Salam'alaik dan salam kasih sayang..
salam kesyukuran kerana masih dianugerahkan nikmat iman dan islam saat ramai orang lain telah kehilangannya..Ya muqallibal qulub,thabbit qalbi 'ala dinik wata'atik...
insyaAllah...
entry ini sekali lagi ana ingin membincangkan tentang insan paling mulia dalam kehidupan seorang manusia...
ana tidak pernah jemu membincangkan tentang insan ini dimana saja...
teringat suatu masa dulu,pernah mewujudkan thread tentang insan ini...
kekagumanku berasas kerana insan ini bukan saja dimuliakan oleh makhluk bahkan Pencipta kita juga...
Siapa...???
Siapa lagi kalau bukan ibu,mama,Bonda,mak,mummy,ummi atau apa saja panggilan kita kepada insan mulia ini. adakah perlu tunggu hari ibu untuk melahirkan rasa bangga dan bertuahnya kita memiliki seorang insan yang berkorban segalanya untuk kita..
Ibu insan hebat yang mempunyai pelbagai kerjaya..Allahuakbar, betapa Cantiknya Allah menganugerahkan kekuatan yang luar biasa kepada wanita yang selalu dikaitkan dengan sifat lemah...
mengapa tiba-tiba ana membawa kembali persoalan ini. entahlah,ana terfikir...berfikir dan berfikir..
mengapa setiap kali saat gelodak jiwa, fikiran celaru...mendengar saja suara ibu kita menjadi tenang setenangnya..
Walau bicaranya tidaklah seampuh bicara pakar motivasi terkemuka...
atur bicara tak seindah pakar bahasa, namun kita masih mencari suara dan semangat ibu saat kaki rebah tersimpuh di depan ujian-Nya..
ana masih ingat saat praktikal...bebanan tugas yang amat terasa membuatkan kaki berat melangkah, badan lemah tak bermaya...
seharian melayan beban, tapi tiba-tiba habis saja berborak dengan bonda, rasa itu hilang...ingat lagi kata Fara, teman seperjuangan..."kalau tau itu ubatnya, nape la awal2 tak call.." Allahuakbar,hebatnya penawar dari seorang ibu..
Saat ini,kekuatan sekali lagi diuji..dan insan itu tidak pernah jemu melontarkan kata-kata semangat supaya puterinya ini terus kukuh tidak goyah..Allahuakbar!
Ya Allah ya Tuhanku..aku bersaksi dengan sifat Rahman dan RahimMU, sifatMu yang telah kau pinjamkan dijiwa ayahbondaku...mereka amat baik kepadaku ya Allah, menyayangiku tanpa syarat,meletakkan keperluanku lebih dari segalanya,mengisi permintaan semampunya,dengan kebaikan itu ya Allah,aku mohon Kau ampuni segala dosa ayahbondaku,berkati hidup mereka dunia akhirat,lapangkanlah jiwa mereka dalam mendepani hidup ini,kurniakanlah kekuatan kepada keduanya untuk terus mengabdi kepadaMU...
Ya Allah, saat ini ayahbondaku mungkin tidak sekuat dulu..kuatkanlah mereka agar dapat terus beribadah kepadaMU...ya Allah,seiring dengan ujianMu Kau anugerahkanlah kesabaran kepada keduanya..aku menyayangi mereka dengan sepenuh hatiku..berikanlah aku kesempatan untuk berbakti kepada keduanya...ameennn..
26 November 2010
07 November 2010
..........
Assalamualaikum...
salam ukhuwwah dan salam kasih sayang untuk sesiapa yang masih punya waktu bertandang ke teratak usang ini...terlalu usang bila hampir 2 bulan terbiar tidak diuruskan.Mencari ruang waktu yang hingga kini belum ketemu...ingin lari jauh namun langkah kaki tak sekuat yang dijangka...akhirnya jatuh tersungkur juga..namun alhamdulillah,ana masih ada Dia...
Mencari dan menanti 'semangat' untuk menulis, yang lari entah kemana.jauh pergi hingga mengambil waktu yang agak panjang untuk berpatah kembali..
Bimbang untuk menulis bila hati bercelaru dengan situasi...risau andai apa yang tercoret lebih bersifat peribadi.Lantas ana mengambil ruang untuk memikirkan kembali untuk apa ana menulis disini...
Teratak ini tidak menyediakan penulisan yang terlalu ilmiah yang boleh dijadikan rujukan oleh mana-mana pihak.tulisan ana diteratak ini hanyalah nukilan hati yang mencerap iktibar dan tauladan mengenai perjalanan hidup yang diwarnai dengan 1001 telatah manusia.Pemerhatian terhadap alam sekeliling yang menarik minat ana untuk menganalisis sikap dan sifat manusia terhadap kehidupan ana nukilkan mengikut dimensi ana sendiri.Menggabungkan kepelbagaian pemikiran manusia dalam memberi makna dalam setiap sesuatu yang telah berlaku dalam setiap tahap perkembangan manusia.
Dan apabila hati terusik dan tak mampu lagi menterjemah setiap perilaku dengan akal rasional, ana jadi buntu untuk menulis. Tidak mahu membawa penulisan yang bercelaru seperti celarunya hati dan fikiran ana pada waktu itu. Dan penulisan kali ini juga ana sekadar mahu melepaskan apa yang terbeban, biarpun bukan secara terang-terangan, ana menyedari bahawa lelah ana akan reda bila menulis begini. Walaupun ana tahu hidup akan terus begini, tidak akan berubah dengan hanya penulisan picisan begini, namun ana bersyukur kerana masih mampu menulis dan menulis.
Maafkan ana kepada yang membaca. Andai kepeningan membaca, tersenyum saja, dan doakan ana dapat keluar dari kekeliruan dan kecelaruan ini.
Dalam proses meng'hibernate' diri.Tiada SMS,tiada fB..membalas bila perlu.maafkan ana.
assalamualaikum.

Langgan:
Catatan (Atom)
NOTA buat da'ei. Apabila kita sendiri diuji dengan apa yang sering kita dakwahkan, itu petanda Allah sedang mendidik kita agar melaksanakan apa yang kita perkatakan. Bersyukurlah kerana Allah masih sudi mengingati kita dalam usaha kita mengingatkan manusia. -khas buat diri yang faqir ini-