18 November 2011

::WaKTu YaNG DiPiNJaMKaN::

Assalamualaikum warahmtullah.Salam ukhuwwah, salam kasih sayang dan salam keceriaan untuk semua.Salam Dzulhijjah yang masih berbaki,moga ruh pengorbanan terus bersemarak dalam jiwa kita,bukannya makin mendebu meninggalkan sisa-sisa yang bakal pergi seiring masa.Alhamdulillah,Allah mengizinkan kita untuk terus berkelana, mencari dan menimba sebanyak mungkin bekal buat perjalanan menuju kehidupan abadi.walaupun kita sering bercakap mengenai waktu,namun kita masih lagi menjadi manusia yang tidak menghargai waktu.Masa dibiar berlalu dengan sia-sia.Benarlah manusia itu sentiasa dalam kerugian.mengapa tiba-tiba kita membincangkan soal masa.Akhir-akhir ini,terlalu banyak hambatan yang menganggu minda,silap sendiri juga.Sikap suka bertangguh membuahkan kekalutan.Masuk minggu kesepuluh,tugasan untuk semua Subjek masih tergendala.Minggu depan pulak dah nak midterm.Hurmmm...

Alhamdulillah,dalam kekusutan itu Allah beri peluang untuk bersama dalam halaqah cinta.Pertemuan pertama yang mengujakan di Ruang solat Muslimat,Masjid Wilayah Jalan Duta nyata menyuntik semangat yang hampir goyah.Dalam halaqah,ana termuda,menimba pengalaman dari kakak-kakak juga mak cik yang Allah anugerahkan pengalaman yang berbeza.Kesempatan berkongsi rasa bersama Kak Wardina walau sekejap,terhibur dengan keletah bidadari2 kecil juga prince charming K.dina.Terserlah kesabaran K.Dina menguruskan anak-anak yang boleh tahan lasaknya.senyum sendiri..wink!
Lama rasanya tidak terlibat dalam halaqah cinta.Sangat teruja,apatah lagi bilamana banyak berkongsi ilmu yang pelbagai.terasa diri amat bertuah,Allah hadiahkan insan-insan hebat saat hati terasa lemah dengan kemilau hari esok.Alhamdulillah,doa tulus yang dipanjatkan untuk ana,ana harapkan diaminkan juga oleh para malaikat.Semua ada waktunya..ana yakin.Memegang kata-kata K.Mas,Biarlah Allah tetapkan dan pilihkan yang terbaik untuk kita.InsyaAllah,Dia Maha Tahu.

Waktu berlalu amatlah tidak terasa,kata K.Mas..kalau kita benar buat apa Allah suruh,apa Nabi Muhammad sarankan,insyaAllah tiada istilah boring dalam hidup seharian.Tiada kata-kata,bosan..tak ada apa nak buat.hurmmm..Tupp!kena batang hidung sendiri.Allah izinkan ana disini, bersama insan-insan hebat ini kerana Allah Maha Tahu ana amat lemah. ana perlukan semangat dan sokongan untuk terus melangkah. langkah ini kadang-kadang pincang. belum ditambah dengan bisikan-bisikan jahat yang sering menganggu diri. Ana sentiasa semoga ditetapkan hati dijalan ini. amat takut andai ana tersasar dari landasan mulia ini. Ana rindu rasulullah, Halaqah ini benar-benar menyentak semua angan-angan ana selama ini. betapa idealistik menutur kata, tapi praktikalnya...tiada. ana malu dengan anak-anak muda yang solehah. ana segan dengan mereka. dan ana tak malu untuk jadikan mereka sebagai contoh walaupun usia mereka jauh lebih muda. begitulah Allah mengatur kehidupan. kita saling memerlukan. Allah pisahkan ana dengan seorang tapi Allah gantikan dengan lebih ramai sahabat yang mendokong perjalanan menuju redha-Nya ini.

