Titipan ini saya kirimkan buat semua insan yang disayangi. Pastinya saat ini hati kalian bercampur
baur..pelbagai rasa..teruja..berdebar..gembira..sedih dan 1001 rasa yang
kadangkala kita sendiri gagal mengungkapnya. Biar apa jua rasa itu..yakinlah,
inilah saat-saat yang bakal kalian rindui suatu hari nanti.
Alhamdulillah.. Allah mengizinkan diri ini untuk berada
dalam lapangan kampus hampir 6 tahun. Jadi ingin saya kongsikan serba sedikit
pengalaman yang mungkin biasa tapi amat bermakna buat diri ini. Moga ia juga
mampu menjadi panduan dan sempadan untuk kalian adik-adik yang bakal memulakan dunia baru..insyaAllah.
1. BULATKAN
NIAT 3,4, atau 5 tahun yang bakal dilalui nanti segalanya untuk MENCARI REDHA ALLAH. Solat jadi
keutamaan. Al-Quran jadikan rujukan utama, bacaan yang rutin.
2. MOHON
RESTU DAN DOA IBU AYAH..pastikan paling kurang sehari sekali hubungi ibu
ayah. Tak perlu lama..cukup beberapa minit untuk bertanya khabar dan mohon doa.
Anak gadis terutamanya..pastikan ibu ayah tahu pergerakan (urusan luar kampus
terutamanya) kalian.
3.Kalian telah jauh dari ibu bapa. Mungkin ini
perkara biasa bagi yang memang bersekolah asrama, matrikulasi, asasi dan
lain-lain. Akan tetapi ingin diingatkan..perkara paling penting saya kira..PILIH KAWAN YANG BAIK. Agama dan
akhlaknya. Jangan menilai orang..tetapi kita ada naluri mengenal manusia..jangan fikir banyak kali untuk
tinggalkan sesiapa sahaja yang cuba membawa kita kepada sesuatu yang tidak
baik. insyaAllah..kalian sudah matured..tahu bezakan baik dan buruk. Kehidupan kampus..tiada
ayah ibu yang dapat pantau dari dekat..tiada guru-guru yang akan bertanya
khabar..semuanya diuruskan sendiri. Disini peranan kawan tersangatlah penting.
4. UTAMAKAN
PELAJARAN. Kalian menggalas amanah ibu ayah dan keluarga. Tunaikan amanah
itu dengan sebaiknya.
5. URUS MASA
SEBAIKNYA. Jika perlukan jadual..buat! kalian akan ada penasihat
masing-masing dalam kalangan pensyarah. Jalinkan hubungan yang erat denga
penasihat. Minta nasihat dan tunjuk ajar. Tak rugi berbuat baik dengan
penasihat apatah lagi pensyarah.
6. URUSKAN
KEWANGAN DENGAN BIJAK. Pinjaman..biasiswa yang dapat buat pecahan
sebaiknya. Bagi mereka yang dating dari keluarga yang sederhana..kalau boleh
cuba minimumkan perbelanjaan jangan sampai meminta-minta pada keluarga. Saya
boleh buat dan saya yakin kalian juga mampu melakukannya.
7. JADILAH
PELAJAR YANG PUNYA BANYAK KEMAHIRAN. Ini waktunya untuk mengasah bakat yang
ada. Kepimpinan..seni..bahas..perstuan..dan lain-lain lagi. JANGAN JADI SISWA 3K. Kuliah..Katil dan
Kantin/Kafe. Jadilah siswa yang punya
jati diri. Dicampak kemana sahaja dapat hidup. BERMASYARAKATLAH!..jangan jadi kera sumbang. BERBAKTILAH! Jangan disimpan tenaga yang ada. BERFIKIRLAH!..jangan biar kering idea..MEMBACALAH!..jangan biar waktu tersia..MEMBERILAH!..jangan tunggu ada yang meminta..walau bukan dengan
harta..MENGEMBARALAH!..jangan sampai
tertutup minda..kutiplah sebanyak mungkin hikmah yang ada. BIAR BERGRADUASI SEBAGAI INSAN BERKUALITI.
8.Ambil tahu apa yang berlaku disekeliling kalian,
JANGAN HANYA HIDUP DALAM DUNIA SENDIRI.
Bukan ‘busy body’ tetapi perlunya peka, teliti dan berhati-hati.
9.WUJUDKAN
RANGKAIAN dengan rakan-rakan dari kampus lain. LUASKAN HUBUNGAN..ini waktunya membina jaringan yang positif..besar
manfaatnya nanti. BerPERSATUANlah..BerSUKSISlah..BerPALAPESlah..pilihlah apa
sahaja yang baik..gunakanlah peluang dan ruang yang ada sebaiknya. Belajar tentang
jatuh bangun kehidupan yang tidak diajar dalam silibus pendidikan.
10. Last but not least..OPTIMUMKAN TAHAP KESIHATAN. Gunakan waktu belajar untuk mendapatkan
KHIDMAT KESIHATAN yang disediakan PERCUMA. Jangan sampai kesihatan
menganggu urusan akademik dank o-kurikulum anda. p/s: saya sangat suka ke
klinik kesihatan@klinik gigi time belajar dulu..setiap bulan..saya suka jumpa doctor
tapi tak suka makan ubat.hehe..
Owh ya..sebelum terlupa..sila
membaca..membaca dan membaca. Bersahabat dengan buku dan juga library..tempat
yang paling selesa kat mana-mana universiti pun..hihi
Itulah serba sedikit perkongsian
dari saya. Moga dapat menjadi panduan untuk kalian. Zaman kita mungkin berbeza,
namun asasnya masih sama. Niat biar jelas,..insyaAllah, selamat! Kita semua
tidak akan terlepas dari ujian yang pelbagai. Jangan cepat melatah apatah lagi
berputus asa..ujian itu akan mematangkan diri kita. Andai buntu..mohonlah
pertolongan daripada Allah. Kongsikan rasa bersama ibu ayah, pensyarah,
penasihat, kaunselor atau sahabat. Jangan dipendam perasaan yang bukan-bukan.
Dalam tekad mencapai cita-cita,
pandang juga kiri dan kanan kita. Andai ada sahabat yang rebah..raihlah
tangannya ..bangunkan dia kembali dan bersamalah melangkah menuju gerbang
kejayaan. Jangan sesekali pentingkan diri!
Gunakan juga medan kampus ini
untuk belajar tentang segalanya. Praktikkan juga moga ia terus berkembang dan
bermanfaat. Kelebihan zaman siswa ini adalah kalian punya hak untuk berbuat
silap, kerana daripada kesilapan itu kalian akan belajar apa yang betul.
Cukuplah sekadar ini..pesanan ini
bukan bermakna diri saya sempurna kerana masih banyak aspek yang tidak
disentuh. Coretan ini hanyalah hasil pengalaman yang tidak seberapa. Moga kalian
sentiasa diberkati. Corakkanlah kanvas kehidupan kampus ini dengan lakaran dan
warna-warna indah. Kerana ia mungkin akan menjadi satu saat yang kalian paling
rindui dan ingin kembali nanti.
Selamat Berjuang permata Agama.
Moga kepakaran kalian menjadi satu kebanggaan untuk Islam suatu hari nanti. Belajarlaj
apa sahaja bidang, namun pastikan syariát terus dijunjung. InsyaAllah, kalian
akan selamat dunia dan akhirat. Siiru Álaa Barakatillah..