Antara tanda-tanda dalam mengetahui Lailatul Qadar adalah berdasarkan beberapa hadis di bawah :
1. Abi Ibnu Ka’ab telah meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W telah bersabda mengenai Lailatul Qadar yang bermaksud : Sesungguhnya matahari yang keluar pada hari itu tidak begitu bercahaya (suram). – Hadis riwayat Imam Muslim dalam kitab puasa -
2. Telah diriwayatkan daripada Nabi S.A.W bahawa baginda telah bersabda yang bermaksud : Sesungguhnya tanda-tanda Lailatul Qadar, bahawa malamnya bersih suci seolah-olah padanya bulan yang bersinar, tenang sunyi, tidak sejuk padanya dan tidak panas, tiada ruang bagi bintang untuk timbul sehingga subuh, dan sesungguhnya tanda-tandanya matahari pada paginya terbit sama tiada baginya cahaya seperti bulan malam purnama tidak membenarkan untuk syaitan keluar bersamanya pada hari itu. – Hadis riwayat Iam Ahmad dengan isnad jayyid daripada Ubadah bin As-Somit -
3. Dalam Mu’jam At-Tobarani Al-Kabir daripada Waailah bin Al-Asqa’ daripada Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : "Malam Lailatul Qadar bersih, tidak sejuk, tidak panas, tidak berawan padanya, tidak hujan, tidak ada angin, tidak bersinar bintang dan daripada alamat siangnya terbit matahari dan tiada cahaya padanya(suram)".
4. Telah meriwayat Al-Barraz dalam musnadnya daripada Ibn Abbas bahawa Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : "Malam Lailatul Qadar bersih tidak panas dan tidak pula sejuk".
Qadhi ‘Iyad telah mengatakan ada dua pendapat mengenai matahari yang terbit tanpa cahaya iaitu:
1) Ia merupakan tanda penciptaan Allah SWT.
2) Menunjukkan bahawa kerana terlalu banyak para malaikat yang berzikir kepada Allah pada malamnya dan mereka turun ke bumi yang menyebabkan sayap-sayap dan tubuh mereka yang halus menutupi dan menghalangi matahari dan cahayanya.
Daripada hadis-hadis di atas bolehlah kita buat kesimpulan bahawa antara tanda-tanda Lailatul Qadar ialah :
a. Pada malamnya keadaan bersih dengan cuaca tidak sejuk dan tidak pula panas.
b. Malamnya tenang yang mana terang dan angin tidak bertiup sebagaimana biasa dan awan agak nipis.
c. Malamnya tidak turun hujan dan bintang pula tidak bercahaya seolah-olah tidak timbul.
d. Pada siangnya pula matahari terbit dalam keadaan suram.
Wallahua'lam.
12 September 2009
10 September 2009
JoM TiNGKaTKaN iBaDaH, RaiH PaHaLa BeRGaNDa!!!
Salam Ukhuwwah dan Salam Kasih Sayang..Salam Ramadhan Kareem di fasa terakhir..dimana kita dijanjikan pembebasan daripada api neraka pada fasa ini. Belum habis kegembiraan menyambut kedatangan bulan Ramadhan yang penuh Rahmat ini, kini kita telah berada di fasa akhir Ramadhan. Mungkin ini Ramadhan yang terakhir buat kita, jadi..Jom! kita gandakan amalan...lakukan kebaikan..manfaatkan peluang ini..moga kegembiraan kedua yang dijanjikan iaitu kegembiraan saat kita bertemu Pencipta kita Rabbul Jalil nanti menjadi milik kita...ameen.
Selamat meneruskan keghairahan menghidupkan Ramadhan dengan penuh keimanan...sebagaimana kita berlumba-lumba mengejar tarikh SALE di gedung membeli belah diharapkan kita lebih ghairah peka kepada tawaran hebat yang ada pada bulan mulia ini...
wallahua'lam...
07 September 2009
.:HiDuP DeMi SeBuaH KeHiDuPaN:.
Salam ukhuwwah dan Salam Kasih Sayang...
Moga semarak semangat Ramadhan masih membara di dada.Ramadhan kali ini terasa amat cepat berlalu. Alhamdulillah, Allah masih mengurniakan kesihatan fizikal dan iman untuk mengimarahkan bulan penuh barakah ini.pejam celik..pejam celik...dah masuk 18 Ramadhan. teringat ana pada pesanan ringkas yang ana terima daripada Zanariah,sahabat baik semasa dibumi tarbiyyah, Madrasah Al-Khairiah di awal Ramadhan lalu..."Pejam celik, pejam celik dah masuk bulan Ramadhan...Makin dipejam celik, makin banyak salah dan dosa..sementara masih celik, banyak-banyaklah buat pahala...sebelum pejam tak celik-celik.."
