07 Mei 2012

~Mari Menghargai Hidup dan Kehidupan~

            Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.Salam Ukhuwwah..salam kasih sayang..salam kesejahteraan..salam-salam positif untuk kita individu hebat hari ke hari! insyaAllah.Alhamdulillah, seinfiti kesyukuran buat Maha Pencipta,yang sentiasa dekat dengan kita, memberi tanpa syarat.Selawat dan salam atas junjungan mulia, Sayyidul Mursaliin Muhammad Sallahu'alaihi wasallam, ahli keluarga, sahabat-sahabat Baginda seluruhnya.Memulakan kehidupan dengan Syukur dan Senyum, petua paling mudah meraih bahagia. Mengapa di sana sini orang sibuk berbicara soal bahagia. soalnya, bahagia kian jauh dari kehidupan manusia hari ini.Bahagia jauh kerana ia dicari..dimana mahu dicari bahagia sedangkan tiada alamat untuk pergi kepada bahagia.hakikatnya,bahagia itu ada dalam diri, cukup sekadar TAHU bagaimana mahu keluarkannya, serlahkannya dan nikmatinya.Namun, berapa ramai yang sesat dalam mencari bahagia kerana perjalanan yang mungkin terlalu panjang atau jalan bahagia itu tiada titik nokhtahnya.Allah...betapa banyak masa terbuang sepanjang pencarian itu walhal apa yang dicari sudah sedia ada, tetapi disorok kerana kita tidak kenal diri.
           Sahabatku sayang, aku menulis bukan untuk kalian tapi untuk diriku juga.terkadang sebagai manusia kita lupa bahawa kita boleh berbahagia dengan apa sahaja. Namun kita masih mencari bahagia dari kaca mata biasan kehidupan orang lain yang kadang-kadang langsung tidak cocok dengan kita. "Bila aku ada rumah besar macam tue mesti aku bahagia". "Kalau aku ada kereta besar gitu, mesti aku bahagia". "Andai aku dapat suami kaya, mesti aku bahagia". itu ini begitu dan begini, yang terlalu jauh nak dicapai..soalnya bila?bila nak dapat semua itu teman, selagi tidak dapat bagaimana agaknya hidup kita? Hidup hanya sekadar hidup?sedangkan hidup kita terlalu singkat disini.Bukanlah salah mengimpikan itu ini,dunia ada bahagiannya yang harus dimiliki,menipu sangat kalau kita cakap tak perlukan kesenangan dan kekayaan di dunia ini.Drama sangat!Boleh mencari, namun soalannya, dalam pencaraian itu, bagaimana kita?andai tidak dapat apa yang dihajati, apa akan jadi pada kita?fikir-fikirkan...
          "Mudahkan, jangan susahkan". hidup ini mudah jadi mengapa sulitkan?bahagia dengan apa yang kita ada, dalam masa sama cuba pertingkatkan potensi diri.andai benar kita mukmin yang baik, kita tidak akan selamanya di takuk yang sama, kerana mukmin itu punya wawasan.InsyaAllah, niat baik Allah akan permudahkan untuk kita mencapainya.Yakin dan Pasti pada-Nya. Jadi, mari sahabat..kita kenal pasti, gilap potensi diri. lakarkan kehidupan kita 5 hingga 10 tahuh akan datang.perancangan yang baik akan melahirkan perlaksanaan yang teratur.Jika kita layak untuk mendapatkan apa yang kita impikan, Allah akan Beri bila masanya sampai. YAKIN! tetapi harus punya perancangan, dalam waktu sama nikmati, syukuri hidup kini dengan menghargainya. jika kita merasakan kita amat malang, keluarlah dari zon anda, pasti anda akan melihat 1001 nasib malang orang lain yang lebih teruk. jika kita tinggal di rumah teres, jangan dibandingkan dengan mereka yang tinggal di Kondominium, tapi lihatlah di kaki lima jalan, betapa ramai yang tidak berumah. Jika kita merungut membebel punya suami yang tidak kena itu dan ini, lihat mereka yang tak punya suami. Ibu tunggal yang tiada tempat bergantung. Jangan dibandingkan dengan suami orang itu, dan orang ini yang saban tahun hadiahkan itu ini. Jika kita tertekan dengan kerjaya kini, jangan dilihat mereka yang goyang kaki, warisi perniagaan keluarga, tapi lihatlah di luar sana, berapa ramai yang masih teremenung memikirkan kerja apa yang boleh dibuat. sekurangnya kita ada kerja. Fikir&Syukur. hidup kita bukan ada diri kita sahaja.
         Lihat..lihatlah kiri kanan, depan dan belakang kita, nescaya kita akan lebih bersyukur kerana kita akan dapat melihat kita masih bernasib baik berbanding yang lain. Cukup-cukuplah membanding-bandingkan. Nikmati hidup kita, teruskan MEMBERI, insyaAllah kita akan terus menerima. Jom Teman, kita hargai dan nikmati hidup yang singkat ini. mulakan dari hati yang bersih, jauhkan dendam, hasad dengki, iri hati juga segala macam penyakit hati yang entah apa-apa. kerana bahagia ada disitu, andai penuh dengan debu dan titik ketidakpuasan hati, dimana BAHAGIA mahu bertapak. sediakan ruang yang seluasnya untuk BAHAGIA, insyaAllah kita akan dapat lihat kehidupan yang lebih indah.InsyaAllah...
         Mulakan sekarang, kerana kita tidak pernah terlewat selagimana denyut nadi masih ada..Hargai diri, hargai insan lain, hargai hidup dan hargai kehidupan..bahagia akan datang dengan sendirinya.InsyaAllah.Selamat menikmati BAHAGIA sahabatku sayang ;-)

