12 Mei 2011

::BeLaJaR DaN TeRuS BeLaJaR::

Assalamualaikum warahmatullah.
Salam ukhuwwah dan salam kasih sayang.Melarik kembali tinta bisu, mengungkap rasa hati yang mungkin tak terluah didepan makhluk bernyawa. salam semangat dan salam ceria untuk semua. walaupun ana agak 'exhausted'. Cuaca panas beberapa hari ini memberi kesan yang agak besar. Mudah letih dan lesu, then tetibe je weak.Macam nak demam tak demam. Pasang 'aircond' kereta pon macam memasang haba panas dimusim sejuk. terbakar muka,badan sejuk panas.
Ditambah pula dengan kerja yang tetibe jadi banyak. Memandangkan 3 hari nie bertugas kesorangan tanpa my partner of crime, so agak kelam kabut. terkial-kial dibuatnya. Banyak perkara yang masih perlu dipelajari. terlalu awal untuk faham semua skop kerja nie. kadang2 terbuat keje orang lain. Pengalaman. Minggu nie kena masuk ofis kerap jugak.Dua hari berturut-turut kena audit rumah student. siangku pendek jadinya. Bukan siang yang pendek, waktu tidur yang pendek sebenarnya..kannn..dah!hehehe...
Tapi bila fikir balik, bagus jugak sekali sekala ditinggal gini. Banyak perkara yang belajar. nak pulak, ana nie jenis bukan tau nak buat keputusan bila ada orang lain.Dan orang tue pulak lagi banyak pengalaman. Bila sorang2 gini, tau pulak independent. Mesti aman saudaraku itu..hahaha..Tiada suara meminta itu ini..hehehe..
Alhamdulillah,baru kerja namanya. rasa bersalah pulak kalau asyik relaks je.so, minggu nie laporanku penuh.hehehe..dengan bestnya mengarang cerita. dah pandai g jauh sorang-sorang kira ok la kan.Bila hari nie makin baik dari semalam,it more than enough...insyaAllah.
Dan yang paling BEST, bila sibuk-sibuk gini, ana boleh lupakan hal-hal mengacau..menyerabutkan kepala otak. Harap-harap keadaan akan bertambah baik.Jauh-jauhlah gangguan itu kerana ianya amat menganggu. melembutkan lutut dan buat anggota badan terketar-ketar. the time not coming yet...i'm not ready to face it..oh NO!!
Dah, bersimpang siur dah pergi. memaner je kan.maaf la, gambaran keadaan otak saat ini mungkin. end this week, insyaAllah..banyak perkara akan setle,i'll be normal back...insyaAllah...
ok..last but not least, jom ceriakan hidup kita!terlalu banyak perkara yang boleh kita buat daripada terus merungut atau menangis.'dunia ini terlalu hina untuk ditangisi'.Peringatan utk diri sendiri!Dan hidup ini terlalu singkat untuk membenci.
Jadi jom kita semarakkan kasih sayang dan tebarkan senyuman ke seluruh alam...Peace..no WAr!Ceria dan Comel...
sekian...

07 Mei 2011

::HeBaTNYa SeoRaNG iBu::

'Ibu' adalah nama yang tidak dapat dipisahkan dalam kotak memori setiap insan. Pertarungan nyawa dan ketabahan menahan kesakitan mengandung, melahir dan membesarkan anak-anak bukanlah perkara asing dalam catatan diari hidup seorang ibu. Itulah tugas yang tercatat sebagai seorang ibu yang benar-benar berfungsi dalam mendidik anak-anak.

Air mata, kelembutan, kasih sayang dan teman di masa susah atau senang adalah sebuah nukilan khas yang boleh saya dedikasikan buat ibu saya. Malah hemat saya juga tersemat utuh menyatakan semua ibu di dunia ini punya rasa yang sama. Naluri keibuan ini adalah sunnatullah yang tercipta bermula daripada Hawa AS. Jadi semestinya semua ibu, bakal ibu malah semua wanita mempunyai sifat-sifat yang saya nyatakan. Semestinya benar, bukankah begitu?