Mungkin kedengaran ada kelucuan pada pesanan tersebut, namun ana pantas teringat betapa akhir-akhir ini makin banyak kematian yang tiba secara mengejut. berborak dengan sepupu ana semalam, katanya salah satu tanda besar kiamat, ramai manusia mati mengejut..wallahua'lam.
'alaa kulli hal...mati itu sebenarnya terlalu dekat dengan kita. dan kita tidak tahu bila masanya kita akan dipanggil 'pulang'.terlalu bermakna kehidupan ini untuk dimanfaatkan demi sebuah kematian yang bakal tiba. bilamana setiap saat dalam kehidupan kita gunakan untuk menyediakan bekalan yang semampu mungkin untuk berhadapan dengan kematian, insyaAllah kehidupan kita akan menjadi sebuah kehidupan yang amat bermakna.
Ingin ana kongsikan pengalaman yang ana lalui beberapa hari lalu. ana dijemput untuk bersama-sama HELWA MPMUM dalam program iftor bersama pimpinan muslimat peringkat Kolej,Persatuan Agama dan juga anak negeri. terlalu bermakna program ini ana rasa, bukan pada makanan jasmani yang disajikan namun lebih kepada santapan rohani yang ana kira cukup memberi kesan pada diri ana. mungkin susuk tubuh penyampai itu yang membuatkan ana cukup tersentuh dengan apa yang disampaikan. mungkin pada pendengaran orang lain ianya biasa, namun pada ana walaupun bukan kali pertama mendengar amanat yang sebegitu daripada individu yang sama, namun ana tetap tidak mampu menahan airmata ana daripada tumpah bilamana ana menghayati tipa bait kata yang dilontarkan.
Insan yang ana maksudkan ialah Puan Mastura Mohamad atau lebih mesra dipanggil K.Mas, mantan pengarah Nisa' Malaysia. jujurnya ana amat mengkagumi insan ini. melihatnya sudah cukup buat ana bersemangat, mendengar ungkapan katanya meresap terus ke hati ana. apa saja yang keluar dari mulutnya cukup memberi makna kepada ana. beliau sering menekankan betapa seorang anak amat-amat-amat perlu menjaga hati dan perasaan ibu dan ayah. apatah lagi kepada pejuang-pejuang muda yang sering terkurang waktu bersama ayah dan ibu. amatlah penting untuk menjaga hati dua insan mulia ini.
'Small kindness' adalah satu lagi antara pesanan yang selalu K.Mas sering amanatkan. menghargai orang lain adalah satu small kindness yang boleh kita buat yang tak memerlukan sebarang modal, malah seringkali memperolehi keuntungan. contohnya, memenuhi jemputan orang lain bagi memeriahkan majlis. apa yang ana amat perasan dengan K.Mas ialah sikap beliau yang sangat memuliakan orang lain. seboleh mungkin beliau akan cuba memberi penghargaan kepada individu yang sepatutnya diberi penghargaan. dan sesiapa sahaja yang menemani beliau ke majlis2 yang beliau hadiri, insan tersebut akan diberi peluang untuk turut sama menyampaikan sesuatu. ana amat terkesan dengan sifat yang satu ini...

"apa yang ada kita syukuri jangan difikir apa yang tidak ada dengan kita".kata2 ini begitu mengajar ana untuk menghayati erti kehidupan ini. betapa sifat qana'ah itu menjadi hal terpenting dalam menempuh sebuah kehidupan. dunia hari ini memerlukan kita hidup dengan mujahadah yang tinggi demi sebuah kehidupan yang abadi.Syukurilah apa milik kita sementara ia masih milik kita. terlalu banyak perkara untuk disyukuri berbanding daripada kita perlu pening kepala memikirkan apa yang belum pasti....
apa pun ana berazam untuk menjadi seperti beliau. mendidik diri untuk menjadikan kata-kata kita mudah diterima dan difahami bukanlah satu perkara yang mudah. moga Allah mengurniakan kekuatan untuk ana istiqamah dalam usaha ini. ameen...

03 September 2009
HiKMaH SuJuD...
