30 Mei 2009

SePi YaNG MeNYePi....

Assalamualaikum..
salam ukhuwwah dan salam kasih sayang..
lama rasanya tidak mencoret sesuatu dilaman ini. rasa rindu untuk menulis,namun kesibukan menghalang untuk ana berlama-lama di depan laptop.apa lagi bila sekarang ana di kampung.bila dah ada dirumah sangat malas rasanya hendak keluar ke cc.bila ke tempat program,kemudahan internet pula tak ada. cuti kali ini ana agak sibuk dan juga menyibukkan diri.kawan-kawan ana pelik,bagaimana sorang budak yang tak lekat kat rumah bila di KL bley tak kuar rumah bila pulang ke kampung.kalau keluar hanya ke tempat program.ana pon tak tau nak jawab, yg ana tahu ana dah set dalam kepala nak habiskan buku-buku yang ana borong masa pesta buku tempoh hari.terngiang-ngiang kata kawan ana, buku banyak2 kalau tak baca nanti buku tue laknat kita.Allahuakbar! sentap!insaf!so,ana kena habiskan baca buku2 yang da bertimbun.jadi oleh itu,ana lebih selese berada dirumah jika tiada sebarang program yang memerlukan komitmen ana.
cuti kali nie ada jugak la program fasilitator yang ana terlibat. setakat nie melibatkan sekolah rendah.ana nak kongsi pengalaman menguruskan adik-adik sekolah rendah.cukup mencabar kesabaran ana rasa.dan dari pengalaman ini ana cuba muhasabah diri,betapa ana perlu memupuk rasa sabar untuk berhadapan dengan anak-anak zaman kini.namun ana rasa, seingat ana..semasa ana dan rakan-rakan di umur mereka ana dan kawan2 bukan begitu.yer la..dulu zaman tak maju macam sekarang.kadang-kadang ana takut untuk melihat anak-anak zaman sekarang.perangainya...ya Allah.cukup mendera emosi.namun, satu pengalaman bilamana ana diberikan peluang untuk merasai pengalaman sebegini ianya sedikit sebanyak mendidik ana untuk mendidik diri supaya menjadi lebih sabar. bukan semudah mengungkap dengan kata-kata rupanya.
Alhamdulillah,pengisian musim cuti kali ini agak memberi makna yang besar.jika sebelum ini ana cuma berhadapan dengan pelajar2 sek menengah,bila berhadapan dengan pelajar2 sek rendah,ana cukup menyedari betapa kanak-kanak itu perlu dididik seawal usianya.supaya acuan yang kita corak mampu menghasilkan sesuatu yang cantik dan menarik.Wallahua'lam...


16 Mei 2009

DeDiKaSi BuaT iNSaN-iNSaN TeRiSTiMeWa

Mei tiba lagi…
Waktu yang sering kudengari
Jasa ibu dan guru
Dilaung-laungkan
Disebar ucapan
Sana sini

Ibu...
Kumenyayagimu sepenuh hatiku
Tidak akan mampu
Ku balas setiap titis
Darah dan peluhmu
Melahir dan membesarkanku
Namun ibu
Akan ku cuba semampuku
Membuatmu tersenyum
Bahagia dan gembira
Selalu

Ibu...
Dimana sahaja kau berada
Aku mahu engkau tahu bahawa
Anakmu ini sering
Mendoakan kesejahteraanmu
Kesihatan dan juga kebahagiaanmu

Guruku...
Masih terbayang dimataku
Kesungguhanmu
Ketekunanmu
Mendidik kami
Dengan penuh kesabaran
Penuh kasih sayang

Guruku...
Mungkin tidak pernah terlafaz
Dari bibir anak didikmu ini
Namun
Ku ingin kalian tahu
Aku berbangga menjadi
Anak didik kalian
Kalian satu antara berjuta
Guru berbudi
Menabur bakti dan jasa
Tanpa rasa jemu

Guruku...
Kini aku juga teman-teman
Sudah berjaya
Menjadi manusia
Hasil didikan kalian
Yang tidak pernah mengenal
Lelah

Ibuku...guruku....
Insan yang begitu besar
Jasa dan pengorbanan
Dalam kehidupan ini
Aku bersaksi
Akan meneruskan usaha murni kalian
Mungkin aku bukan sebagai pendidik
Tetapi aku mungkin menjadi ibu...
Besar impianku moga aku
Dapat mencontohi kalian
Dalam mendidik generasi muka
insyaAllah...

coretan ini ana nukilkan khas untuk bonda tercinta Siti Zainab Binti Omar dan juga untuk semua guru-guru,ustaz ustazah yang telah mendidik ana tanpa jemu bermula di Sekolah Rendah panglima Awang,Sek. Men Agama Al-Khairiah dan seterusnya Universiti Malaya.Juga guru yang yg telah mendidik ana secara tak lansung.Dr Tengku Asmadi,Akh Shidee dan juga yang lain-lain yang tak mampu ana nukilkan nama-nama mereka disini. Jasa kalian hanya Allah yang layak membalasnya. Selamat Hari Guru...