28 April 2012

~SuaRa HaTi~

               Assalamualaikum warahmatullah..Salam kasih sayang dan salam kebahagiaan. Alhamdulillah, Allah masih meminjamkan sedikit ruang untuk menambah amal kebaikan sebagai bekalan menuju alam baqa. Saat ini berapa ramai teman-teman yang hilang ibu ayah, hilang saudara mara, hilang teman tersayang, kehilangan insan disayangi, namun Allah izinkan kita untuk bersama di kalangan mereka yang kita sayangi.Alhamdulillah...Nikmat Iman dan Islam moga terus menjadi milik kita dalam perjalanan panjang yang kian tajan durinya, bersimpang siur lorongnya.Moga kita tetap di jalan kebenaran. ya Muqallibal Quluub, Thabbit quluubana 'alaa diinik wa bita'atik..
            Setelah sekian lama menghilangkan diri, ku kembali dengan harapan menjadi insan baru, insan yang lebih baik. doaku moga teman-teman juga menjadi insan yang lbih baik.ku menulis dengan airmata, bukan kerana pa yg kuinginkan tidak menjadi nyata, namun saat ku menyoroti seanjang perjalanan ini, terlihat betapa kerdil aku disisi-Nya.Dia tak pernah jauh, anmun ada saja alaswanku untuk tidak mahu dekat dengan-Nya.Walupun begitu tidak sekali Dia meninggalkan aku.Teman-temanku, ku pohon doa kalian, kerana aku merasakan betapa lemah aku untuk terus berdiri,walau hakikat-Nya Dia sentiasa disisi. Sungguh aku rindukan waktu dulu saat aku bisa berkongsi rasa dengan insan ku sayang.insan itu masih disisi, tapi kenapa kurasa dia makin jauh.
            Ya Allah, jangan dijarakkan hubungan kami, kerana aku menyayanginya kerana-Mu.namun andai ini ujian untukku, berikan aku kekuatan kerana aku sering lemah bila memikirkan dia jauh dariku. ku memasang azam membentuk diri untuk jadi yang terbaik, tapi usahaku tiada menampakkan kesungguhan untuk mencapai azam itu. Ya Qawwi, ku mohon sedikit kekuatan. Nikmat-Mu yang banyak ku syukuri, Dugaan-Mu ku cuba untuk redha semampuku, izinkanlah aku menjadi solehah ya Allah..teman-teman, doakan ku.Moga jalan solehah berjaya kita tempuh hingga layak kita bertemu wanita-wanita solehah yang dirindu, Ummahatul Mukiminin juga puteri2 Rasulullah serta pejuang-pejuang wanita yang belum pernah ketemu. Moga kita berjiran di Jannah. Biiznillah..wallahua'lam...