Hikmah sujud - Sujud lega sistem pernafasan
Mungkin ramai di kalangan umat Islam tidak sedar mengenai pelbagai hikmah yang tersembunyi ketika sujud. Pada hal, kita perlu sedar bahawa tiada suatu pun ciptaan dan suruhan Allah s.w.t. yang sia-sia, malahan setiap ciptaan itu mempunyai kelebihan yang selalunya tidak terjangkau akal manusia. Manusia melakukan sujud dalam dua bentuk, iaitu sujud fizikal seperti ketika bersolat dan sujud spiritual berbentuk ketaatan kepada perintah Allah s.w..t. dan menjauhi larangannya. Ulama mengatakan sujud ketika solat adalah waktu manusia paling hampir dengan Allah s.w.t. dan mereka menggalakkan kita bersujud lebih lama. Antara hikmah lain sujud adalah melegakan sistem pernafasan dan mengembalikan kedudukan organ ke tempat asalnya.
Bernafas ketika sujud pula boleh:
- membetulkan kedudukan buah pinggang yang terkeluar sedikit dari tempat asalnya.
- membetulkan pundi peranakan yang jatuh.
- melegakan sakit hernia. (burut)
- mengurangkan sakit senggugut ketika haid.
- melegakan paru-paru daripada ketegangan.
- mengurangkan kesakitan bagi pesakit apendiks atau limpa.
- kedudukan sujud adalah paling baik untuk berehat dan mengimbangkan lingkungan bahagian belakang tubuh.
- meringankan bahagian pelvis.
- memberi dorongan supaya mudah tidur.
- menggerakkan otot bahu, dada, leher, perut serta punggung ketika akan sujud dan bangun daripada sujud.
- pergerakan otot itu menjadikan ototnya lebih kuat dan elastik, secara automatik memastikan kelicinan perjalanan darah yang baik.
- bagi wanita, pergerakan otot itu menjadikan buah dadanya lebih baik, mudah berfungsi untuk menyusukan bayi dan terhindar daripada sakit buah dada.
- mengurangkan kegemukan.
- pergerakan bahagian otot memudahkan wanita bersalin, organ peranakan mudah kembali ke tempat asal serta terhindar daripada sakit gelombang perut (convulsions) .
- organ terpenting iaitu otak manusia menerima banyak bekalan darah dan oksigen.
- mengelakkan pendarahan otak jika tiba-tiba menerima pengepaman darah ke otak secara kuat dan mengejut serta terhindar penyakit salur darah dan sebagainya.
Dari segi psikologi pula, sujud membuatkan kita merasa rendah diri di hadapan Yang Maha Pencipta sekaligus mengikis sifat sombong, riak, takbur dan sebagainya.
Dari segi perubatan, kesan sujud yang lama akan menambahkan kekuatan aliran darah ke otak yang boleh mengelakkan pening kepala dan migrain, menyegarkan otak serta menajamkan akal fikiran sekali gus menguatkan mentality seseorang. Menurut kajian, terdapat beberapa urat saraf di dalam otak manusia yang tidak dimasuki darah sedangkan setiap inci otak manusia memerlukan darah yang cukup untuk berfungsi secara normal dan sempurna.
Wallahua'lam..

30 Ogos 2009
BiCaRa MeRDeKa..PeRJuaNGaN BeLuM SeLeSai
Salam Ukhuwwah dan Salam kasih sayang untuk rakyat Malaysia yang menyambut ulangtahun kemerdekaan negara yang ke-52. dalam suasana yang penuh kerahmatan moga kita akan lebih bersyukur atas nikmat kemerdekaan yang bukan semua negara mampu memilikinya. pastinya sambutan kemerdekaan negara pada kali ini amat berbeza,tanpa sambutan seperti sebelum ini diharapkan kurang kemungkaran yang dilakukan menjelang hari kemerdekaan. bukan semua orang mengerti makna kemerdekaan yang sebenar. anak muda ramai yang mengandaikan kemerdekaan menjadikan mereka merdeka untuk berfikir dan bertindak mengikut nafsu dan akal yang dangkal. tak kurang yang mendefinasikan merdeka sebagai satu titik tolak kepada kebebasan untuk melakukan semua perkara tanpa sekatan.
