29 April 2010

...KoC JaMiN KeSeLaMaTaN WaNiTa...

SEKUMPULAN penumpang menaiki koc khusus untuk wanita yang
diperkenalkan KTMB bagi laluan Sentul-Pelabuhan Klang, selepas
beroperasi secara rasmi semalam.

KTMB perluas gerabak merah jambu laluan Rawang-Seremban 15 Mei





KUALA LUMPUR: Koc komuter khusus untuk wanita yang diperkenalkan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) bagi laluan Sentul-Pelabuhan Klang semalam, akan diperluaskan untuk laluan Rawang-Seremban bermula 15 Mei ini.


Pemangku Pengurus Besar Perkhidmatan Komuter, Mohd Hider Yusoff@Othman, berkata koc ‘Wanita Saja Sepanjang Masa’ bertemakan merah jambu itu diseragamkan ke semua laluan bagi memberi jaminan keselamatan dan keselesaan kepada golongan sasaran.

“Berdasarkan maklum balas penumpang sebelum gerabak ini direalisasikan, lebih 95 peratus bersetuju sekiranya koc berasingan disediakan dalam usaha mengurangkan risiko wanita menjadi mangsa gangguan seksual atau penyeluk saku.“Koc Merah Jambu ini juga dibuka setiap hari dengan pelekat khas merah jambu pada bahagian pintu dan tingkap malah lokasi pemberhentian koc juga ditanda dengan warna sama,” katanya selepas membawa rombongan media menaiki gerabak itu di sini, semalam.Begitupun, kanak-kanak lelaki 12 tahun ke bawah yang bersama ibu mereka boleh menaiki gerabak khas malah KTMB turut mempertimbangkan keselesaan penumpang lain dengan menukar koc wanita sebagai koc biasa sekiranya berlaku insiden atau kelewatan tren yang teruk.Sementara itu, rata-rata penumpang menyambut baik usaha KTMB memperkenalkan koc itu namun meminta khidmat komuter ditingkatkan terutama dalam mengurangkan kekerapan kelewatan tren yang masih berlaku.

Pereka Grafik, Noor Hakimah Daud, 24, berkata kebiasaannya wanita perlu berasak-asak dengan lelaki terutama pada waktu puncak namun hari pertama koc wanita diperkenalkan, keadaan tampak berubah.Bagi pelajar, Nandra Fairuz Indra, 18, berkata insiden begnya diseluk tahun lalu membuatkannya cuak apabila menaiki komuter dan pengena-lan koc itu mampu mengelakkan wanita lain menjadi mangsa.Pegawai Bank, Ong Choe Kent, 25, berkata makluman kewujudan koc itu perlu dihebahkan bukan sekadar menampal pelekat merah jambu atau membuat pengumuman di stesen kerana masih ramai tidak sedar adanya koc itu.

**Kali pertama mengetahui tentang berita ini, pujian seharusnya diberikan atas tindakan yang diambil, mungkin ianya tidak banyak membantu gejala negatif yang makin menjadi-jadi sekarang, namun cukuplah langkah ini sebagai satu langkah mencegah yang boleh dilakukan.

25 April 2010

..::TeNTaNG HaTi::..

Salam ukhuwwah dan salam kasih sayang. Salam kemesraan dan salam keceriaan di ambang tekanan dan debaran mengocak ketenangan minda.
Tempoh 3 minggu ini sahabat-sahabat dan adik-adik yang dikasihi Allah sedang berdepan dengan Final exam, Satu kayu ukur untuk menilai tahap penguasaan ilmu yang telah dicurahkan seawal tahun ini. Biarpun ana tidak perlu menduduki exam pada semester akhir ini, ianya bukanlah satu peluang yang boleh ana gunakan untuk berjimba-jimba sesuka hati. dengan bebanan report yang perlu diselesaikan, ditambah pula dengan view baru terhadap task sebenar yang perlu dihantar, menyebabkan sedikit perancangan ana tergendala.
datang awal ke UM dengan harapan punya masa untuk pulang sebentar meraikan hari bahagia Faisal dan Juwairiah. namun perancangan ana tidak seperti yang ditetapkan-Nya. Mujur terlintas dihati untuk berjumpa dengan PA Prof, terduduk ana saat melihat apa yang diperlukan sebenarnya.gambaran mudah dan ringkas sebelum ini berubah menjadi berserabut dan berselirat, mengundang rasa tidak kena pada hati. Jadi berkampunglah ana di bumi bertuah ini untuk menyelesaikan segalanya supaya tidak menjadi masalah dihari kemudian.
Mengapa ana meletakkan tajuk posting sebegitu...Tidak lain tidak, ianya lantunan hati yang caca marba, resah dan gelisah dengan ujian yang kunjung tiba.
ana muhasabah diri untuk melihat apa sebenarnya yang terjadi. apa yang membuatkan hati ini susah benar mahu lunak dan tenang.
ana cuba mencari sesuatu yang boleh membantu, dan ini yang ana temui....