Dulu, Kisah sebuah memori

Masih tersemat utuh dalam ingatan saya betapa ibu saya cukup mudah mengalirkan air mata. Semasa saya atau adik saya dirotan ayah, ibulah selalunya akan membela dengan aliran air mata. Semasa kakak saya yang sulung melangkahkan kaki meninggalkan rumah mengikut suami selepas majlis akad dilangsungkan, ibu saya menghantar pemergiannya dengan linangan air mata. Masa itu saya cukup pelik kenapa ibu saya menangis sedangkan kakak saya pergi secara terhormat mengikut suami. Masa itu saya buntu tidak berjawapan.

Suri rumah sepenuh masa menjadikan anak-anak amat rapat dengan ibu. Masih terbayang di minda saya hingga kini betapa kalutnya ibu saya setiap pagi menyediakan sarapan sebelum saya dan adik-adik ke sekolah. Sememangnya saya antara anak yang cukup susah untuk makan pagi sekalipun dengan hanya minum teh dan apa yang pasti ibu saya akan membawa minuman hingga ke pintu luar dan akan pastikan saya mengambil sarapan walaupun dengan hanya seteguk air.

Masih terngiang kata-kata ibu bila saya mula berdegil tidak mahu bersarapan, "Minum lah sikit baru cergas dalam kelas" atau kadang-kadang ibu juga mengugut jika saya tetap berdegail, "Tak baik tu, minum sikit nanti tak berkat belajar". Mungkin kerana takut dengan ugutan, saya selalunya akan memaksa diri minum juga walau seteguk.

Tabiat saya yang jarang bersarapan melekat hingga kini kerana tiada siapa lagi yang boleh memaksa saya bersarapan. Tapi yang agak melucukan apabila ibu saya selalu berpesan dicorong-corong telefon setiap kali saya saya menelefon rumah atau melalui SMS dengan 3 perkara; kerapkan mandi, ambil sarapan dan banyakkan minum air. Tapi biasalah saya memang degil...

Kisah ibu saya yang murah air mata terhadap anak-anak saya panjangkan dengan kisah kakak sulung saya. Ketika abang ipar saya menyambung pengajian di UKM sejurus sahaja lahir anak sulung menjadikan hidup mereka sekeluarga agak susah. Hidup di Kuala Lumpur menjadikan kesempitan mereka kian parah. Berbekalkan gaji sebagai kerani sekolah kakak saya yang tidak sampai ke angka 1000 dan separuh gaji suami lantaran bercuti menyambung pengajian sepenuh masa sebagai guru menjadikan hidup mereka kian terhimpit.

Hidup menyewa di rumah setinggan yang rata-rata didiami warga Indonesia menjadikan hati saya pilu dan kadang-kadang mata saya juga berkaca. Pernah saya berseloroh pada kakak saya untuk membawa pulang Along (anak sulung kakak saya) ke kampung bila lahirnya anak yang kedua. Reaksi yang saya terima hanyalah linangan air mata tanpa kata. Kakak saya menangis bila ada sahaja cadangan mahu memisahkan dia daripada anak-anak. Tekadnya biarlah susah macam mana sekalipun asalkan anak-anak tetap bersama.

Niat saya semasa memberikakan cadangan untuk membawa pulang anak sulung kakak saya ke kampung dan dipelihara ibu saya lahir daripada rasa kesian yang amat sangat dengan kesempitan yang dialami. Mudah-mudahan kesusahan tersebut dapat dikurangkan.

Pernah suatu ketika semasa melahirkan anak kedua, semasa dalam pantang 40 hari kakak saya ke klinik dengan menaiki bas bersama 2 anak. Anak sulung berumur setahun setengah dipimpin dan anak ke dua yang baru berumur sebulan didukung dengan menaiki bas untuk ke klinik dalam kesesakan kota. Hati mana yang tidak sedih bila mendengar khabar susah kakak sebegitu. Tidak mampu saya bayangkan betapa susahnya hidup mereka anak-beranak.

Namun semuanya diceritakan selepas abang ipar saya tamat pengajian dan sekarang sudahpun menjadi pensyarah di Universiti Malaya dan sedang menyiapkan tesis PhD dalam bidang Psikologi Dan Pendidikan Khas Kanak-Kanak Istimewa. Sesungguhnya perlu saya iyakan, disebalik kehebatan seorang lelaki rupanya ada jasa insan tabah yang bernama isteri.