06 Januari 2012

::TaHuN BaRu..PeRaNGai LaMa::

Assalamualaikum warahmatullah..
Salam ukhuwwah dan salam kasih sayang.Salam semangat membara untuk semua teman-teman tersayang. mungkin sekarang semua masih sibuk menulis checklist apa yang ingin dicapai pada tahun ini. tahniah teman-teman! teruskan momentum itu hingga ke hujung, insyaAllah..Allah bersama dengan orang yang bersungguh dan berniat ke arah kebaikan. Alhamdulillah, permulaan tahun baru disibukkan dengan mempersiapkan diri berdepan denagn exam. kononnya me'nyilent' mood kan diri. Tapi terlakar juga status di FB.hehe..tapi sungguh, telefonku diam sudah beberapa hari. Alhamdulillah, semua berjalan dengan baik.
                 Alhamdulillah, dah lepas dua paper..ternyata walau di tahun baru, perangaiku yang comel itu tetap sama. bukan tak nak ubah, sudah ku cuba..tapi entahlah. saat orang lain sibuk mengulangkaji, ana sibuk memasak itu dan ini. cara mereleasekan diri sebenarnya. enjoy sangat bila masak dan tengok orang makan. memang tersangat relaks rasanya. macam-macam la yang keluar, kuih muih..ketupat palas belum raya dah jadi, kuetew goreng, nie baru je lepas masak laksa. kasihan kawan-kawanku, kena la makan sebab kalau ana masak bukan sedikit. pening kepala kak dayang, teman serumah ana. selamba katanya'gini rupanya orang stress exam yer'..hehehe...biasa la.. lagi satu time exam, ana masih tak dapat lari dari rasa mengantuk. tangan menulis, tapi bila tengok balik..ya Allah, apa,ku tulis nie...dah dicuba cubit tangan, ketuk kepala, tarik mata..macam2 la gaya, ngantok jugak.akhirnya, 1jam setengah sbelum abes, segarlah mata. apa lagi,dengan speed yang ditambah, tulisanku makin cantik.
              Alhamdulillah, Allah kurniakan ilham yang baik. habis masa, letak pen, baruku rasa sakit tangan. perut yang sakit pun ana tahan, tak nak buang masa lama-lama dalam tandas, sedangkan dah sejam tak buat apa2, tersengguk-sengguk ja.Allah..sabar je la..next week, more 3 papers...satu je doanya, moga dapat buat dengan baik dengan tidak mengantuk lagi. serasanya tidur dah cukup, tapi memang dari zaman degree ku alah dengan exam.30 minit atau 1 jam pertama ana akan mengantuk. exam SPA pun bley ngantuk, siap tidur kot.aduiii..sabar je la.macam mana la nak ubah perangai yang satu nie...tunggu next exam, camner keadaannya. ok la, maaf la..membebel pulak kat sini. secara psikologi bila kita tiba-tiba menjadi lain dari biasa, ada perkara cuba nak disembunyikan. tapi biarkanlah, kita punya untuk hilangkan rasa yang tak sepatutnya. biarkan aura positif sahaja yang bermukim di hati. Biarlah orang lain menyakitkan hati kita, jangan kita pula terus menyakitkan hati orang lain. nak tenang nie senang sangat, maafkan, lupakan..memang susah nak buat, tapi cuba dulu. insyaAllah, kita manusia paling gembira walau masalah menimpa.Allah ada, dan Dia Besar dari segala masalah atau apa sahaja yang kita rasa besar itu. Janjinya Pasti, yakini Dia..ketenangan insyaAllah milik kita..
            Jom terus Islah diri..fitrahnya kita baik dan mahukan kebaikan, so jangan lawan fitrah kita. InsyaAllah..sayang semua.Jaga diri, jaga Iman...