Hati adalah sumber ilham dan pertimbangan, tempat lahirnya cinta dan benci, keimanan dan kekufuran, taubat dan sikap degil, ketenangan dan kebimbangan. Hati juga sumber kebahagiaan jika kita mampu membersihkannya namun sebaliknya ia merupakan sumber bencana jika kita gemar menodainya. Aktiviti yang dilakukan sering berpunca daripada lurus atau bengkoknya hati.

Abu Hurairah r.a. berkata, “Hati adalah raja, sedangkan anggota badan adalah tentera. Jika raja itu baik, maka akan baik pula lah tenteranya..Jika raja itu buruk, maka akan buruk pula tenteranya”.

Hati yang keras mempunyai tanda-tanda yang boleh dikenali, di antara yang terpenting adalah seperti berikut:

1. Malas melakukan ketaatan dan amal kebajikan
Terutama malas untuk melaksanakan ibadah, malah mungkin memandang ringan. Misalnya tidak serius dalam menunaikan solat, atau berasa berat dan enggan melaksanakan ibadah-ibadah sunnah. Allah telah menyifatkan kaum munafikin dalam firman-Nya yang bermaksud, “Dan mereka tidak mengerjakan sembahyang, melainkan dengan malas dan tidak (pula) menafkahkan (harta) mereka, melainkan dengan rasa enggan.” (Surah At-Taubah, ayat 54)

2. Tidak berasa gerun dengan ayat al-Quran
Ketika disampaikan ayat-ayat yang berkenaan dengan janji dan ancaman Allah, hatinya tidak terpengaruh sama sekali, tidak mahu khusyuk atau tunduk, dan juga lalai daripada membaca al-Quran serta mendengarkannya. Bahkan enggan dan berpaling daripadanya. Sedangkan Allah S.W.T memberi ingatan yang ertinya, “Maka beri peringatanlah dengan al-Quran orang yang takut dengan ancaman Ku.” (Surah Al-Qaf, ayat 45)

3. Berlebihan mencintai dunia dan melupakan akhirat

Segala keinginannya tertumpu untuk urusan dunia semata-mata. Segala sesuatu ditimbang dari segi keperluan dunia. Cinta, benci dan hubungan sesama manusia hanya untuk urusan dunia sahaja. Penghujungnya jadilah dia seorang yang dengki, ego dan individulistik, bakhil serta tamak terhadap dunia.

4. Kurang mengagungkan Allah
Sehingga hilang rasa cemburu dalam hati, kekuatan iman menjadi lemah, tidak marah ketika larangan Allah diperlekehkan orang lain, tidak mengamal yang makruf serta tidak peduli terhadap segala kemaksiatan dan dosa.

Usai membaca artikel ini, ana berfikir kembali..apakah selama ini benar nilai yang ana letak dalam setiap tindak tanduk yang ana lakukan. istighfar kepada-Nya saat menyedari bahawa tidak semua perkara yang ana lakukan selari dengan syariat-Nya. mungkin itu penyebabnya kepada keresahan ini. Ya Muqallibal Qulub,Thabit Qulubana 'ala Diinik Wa taa'atik...
Ya Allah, hatiku ini kotor dengan debu noda dan dosa, aku memohon dengan rahmat-Mu, sucikanlah hatiku...astaghfirullahal'aziimm..wallahu'alam...

