16 Julai 2011

::WaKTu Yg BeRLaLu::

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam ukhuwwah,salam kasih sayang dan salam keceriaan untuk semua.Memasuki pertengahan bulan Sya'ban, terasa begitu pantas masa berlalu.Mahu dihitung kebaikan,malu rasanya.Nak disenarai kelalaian dan kemaksiatan,kian malu dan takut pada-Nya.Apa amalan kita setahun lalu bisa memberi saham yang kukuh untuk akhirat nanti.Sama-sama tepuk dada tanya iman.Jangan disoal pada nafsu kerana ia pasti cuba mengepung segala kejahatan dan dihiasi sebaiknya supaya kelihatan baik.Waliyazubillahu min zaalik..

Teman, waktu yang diperuntuk tetap sama, sejak zaman dahulu kala hingglah kini,tetap 24 jam.Apa yg kita isi sepanjang waktu itu.Dicongak-congak kembali apa memang banyak hitam atau putih.Penuh warna warni atau suram.Nilaian kita disisi penduduk bumi bagaimana, jika elok molek..apakah begitu juga kita dilihat oleh makhluk langit.Tidak memadai andai kita hanya dikenali dan disanjung di muka bumi ini, tapi kita asing di kalangan makhluk langit.Waktu makin pantas berlalu, terlalu cepat hingga kadang-kadang kita merasakan kalendar kita tidak punya hari-hari tertentu.Allahuakbar!Sibuknya kita.Koreksi kembali, sibuk kita untuk apa?adakah untuk kepentingan diri atau kepentingan dan kemaslahatan insan sejagat.
Ana mencuba untuk meng'upgrade' dengan mencari sebanyak mungkin majlis ilmu yang boleh dihadiri.Andai insan punya ruang terlalu luas dan senang untuk beroleh pahala, ana juga mahu begitu.biarpun wadahnya lebih kecil dari orang lain, tapi ana yakin..selagi mana kita mengharapkan kebaikan Allah akan memudahkan jalan untuk merealisasikannya.Dan keyakinan ana berasas bila terjadi banyak peristiwa menarik disepanjang jalan ini.Sungguh, ana yakin bahawa Allah tak pernah jauh...

Cuba sebaik mungkin untuk mengisi waktu dengan perkara-perkara berfaedah, kerana terlalu banyak rasanya masa dihabiskan untuk diri sendiri.Apa nak jawab bila disoal nanti.Allah...bila terjaga dari lena itu, pasti penyesalan bertandang, mengapa harus masa dibazirkan.namun ianya sia-sia kerana masa itu tak akan pernah kembali lagi.Lalu tekad ditanam lagi untuk tidak lagi mengulang kesilapan itu.Namun, kita tetap lalai juga.Maha Besar kasih sayang Allah,tidak pernah jauh biarpun kadang-kadang suruhan-Nya dikesampingkan.Bagaimana agaknya kalau sesama manusia kita tidak menjaga urusan sesama, pasti rajuk tak sudah..kasih sayang hambar dan pudar.Tetapi tidak Dia!Luasnya Rahmat-Mu ya Allah.

Permintaan kita jarang tidak diperkenankan.Walaupun terkadang kita merasakan impian kita tak pernah terjadi, namun andai diteliti ada jalan lain Allah sampaikan hajat dan kehendak kita.Ana juga kadang-kadang tertanya-tanya, bilakah permintaan akan ditunaikan, namun bila dilihat semula sudah terlalu banyak hasrat yang dipenuhi.Cuma kadang-kadang kita sirna kerana mengejar sesuatu yang lebih besar.Namun, percayalah bahawa setiap sesuatu ada waktunya.Ana Percaya...!kerana Dia lebih Tahu apa dan bila waktu yg terbaik untuk kita terima apa yg sepatutnya kita terima.
kita berbeza daripada orang lain, jadi jangan pernah mengharap itu membandingkan kehidupan dan nasin takdir kita.kita mungkin tidak kuat untuk menjadi senang lenang sebelum waktunya.Kita mungkin belum bersedia untuk mengubah transisi dalam fasa kehidupan biarpun kita merasakan kita selayaknya,tapi Dia Maha Tahu.Dia Mengaturkan segalanya sesuai dengan makhluk ciptaan-Nya.Namun,usaha dan doa jangan pernah putus.sudahnya, serahkan segalanya kepada-Nya.Hikmahnya pasti akan kita lihat suatu hari nanti.Dan waktu itu kita akan bersyukur dan tersenyum gembira kerana itu yang terbaik untuk kita.

Sya'baan bakal berlalu pergi,fajar Ramadhan akan menyinsing tiba.ayuhkan gandakan amalan,jangan dilabel atau tunggu Ramadhan menjadi bulan 'pesta ibadah' kerana harusnya setiap waktu ibadah harus dilakukan dengan penuh kesungguhan.Kita belum tahu apa kita akan sampai kepada Ramadhan.Ramadhan yang kita rindu.Kerana kehidupan ini adalah sesuatu yang tidak terjangka.Mati itu pasti, Hidup InsyaAllah...
Allahumma Ballighna fi Ramadhan..Allahumma ameen..

Tiada ulasan:

NOTA buat da'ei. Apabila kita sendiri diuji dengan apa yang sering kita dakwahkan, itu petanda Allah sedang mendidik kita agar melaksanakan apa yang kita perkatakan. Bersyukurlah kerana Allah masih sudi mengingati kita dalam usaha kita mengingatkan manusia. -khas buat diri yang faqir ini-