Kini, Kisah Sebuah Realiti

Pandangan saya bahawa ibu saya hanya mampu menangis bila berpisah dengan anak-anak rupanya meleset. Dalam Majlis Konvokesyen apabila saya naik ke pentas untuk berucap mewakili pelajar ibu saya langsung tidak menangis. Semasa di lapangan terbang ketika menghantar saya ke Mesir, ibu saya juga tidak menangis. Masih saya ingat senyuman dan pelukkan terakhir tersebut langsung tidak menunjukkan reaksi sedih malah ibu saya nampak tenang dan gembira. Apa yang terbaliknya saya pula yang sebak dan mata saya sedikit berkaca sebagaimana ayah saya juga.

Lama saya berfikir kenapa ibu saya mula bertegas dan tidak menangis ketika menghantar saya di Airport. Seminggu selepas itu saya menelefon ibu saya dan saya straight bertanya kenapa demikian jadinya. Ibu saya bercerita bahawa 3 tahun beliau bersedia dengan perpisahan ini sebaik sahaja saya menjejakkan kaki ke KIAS, Nilam puri dan bertegas untuk menyambung pengajian di Universiti Al-Azhar. Katanya lagi, kini tiada apa lagi yang mahu disedihkan kerana hasratnya untuk melihat saya menjadi seorang berilmu kian hampir.

Ibu saya tidak menaruh harapan yang terlampau tinggi terhadap saya dan adik-beradik lelaki yang lain. Katanya beliau sudah puas hati sekiranya anak-anak berilmu, mampu menjadi imam di masjid dan mampu berkongsi ilmu dengan orang kampung. Pada saya tanggungjawab itu susah dan harapan itu tinggi.

**Dipetik daripada artikel iluvislam

06 Mei 2011

::HaTi DiSaPa NaSiHaT iMaN::