21 April 2010

::PSIS DiHaTi::

Salam ukhuwwah dan salam kasih sayang...Salam seladang kerinduan buat teman-teman, dan adik-adik tersayang. Saat ini, ana teramat rindu, rindu pada hari-hari yang lalu. terimbau segala kenangan saat pertama kali bermulanya latihan professional
Hari pertama melangkah kaki ke bumi Politeknik Sultan Idris Shah, bercampur berbagai rasa. takut, cemas, teruja, dan macam-macam lagi. ada terfikir, mampukah ana menjalankan internship dengan baik disini. seminggu pertama yang sunyi kerana belum ada pelajar. menghabiskan masa melawat kawasan dan mengemas bilik. merancang program dan aktiviti yang boleh dijalankan. masih tidak nampak view yang luas kerana belum berjumpa dengan 'target person'.
Alhamdulillah, peluang yang diberikan untuk bersama pegawai Psikologi mengendalikan slot untuk minggu suai kenal merapatkan ana dengan adik-adik PRS. mereka adalah ahli-ahli kelab dibawah Unit Psikologi dan Kerjaya. jadi, inilah insan-insan yang akan membantu ana dalam menjalankan kerja-kerja latihan professional disini.
Program pertama mendapat sambutan yang baik daripada pelajar-pelajar. Minggu Eksplorasi
Mengenali Personaliti Diri. Habis 5 meter kain rentang dalam masa 2 hari sahaja. hingga sampai hari akhir program, kain tue dah berserabut dan tak dapat nak baca lagi.Teruja betul adik2 meluahkan rasa. Pengarah PSIS pun turut menandatangani mission 2010.
Minggu-minggu yang berlalu dilalui dengan aktiviti dan sesi kaunseling yang perlu dilaksanakan.Seronok bersama adik-adik PRS membantu dan kadang-kadang memantau program yang mereka jalankan. sudahlah nama remaja, pasti ada kurang dan lebihnya, Alhamdulillah, adik-adik ini terbuka menerima pendapat dan pandangan dari kami yang tak la banyak sangat pengalaman.
Suasana dalam Bilik kaunseling tidak pernah sunyi. ada saja pelajar yang datang walaupun hanya untuk 5minit. kadang-kadang bilik itu dijadikan tempat study dan juga tempat perbincangan tentang pelajaran. di akhir minggu lalu, hati dipaut rasa sayu bila melihat mereka tidak lagi study dibilik kaunseling, masing-masing belajar di kafe. bila ditanya kenapa, jawabnya..kami tiada lagi disana...oh tidak! adik-adik DTK,DKE,DIP,DSK,SKA dan lain-lain lagi, akak mendoakan kalian terus bersungguh-sungguh dalam pelajaran. akak terkesan dengan kesungguhan korang dalam pelajaran. 'Keep it on'...
Jika hendak disenaraikan Program-program yang telah dijalankan di PSIS, tidak cukup ruangan ini rasanya. jadi biarlah kenangan itu terus terpahat, bersemadi di sudut paling istimewa dalam hati ini. Disini ana belajar tentang kehidupan, mengambil pengajaran daripada perkongsian masalah orang lain. betapa ana melihat adik-adik seawal usia belasan tahun bisa mendapat pengalaman hidup yang sukar yang tidak pernah ana bayangkan. Alllahuakbar!sesungguhnya kalian KUAT, dengan itu ujian itu layak buat kalian.
Disini juga ana belajar erti kehendak dan keperluan. betapa bila keperluan terpaksa dilupakan, apatah lagi dengan kehendak. kerana hidup tidak selamanya indah, tak selancar dan semudah mencatat perancangan di atas helaian kertas.
Disini ana belajar untuk menerima tanpa syarat, kerana kita tidak akan hanya menerima atau memberi apa yang kita suka sahaja. kerana keunikan yang ada pada setiap insan itu membuatkan kita perlu menghormati setiap individu sebagai makhluk paling istimewa.