30 Disember 2011

::ia DaTaNG LaGi::

          Assalamualaikum. Salam ukhuwwah fillah dan salam kasih sayang.Moga meniti sisa-sisa tahun Masihi ini kita masih bersemangat untuk terus beramal dengan kebaikan. Dan moga tahun ini lebih baik dari tahun sebelumnya. Baru sahaja rasanya memperbaiki niat dalam bulan hijrah yang lalu, seiring bertambahnya usia, semoga niat dan perancangan menjadi titik tolak kepada menterjemah kematangan kita dalam apa juga sikap dan tindakan.
           Sana-sana kedengaran suara-suara mencadangkan kita memuhasabah diri, apa yang telah kita lalui setahun ini.Timbang neracanya dimana..berat kepada hasanah atau sebaliknya.Harap-harapnya kita semua makin bertambah baik dalam segala hal. Alhamdulillah, menyoroti perjalanan tahun 2011..dua perkara yang menjadi turning point dalam diri ialah Kerja&Belajar. Jujurnya, ana hanya berangan-angan ingin menyambung sarjana, apalagi mendapat kerja yang tidak seperti orang lain. Allahurabbi,percaturan-Nya indah penuh hikmah. diletakkan ana di posisi ini dengan masa yang begitu banyak terbuang asalnya, Allah takdirkan ana sambung pengajian. Dan kini menghitung hari untuk berdepan dengan final exam yang dah lama ditinggalkan.
            Rancangan awal ingin melanjutkan pengajian kerana masa yang kurang terisi, penat tidur di waktu siang! Maha Suci Allah, kini ana mengejar waktu. waktu banyak tugasan, waktu itu banyak pula kes yang memerlukan perhatian khusus hingga lewat pagi. Allah mendidik ana yang kerap bermain dengan masa. dan hari ini, terlalu singkat masa dirasakan. sepertinya baru semalam membuat keputusan untuk sambung belajar. sekarang dah nak exam. benarlah masa itu ibarat pedang, kalau kita tidak memotongnya, ia akan memotong. Alhamdulillah, baru-baru bersama teman seusrah Allah izinkan kami berbicara soal masa.
          Sentuh ustazah Hafizah, dengan cerita yang diceritakan oleh ustazah Maznah Daud, andaikan waktu seharian kita akan datang pada hari akhirat esok dalam rupa kotak.sehari 24 jam,maka akan ada 24 kotak akan terbentang di depan kita. apabila dibuka satu persatu kotak itu, ada yang baunya harum mewangi, ada yang berbau busuk seperti bangkai, dan lebih malang ada kotak yang tak busuk dan tidak juga wangi. maknanya apa teman-teman...dalam satu jam kita, berapa lama kita ingat Allah, berapa banyak kebaikan kita buat. itu wakilnya kotak2 yang mengeluarkan bau yang wangi. atau kita lebih banyak berbuat kemungkaran. mengumpat, mencela, memfitnah dan segala macam lagi perkara yang menyakitkan orang lain. kita mungkin terlepas dari dosa-dosa besar yang nyata seperti minum arak, berzina, membunuh atau lainnya. tapi bagaimana dengan lidah, mata, kaki dan tangan kita. apa kita sudah bersyukur dengan menggunakan nikmat tersebut untuk meraih redha-Nya. lebih malang teman-teman, banyak kotak-kotak kita kosong tak berbau. waktu itu, kita akan mengeluh menyesali diri, kenapa dulu kita biarkan masa kita berlalu begitu sahaja.
            Teman-teman, kotak itu boleh diisi tanpa modal. mungkin kita bukanlah berharta untuk sentiasa menderma, mungkin kita malas untuk tetap solat sunat dan baca quran. namun apakah kita tidak mampu untuk berzikir atau meniatkan tiap amalan kita hanya keran-Nya. semudah itu teman-teman. Maha Penyayangnya Allah.Cuma kita gagal melihat perkara-perkara kecil itu sebagai ibadah.
Ayuh teman-teman! ana ingatkan diri dan berkongsi dengan teman-teman. mari kita penuhkan kotak-kotak masa kita dengan amalan yang akan mengharumkan isinya saat dibuka di hadapan Allah nanti. jika sebelum ini tidur 6-7 jam kita kosong, jom penuhkan dengan niatkan tidur kerana Allah, rehatkan badan untuk terus beribadat. begitu juga makan, pakai, mandi dan sebagainya. semudah itu Allah menyediakan ruang. kerana apa teman-teman..bila kita niat segalanya kerana Allah, mana mungkin kita sanggup melakukan maksiat kepada-Nya.
                InsyaAllah, kita terus islahkan diri juga teman-teman. jangan hanya fikirkan untuk baikkan diri sendiri. kita takkan mampu baik dalam persekitaran yang jahat. jadi, jom sama-sama kita jadi baik untuk wujudkan dunia yang lebih baik.
                Teman-teman, selamat memuhasabah dan terus mengislah diri. Moga kita bantu membantu ke arah kebaikan. Mari kita terus membina azam dan matlamat baru. Moga tahun mendepan akan menjadi ruang paling luas dalam kita mengumpul amalan dalam langkah menuju kepada-Nya. Hidup bukan hanya disini, malah yang lebih penting hidup disana nanti. kerana, itu matlamat kita. Biar kita menderita di dunia, kerana derita di dunia ada hujungnya. Jangan sampai di dunia kita menderita, saat di akhirat kita terus menderita. malangnya serita di sana tiada hujungnya. Biar kita bersusah sekarang. kerana matlamat kita adalah redha-Nya. kerana bila mana redha-Nya milik kita,tiada apa lagi yang dapat menandinginya.
              Selamat Memulakan kembali perjalanan baru. yang baik mari kekal dan tingkatkan, yang buruk jom bertaubat dan tinggalkan. selagi mana belum tergoncang dunia ini, selagi mampu nafas di hela, pintu taubat masih terbuka untuk kita. Allahu ya Ghaffur..ampunkan kami, Allahu ya Rahimm..pandangi kami dengan rahmat kasih sayang-Mu.insyaAllah.
Wallahua'lam..

