01 September 2012

~Doa&HaRaPaN~




Bismillahirrahmaanirrahim
Menelusuri ruang waktu yang
Tidak pernah sunyi
Warna-warni kehidupan yang terserak
Kadang mengundang tawa
Tidak kurang mencetus hiba
Juga pernah mengeluh kecewa
Apa juga riaknya
Itulah kita, manusia yang tidak akan
Terkecuali dari mehnah juga
Ujian dari-Nya
Dia Maha Kuasa, Dia Maha Tahu
Tidak pernah diduga diluar mampu kita
Namun soalnya…
Apakah kita sedar kemampuan kita?
Berapa ramai rebah dek panahan duka
Bukan sedikit yang gugur saat ditimpa bencana
Juga, tidak kurang yang terus hanyut dalam
Kemewahan dunia
Dugaannya pelbagai
Ada diuji dengan miskinnya harta
Ada diuji dengan kurang berjaya
Ada diuji dengan tiada keluarga
Ada diuji dengan banyaknya pusaka
Ada diuji dengan bahagia yang tiada hujungnya
Ada diuji dengan derita tiada jalan keluarnya
Hakikatnya, semua dari Dia
Apa juga takdir-Nya..terima saja dengan redha
Kerana hanya itu penawar
Damainya jiwa
Ya Rahman..Ya Rahim..Ya ‘Aaliim
Rahmati kami, kasihani kami dan berkati kami ya Allah
Redhai kami sebagai hamba-Mu dan
Pandanglah kami dengan pandangan Rahmat-Mu
Kerana bukan amal kami yang membawa kami
Ke syurga-Mu melainkan Rahmat-Mu jua..
Andai kami tersalah bicara mempersoal takdir-Mu
Itu kejahilan kami Ya Allah
Andai lancar bibir kami merungut begitu begini
Itu kelemahan kami Ya Allah
Andai payah kami Redha dengan Qada’ Qadar-Mu
Itu kesilapan kami Ya Rahman
Ampuni kami Ya Allah..
Teguhkan hati kami dijalan-Mu
Janganlah Kau biarkan kami memutuskan apa saja
Tanpa pimpinan hidayah-Mu walau sesaat
Amin..amin..Allahumma amin..


"Hidup umpama buku cerita,
kita tidak akan tahu akhirnya,
andai takut untuk membaca helaian seterusnya..."

"Sahabat, sementara kita masih diberi kesempatan waktu oleh Allah untuk bernafas dan hidup diatas bumi-Nya ini, marilah kita mengumpul bekalan sebanyak yang mungkin untuk dibawa ke tempat yang abadi disana(Akhirat)..."

Tiada ulasan:

NOTA buat da'ei. Apabila kita sendiri diuji dengan apa yang sering kita dakwahkan, itu petanda Allah sedang mendidik kita agar melaksanakan apa yang kita perkatakan. Bersyukurlah kerana Allah masih sudi mengingati kita dalam usaha kita mengingatkan manusia. -khas buat diri yang faqir ini-