Jom ikut sunah nabi
BERSYUKUR kehadrat Allah s.w.t. kerana kita masih diberi peluang untuk sama-sama meraikan sambutan Maulidur Rasul pada tahun 1429H. Majlis sambutan ini diadakan di pelbagai peringkat iaitu dari peringkat kampung hinggalah ke peringkat kebangsaan.
Kemeriahannya memang jelas kelihatan di seluruh pelosok negara. Selawat dan salam kepada junjungan besar pada hari ini begitu mempesonakan. Pelbagai lagu direka untuk dipersembahkan kepada awam.
Rata-rata kebanyakan daripada kita begitu bersemangat sekali untuk mengikuti contoh tauladan yang terbaik yang telah ditunjukkan Baginda.
Kalau kita kira bilangan sunah Nabi memang tak terkira banyaknya. Bayangkanlah, apa sahaja yang telah dilakukan Baginda dianggap sunah. Cara Rasulullah bercakap, makan, minum, senyum, penampilan dan lain-lain dianggap sebagai sunah.
Dalam hal ini, satu sunah Nabi yang ingin dibicarakan ialah mempraktikkan bahasa Arab dan menguasainya. Ini berlandaskan kepada kata-kata Nabi, “Belajarlah Bahasa Arab dan ajarkanlah kepada sekelian manusia”.
Ada juga di kalangan kita yang tertanya-tanya: “Siapa yang sepatutnya perlu belajar bahasa Arab?” Seterusnya satu lagi soalan iaitu “Siapa pula yang sepatutnya perlu menguasai bahasa Arab?”
Berikut dinyatakan empat golongan utama yang perlu belajar dan seterusnya menguasai bahasa antarabangsa yang sangat penting ini.
Pertama, orang yang mengaku dirinya beragama Islam.
Ini kerana pedoman utama umat Islam ialah al-Quran dan hadis Nabi. Kedua-duanya dalam bahasa Arab. Bagaimana seseorang itu boleh memahami Islam dengan fahaman yang paling tepat kalau tidak berdasarkan sumber yang asal? Ada orang kata, “Saya sayang Nabi, saya cinta pada Rasul”. Tetapi bagaimana beliau boleh mengaku sedemikian rupa sedangkan dia tidak berusaha mempelajari apa yang dituturkan oleh Nabi.
Pelik, tetapi benar! Itulah kenyataan yang perlu kita terima dewasa ini. Kebanyakan kita masih lagi belum dapat memahami apa yang dibaca semasa membaca al-Quran. Walaupun seseorang itu mampu membaca al-Quran dengan baik, tetapi belum pasti dia juga mampu memahami apa yang terkandung di dalamnya.
Kedua, rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa dan agama yang berfikiran komersial, korporat dan ahli perniagaan.
Tahukah kita, terdapat 23 negara Arab yang menggunakan bahasa Arab sebagai bahasa rasmi. Daripada jumlah tersebut terdapat lebih tujuh negara Arab yang kaya raya dengan sumber alam yang menawarkan banyak projek mega.
Baru-baru ini, gabungan beberapa syarikat di Malaysia telah berjaya mendapat tender bernilai lebih RM3 bilion di Arab Saudi. Untuk itu, kebolehan komunikasi dalam bahasa Arab yang tinggi amat diperlukan untuk meyakinkan pihak-pihak berkenaan.
Apabila kita berkunjung ke negara-negara Arab tersebut kita masih boleh berkomunikasi dengan mereka dalam bahasa Inggeris. Itu memang tidak dapat dinafikan. Persoalannya, sejauh mana kita dapat meyakinkan dan dapat menarik minat mereka?
Kita juga tertanya-tanya, kenapa barangan Malaysia masih tidak dapat menembusi pasaran negara-negara Arab secara maksima? Kenapa nilai dagangan dengan negara-negara tersebut masih rendah? Sedangkan Malaysia dan negara-negara Arab tersebut banyak persamaannya. Semua 23 negara Arab tersebut (kecuali Lebanon) menjadikan Islam sebagai agama rasmi.
Salah satu faktornya ialah kebanyakan golongan korporat dan profesional tidak boleh berkomunikasi dalam bahasa Arab yang boleh menarik minat pelanggan berbangsa Arab. Ini kerana, walaupun mereka masih boleh berkomunikasi dalam bahasa Inggeris, tetapi untuk menawan hati, maka penggunaan bahasa Arab sangat diperlukan.
Ketiga, golongan profesional seperti doktor, peguam, arkitek, akauntan, jurutera dan lain-lain.
Ini kerana al-Quran adalah sumber rujukan ilmu pengetahuan. Adalah amat rugi sekali jika golongan profesional ini tidak mampu merujuk al-Quran untuk meningkatkan kajian dalam bidang yang diceburi. Terlalu jauh perbezaannya antara profesional yang boleh mengadaptasi al-Quran dalam bidang berkaitan dengan rakannya yang hanya bergantung kepada terjemahan sahaja.
Terdapat banyak ayat al-Quran yang membicarakan tentang sesuatu secara saintifik. Dalam ruangan ringkas ini dinyatakan beberapa contoh tema berkaitan keprofesionalisme untuk direnungkan, dikaji, diamalkan dan dijadikan iktibar kepada generasi akan datang.