Disini ana diberi peluang untuk mengetahu ilmu-ilmu baru. ilmu berkaitan kejuruteraan, komputer, kesetiausahaan, pelancongan, masak-memasak, housekeeping, dan macam-macam lagi yang selama ini pada pandangan ana semua itu adalah perkara biasa. namun, melihat kepada kesungguhan setiap pelajar menguasai bidang masing ana makin mengkagumi kuasa-Nya dalam meletakkan manusia pada tempat yang layak bagi mereka. Ana berkesempatan merasa makan dihotel dengan dilayan oleh pelajar-pelajar, terasa amat praktikal dan sangat bagus pelajaran sebegitu. dengan kos yang kecil, setiap pelajar boleh diberi peluang untuk belajar adab dan etika yang betul ketika makan.
Tidak mampu rasanya mencatat semua kenangan dan pengalaman disini, apa pun layanan, penghormatan yang diberikan cukup membuatkan ana terharu dan rasa beruntung kerana bisa mencipta kenangan itu disini.
Kemuncak kepada berakhirnya perjalanan ana dan Fara dibumi PSIS ini adalah perjalanan ke Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah, Kulim yang ana kira cukup meninggalkan kesan dihati. Dalam kegembiraan meraikan adik-adik, slot spontan yang dicipta oleh Pegawai psikologi mengundang airmata yang berpanjangan. Luahan rasa setiap tubuh yang bersama ana dari mula menjejakkan kaki ke Bumi PSIS dan ada juga yang baru kenal semasa ke Kulim begitu meruntun hati. Betapa ana amat menyayangi mereka tidak dapat dizahirkan hanya dengan kata-kata. keakraban yang dibina buat ana lupa diri seketika, hinggalah persoalan itu menyapa telinga dan ana berfikir semula. Astaghfirullah...jazakallah atas soalan itu, biar apa sahaja tanggapan mereka, ana tahu ana yang bersalah...
Ana fikirkan episod penuh drama itu hanya berakhir di Kulim. namun, perancangan adik-adik ana ini terlalu panjang. tidak berakhir dengan mudah. setibanya di bumi PSIS, sekali lagi airmata ana tumpah dengan kasih sayang yang ditunjukkan oleh mereka. jika malam sebelumnya, kasih sayang dieksperasikan dengan kata-kata, namun kali ini kasih sayang ditunjukkan dengan barangan kenangan. adik-adik, apa juga yang kalian berikan, murah atau mahal bukan persoalan, kesudian kalian mengorbankan masa, wang dan airmata cukup menyentuh hati ini untuk menyayangi kalian kembali tanpa syarat.
Hari terakhir di bumi PSIS ana dan fara tinggalkan mereka dengan aktiviti terakhir. ingatkan acara untuk kami sudah selesai, tapi tidak pada adik-adik 'sporting' ini. ada sahaja buah tangan yang nak diberikan kepada kami. Sangat berbesar hati dengan sambutan kalian. Hanya Allah yang layak membalas dengan sebaik-baik balasan.
Bumi PSIS terlalu banyak meninggalkan kenangan yang ana kira susah untuk ana perolehi dimana-mana. Dedikasi Khas untuk Pegawai Psikologi, En. Mohd Khir Bin Salimin, Terima kasih atas segalanya, tunjuk ajar yang tak pernah jemu, kerjasama yang superb, teguran yang membina, dan paling penting terima kasih atas persahabatan ini. Moga terus diberikan kekuatan untuk bersama pelajar sementara mendapat Pembantu.
Adik-adik di PSIS, ruang dan peluang yang ada, manfaatkan dengan sebaiknya kerana kalian aset negara paling berharga, harta ayah ibu yang tidak ternilai. Tidak semua individu bertuah seperti kalian. jadikan kelemahan dan kekurangan sebagai satu batu loncatan untuk lebih cemerlang. Hidup ini terlalu singkat untuk membenci, terlalu pendek untuk bermain-main, dan terlalu banyak urusan yang perlu diselesaikan dalam usia sedikit ini. Gunakan kekuatan akal dan fizikal untuk menjadi yang terbaik antara yang terbaik. kamu semua selalu di dalam doa akak..