Assalamualaikum...SaLam Ukhuwwah dan salam kasih sayang.Alhamdulillah,hari ini masih diberi kesempatan bersyukur dan mengingati-Nya. Allah masih meminjamkan hati yang hidup dengan nikmat Iman dan Islam yang tersangat besar.Kita tidak pernah mengjangkakan apa yang akan kita lalui selepas ini.Hatta seminit nanti,apa yg akan terjadi tetap hanya dalam pengetahuan-Nya.Alhamdulillah,ana merasakan hari ini yang lebih baik dari hari-hari yang lalu.Moga nilaiannya juga begitu disisi Yang Maha Penyayang,insyaAllah.
Menghabiskan banyak masa dirumah memandangkan tuntutan tugas yang kurang mengizinkan ana mengintai talian ukhuwwah yang lama dibiar kaku. menyelak kritikan yang sampai lewat email yang dikirimkan.Merasakan ana merapu sendirian disini, namun rupanya ada juga 'silent readers'.Alhamdulillah, tidak mengharapkan apa-apa..andai ada faedah ianya untuk kita bersama.kiranya apa yang terlakar tiada makna,abaikan saja.Namun jika ada yang menyentuh sensitiviti sesiapa mohon diingatkan,kerna kadang-kadang cermin yang kita pakai 'powernya' tak sama.
Jaringan ukhuwwah yang bertaut menyingkap pelbagai skop perbincangan. Soal program,Soal motivasi,Business, dan soal hati yang akhir-akhir sering galau.Alhamdulillah,masih punya mereka yang bersama diri ini dalam pelbagai keadaan.Terima kasih bukan balasan sewajarnya,namun doaku agar kalian sentiasa dalam lindungan rahmat-Nya.
Keberkatan malam jumaat menemukan ana dengan lingkungan insan yang ana tidak terfikir akan menemuinya disini.Lama tidak berkumpul dalam halaqah cinta, malam ini Allah mengizinkan ana untuk merasai kembali keterujaan tersebut.Alhamdulillah!Roh Mujahid dan Mujahidah itu ada dimana-mana juga dalam diri kita.Tinggal kita mahu menghidupkan ia atau membiarkan ia lesu dan mati.Allahuakbar!terngiang-ngiang susunan kata penuh hikmah melantunkan wasiat iman untuk saudara seakidah.Indahnya sapaan nasihat iman itu.Tertunduk mengamati setiap butir bicara, serta melantun syukur kerana masih dipertemukan dengan mujahidah sebegitu.Alhamdulillah.
Pengisian yang singkat amat terkesan dihati.Andai yang terzahir lahir dari jiwa yang dekat dengan Sang Pencipta maka ianya terus melekat dijiwa yang mendengar.Bukan hanya melekat di cuping telinga dan bisa terbang dihembus angin noda dan maksiat.Sungguh ana rindu suasana Tarbiyyah di Bumi Universiti Malaya.terasa hati digembur setiap masa.Saat ini perlu mujahadah biar bajanya yang ditabur terus menumbuhkan dahan dan ranting yang subur dengan cinta pada-Nya.insyaAllah.
Sesungguhnya perjuangan itu akan terus hidup. Biarpun kita cuba mematikan dengan menyembunyikan diri, akan ada insan-insan lain yang subur jiwanya dengan kecintaan kepada Allah dan Islam akan meneruskan Legasi itu.Perjuangan tidak akan padam dengan pengunduran mana-mana individu, kerana kita bukan pemula atau penamat sebuah perjuangan, kita cuba mata rantai yang meneruskan perjuangan ini.andai kita memutuskan, ianya pasti bercantum kembali selagi Islam terus hidup dalam jiwa Mukmin.Islam tidak pernah rugi andai kita memilih untuk lari dari landasan perjuangannya, namun kitalah yang teramat rugi, bilamana di hari 'itu' tiada jaminan yang akan menyelamatkan kita dari balasan-Nya.
Muhasabah diri, terkadang kita terbuai dengan keasyikan dunia.Jalan Bahagia itu sempit dan penuh duri, tapi Jalan Derita penuh keasyikan dan keseronokan. Soalnya,Bahagia dan Derita bukan ukurannya di dunia, tapi diakhirat kelak.Betapa mujahadah itu penting dalam usaha untuk istiqamah melalui jalan yang sempit.
Ana insan biasa, terkadang sedap menulis tapi masih mengulit noda.KErna ana cuba untuk menjadi sebaiknya, bukan sempurna..maafkan andai ada yang tersinggung.Ana mengingatkan diri yang sering tersasar.Namun,andai memberi manfaat kepada sesiapa, itu ilham dari-Nya, kerana hakikatnya ana sendiri masih dalam proses membaiki diri sendiri. Sekali disapa nasihat iman,memuncak graf keimanan.Esok belum tau, kerana itu iman kita ada turun naiknya, bukan statik seperti iman para Malaikat atau memuncak seperti iman para Rasul dan Nabi.Selagi masih bernafas, peluang untuk kembali ke landasan sentiasa ada.insyaAllah, Allah tak pernah JAUH.
wallahua'lam..

**Credit to my student-event last night make me u-turn back.post-mortem myself again n again...jazakumullah.even all of u didn't know,i'm always pray for u..;-)

05 Mei 2011

::NiKMaT CuTi::