Contohnya, soal tentang bilangan perkataan di dalam al-Quran. Bilangan perkataan di dalam al-Quran adalah signifikan. Setiap baris, huruf, perkataan, jenis ayat sama ada panjang atau pendek adalah bermakna.
Keempat, golongan akademik yang menitik beratkan soal sumber rujukan.
Nah begitu jelas sekali bahawa rujukan utama ialah al-Quran dan hadis. Kedua-duanya dalam bahasa Arab. Sehubungan itu, untuk mendapatkan nilai kajian yang lebih mutu akademiknya, ahli akademik sepatutnya menguasai bahasa Arab.
Untuk itu, berikut dikemukakan beberapa cadangan yang mungkin perlu direnungkan bersama. Antaranya ialah; golongan profesional dan akademik seperti pakar sains, jurutera, saintis dan lain-lain hendaklah menjadikan al-Quran sebagai rujukan utama meningkatkan karier mereka dalam bidang sains.
Selain itu, oleh kerana hendak memahami al-Quran memerlukan kemahiran bahasa Arab. Guru sains, pakar sains dan saintis perlu belajar bahasa Arab mengikut kaedah yang sesuai bagi mereka. Seterusnya untuk jangka pendek, mereka perlu berganding bahu dengan ulama yang memahami al-Quran untuk mencipta kegemilangan dalam bidang sains dan teknologi.
Jadi ayuh kita belajar bahasa Arab dan menguasainya sehingga kita boleh menggunakan al-Quran untuk meningkatkan prestasi dalam bidang yang kita ceburi. Semua yang kita lakukan ini akhirnya akan menuju ke matlamat asal kita iaitu untuk memperoleh keredaan Allah. Jadikan sambutan Maulidur Rasul kali ini memberi makna yang mendalam kepada kita semua.
di petik daripada akhbar utusan online..
salam Maulidur Rasul utk semua....Sunnah Baginda kita hayati dan amalkan....moga kita di antara golongan yang mendapat Syafaat di akhirat nanti...
20 Mac 2008
13 Mac 2008
fikir-fikirkan
Salam ukhwah fillah dan salam kasih sayang...
Isu pilihanraya masih hangat diperkatakan di sana sini...suasana pasca pilihanraya kali ini agak panas berikutan keputusan pilihnaraya yang mengejutkan ramai pihak....
di sebalik desas desus, kritikan demi kritikan pada pimpinan yang menang juga yang kalah, terbongkar juga bnyk cerita2 disebalik tabir pemimpin2 tertinggi 'kerajaan lama'...walaupun tidak diyakini kesahihannya..mungkin kerana RTM tidak menyiarkannya( kerna 'YANG SAHIH' hanya di RTM) masyarakat ramai kian buka mata terhadap sikap tamak haloba, rakus dan jijik yang tersebar. kita berhak menilai dan membuat keputusan sendiri..
pembohongan demi pembohongan masih berlaku biarpun ada sedikit sinar Islam yang muncul...media masih dalam dilemma...apa yang terpampang di dada akhbar tidak lain tidak bukan hanya semata-mata ingin menjatuhkan golongan-golongan yang menentang kerajaan....
ana kongsi dengan sahabat-sahabat hasil pembacaan ana di blog2 yang makin banyak wujud mutakhir ini....namun, ana amat suka berkongsi dengan sahabat2 tntg kewujudan blog malaysia-today....sejak ana kenal blog nie terlalu banyak informasi tntg kebobrokan negara yang ana ketahui...ana tidak menerima bulat-bulat..namun apa yang berlaku di depan mata sudah cukup kukuh utk ana nilai kebenaran informasi yang ana dapat....
fenomena PRU12 amat luar biasa pada golongan yg selama ini menganggap mereka mmpu berbuat apa sahaja...namun bagi mereka yang sedar fitrah kejadian alam...ianya adalah biasa kerana hakikatnya yang di ats tak akan kekal di atas..dan yang dizalimi tak selamanya akan tertindas...
salam reformasi kepada pejuang-pejuang kebenaran....
kemenangan bukan bermakna tugas kita selesai, namun ia adalah titik permulaan yang baru untuk kemenangan yang lebih besar...jangan penat, jangan letih..kerana bukti telah ada....kita mampu menghapuskan kebatilan andai hati ikhlas dan istiqamah dalam perjuangan ini...
'Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang. Apabila telah datang pertolongan Allah dan kemenangan dan kamu melihat manusia masuk agama Islam dengan berbondong-bondong, maka bertasbihlah dengan memuji Tuhanmu dan mohonlah ampun kepada-Nya. Sesungguhnya Dia adalah Maha Penerima taubat.'(-terjemahan surah an-nasr:1-3)
TAKBIR!!!! Allahuakbar!

Langgan:
Catatan (Atom)
NOTA buat da'ei. Apabila kita sendiri diuji dengan apa yang sering kita dakwahkan, itu petanda Allah sedang mendidik kita agar melaksanakan apa yang kita perkatakan. Bersyukurlah kerana Allah masih sudi mengingati kita dalam usaha kita mengingatkan manusia. -khas buat diri yang faqir ini-