Akak sayang korang semua...Best Of Care..

16 April 2010

::BeBaSKaN PeMiKiRaN...MeLaYaNG::

Salam ukhuwwah dan salam kasih sayang. Salam petang Jumaat buat teman-teman tersayang. mengisi ruang masa yang ada untuk menulis sesuatu. Menulis untuk meringankan beban yang menyesak didada, bersarang di kepala...
kenapa akhir-akhir ini terlalu mudah hati ini tersentuh. jujurnya, ana tak suka perasaan ini. memang tak suka! kenapa? ianya menjejaskan 'mood' ana dan mengundang sakit kepala. pada mulanya, ana fikirkan kesakitan yang berulang akibat migrain, namun bila semua cara telah dicuba untuk menghilangkan migrain, kepala masih diserang rasa sakit. dengan simptom-simpton lain yang ana cuba perhalusi, dan akhirnya..ana akui..ana sedang dalam keadaan tertekan...stress!!!
hari ini, hari terakhir untuk ana menamatkan latihan profesional. perasaan saat ini...kosong. kosong sekosongnya. bukan gembira..tiada berduka..apa yang tinggal hanya fikiran yang berselirat..berserabut!
minggu terakhir nie makin ramai la pulak student yang datang. sakit kepala punya pasal membuatkan ana terpaksa 'take five' kerana ana hilang fokus. tak tau nak buat refleksi kat bahagian mana cerita klien ana itu. nasib baik klien ana ok. ya Allah..memang kesian sangat dengan klien yang terpaksa ulang cerita dan bersabar dengan masa yang agak lama ana ambik untuk simpulkan semuanya...
hari nie...ana dan ahli-ahli kelab pembimbing rakan sebaya akan bertolak ke Politeknik Kulim. walaupun dah masuk negeri kampung halaman, namun jarak perjalanan yang masih jauh menyebabkan ana tak dapat mengambil kesempatan untuk pulang. Report yang masih banyak perlu disiapkan walaupun tempoh latihan profesional telah tamat. berkemungkinan minggu hadapan, ana masih perlu untuk datang semula ke politeknik untuk mendapatkan pengesahan latihan. ana hanya mampu berdoa moga segalanya akan berjalan dengan baik.
untuk hari ini, untuk esok..dan untuk hari seterusnya..ana ingin bebaskan pemikiran...ingin terbang jauh tinggi di awan...melayang...ana ingin berhenti berfikir sejenak. biar masa menentukan segalanya...astaghfirullah...insyaAllah.
Salam Mesra..

13 April 2010

::..MeRuNTuN HaTi..::


Hanya keinsafan mampu sekat zina, kes buang bayi

Dangkal ilmu, iman tipis punca keruntuhan moral, akhlak masyarakat GEJALA membuang bayi begitu menjadi-jadi sejak kebelakangan ini. Tanpa naluri kemanusiaan, bayi yang dilahirkan itu dibunuh dengan kejam semata-mata bagi menutup dosa ibu dan pasangan ibu bayi berkenaan. Bayi tidak berdosa itu menjadi mangsa. Hak mereka untuk hidup di dunia dihakis manusia tidak berperi kemanusiaan itu. Mungkin di dunia ini mereka boleh terlepas daripada hukuman kerana pihak berkuasa tidak dapat mengesan orang yang membunuh bayi ini namun sudah pasti di akhirat kelak Allah akan membalas perbuatan mereka dengan azab seksaan. Di akhirat nanti kita sudah pasti tidak akan terlepas daripada hukuman Allah.

Di sana, tiada peguam yang akan mampu membela orang yang melakukan kesalahan di sisi Allah. Perbicaraan di padang mahsyar begitu adil. Setiap amalan walau sebesar zarah akan dibalas sewajarnya.
Gejala membunuh bayi begitu berleluasa kerana masyarakat sudah tidak lagi memandang aspek akhlak dan moral sebagai suatu yang begitu perlu dipertahankan. Sudah tidak ada lagi perasaan malu berdua-duaan ataupun melakukan perkara sumbang di kalangan masyarakat. Sudah sering kita lihat muda-mudi terkinja-kinja dalam parti dan disko tanpa segan silu, meminum arak dan berpelukan sudah menjadi kebiasaan di sesetengah tempat.

Malah, cubaan untuk mengawal moral sebegini sering ditentang kononnya melangkaui hak asasi manusia. Penggubalan undang-undang berkaitan kawalan moral tidak dapat dilakukan, malah undang-undang sedia ada berkaitan dengan moral juga hendak dihapuskan.
Persoalan mengenai sama ada ada undang-undang boleh mencampuri hal ehwal moral dicetuskan semula beberapa badan bukan kerajaan (NGO). Badan itu melihat undang-undang semata-mata dari lensa Barat dan tidak diadunkan dengan budaya masyarakat tempatan yang disulami dengan jahitan agama. Mereka menolak penggunaan undang-undang dalam menjaga moral individu. Mereka mengatakan undang-undang tidak boleh mengawal salah laku moral. Jika seseorang itu berdosa, hanya Tuhan yang layak menghukum mereka. Namun, apabila gejala membuang bayi berlaku, tidak pula kedengaran usaha bagi mengetatkan undang-undang moral.