Alhamdulillah, tiada kata lain yang mampu ana lafazkan, sayangnya Allah pada kita, tak pernah kurang. Allah tutup semua aib kita, Allah perlihatkan kelebihan yang kadangkala kita tidak sedar, tapi dilihat oleh orang lain. baiknya Allah. layakkah kita yang selalu lalai dan leka ini mendapat nikmat sebesar itu. bagaimana agaknya jika Allah buka keaiban yang kita cuba sesungguhnya untuk tutup supaya orang melihat kebaikan bukan keburukan. Allah tidak pernah zalim, cuma kita sering zalim dengan diri sendiri.
perjalanan ini akan tetap diteruskan. panjang atau pendek jaraknya itu hanya Dia yang tahu. namun selagimana kita diizinkan untuk bernafas dan bergerak bersyukurlah. kerana bukan sedikit yang Allah telah ambil kembali nikmatnya. mari manfaatkan waktu dengan sebaiknya. waktu yang kian laju meninggalkan kita, tanpa sedar kita makin dekat dengan kematian. sediakah kita? eloklah kita sentiasa bersedia kerana Izrail takkan bertanya dulu apa kita sudah bersedia untuk pulang. bila masanya sampai, akan terus direntap nyawa kita. terpisahlah ruh dari jasad kita, Saat itu tiada apa lagi dapat dilakukan. hanya mengharapkan ihsan orang lain. apa ada jariah yang ditinggalkan? apa ada anak soleh yang bakal mendoakan? atau kita punya ilmu bermanfaat telah digunakan oleh orang lain? selagi waktu itu belum tiba, mai pakat-pakat kumpul pencen kubur. usia kita nie satu da takder, anak soleh..tinggal jariah& ilmu yang berguna..jadi jom ringankan tangan,sumbangkan tenaga, sebarkan ilmu, kongsi kebaikan dengan semua. Moga saat kita tiada esok, masih ada amalan kita yang menyumbang pahala. InsyaAllah...
Wallahua'lam.

07 Oktober 2011

::KeMBaLi MeNGoMeL;-)::

Assalamualaikum.Salam ukhuwwah fillah,salam kasih sayang untuk semua teman-teman maya.hurmmm...agak lama tidak di ruangan bisu ini.sudah masuk bulan Oktober,fasa kehidupan juga sudah berubah.posting terakhir masih hangat bicara soal keberkatan,rahmat dan maghfirah di bulan Ramadhan.Moga momentum kita dalam mengislahkan diri dan ibadah dalam perjalanan menuju negeri abadi.terlalu jauh jarak itu hinggakan kalau sebuah rumah pasti sudah berdebu dan berhabuk.entah apa alasan lagi,yang pastinya keinginan untuk berkongsi cerita ada,namun ada halangan yang tidak dapat dijangka.

Memulakan rutin sebagai pelajar kembali amat mengujakan.apatah lagi,langkah di atur di satu suasana baru.Alhamdulillah,Allah memudahkan perjanan sebulan ini,walaupun dalam keadaan yang kadang-kadang amat huru hara dan menyesakkan.Allah selamatkan ana dalam perjalanan ke tempat belajar yang kadang terlanggar peraturan manusia.Masih cuba mengatur waktu sebaiknya.Longgokan tugasan cuba ditarah dengan harapan apa yang dikejar berjaya dirangkul dan apa yang yang dikendong dapat digenggam dengan amanah.insyaAllah...

Setiap hari cuba memotivasi diri supaya tegas terhadap diri sendiri.Masa untuk bermanja-manja tiada lagi.urusan belajar dijaga sebaik menjaga urusan kerja.cuba sebaiknya untuk melakukan yang terbaik untuk karier supaya ianya tidak menjadi fitnah kepada diri dan masa depan yang cuba dibentuk.Walau agak tertekan dengan karenah sekeliling yang makin menekan,ana optimis itu semua ujian untuk mematangkan diri dan mempersiapkan diri untuk berdepan dengan individu yang tebal topengnya.Allah...moga diberi kekuatan untuk berdepan dengan mereka.walau gterkadang agak lemah,namun ada saja pujukan daripada-Nya supaya terus kuat mengenggam erat prinsip diri.

Memasakkan di minda bahawa hidup ini pasti banyak ranjaunya,ana kuatkan hati menerima apa jua rintangan dalam perjalanan singkat ini.sebagai manusia biasa terkadang terlantun kata-kata yang kurang wajar menyoal takdir,namun ana paksa hati dan minda utk nilai dan fikir kembali.moga lantunan istughfar bisa menyuci kata-kata yang telah melampaui batas.sungguh,kita insan biasa,dengan itu penting punya teman yang mengingatkan.Alahmdulillah,Allah izinkan ana punya teman seprti itu.

Masih banyak nak dikongsi,namun mata sudah berat sangat.nak sambung lagi,teruja dengan status baru hingga soal lain kadang boleh dilupankan walaupun sering menjentik telinga.insyaAllah.moga kita sentiasa dalam lindungan-Nya.Moga setiap langkah kita diberkati dan diredhai-Nya.InsyaAllah.Dia amat Dekat,Maha Mendengar,Maha Pengasih dan Penyayang.Allahu Rabbi..
Wallahua'lam..

RIBAIBARU (Revival-Kebangkitan kembali)

14 Ogos 2011

::HiDuP TaNPa KeLuH KeSaH::

Assalamaulaikum.Salam Ukhuwwah dan salam kasih sayang.Salam Ramadhan Kareem!Allahu akbar!Posting yg lalu menghampiri Ramadhan yang mulia, dan kini sudah memasuki fasa kedua Ramadhan.Allah yang Maha Pengampun membuka seluas-luasnya pintu taubat dengan janji-NYa,keampunan di fasa kedua Ramadhan ini.Betapa pantas masa berlalu, meninggalkan kita yang masih bertatih mengutip keberkatan dan kemuliaan Ramadhan. Betapa ramai yang masih lalai dalam mengejar bonus berganda yang ditawarkan oleh Allah Maha Pemurah!

