita berbeza.mata tak mampu memandang jauh, dengan itu perlunya teman sejati,yang sama mahukan kita sentiasa dalam kebaikan.
Jadi, pilihan ana disini, ana mahu jadi yang terbaik.
Maaf andai tulisan tidak menunjukkan kematangan. mungkin itu hakikat sebenar. Kadang-kadang langkah sedikit pincang,dengan ada tangan yg menghulur, Alhamdulillah..kita tidak terus terjatuh. sesekali tersadung elok juga, ianya akan mengingatkan kita untuk berhati-hati untuk melangkah kembali.insyaAllah,menjadi lebih baik.

JoM SeRBuuu...!

14 April 2011

::HaRi-HaRi YaNG BeRBeZa::

Assalamualaikum. Salam Ukhuwwah dan salam kasih sayang. Salam keceriaan dan salam motivasi untuk semuanya.
hidup ini harus dihargai sebaiknya kerana ianya bukan satu jangka masa yang lama. Masa yang ada sangatlah tidak cukup sebenarnya. Kerana itu, kita melihat manusia seringkali tidak berpuas hati dengan apa yang dimiliki. Mudah-mudahan kita masih punya sifat qana'ah meskipun kita punya waktu untuk mengejar kemahuan juga kehendak yang tidak pernah surut.
Melalui transisi baru sebagai seorang yang bekerja, hendak pula kerja yang melawan waktu. Waktu yang selalunya diisi dengan mimpi indah, kini perlu berjaga demi menjaga keberkatan rezeki. waktu yang lazimnya digunakan untuk berjalan-jalan juga aktiviti2 lain, kini diisi dengan semayam indah di bilik tidur. seorang temanku pernah berkata,"lepas nie jumpa awak, makin cerah la..yer la tak kena matahari..keje malam je". Sabar je la,siang pun keluar jugak. takkan seharian berkurung dalam bilik.
waktu tidur kini perlu dicatu. kalau dulu, tidur terlebih-lebih, sekarang ada perkara yang lebih penting.
namun ana bahagia, sekurang-kurangnya masa lebih banyak terisi. Bila bekerja, komitmen amat diperlukan. memasuki dunia kerjaya bukan semudah yang diimpi...tak semua perkara mudah. menjadi satu perkara biasa, bila kita bekerja dalam komuniti, keperluan kita kadang-kadang perlu diketepikan sebentar.Alhamdulillah, Allah Maha Mengetahui setiap hamba-NYa.
Ditakdirkan ana untuk menyandang jawatan yang agak ringan sebagai satu latihan untuk berdepan dengan ujian yang lebih mencabar. jika dinilai tentang diri, serasa tidak layak berada di posisi ampuh seperti sahabat-sahabat lain.
Hampir 2 minggu, agak banyak perkara yang dipelajari. Betapa kadang-kadang suara hati yang sentiasa ingin perhatian perlu diketepikan. ana bukan lagi anak kecil yang perlu bergantung untuk membuat itu ini. bukan juga anak tunggal yang mahu hanya kehendak sendiri didulukan.
Mudah-mudahan Allah menganugerahkan kekuatan untuk terus berkhidmat selagi ana diperlukan. Setiap hari perlu menyiapkan diri untuk belajar dan menerima sesuatu yang baru. InsyaAllah, kematangan akan terbentuk sendirinya.
sekian, catatan di pagi hari...maaf kalau cacat dimana2 bahasanya...;-)

04 April 2011

::Fasa Baru Bermula::

Assalamualaikum. salam ukhuwwah dan salam kasih sayang. Lama rasanya meninggalkan laman ini.hampir terbiar usang begitu sahaja. memandangkan catatan blog ini bersifat perjalanan kehidupan, bilamana fasa yang dilalui kurang menarik ataupun masa yang ada hanya cukup untuk melelapkan mata jadi,ianya akan terbiar begitu sahaja.
Alhamdulillah, selaut kesyukuran dirafa'kan hanya pada-Nya atas kurniaan nikmat yang tidak terhingga. Walau terkadang hati galau disapa rasa gundah yang tiada hati Allah tetap dengan sifat Rahman dan Rahim-Nya.hanya kita yang menzalimi diri kita sendiri.
hari ini, 04.04.2011 mencatat satu permulaan baru dalam fasa kehidupan menuju kepada-Nya.Alhamdulillah,ana memulakan tugas sebagai Welfare Executive di Masterskill University College of Health Science,Batu 9 Hulu Langat. Alhamdulillah.
kepada yang tidak jemu mendoakan kejayaan diri ini, jazakumullahu khairan kathira...
Allah sahaja yang dapat membalas keikhlasan kalian. Allah amat menyayangi diri ini dengan menganugerahkan sahabat yang istimewa seperti kalian.
Moga Allah terus menganugerahkan kekuatan untuk memberi khidmat sebaik mungkin di tempat baru ini.
Salam Sayang untuk semua...;-)
NOTA buat da'ei. Apabila kita sendiri diuji dengan apa yang sering kita dakwahkan, itu petanda Allah sedang mendidik kita agar melaksanakan apa yang kita perkatakan. Bersyukurlah kerana Allah masih sudi mengingati kita dalam usaha kita mengingatkan manusia. -khas buat diri yang faqir ini-