PeRiNGaTaN BuaT DiRi DaN TeMaN-TeMaN

Bismillahirrahmanirrahim.
Salam ukhuwwah dan Salam kasih sayang.
Menerima ketentuan Allah, bahawa sihat itu lawannya sakit. Bila sihat itu pergi pasti kesakitan akan mengambil tempat. Sebagai makhluk yang lemah, kita harus akur bahawa apa yang berlaku kerana percaturan-NYA halus. Mungkin untuk masa yang sesingkat ini, kita belum mampu menilai apa kewajarannya Allah menghadiahkan kita dengan ujian yang datang silih berganti. Namun, diakhir pencarian kita nanti pasti kita mensyukuri setiap nikmat yang diberikan disebalik kekuatan dan dan juga kelemahan kita. Berbicara mengenai nikmat kesihatan, kita sering alpa bilamana kita diberikan kesihatan yang baik, namun bila kesihatan itu hilang diganti dengan rasa kesakitan mahupun kelemahan, lain pula tingkah kita saat itu. Hakikat seorang manusia, apa yang sahaja yang diberikan ada saja kurangnya, ada sahaja pincangnya. Bila sudah kehilangan baru tahu menghargai nikmat dan anugerah yang pernah datang.
Manusia seringkali menyalahkan keadaan bilamana berlaku perkara yang tidak diingini. Terlalu cepat menilai dan menghukum biarpun mereka tahu hukuman itu belum tentu kebenarannya. Jarang sekali kita mendengar golongan manusia yang menerima apa sahaja ketentuan yang datang dengan lapang hati dan bersabar. Yang ada hanya golongan yang dekat dengan Allah. Jika manusia mampu melihat dengan sedalam-dalamnya pasti mereka akan mensyukuri ujian yang tiba kerana ujian dan kesakitan yang datang tidak lain tidak adalah untuk menghapuskan dosa-dosa kecil. Atau, mereka merasa diri mereka, oleh kerana itu mereka merasakan tidak sepatutnya mereka diuji dengan ujian kesihatan dan juga ujian-ujian lain.
Lemah, sakit, tiada tenaga semuanya daripada Allah. Jika kita sabar menghadapi, pasti Allah akan menganjarkan sesuatu kepada kita. Itu janji Allah. Janji Allah adalah sesuatu yang pasti. Jadi, tidak menjadi rugi bilamana seseorang manusia itu bergantung harap hanya kepada Allah. Setelah sekian lama kita mengecap nikmat kesihatan yang jika dihitung tak mampu untuk kita membayarnya, jadi mengapa hanya dengan ujian kesakitan yang sedikit, kita lupa kepada nikmat yang menggunung selama ini. ‘Maka ni’mat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?’
Amru bin Maimun meriwayatkan Nabi Muhammad S.A.W bersabda, “Ada lima perkara yang sangat berharga yang diberikan percuma oleh Allah S.W.T kepada semua umat manusia. Lima perkara itu perlu dimanfaatkan oleh semua umat manusia dengan sebaik-baiknya sebelum datang lima perkara yang lain. Ia adalah masa muda sebelum datang masa tua, masa sihat sebelum datang masa sakit, masa senang sebelum datang masa susah, masa lapang sebelum datang masa sibuk, serta masa hidup sebelum datang kematian”.
Sekiranya kita sakit dan kemudian kita sembuh, kita masih punya waktu untuk memohon keampunan daripada-Nya. Namun andai kita sakit sehingga membawa kita kepada-Nya tanpa sempat bertaubat atas kesalahan yang melaut, dimana kita disisi-Nya. Ingat lima perkara sebelum datang lima perkara….
NOTA buat da'ei. Apabila kita sendiri diuji dengan apa yang sering kita dakwahkan, itu petanda Allah sedang mendidik kita agar melaksanakan apa yang kita perkatakan. Bersyukurlah kerana Allah masih sudi mengingati kita dalam usaha kita mengingatkan manusia. -khas buat diri yang faqir ini-