Sebenarnya budi pekerti dan moral yang mulia adalah satu-satunya asas paling kuat untuk melahirkan masyarakat yang ikhlas dan amanah. Orang yang tidak bermoral akan mudah terjerumus di dalam aktiviti jenayah. Undang-undang sebenarnya bersandarkan kepada moral dan moral bertunjangkan kepada agama.
Walaupun satu daripada Rukun Negara adalah Kesopanan dan Kesusilaan, permasalahan moral ini sering diketepikan. Memang benar Rukun Negara tidak mempunyai kekuatan undang-undang untuk dilaksanakan, namun apa gunanya berikrar atas nama Rukun Negara sekiranya ia tidak mahu dipatuhi.
Sepatutnya dalam membuat sesuatu keputusan, kita merujuk kembali kepada Islam sebagai agama negara. Seperti diriwayatkan ketika ditanya kepada Saidatina Aishah: “Apakah akhlak Rasulullah” maka Aishah menjawab: “Akhlak Rasulullah ialah al-Quran.” Oleh itu, apabila al-Quran melarang orang Islam meminum arak, apakah salah kerajaan membuat perundangan bagi mengharamkan orang Islam minum arak? Apabila al-Quran melarang berzina, apakah silap kerajaan membuat perundangan mengharamkan perzinaan dan pelacuran?

Rasulullah pernah bersabda bermaksud: “Sesungguhnya Rasulullah SAW itu diutus untuk menyempurnakan akhlak yang terpuji.” Pada masa sekarang, kita tidak dapat lari dari mengkodifikasikan ajaran Islam kerana masyarakat Islam itu sendiri begitu asing dari Islam.
Kalau dulu apabila ayat al-Quran mengenai pengharaman arak diturunkan maka sahabat berduyun-duyun membuang arak tanpa mempersoalkannya. Tetapi sekarang selepas 1,400 tahun berlalu, penghayatan terhadap al-Quran amat rendah. Oleh itu hukuman berbentuk keduniaan ini perlu bagi berperanan sebagai penghalang kepada budaya meminum arak ini.

Akhlak manusia tidak akan terdidik tanpa panduan undang-undang. Pada masa ini, dengan perundangan yang adapun akhlak masyarakat amat menyedihkan. Apa akan jadi jika semua perundangan itu dihapuskan. Maka wujud lakonan dalam perundangan ini. Secara hipotetikal, apabila undang-undang dihapuskan, apa akan jadi jika dua orang melakukan perbuatan tidak sopan di depan kita atau keluarga kita. Biarkan saja kerana ia hak asasi mereka? Biarkan remaja kita menonton aksi tidak bermoral itu? Apa yang hendak kita lakukan? Bagaimana pula dengan hak asasi kita yang berasa jijik melihat perbuatan seperti itu?
Tidak dinafikan pendidikan adalah elemen penting mengawal moral. Tetapi pendidikan saja tidak mencukupi kerana ia bertindak sebagai ‘amar maaruf’, manakala hukuman dalam bentuk perundangan bertindak sebagai ‘nahi mungkar’.

Kedua-dua kaedah ini sebenarnya tidak boleh dipisahkan antara satu sama lain apatah lagi dalam keadaan negara mengambil Islam di dalam ruang yang begitu terhad dan berpilih saja. Amar makruf dan nahi mungkar sebenarnya saling melengkapi antara satu sama lain.
Dalam Islam, penguatkuasaan agama terletak dalam wilayah al hisbah. Mereka mempunyai hak dan tanggungjawab tersendiri. Jika kita meneliti kaedah hukum syarak, tidak timbul andaian suatu hari nanti mungkin ada undang-undang Islam yang membenarkan pegawai penguat kuasa masuk ke rumah dan periksa sama ada seseorang itu solat lima kali sehari atau tidak? Andaian ini adalah melampau dan meleset serta tidak diasaskan kepada kaedah fekah dan syariah Islam sebenar kerana Khalifah Umar yang terkenal garang pun pernah ditegur kerana mengintip rakyatnya melakukan kesalahan.
Selagi seseorang itu beragama Islam maka ia berada dalam suatu sistem yang lengkap. Islam tidak sekadar rutin ritual harian, tetapi suatu cara hidup yang merangkumi semua aspek kehidupan termasuk kawalan moral ataupun akhlak Islamiah.