18 November 2011

::WaKTu YaNG DiPiNJaMKaN::

Assalamualaikum warahmtullah.Salam ukhuwwah, salam kasih sayang dan salam keceriaan untuk semua.Salam Dzulhijjah yang masih berbaki,moga ruh pengorbanan terus bersemarak dalam jiwa kita,bukannya makin mendebu meninggalkan sisa-sisa yang bakal pergi seiring masa.Alhamdulillah,Allah mengizinkan kita untuk terus berkelana, mencari dan menimba sebanyak mungkin bekal buat perjalanan menuju kehidupan abadi.walaupun kita sering bercakap mengenai waktu,namun kita masih lagi menjadi manusia yang tidak menghargai waktu.Masa dibiar berlalu dengan sia-sia.Benarlah manusia itu sentiasa dalam kerugian.mengapa tiba-tiba kita membincangkan soal masa.Akhir-akhir ini,terlalu banyak hambatan yang menganggu minda,silap sendiri juga.Sikap suka bertangguh membuahkan kekalutan.Masuk minggu kesepuluh,tugasan untuk semua Subjek masih tergendala.Minggu depan pulak dah nak midterm.Hurmmm...

Alhamdulillah,dalam kekusutan itu Allah beri peluang untuk bersama dalam halaqah cinta.Pertemuan pertama yang mengujakan di Ruang solat Muslimat,Masjid Wilayah Jalan Duta nyata menyuntik semangat yang hampir goyah.Dalam halaqah,ana termuda,menimba pengalaman dari kakak-kakak juga mak cik yang Allah anugerahkan pengalaman yang berbeza.Kesempatan berkongsi rasa bersama Kak Wardina walau sekejap,terhibur dengan keletah bidadari2 kecil juga prince charming K.dina.Terserlah kesabaran K.Dina menguruskan anak-anak yang boleh tahan lasaknya.senyum sendiri..wink!
Lama rasanya tidak terlibat dalam halaqah cinta.Sangat teruja,apatah lagi bilamana banyak berkongsi ilmu yang pelbagai.terasa diri amat bertuah,Allah hadiahkan insan-insan hebat saat hati terasa lemah dengan kemilau hari esok.Alhamdulillah,doa tulus yang dipanjatkan untuk ana,ana harapkan diaminkan juga oleh para malaikat.Semua ada waktunya..ana yakin.Memegang kata-kata K.Mas,Biarlah Allah tetapkan dan pilihkan yang terbaik untuk kita.InsyaAllah,Dia Maha Tahu.