Assalamualaikum..Salam ukhuwwah dan salam kasih sayang. Bagaimana hari ini?insyaAllah moga lebih baik dari semalam. Hamdalah wasyukrillah, masih punya waktu melata dibumi Tuhan, mengutip serpihan sabar dan taqwa diperjalanan kehidupan. Putaran waktu yang pantas terkadang mengundang kegalauan hati, apa mungkin kita akan mampu tersenyum esok dan seterusnya. Kesibukan harian memaksa kita melupakan penghargaan dan kasih sayang yang harus ditebarkan kepada semua.
Alhamdulillah, Allah mengizinkan ana untuk melalui tempoh rehat yang agak panjang. Hakikatnya kita tidak akan puas, namun nikmat yang datang adalah lebih baik disyukuri kerana belum tentu ia akan berulang kembali.
Menyoroti perjalanan sepanjang 6 bulan lepas,saat itu diri bebas dari sebarang bebanan dan tekanan.Waktu rehat dan ziarah yang maksimum hingga mengundang jemu dan lelah pada diri. Hinggalah Allah mentakdirkan perlu berjauhan dari keluarga, belum sebulan ana sudah lemas.Bukan tuntutan kerja yang menyesakkan dada, tapi rindu yang menggunung memakan jiwa.Alhamdulillah, peluang bercuti diambil sepenuhnya hingga tidak punya waktu untuk bermalas-malasan.
Saat menjejakkkan kaki ke Bumi Kuala Nerang jam 9pagi 30.04.2011 hinggalah melangkah kaki naik ke bas jam 5.30 petang 02.05.2011, jadualku padat!Gian menunggang motosikal yang lama ditinggalkan meninggalkan kesan di muka dan tangan.hehehe...Masakan tidak, setiap hari keluar pagi balik malam.Bermula ziarah rumah nenda tercinta, ziarah saudara yang sakit, ziarah sahabat&anak saudara yang baru menerima permata hati, tak ketinggalan bershopping lah.Aktiviti wajib. Lagi sedap bila bley guna duit sendiri. Nikmat hanya Allah yang tahu..;-)
Bila dah lama tinggalkan kampung, sekali balik banyak la pulak cerita nak dikongsi.Kemana pergi pasti mengambil masa. itu belum masuk kenduri yang diabaikan.Tak sempat nak memenuhi undangan.Kesempatan yang diambil juga oleh bonda untuk berjalan-jalan ke sana sini, kerana sebelum ini tidak dapat memandangkan kesihatan ayah yang kurang memuaskan. Ayah ana lihat makin sihat.Sudah boleh ke masjid kembali.Alhamdulillah. Kata bonda, ayah gembira anak-anak balik, itu yang cepat sihatnya. Minggu lalu abang ana pulang, dan minggu ini pula, giliran ana. Jika dengan kepulangan kami menggembirakan hati ayah bonda, moga Allah mengizinkan kami anak-anak untuk mengatur waktu sebaiknya bagi pulang merawat rindu ayah bonda,insyaAllah.
Pertemuan dengan sahabat tersayang, Ros dan Shikin mengambil masa yang panjang. Alhamdulillah, jika pertemuan dulu dengan status 'penganggur terhormat', kini masing-masing sudah punya kerjaya. Alhamdulillah..Sempat berkongsi cerita mengenai kerjaya dua sahabatku yang super sabar ini.Keduanya mengajar di sekolah rendah, dalam masa yang sama mendapat celik akal. ana tidak sesabar mereka, jadi haluan ana sedikit berbeza. Cuba membayangkan andai ana ditempat mereka, bukan anak2 pelajar itu yang menangis kena marah, tapi kemungkinan besar ana yang menangis terguling-guling sebab tension.hehehe....Allahuakbar!Dia Maha Mengetahui..
Perjalanan pulang ditemani adik-adikku yang amat dirindui.Puan Izatul dan Dalila yang akan bertukar status tak lama lagi. Akak mendoakan kebahagiaan kalian adik-adikku.Terima kasih atas segala-galanya. Walaupun pertemuan singkat kerana mengejar waktu, namun memadai untuk melerai kerinduan yang bersarang dihati. Walau hakikatnya rasa rindu itu kembali bertamu saat salam dan peluk cium terlerai. Jumpa lagi nanti ya!
Allah, Terima kasih atas nikmat kasih sayang-Mu.Perjalanan rehatku, walaupun singkat dan melelaahkan namun aku bahagia kerana melihat dan merasa kasih sayang ada dimana. Kiri, kanan, depan, belakang, atas dan bawah...kasih sayang menyerikan setiap pertemuan.Moga ukhuwwah antara kami kekal selama-lamanya. kalian semua sentiasa dalam Rabitahku...insyaAllah..

01 Mei 2011

::DeCiSioN MaKiNG::