Berbalik kepada gejala pembuangan bayi ini, sudah pasti jawapan bagi menangani gejala ini ialah berbalik kepada al-Quran dan al-Sunnah dengan memakai undang-undang yang digariskan Islam. Menjauhi zina adalah kewajipan setiap umat Islam. Memastikan zina tidak berlaku pula tanggungjawab masyarakat.
Orang yang melakukan zina adalah orang yang dangkal ilmunya. Keimanannya tipis. Zina akan membawa kepada pelbagai masalah sosial di kalangan masyarakat serta memusnahkan susun atur sosiobudaya masyarakat. Apatah lagi masyarakat Timur yang dibina atas dasar keimanan dan ketakwaan. Undang-undang tanpa kesedaran juga mungkin tidak dapat membendung perzinaan. Anda bertindak bijak dengan menjauhi zina!

oleh:Zainul Rijal Abu Bakar-Penulis adalah Presiden Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia

08 April 2010

iNGiN MeNuLiS...TaPi...

Salam ukhuwwah dan salam kasih sayang. seinfiniti kesyukuran dipanjatkan atas nikmat Allah yang sangat banyak tak terhitung, luas tak terjangkau. kesempatan masa yang sedikit menjadikan ana makin rindu untuk menulis. menulis tentang manusia, menulis tentang alam, menulis tentang rasa...
Menjadi tabiat manusia, melakukan perubahan ketara apabila keadaan memaksa. Minggu ini ana menjadi terlebih cakna dengan isu. mengapa 'terlebih'..? kerana sebelum ini ana hanya mengambil tahu soal isu semasa secara biasa-biasa sahaja. Tapi seminggu nie, seboleh mungkin ana akan 'search' dari permulaan isu hingga ke rentetannya. nak-nak pulak, sekarang makin banyak isu yang timbul. bermula dari isu politik hinggalah urusan kemanusiaan. belum reda soal penzaliman terhadap bayi-bayi yang tidak berdosa, sekali lagi dalam tempoh yang tidak terlalu jauh, kita dikejutkan dengan gempa bumi. Allahuakbar! Bumi sendiri sudah tidak mahu melihat kerosakan manusia...
meneruskan pembacaan buat ana tanpa sedar menggeleng tersedu...terlalu bimbang dan takut. dalam masa yang sama kasihan dengan mereka yang menjadi mangsa. kadangkala terfikir juga yang ana dan orang-orang yang ana sayang juga akan menjadi mangsa keadaan jika tiada persediaan dari sudut mental fizikal dan yang paling penting akidah yang utuh dengan redha dari-Nya. moga-moga kita semua diselamatkan dari ftnah di dunia ini. kerana bila sekali sudah terjatuh, agak payah untuk bangkit dan berjalan kembali. jika mampu berdiri dengan cepat dengan sekalipun pastinya pergerakan telah terbatas dengan kelemahan yang ada.
sejak akhir-akhir ini, emosi amat mudah tersentuh juga terganggu. entah kenapa, mungkin fasa baru kehidupan yang akan bermula membuatkan ana terlalu banyak berfikir dan berfikir...
dan mungkin juga persekitaran yang pelbagai mencorak pemikiran yang pelbagai yang kadangkala lebih menjurus kepada pemikiran yang negatif.
cukuplah sampai disini, ana terlalu ingin menulis..namun buat masa ini ana tidak pasti bagaimana nak menzahirkan apa yang hendak dikongsi memandangkan ketidakseimbangan emosi. maaf jika kepeningan membaca posting ana...
mungkin minggu depan keadaan akan lebih baik hendaknya. insyaAllah..

02 April 2010

..:SaBaR KeaJaiBaN MuKMiN:..