Ramadhan bulan sabar!walaupun syaitan telah diikat,namun ujian tetap ada.Kerana ada yang lebih besar perlu diperangi.Nafsu yang tak pernah puas.Syariat puasa dengan tujuan dapat menundukkan nafsu yang tidak tahan dengan kelaparan.Andai berlapar dahaga itu kerana Allah.Siapa yang sabar dibulan mulia ini bakal memperoleh pahala berganda.kerana hakikatnya amal kebaikan dibulan Ramadhan ini semua digandakan.Namun berapa ramai yang masih mampu bersabar tanpa keluh kesah.terlalu sedikit sahabat, oleh itu sabar itu mahal nilaianya.apalagi redha dan ikhlas.amat mahal untuk dimiliki kecuali mereka yang bertaqwa kepada-Nya.

Indahnya hidup andai dapat dilalui dengan penuh redha dan senyuman ikhlas terukir.Namun payah sebenarnya, menolak hakikat manusia yang kerap menuding jari kesana sini tanpa menyedari lebih banyak jari yang menuding ke arah diri sendiri.Masa yang berlalu terasa amat singkat namun kita masih bersedih dengan apa yang tidak sepatutnya.Hidup tak seperti orang lain,kerja tak seperti si fulan,pasangan tak seperti si fulanah,harta tak sebanyak orang itu,keluarga tak seharmoni orang ini dan banyak lagi perbandingan-perbandingan yang membuang masa.Terlalu sibuk membandingkan itu ini hinggakan tak sedar terbuka mata kita sudah di alam lain,keseorangan tanpa sesiapa.Tak sempat menikmati ketenangan hidup, mengumpul amal kebaikan memberi faedah kepada orang lain.Terlalu sibuk menghitung dan membilang kelemahan dan kekurangan diri hingga sirna kelebihan dan keistimewaan yang Allah telah anugerahkan.Allahuakbar!Ruginya hidup..

Menyedari dengan keluh kesah hanya memendekkan ruang menikmati dan memberi,ayuh kita setting semula cara pandang,cara fikir dan cara cakap kita.Moga Allah memberi kekuataan untuk muhasabah dan membina kembali cara hidup yang diredhai.Tidak ada masalah atau apa sahaja yang besar selagi mana kita yakin bahawa Allah Maha Besar.ALLAHUAKBAR!

Allah datangkan masalah dengan jalan keluarnya cuma terkadang kita terlalu gopoh nak menyelesaikan sesuatu hingga lupa meneliti hikmah yang patut dilihat.Dan kadang-kadang kita merasakan putus harapan.Allah..lemahnya pergantungan kita dengan Rabbul Jalil.Ayuh sama perbaiki diri,selagi mana kita tidak yakin,susah untuk kita berasa cukup dengan apa yang ada.Berimanlah bahawa apa yang Allah takdirkan itu yang paling baik untuk kita.Kemahuan kita sering melampaui batas,namun Dia maha mengetahui hambanya.Jadi,Jom lalui hidup ini seadanya.Keluh kesah bukan nilai orang beriman.Redha dan qana'ah bakal menjamin ketenangan hati dalam usaha mencapai bahagia hakiki di akhirat nanti.Jangan buang masa di dunia yang bakal berakhir bila-bila masa.Ramadhan ini moga ada bezanya dengan Ramadhan yang lalu.

Moga Ramadhan ini menjadi 'turning point' untuk kita kenbali menjadi hamba Allah yang berkualiti. hidup kerana-Nya dan untuk-Nya.Inna solaati wanusuki wamahyaa yamamaati LillahiRabill'alamiin..insyaAllah.

28 Julai 2011

::CHeCKLIST RaMaDHaN::

Ramadhan hampir menjelang dan persiapan hendaklah diadakan dengan memahami cara beramal di bulan Ramadhan mengikut sunnah dan jangan menjalani ibadah Ramadhan mengikut adat kerana Rasullah pernah bersabda didalam hadisnya :

Barang siapa menghidupkan sunnahKu ketika rosak umat-Ku maka baginya mendapat pahala seratus syahid. Oleh itu berhati-hatilah melakukan amal supaya mempunyai nilai yang tinggi dan mendapat kesan yang baik disepanjang bulan Ramadhan dan dibawah ini dicatatkan amalan-amalan mengikut sunnah.

