Assalamualaikum.Salam 5 Syawal 1431 Hijrah.Salam ukhuwwah dan salam kasih sayang untuk semua. salam kemesraan dan salam kebahagiaan di bulan Syawal ini. Ramadhan berlalu juga, dan Allah masih meminjamkan nyawa utk terus bernafas di muka bumi ini.
Alhamdulillah wa syukurillah. walaupun terjadi banyak insiden yang merobek hati namun itu ana terima sebagai satu ujian yang akan meningkatkan lagi iman kita kepada-Nya.melalui hari-hari terakhir Ramadhan kali ini dengan cara yang agak berbeza, dengan hasrat ana mampu menunaikan hajat dihati. namun, ana pasrah kerana ana yakin semuanya bermula dengan diri ana sendiri, bukan tiada peluang namun gagal melihat peluang yang hadir.
Alhamdulillah, Syawal kali ini menghimpunkan semua adik beradik kecuali adik yang bongsu yang jauh dimata. tak apa, insyaAllah kita berkumpul lagi di syawal yang lain.jika dipanjangkan umur.
Alhamdulillah, Syawal ini juga menemukan kembali ana denga teman-teman yang telah lama terpisah. sangat bahagia mengimbau kenangan masa lalu.dapat kembali ke sekolah menyumbang bakti yang kecil jika mau dibandingkan dengan apa yang telah diperolehi.berpeluang juga bersama-sama menjayakan himpunan yang ana kira sudah berjaya dijalankan di tempat sendiri.Alhamdulillah.
Semalam, 13 September..bahagia sekali meraikan hari bahagia teman-teman tersayang. juga dapat meraikan hari bahagia seorang penulis blog yang sangat ana kagumi.Ilmunya menjadikan beliau dikenali di segenap lapisan.
Agak lucu bila mengenangkan peristiwa semalam. KUasa Allah, 3 pasangan yang bernikah semalam semuanya teman ana satu batch. Tahniah kepada pasangan Mohd Fauzi&Shatheroh(dua2 shbat baik-sekelas),juga kepada Nazraton dan Yassir(juga teman sekelas)dan juga hafizah dan Fairus(along). juga kepada pasangan Ust Nasrul Nasir dan psangan ustzah Umi Kalsum.moga pernikahan ini kekal hingga ke akhir hayat dan jodoh berkekalan hingga kesyurga-Nya. ameen..amenn..allahuaameen.
Masih punya tugasan walaupun belum punya pekerjaan. moga Allah mempermudahkan urusan ana dan juga teman-teman yang lain.insyaAllah..
14 September 2010
01 September 2010
:: CURHAT ::
Assalamualaikum..
Salam ukhuwwah dan salam kasih sayang. Salam mujahadah di semester ketiga dalam university Ramadhan kali ini. Bagaimana semuanya??? Adakah semester pertama dan kedua dulu telah dilalui dengan jaya dan bakal beroleh rahmat dan maghfirah dari Allah. Mudah-mudahan, bersama kita doakan. Sayu Hati mengenangkan Ramadhan yang bakal berlalu pergi. Entah kenapa Ramadhan kali ini terlalu menyentuh hati ini. Serasa amat dekat dan dekat. Mungkinkah Ramadhan ini yang terakhir untukku…?
Terlalu lama rasanya tidak meninggalkan sesuati di blog ini. Semangat untuk menulis luntur seketika lantaran hambatan tugas yang lebih penting dan juga paling utama kemampuan minda untuk menulis tidak lagi sekuat dulu. Baru saja mahu mula menulis, terhenti seketika..dan seterusnya menekan button ‘backspace’ lantas semuanya dipadam. Kenapa? Ana sendiri mencari jawapannya.
Dan kini selepas hampir sebulan tidak menulis di blog, terlalu banyak event yang berlaku yang mempengaruhi corak berfikir dan cara bekerja ana. Terlalu banyak. Alhamdulillah, Allah memilih ana untuk melalui pengalaman ini. Entry terakhir ana kembali ke UM dalam misi menguruskan kebajikan pelajar-pelajar Universitas Pendidikan Indonesia, yang datang ke UM dalam rangka program Pertukaran Pelajar, sama seperti ana lalui pertengahan Jun lalu. Sedari awal ana telah menggambarkan apa yang akan mereka lalui di Malaysia tidak seindah apa yang telah ana dan kawan-kawan perolehi sewaktu di Bandung. Dan jangkaan ana mengena. Sungguh teramat malu kerana pada hari pertama lagi berbagai kelemahan telah tertonjol. Ana dan teman cuba mengawal keadaan seboleh mungkin, namun apalah daya tenaga dua orang untuk berdepan dengan jumlah 23 orang yang datang.
Ana dan teman cuba memperbaiki perjalanan program dari hari ke hari. Terasa seolah-olah penghormatan yang diterima tidak dapat dibalas selayaknya. Dan kini ana amat memahami birokrasi yang selama ini di momokkan. Bermula tenaga dua orang ditambah dengan dua lagi tenaga teman-teman menjadikan program agak teratur dalam pergerakan yang agak terbatas. Anak-anak UPI sepertinya memahami apa yang berlaku, jarang sekali mahu menyusahkan kami dengan itu dan ini. Alhamdulillah. Sememangnya anak-anak Indonesia mandirinya teguh.
