Hari pertama melangkah kaki ke bumi Politeknik Sultan Idris Shah, bercampur berbagai rasa. takut, cemas, teruja, dan macam-macam lagi. ada terfikir, mampukah ana menjalankan internship dengan baik disini. seminggu pertama yang sunyi kerana belum ada pelajar. menghabiskan masa melawat kawasan dan mengemas bilik. merancang program dan aktiviti yang boleh dijalankan. masih tidak nampak view yang luas kerana belum berjumpa dengan 'target person'.
Alhamdulillah, peluang yang diberikan untuk bersama pegawai Psikologi mengendalikan slot untuk minggu suai kenal merapatkan ana dengan adik-adik PRS. mereka adalah ahli-ahli kelab dibawah Unit Psikologi dan Kerjaya. jadi, inilah insan-insan yang akan membantu ana dalam menjalankan kerja-kerja latihan professional disini.
Program pertama mendapat sambutan yang baik daripada pelajar-pelajar. Minggu Eksplorasi
Mengenali Personaliti Diri. Habis 5 meter kain rentang dalam masa 2 hari sahaja. hingga sampai hari akhir program, kain tue dah berserabut dan tak dapat nak baca lagi.Teruja betul adik2 meluahkan rasa. Pengarah PSIS pun turut menandatangani mission 2010.
Minggu-minggu yang berlalu dilalui dengan aktiviti dan sesi kaunseling yang perlu dilaksanakan.Seronok bersama adik-adik PRS membantu dan kadang-kadang memantau program yang mereka jalankan. sudahlah nama remaja, pasti ada kurang dan lebihnya, Alhamdulillah, adik-adik ini terbuka menerima pendapat dan pandangan dari kami yang tak la banyak sangat pengalaman.
Suasana dalam Bilik kaunseling tidak pernah sunyi. ada saja pelajar yang datang walaupun hanya untuk 5minit. kadang-kadang bilik itu dijadikan tempat study dan juga tempat perbincangan tentang pelajaran. di akhir minggu lalu, hati dipaut rasa sayu bila melihat mereka tidak lagi study dibilik kaunseling, masing-masing belajar di kafe. bila ditanya kenapa, jawabnya..kami tiada lagi disana...oh tidak! adik-adik DTK,DKE,DIP,DSK,SKA dan lain-lain lagi, akak mendoakan kalian terus bersungguh-sungguh dalam pelajaran. akak terkesan dengan kesungguhan korang dalam pelajaran. 'Keep it on'...
Jika hendak disenaraikan Program-program yang telah dijalankan di PSIS, tidak cukup ruangan ini rasanya. jadi biarlah kenangan itu terus terpahat, bersemadi di sudut paling istimewa dalam hati ini. Disini ana belajar tentang kehidupan, mengambil pengajaran daripada perkongsian masalah orang lain. betapa ana melihat adik-adik seawal usia belasan tahun bisa mendapat pengalaman hidup yang sukar yang tidak pernah ana bayangkan. Alllahuakbar!sesungguhnya kalian KUAT, dengan itu ujian itu layak buat kalian.
Disini juga ana belajar erti kehendak dan keperluan. betapa bila keperluan terpaksa dilupakan, apatah lagi dengan kehendak. kerana hidup tidak selamanya indah, tak selancar dan semudah mencatat perancangan di atas helaian kertas.
Disini ana belajar untuk menerima tanpa syarat, kerana kita tidak akan hanya menerima atau memberi apa yang kita suka sahaja. kerana keunikan yang ada pada setiap insan itu membuatkan kita perlu menghormati setiap individu sebagai makhluk paling istimewa.