Dua tahun berpeluang mengikuti program di malam merdeka, ana dapat lihat dengan mata kepala sendiri betapa anak bangsa kita ini makin hanyut, mungkin mereka gembira melaung kata merdeka namun hakikat sebenar mereka masih terjajah dek sikap dan minda sendiri. hingga ke hari ini ana tidak dapat berpuas hati setiap kali ulangtahun kemerdekaan di sambut. untuk apa semua itu?andai bangsa ini sebenarnya belum merdeka?menyambut kemerdekaan hanya kerana keseronokan...ana yakin andai disoal anak2 muda yang terpekik terlolong melaung merdeka dalam deruan motosikal yang kuat, bersambut hilai tawa antara satu sama lain, mereka sebenarnya tidak tahu apa itu erti merdeka yang sebenar...
Dengan izin Allah, sambutan Kemerdekaan kali ini sedikit terjejas dengan wabak H1N1 yang menyerang dan juga atas sebab menghormati bulan Ramadhan yang mulia maka sambutan seperti kebiasaannya tidak diadakan. namun mampukah sebab itu menjadi penyebab kepada terhapusnya kemungkaran yang seringkali berlaku dalam sambutan hari kemerdekaan. adakah kita yakin anak muda kita berada dirumah menghayati kemerdekaan dalam kesyahduan Ramadhan atau....? fikir-fikirkan...
PERJUANGAN YANG BELUM SELESAI
Sesungguhnya tidak ada yang lebih menyayatkan
dari melihat bangsaku dijajah
Tidak ada yang lebih menyedihkan
dari membiarkan bangsaku dihina
Air mata tiada ertinya
sejarah silam tiada maknanya
sekiranya bangsa tercinta terpinggir
dipersenda dan dilupakan
Bukan kecil langkah wira bangsa
para pejuang kemerdekaan
bagi menegakkan kemuliaan
dan darjat bangsa
selangkah beerti mara
mengharung sejuta dugaan
Biarkan bertatih
asalkan langkah itu yakin dan cermat
bagi memastikan negara
merdeka dan bangsa terpelihara
air mata sengsara
mengiringi setiap langkah bapa-bapa kita
Tugas kita bukan kecil
kerana mengisi kemerdekaan
rupanya lebih sukar dari bermandi
keringat dan darah menuntutnya
Lagi pula apalah ertinya kemerdekaan
kalau bangsaku asyik mengia dan menidakkan,
mengangguk dan membenarkan,
kerana sekalipun bangganya negara
kerana makmur dan mewahnya,
bangsaku masih melata
dan meminta-minta di negaranya sendiri
Bukan kecil tugas kita
meneruskan perjuangan kemerdekaan kita
kerana rupanya selain memerdekakan,
mengisi kemerdekaan itu jauh lebih
Bangsaku bukan kecil hati dan jiwanya
bukankah sejak zaman berzaman
mereka menjadi pelaut, pengembara
malah penakluk terkemuka?
Bukankah mereka sudah mengembangkan sayap,
menjadi pedagang dan peniaga selain menjadi ulama dan
ilmuan terbilang?
Bukankah bangsaku pernah mengharung
samudera menjajah dunia yang tak dikenal
Bukankah mereka pernah menjadi
wira serantau yang tidak mengenal
erti takut dan kematian?
Di manakah silapnya hingga bangsaku
berasa begitu kecil dan rendah diri?
Apakah angkara penjajah?
Lalu bangsaku mulai
melupakan kegemilangan silam
dan sejarah gemilang membina empayar
Tugas kita belum selesai rupanya
bagi memartabat dan
memuliakan bangsa
kerana hanya bangsa yang berjaya
akan sentiasa dihormati
Rupanya masih jauh dan berliku jalan kita
bukan sekadar memerdeka dan mengisinya
tetapi mengangkat darjat dan kemuliaan
buat selama-lamanya
Hari ini,
jalan ini pasti semakin berliku
kerana masa depan belum tentu
menjanjikan syurga
bagi mereka yang lemah dan mudah kecewa
Perjuangan kita belum selesai
kerana hanya yang cekal dan tabah
dapat membina mercu tanda
bangsanya yang berjaya
Dr. Mahathir MohamadMei 1996

Langgan:
Catatan (Atom)
NOTA buat da'ei. Apabila kita sendiri diuji dengan apa yang sering kita dakwahkan, itu petanda Allah sedang mendidik kita agar melaksanakan apa yang kita perkatakan. Bersyukurlah kerana Allah masih sudi mengingati kita dalam usaha kita mengingatkan manusia. -khas buat diri yang faqir ini-