Dalam waktu yang sama, ana akan menempuh hari bersejarah dalam hidup ana. BERGRADUASI. Sekian lama menempuh dunia pendidikan sampai saatnya ana akan dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda Kaunseling. Berbahagia untuk hari itu, namun hambatan tugas mengejar hinggalah saat-saat masuk ke Dewan Tunku Canselor. Sungguh, ana kurang menikmati Graduasi ini! Rasa kasihan dan bersalah pada ayah bonda serta abang2 dan keluarga yang datang dari jauh menujah-nujah benak hati. Saat bersama keluarga begitu terbatas, bukan salah siapa-siapa. Semuanya salah ana sendiri. Ana orangnya yang kurang berharap dan percaya kepada orang lain. Meninggalkan mereka untuk semalam pun buat ana resah dan bimbang. Lalu awal pagi ana gerak semula pulang ke UM meninggalkan acara keluarga yang belum selesai. Beruntung punya ayah bonda dan keluarga yang memahami diri ini.
Kembali ke UM ana melihat suasana konvokesyen yang belum selesai. Ana ingin bergraduasi lagi sekali. Ana tidak menikmati sepenuhnya moment itu. Sungguh, ini dugaan buat ana. Ana mengimpikan pelbagai wajah untuk hari itu, namun ana gagal merealisasikannya. Namun, ana percaya ada hikmahnya. Ana gembira merawat anak-anak UPI yang tidak sihat hingga ana mampu melihat mereka senyum semula. Mungkin apa yang ana lakukan semuanya atas rasa tanggungjawab dan terhutang budi kepada mereka. Namun jauh di sudut hati ana sesekali tidak mengharapkan ana muncul juara dihati sesiapa. Semua salah faham yang berlaku ana harap sampai waktunya individu terlibat akan Nampak kebenarannya. Ana tidak perlu berjuang untuk menceritakan kebenaran kerana ana tidak melakukan apa-apa pembohongan atau kesalahan. Jadi, biarlah semuanya Dia yang tentukan.
Ana fikirkan kesulitan hanya akan dihadapi dari pihak atasan yang kurang memahami apa yang berlaku. Tidak ana sangkakan terdapat juga individu yang begitu mementingkan diri yang sanggup mendahulukan hak sendiri berbanding kebajikan orang lain. Ana sedih dan kecewa sekali. Kekuatan sudahlah kecil, ada pulak yang cuba menggoyahkan kekuatan itu. Allahuakbar! Saat itu ana hanya mampu muhasabah diri, ini ujian Allah untuk ana lebih kuat. Teguran supaya jangan sesekali ana bersikap sebegitu. Amaran untuk tidak menyanggupi apa yang tidak mampu kita lakukan. Sungguh ana belajar banyak perkara. Terlalu banyak. Dan semuanya ana yakin adalah sebagai persediaan awal untuk ana melangkah kea lam yang lebih mencabar. Alam yang mana ana akan temui lebih beragan rupa dan corak manusia.
Memang payah andai dalam kumpulan kita punya matlamat serta focus yang berbeza. Seharusnya kita bergerak jitu dalam mencapai matlamat yang kita tetapkan, namun bilamana seorang sudah mempunyai matlamat yang berbeza apakah wajar untuk kita terus melalui jalan yang sama?
Ana zahirkan rasa pada yang memahami, juga insan yang pernah mengalami dugaan serupa. Alhamdulillah, ana beroleh kekuatan daripadanya. Serahkan segalanya kepada Yang Maha Kuasa. Dia tidak akan sesekali menzalimi hamba-Nya. Ana tidak pernah khuatir kehilangan perhatian daripada manusia. Selagi mana ana berada benar dijalannya, ana tahu ramai yang akan menjauh. Itu dugaan yang ana teladani. Ana risau andai yang menjauh itu orang yang dekat dengan Allah, namun andai yang menjauh itu mereka yang cuba menjatuhkan orang lain, adakah berbaloi untuk ana bersedih? Kita tidak seharusnya memohon maaf kepada perkara yang bukan salah kita. Memohon maaf memang mulia, namun meletakkan maaf sehingga tiada nilai, ana merasakan itu tidak wajar sama sekali. Kita perlu asertif dalam hidup supaya kita kelihatan bermaruah.
Sungguh, ana banyak belajar tentang manusia. Terlalu banyak, namun masih kurang kerana ana percaya masih banyak suasana yang belum ana lalui. Namun, sekurangnya ana sudah cukup bersedia untuk berdepan dengan manusia-manusia yang terlalu mementingkan diri, berpenyakit hati dan bimbang dengan bahagia orang lain. Moga ana dijauhkan dari sifat-sifat mazmumah seperti itu..ameen..

Langgan:
Catatan (Atom)
NOTA buat da'ei. Apabila kita sendiri diuji dengan apa yang sering kita dakwahkan, itu petanda Allah sedang mendidik kita agar melaksanakan apa yang kita perkatakan. Bersyukurlah kerana Allah masih sudi mengingati kita dalam usaha kita mengingatkan manusia. -khas buat diri yang faqir ini-