“Apakah aku seorang yang penyabar pada masa-masa yang lalu dan apakah aku mampu bersabar lagi pada masa-masa akan datang?”
Kemungkinan itu monolog hati kecil kita setelah kelihatan amat ‘lelah’ dan ‘semput’ menghadapi ujian getir dan bebanan hidup yang bertali arus memukul dan menghentam bahtera kehidupan kita.
Akan tetapi, atas kesedaran yang tinggi bahawa dunia sememangnya mutlak diciptakan Allah sebagai Negara ujian dan dugaan, maka mahu atau tidak kita mestilah memilih untuk terus bersabar, berlatih bersabar atau memaksa diri untuk bersabar dalam menanggung segala ujian, dugaan dan keperitan hidup itu kerana di sana tiada jalan lain untuk kita meraih keampunan, kejayaan , kemuliaan dan syurga dari Allah SWT.
Itulah persiapan awal yang paling tidak, mampu dan Berjaya dicapai, direalisasi dan dilestarikan dalam diri kita bagi mendepani rintangan hari-hari mendatang.
Kemampuan melestarikan kesabaran saat dirundung musibah adalah petanda kebenaran dan keampuhan iman di dalam diri mukmin.
Sabda Nabi Sallallahu’alaihiwasallam: “Ajaib sekali urusan(kehidupan) seorang mukmin. Semua urusan(perkara) dalam hidupnya baik belaka. Keajaiban itu tiada kepada seseorang melainkan pada diri mukmin. Jika dia dilimpahi kegembiraan(nikmat), maka dia bersyukur, maka itu baik baginya dan jika dia dilanda kemudaratan dia bersabar, maka itu juga baik baginya.” (Riwayat Muslim)
Sifat sabar yang dijana dan dilatih berterusan, mudah-mudahan ia akan membenihkan pula sifat redha yang sangat tinggi kedudukannya disisi Allah.
Selain itu, menurut sebahagian para ulama, kemuncak sifat sabar itu adalah sifat redha kepada Allah. Bermakna, lagi tinggi kesabaran seseorang itu, maka lagi lebat dan subur jugalah sifat redhanya.
Andai sabar itu milik golongan Abrar(para solihin), maka redha pula milik golongan muqarrabin(muttaqin).
Sabda Nabi Muhammad Sallallahu’alaihiwasallam: “Sesungguhnya besar ganjaran (pahala itu) beserta besarnya ujian (yang menimpa). Sesungguhnya apabila Allah mengasihi sesuatu kaum, (nescaya) Dia akan menguji mereka, maka sesiapa yang redha (dengan ujian tersebut) maka baginya (ganjaran) keredhaan dan sesiapa yang membencinya, maka baginya(balasan) kebencian.” (Hadis Hasan Riwayat at-Tirmizi)
Apakah pengajaran utama yang terdapat di dalam hadis di atas?
Dalam hadis ini terdapat anjuran dan galakan yang sangat penting dalam kehidupan beragama iaitu supaya kita dapat redha dengan ketentuan Tuhan ketika menghadapi segala dugaan hidup.
Nabi Sallallahu’alaihiwasallam pernah berdoa: “Aku memohon pada-Mu agar dikurniakan keredhaan selepas datangnya qadha (ketentuan-Mu).” (Hadis Sahih riwayat Imam Ahmad)
Sekalipun sifat redha itu sangat tinggi makamnya disisi Allah seakan sukar dicapai, namun Nabi tetap mengajarkan kita supaya sentiasa memohon kepada Allah agar dikurniakan sifat redha. Ya, paling tidak sebelum kita berangkat kea lam baqa.
“Sesungguhnya Allah itu, apabila Dia menentukan sesuatu qadha(ketetapan), Dia suka andai qadha itu diredhai oleh hamba-hamba-Nya.”
“Redha adalah pintu Allah Al-‘A’zham, syurga dunia(AlJannatul ‘A-jilah) dan pusat kerehatan sekalian ahlul ibadah.”
Demikian ungkap As Abdul Wahid ibn Zaid Rahimahullah.Bagi yang tidak sabar dan tidak redha, musibah yang melanda telah dirasakan sangat menekan jiwa dan menyesakkan dada seakan hunjaman awalan seksa sebelum seksa sebenar di akhirat. Allahul Musta’an.
NOTA buat da'ei. Apabila kita sendiri diuji dengan apa yang sering kita dakwahkan, itu petanda Allah sedang mendidik kita agar melaksanakan apa yang kita perkatakan. Bersyukurlah kerana Allah masih sudi mengingati kita dalam usaha kita mengingatkan manusia. -khas buat diri yang faqir ini-