05 Oktober 2008

RaMaDhaN Yg berLalu..

Ramadhan Kali Ini…

Ana dalam bas saat ini. Bosan membilang neon dijalan, ana ‘on’kan laptop. Malam ini ana ada masa untuk mencoret sesuatu bagi mengisi blog yang agak suram. Meniti hari-hari terakhit di bulan Ramadhan, hati dibuai pelbagai rasa. Apakah Ramadhanku kali ini lebih baik dari sebelumnya. Dimana tahap imanku, amalku selepas keluar dari madrasah Ramadhan kali ini??? Dalam masa yang sama hati dipagut rindu pada ayahbonda dikampung. Ramadhan ini, ana langsung tidak ada waktu untuk balik berpuasa bersama keluarga tercinta. Masa yang cukup terbatas hanya ana boleh gunakan untuk menziarahi abang-abang dan ibu saudara di KL. Kadang-kadang bila dengar je ada kawan yang balik kampong hujung minggu, rasa geram sangat…jeles pun yer…
Tahun ketiga melalui Ramadhan sebagai pelajar memberikan ana pengalaman berbeza setiap tahun. Tahun pertama, ana disibukkan dengan tanggungjawab ana sebagai ad-hoc Program untuk sepanjang bulan Ramadhan. Ana rasa Ramadhan yang paling ana sesali kerana ana sering membelakangkan fadhilat-fadhilat yang patut dinikmati dalam bulan ini hanya kerana ana terlalu komited dengan tugas yang diamanahkan. Ramadhan kedua, ana lalui dalam fasa PilihanRaya Kampus. Ditaklifkan amanah yang amat berat, ana ditakdirkan bertanding sebagai calon Fakulti. Satu pengalaman yang amat mahal, apatah lagi ana laluinya dalam bulan Ramadhan, cukup menguji diri. Siang hari yang panas dan dalam keadaan letih, ana dan sahabat menapak dari kelas ke kelas untuk menjalankan kempen. Malamnya iftor bersama dimana sahaja berkesempatan. Letih dan penat, namun amat manis jika diingat kembali. Rahmat Ramadhan memberikan kejayaan kepada calon-calon Pro-M yang bertanding apabila ada yang menang di peringkat umum, dan juga fakulti. Alhamdulillah.
Ramadhan kali ini, di tahun pengajian yang ketiga, tanggungjawab ana lebih berat. Diamanahkan dengan jawatan Timb Presiden Persatuan Mahsiswa Kedah (PERMADAH) cukup menguji. Ramadhan kali ini boleh dikira dengan jari berapa kali ana berbuka dirumah. Hinggakan housemate akan pelik bilamana ana berbuka dirumah. Hampir sebulan Ramadhan, jelajah PERMADAH untuk menemui ahli di kolej kediaman dan juga diluar kampus membuatkan semua pimpinan akan berada bersama ahli sekurang-kurangnya 2 kali seminggu. Alhamdulillah, jelajah yang dijalankan mendapat sambutan yang baik. Namun, Ramadhan kali ini ana sudah bersedia kerana ana tak mahu lagi berulang sejarah Ramadhan pertama dulu. Alhamdulillah, Allah ,mudahkan jalan untuk ana. Sepanjang Ramadhan ini, tanggungjawab ana terhadap Islam cuba ana sempurnakan dalam masa yang sama tanggungjawab sebagai makhluk tetap ana perlu tingkatkan. Mudah menjalin hablul minannas, tapi agak berat dalam mengukuhkan hablul minallah, sedangkan itu yang paling utama.
Alhamdulillah, Ramadhan ini ana sempat ke kampung Pandan melihat sendiri kanak-kanak di sekolah pertuturan mengkhatamkan Al-Quran. Subhanallah, ana yang sempurna ini, rasa kerdil bila disamping adik-adik comel yang punya masalah mendengar dan bertutur. Terpegun dengan kesungguhan guru-guru yang mengajar, juga kemahuan adik-adik ini merealisasikan kata-kata, “segalanya mungkin”.
Moga perkongsian ini jauh dari sifat takbur dan sifat mazmumah yang lain. Sekadar berkongsi pengalaman, idea dan perkongsian sebahagian perjalanan hidup. Moga Ramadhan terus membersihkan hati dan jiwa kita, dan moga Syawal yang bakal tiba akan terus menyatukan dan mengeratkan hati-hati kita. Wallahua’lam..

27.09.08/ 2 a.m.

Tiada ulasan:

NOTA buat da'ei. Apabila kita sendiri diuji dengan apa yang sering kita dakwahkan, itu petanda Allah sedang mendidik kita agar melaksanakan apa yang kita perkatakan. Bersyukurlah kerana Allah masih sudi mengingati kita dalam usaha kita mengingatkan manusia. -khas buat diri yang faqir ini-