Waktu berlalu amatlah tidak terasa,kata K.Mas..kalau kita benar buat apa Allah suruh,apa Nabi Muhammad sarankan,insyaAllah tiada istilah boring dalam hidup seharian.Tiada kata-kata,bosan..tak ada apa nak buat.hurmmm..Tupp!kena batang hidung sendiri.Allah izinkan ana disini, bersama insan-insan hebat ini kerana Allah Maha Tahu ana amat lemah. ana perlukan semangat dan sokongan untuk terus melangkah. langkah ini kadang-kadang pincang. belum ditambah dengan bisikan-bisikan jahat yang sering menganggu diri. Ana sentiasa semoga ditetapkan hati dijalan ini. amat takut andai ana tersasar dari landasan mulia ini. Ana rindu rasulullah, Halaqah ini benar-benar menyentak semua angan-angan ana selama ini. betapa idealistik menutur kata, tapi praktikalnya...tiada. ana malu dengan anak-anak muda yang solehah. ana segan dengan mereka. dan ana tak malu untuk jadikan mereka sebagai contoh walaupun usia mereka jauh lebih muda. begitulah Allah mengatur kehidupan. kita saling memerlukan. Allah pisahkan ana dengan seorang tapi Allah gantikan dengan lebih ramai sahabat yang mendokong perjalanan menuju redha-Nya ini.

Alhamdulillah, tiada kata lain yang mampu ana lafazkan, sayangnya Allah pada kita, tak pernah kurang. Allah tutup semua aib kita, Allah perlihatkan kelebihan yang kadangkala kita tidak sedar, tapi dilihat oleh orang lain. baiknya Allah. layakkah kita yang selalu lalai dan leka ini mendapat nikmat sebesar itu. bagaimana agaknya jika Allah buka keaiban yang kita cuba sesungguhnya untuk tutup supaya orang melihat kebaikan bukan keburukan. Allah tidak pernah zalim, cuma kita sering zalim dengan diri sendiri.
perjalanan ini akan tetap diteruskan. panjang atau pendek jaraknya itu hanya Dia yang tahu. namun selagimana kita diizinkan untuk bernafas dan bergerak bersyukurlah. kerana bukan sedikit yang Allah telah ambil kembali nikmatnya. mari manfaatkan waktu dengan sebaiknya. waktu yang kian laju meninggalkan kita, tanpa sedar kita makin dekat dengan kematian. sediakah kita? eloklah kita sentiasa bersedia kerana Izrail takkan bertanya dulu apa kita sudah bersedia untuk pulang. bila masanya sampai, akan terus direntap nyawa kita. terpisahlah ruh dari jasad kita, Saat itu tiada apa lagi dapat dilakukan. hanya mengharapkan ihsan orang lain. apa ada jariah yang ditinggalkan? apa ada anak soleh yang bakal mendoakan? atau kita punya ilmu bermanfaat telah digunakan oleh orang lain? selagi waktu itu belum tiba, mai pakat-pakat kumpul pencen kubur. usia kita nie satu da takder, anak soleh..tinggal jariah& ilmu yang berguna..jadi jom ringankan tangan,sumbangkan tenaga, sebarkan ilmu, kongsi kebaikan dengan semua. Moga saat kita tiada esok, masih ada amalan kita yang menyumbang pahala. InsyaAllah...
Wallahua'lam.
NOTA buat da'ei. Apabila kita sendiri diuji dengan apa yang sering kita dakwahkan, itu petanda Allah sedang mendidik kita agar melaksanakan apa yang kita perkatakan. Bersyukurlah kerana Allah masih sudi mengingati kita dalam usaha kita mengingatkan manusia. -khas buat diri yang faqir ini-