06 Mac 2009

10 CiRi PeMiMPiN YaNG BeRKeSaN

Salam ukhuwwah dan salam kasih sayang...
Disini ana kongsikan ciri-ciri yang perlu ada pada seorang pemimpin.Setiap daripada kita adalah pemimpin, jadi sewajarnya kita perlu memahami dan cuba menguasainya.


1. Kebersihan Jiwa Dan Rohani
Seorang ketua harus sentiasa menyelidik dan memeriksa segala keaiban dan kelemahannya sendiri lalu memperbaikinya. Kebersihan jiwa dan rohani diperoleh dengan keikhlasan bertujuan bahawa segala perbuatan semata-mata untuk Allah. Memperbanyakkan amalan sunnah dan tidak meninggalkan suruhan Allah.
2. Kuat Dan Sihat Tubuh Badan
Orang yang lemah tentulah tidak cergas dan cerdas dalam melaksanakan tugas yang mencabar. Oleh yang demekian, seorang ketua tidak boleh sekali-kali mengabaikan keadaan kesihatannya.
3. Memiliki Keupayaan Mental dan Fikiran
Keadaan dunia hari ini yang semakin rencam dengan berbagai ragam idea, idealogi, dan kebudayaan memerlukan pemimpin membangunkan keupayaan mental dan fikirannya bagi membolehkannya menghadapi sebarang kemungkinan dan cabaran. Akalnya perlu dikembangkan dengan bahan-bahan yang berbagai rupa supaya menjadi lebih subur, matang dan mantap. Ketua mesti banyak membaca dan sentiasa peka dengan peristiwa di sekeliling.
4. Mengenal Ahli dan Organisasi Yang Dipimpin
Selain tekun melaksanakan kegiatannya, ketua harus juga memerhatikan tindak-tanduknya dengan teliti dan jujur. Dia juga harus tahu berkenaan situasi fikiran dan organisasinya. Dia harus mengenali pendapat para anggotanya dan memahami masalah-masalah mereka.
5. Mengenali Jiwa
Pemimpin wajib mengetahui potensi yang ada pada dirinya, mengukuhkan kekuatan dan menguatkan mana-mana kelemahannya. Dia mesti berusaha memperkaya pengetahuan amnya serta mempelajari pelbagai topik, pendapat dan fikiran dalam pelbagai bidang. Dia harus memberi perhatian dengan mengkaji peribadi pemimpin yang terdahulu.
6. Memberi Perhatian Kepada Ahli
Ketua harus dapat menawan keyakinan orang bawahannya bagi membolehkan dia mendapat manfaat daripada kebolehan ahli sendiri untuk seluruh organisasi yang dipimpin. Namun hal ini akan berjaya sekiranya pemimpin benar-benar menunjukkan usaha mahu mengenali anggota-anggotanya dari dekat mengambil tahu hal ehwal peribadi atau bercorak umum, ikut menyertai mereka ketika mereka gembira dan duka dan berusaha mencari penyelesaian bagi masalah-masalah mereka.
7. Menjadi Teladan Yang Baik
Orang bawahan yang dipimpin akan sentiasa memerhati dan menolong kepada pemimpin mereka sebagai contoh terbaik yang boleh mereka teladani. Oleh itu, telatah pemimpin, kecerdasannya, budi pekertinya, kata-kata dan segala perubahannya mempunyai pengaruh yang amat berkesan ke atas seluruh organisasi. Oleh itu pemimpin mesti menunjukkan contoh teladan yang baik untuk dicontohi.
8. Pandangan Yang Tajam
Seorang ketua haruslah mampu melakukan penyiasatan yang cepat dan tepat bagi membuat keputusan yang tegas dalam pelbagai suasana dan masa. Perkara ini penting bagi kestabilan organisasi dan ahli yang didampinginya. Sikap teragak-agak, kabur, resah, dan tidak tegas akan mengakibatkan keadaan kucar kacir sehingga menyebabkan para anggota bawahan menjadi hilang keyakinan dan seterusnya menyukarkan pengawalan ke atas anggota dan perjalanan pasukan.
9.Kuat Kemahuan
Hanya dengan kemahuan yang kuat sahaja memungkinkan ketua sanggup mengharung segala rintangan dan masalah yang sememangnya dijangkakan akan berlaku dalam mengendalikan sesebuah kumpulan dan organisasi.
10. Optimistik
Selaku ketua, barisan kepimpinan mempunyai pengaruh yang berkesan ke atas anggotanya. Jika pemimpin berputus asa, maka ia sudah pasti mendedahkan barisan perjuangannya itu kepada kekecewaan dan putus asa sebaliknya, jika ia bersikap optimistik tentulah ia akan menyemarakkan semangat mereka.

Tiada ulasan:

NOTA buat da'ei. Apabila kita sendiri diuji dengan apa yang sering kita dakwahkan, itu petanda Allah sedang mendidik kita agar melaksanakan apa yang kita perkatakan. Bersyukurlah kerana Allah masih sudi mengingati kita dalam usaha kita mengingatkan manusia. -khas buat diri yang faqir ini-