CHECK LIST AMALAN DI BULAN RAMADHAN
1. Mengucapkan tahniah (Selamat datang Ramadhan atau Selamat menyambut Ramadhan.
2. Niat sebulan bagi malam yang pertama dan selanjutnya niat untuk hari-hari.
3. Sembahyang Isyak berjamaah di masjid/surau.
4. Solat Tarawikh 20 rakaat.
5. Tadarus membaca bersemak dan berturut-turut juzuk.
6. Tidur malam membaca 4 ayat terakhir Surah Al Kahfi supaya dikejutkan bangun tepat jam 4.00 pagi.
7. Bangun jam 4.00 pagi dan setengah jam untuk Qiamullail ringan (Solat Tahjud, Solat Taubat dan Solat Hajat)
8. Jam 4.30 pagi kaum ibu masak sahur.
9. Jam 5.00 pagi/5.15 pagi makan sahur.
10.Jangan tidur sesudah sahur.
11.Solat Subuh berjemaah di Masjid.
12.Tadarus pendek.
13.Matahari tinggi segalah, lakukan solat Isyraq.
14.Menjalankan kerja harian dan menjaga pancaindera.
15.Jam 11.00 pagi tunaikan Solat Dhuha.
16.Lakukan Solat Kafarah Baul 2 rakaat. Rakaat pertama selepas Fatihah baca Surah Al Kautsar 7 kali dan rakaat kedua selepas Fatihah baca Surah Ikhlas 7 kali.
17.Jam 12.00 tengahari tidur, niat tidur waktu Qailulah (ganti jaga satu jam diwaktu sahur)
18.Solat Zuhur berjemaah.
19.Tadarus pendek.
20.Sebelah petang kaum ibu menyediakan berbuka petang.
21.Solat Asar berjemaah di Masjid.
22.Jika masa petang jangan gunakan untuk bersiar-siar atau menonton TV yang melibatkan kemaksiatan. Sebaik-baiknya digunakan untuk mengikuti majlis-majlis ilmu atau berdoa kerana waktu itu amat mustajab.
23. Berbuka dengan ala kadar iaitu minuman yang belum dipanas oleh api atau dengan buah kurma atau buah tempatan.
24.Segera Solat Maghrib di Masjid.
25.Makan malam bersama keluarga.
26.Bersiap sedia untuk ke masjid menunaikan Solat Isyak dan Tarawikh secara berjemaah.

KELEBIHAN-KELEBIHAN YANG LAIN
1. Menghadiri majlis ilmu setiap langkah di beri pahala ibadah sunah setahun.
2. Mengekali berjemaah diberi balasan dengan disediakan sebuah bandar khas di Syurga.
3. Membuat hubungan baik kepda kedua ibu bapa, Allah pandang dengan penuh kasih sayang.
4. Isteri taat kepada suami diberi pahala seperti pahala Asiah dan Mariam.
5. Sesiapa yang menyampaikan hajat saudaranya disampaikan 1000 hajatnya di akhirat.

Mengurangkan berat badan di dalam menjalani ibadah Ramadhan
1. Sebelum puasa timbang badan
2. Kawal berbuka puasa
3. Pastikan semakin lama menunaikan ibadah puasa akan semakin kurang berat badan
4. Elakan daripada makan berlebihan

RANCANG PENINGKATAN IBADAH RAMADHAN
1. Sepuluh hari yang pertama adakan muhasabah amalan.
2. Sepuluh hari yang kedua, pastikan keimanan bertambah kuat dan selaraskan dengan sempena Nuzul Quran.
3. Sepuluh hari yang ketiga kuatkan azam untuk beramal di malam Al Qadr :
i. Dengan melakukan Solat Maghrib,Isyak dan Tarawikh berjemaah.
ii. Atau ditambah dengan Solat Subuh berjemaah
iii. Duduk dengan air sembahyang dan baca Al-Quran, Ayat Kursi, Surah Al Baqarah terakhir (Amanarrasul) , Surah Az-zalzalah, Suraah Al Kafirun, Surah al Ikhlas dan Surah Yasin.
iv. Bagi kaum ibu yang uzur, baca zikir.

SELAMAT TINGGAL RAMADHAN
i. Pastikan Tarawikh terakhir
ii. Ucapkan Selamat Tinggal Ramadhan dengan penuh terharu dan berdoa semoga dipertemukan sekali lagi dengan Ramadhan yang akan datang.

SEMOGA RAMADAN KALI INI LEBIH BAIK DARI SEBELUM NYA .... INSHALLAH
NOTA buat da'ei. Apabila kita sendiri diuji dengan apa yang sering kita dakwahkan, itu petanda Allah sedang mendidik kita agar melaksanakan apa yang kita perkatakan. Bersyukurlah kerana Allah masih sudi mengingati kita dalam usaha kita mengingatkan manusia. -khas buat diri yang faqir ini-