Assalamualaikum. Salam ukhuwwah dan salam kasih sayang.Salam keceriaan di hening pagi.2.00 pagi,walaupun sudah berada di kampung halaman, mata ana masih terbuntang.terkulat2 mengadap laptop sambil cuci baju. Tak tau nak buat apa, nak tidur memang tak mengantuk, hampir sebulan terbiasa berjaga di waktu malam, dah tak tau bila waktu tidur. Yang pasti, siang selamat la..Jangan dicari dimana keberadaanku.hehehee...
Apa kaitan tajuk posting ngn bebelan ana nie yer..hurmmmm...Alkisahnya..
kejadian sehari dua nie buat ana sedar yang ana bukan seorang pembuat keputusan yang baik. I'm not a good decision making!
Dua hari lepas,berjalan dengan baik proses menghantar borang permohonan untuk sambung Master. Dalam kekeliruan, kekusutan, ana mengikut rentak hati. Alhamdulillah,hari terakhir ana penyerahan borang Master, ana di UKM. itupun bukan ana yang hantar, dek kerana urusan belum selesai sepenuhnya, mengejar waktu hingga tak sedar office ada waktu rehat. Alhamdulillah, dipertemukan dengan seorang yang baik hati, sanggup nak hantarkan borang permohonan ana dan teman. Bukan tidak boleh tunggu, tapi perjalanan harus diteruskan ke Bumi UPM pula. ada urusan perlu diselesaikan oleh adik manis, juniorku. usai urusan di UPM,meredah jalan menuju ke UM.Alhamdulillah, Allah mudahkan perjalanan dan urusan kami hari itu. Sekarang, hanya tunggu natijahnya dalam 2-3 bulan lagi. Ana mengambil masa yang agak lama untuk membuat keputusan. Moga keputusan yang ana ambil ini hasil petunjuk dari-Nya juga..insyaAllah.
waktu ini, melewati 12 jam ana berada di kampung halaman yang keputusan ini juga menimbulkan kekeliruan dan kekusutan. Kerja on-call buat ana cuak dan tak sedap hati meneruskan perjalanan pulang ke kampung. walau sudah nekad hasil perbincangan dengan rakan sekerja,hakikatnya berat hati. Kalau tak mengingatkan ayahbonda tercinta, ku tahan lagi keinginan ini.
Sebelum bergerak balik ke kampung sudah ada 'hint' akan ada kesulitan berlaku. Cuba sedaya mungkin untuk selesaikan sebaiknya. Alhamdulillah,Allah berikan kemudahan. Terusik hati dengan gurauan rakan sekerja.."aman ke cuti?"..huh!TIDAK!
Allah Maha Kuasa, sampai saja dibumi Kedah baru tersedar ada 'urgent case' yang belum selesai. Cuba diselaikan, tapi kepenatan buat ana lupa ada masalah tertangguh. Allahuakbar!debar hati hanya Allah yang tahu.Memohon sepenuh hati agar Allah lorongkan jalan yang terbaik tanpa menyusahkan sesiapa. Alhamdulillah, ada yang sudi membantu. Memang ana menganggu students pagi tadi dengan gangguan yang sebenar2 ganggu.huhuhu..maafkan saya...
Sekali lagi sujud syukurku saat semuanya selesai. Hampir sejam bertungkus lumus dari jauh. Masa tue memang jantungku berdebar lebih kencang la...seperti gendera mau pulang.hehehehe..Dan sekali terfikir, bijak ke keputusan yang ana buat nie. Bila menyusahkan orang lain, yang tidak seharusnya disusahkan, serba salah pulak jadinya. Lain la kalau yang disusahkan memang individu yang sepatutnya..;-)
Secebis peristiwa yang buat ana audit diri. Apakah ana pembuat keputusan yang baik. Dalam masa ini, masih banyak perkara yang ana perlu putuskan. tapi ana masih begini..Let it be Natural..konon! pastue gelabah sendiri...huhuhu..
Saat ini ana terfikir, patut la Dato' Dr Hj Fadzilah Kamsah pesan suruh istikharah tiap2 malam. sebab istikharah itu bukan hanya untuk urusan tertentu, tetapi melingkupi semua pilihan hidup. Kerana dalam hidup ini kita senantiasa berdepan dengan pilihan. Kebijaksanaan akan teruji tatkala situasi itu dihadapi. Pentingnya punya hati yang bersih yang terisi dengan Hidayah agar setiap keputusan yang diambil adalah ilham dari-Nya terbaik untuk kita juga agama kita.
Maybe i'm not a Good Decision Making, but i'll try to make a good decision as well..
-Learn from everybody and everything- -Life Long Learning-
wassalam
NOTA buat da'ei. Apabila kita sendiri diuji dengan apa yang sering kita dakwahkan, itu petanda Allah sedang mendidik kita agar melaksanakan apa yang kita perkatakan. Bersyukurlah kerana Allah masih sudi mengingati kita dalam usaha kita mengingatkan manusia. -khas buat diri yang faqir ini-