Disini ana diberi peluang untuk mengetahu ilmu-ilmu baru. ilmu berkaitan kejuruteraan, komputer, kesetiausahaan, pelancongan, masak-memasak, housekeeping, dan macam-macam lagi yang selama ini pada pandangan ana semua itu adalah perkara biasa. namun, melihat kepada kesungguhan setiap pelajar menguasai bidang masing ana makin mengkagumi kuasa-Nya dalam meletakkan manusia pada tempat yang layak bagi mereka. Ana berkesempatan merasa makan dihotel dengan dilayan oleh pelajar-pelajar, terasa amat praktikal dan sangat bagus pelajaran sebegitu. dengan kos yang kecil, setiap pelajar boleh diberi peluang untuk belajar adab dan etika yang betul ketika makan.
Tidak mampu rasanya mencatat semua kenangan dan pengalaman disini, apa pun layanan, penghormatan yang diberikan cukup membuatkan ana terharu dan rasa beruntung kerana bisa mencipta kenangan itu disini.
Kemuncak kepada berakhirnya perjalanan ana dan Fara dibumi PSIS ini adalah perjalanan ke Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah, Kulim yang ana kira cukup meninggalkan kesan dihati. Dalam kegembiraan meraikan adik-adik, slot spontan yang dicipta oleh Pegawai psikologi mengundang airmata yang berpanjangan. Luahan rasa setiap tubuh yang bersama ana dari mula menjejakkan kaki ke Bumi PSIS dan ada juga yang baru kenal semasa ke Kulim begitu meruntun hati. Betapa ana amat menyayangi mereka tidak dapat dizahirkan hanya dengan kata-kata. keakraban yang dibina buat ana lupa diri seketika, hinggalah persoalan itu menyapa telinga dan ana berfikir semula. Astaghfirullah...jazakallah atas soalan itu, biar apa sahaja tanggapan mereka, ana tahu ana yang bersalah...
Ana fikirkan episod penuh drama itu hanya berakhir di Kulim. namun, perancangan adik-adik ana ini terlalu panjang. tidak berakhir dengan mudah. setibanya di bumi PSIS, sekali lagi airmata ana tumpah dengan kasih sayang yang ditunjukkan oleh mereka. jika malam sebelumnya, kasih sayang dieksperasikan dengan kata-kata, namun kali ini kasih sayang ditunjukkan dengan barangan kenangan. adik-adik, apa juga yang kalian berikan, murah atau mahal bukan persoalan, kesudian kalian mengorbankan masa, wang dan airmata cukup menyentuh hati ini untuk menyayangi kalian kembali tanpa syarat.
Hari terakhir di bumi PSIS ana dan fara tinggalkan mereka dengan aktiviti terakhir. ingatkan acara untuk kami sudah selesai, tapi tidak pada adik-adik 'sporting' ini. ada sahaja buah tangan yang nak diberikan kepada kami. Sangat berbesar hati dengan sambutan kalian. Hanya Allah yang layak membalas dengan sebaik-baik balasan.
Bumi PSIS terlalu banyak meninggalkan kenangan yang ana kira susah untuk ana perolehi dimana-mana. Dedikasi Khas untuk Pegawai Psikologi, En. Mohd Khir Bin Salimin, Terima kasih atas segalanya, tunjuk ajar yang tak pernah jemu, kerjasama yang superb, teguran yang membina, dan paling penting terima kasih atas persahabatan ini. Moga terus diberikan kekuatan untuk bersama pelajar sementara mendapat Pembantu.
Adik-adik di PSIS, ruang dan peluang yang ada, manfaatkan dengan sebaiknya kerana kalian aset negara paling berharga, harta ayah ibu yang tidak ternilai. Tidak semua individu bertuah seperti kalian. jadikan kelemahan dan kekurangan sebagai satu batu loncatan untuk lebih cemerlang. Hidup ini terlalu singkat untuk membenci, terlalu pendek untuk bermain-main, dan terlalu banyak urusan yang perlu diselesaikan dalam usia sedikit ini. Gunakan kekuatan akal dan fizikal untuk menjadi yang terbaik antara yang terbaik. kamu semua selalu di dalam doa akak..
Akak sayang korang semua...Best Of Care..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan