26 Oktober 2008

SeLaMaT PeNGaNTiN BaRu aDiKkU...


Hingga waktu ini ana tak dapat melelapkan mata.Rasa sedih dan terkilan memenuhi segenap hati dan jiwa. Apa tidaknya, ex-roomate semasa di 9th dulu bakal menamatkan zaman solonya tak sampai 24 jam lagi. Tapi ana tak dapat berada disampingnya sebagaimana yang dia harapkan. Maafkan akak dik...
Awal perkenalan ana dengan dijah, ana disogokkan dengan cerita negatif mengenainya. Tapi sikap ana yang tak kisah buat ana dan dijah boleh 'ngam'. Ana akui Dijah agak sukar didekati, tapi mungkin cara ana yang happy go lucky akhirnya ana serasi dengan dijah. kami(ana,dijah&ju) pada masa tue sangat happy.Ana dan Ju sama janji kalau diizinkan Allah,kami akan bersama Dijah pada hari bersejarahnya. Kami merancang perkara ini sebelum Dijah grad lagi...Tapi perancangan Allah itu lebih baik. Ana tahu ada hikmah disebaliknya. JU tak dapat pergi sebab final exam. sedangkan ana terpaksa pulang ke kampung. Ana telah berusaha sedaya mungkin untuk sampai ke Rumah Dijah, tapi itulah dikatakan kuasa manusia, sebaik mana perancangan jika tidak diizinkan Allah, pasti tidak terjadi...
Walaupun Dijah mengatakan dia tidak marah, tapi ana tahu jauh disudut hati pasti dia bersedih. Dijah agak susah untuk rapat dengan sesiapa...kami antara insan bertuah yang rapat dengannya tidak dapat bersamanya pada hari bersejarahnya. Kalau ana ditempat Dijah pasti ana juga sedih...tapi apakan daya...
untuk Dijah yg akak sayang..
Akak doakan dirimu bahagia dik..moga perkahwinanmu diberkatiNya...Moga kekal hingga keakhir hayatmu...
walau akak tidak dapat bersamamu, doa dan ingatan akk sentiasa bersamamu...
Salam Sayang dari kejauhan...

15 Oktober 2008

Selamat Berjuang...



Special dedication 4 my Beloved Brother...
MOhd Luthfi Md HUssain

aku pasti saat ini
pasti tiba...
kau takkan selamanya..
disisi kami..
disamping ibu yang kita cintai..
bersama ayah yang kita kasihi..

telah 2 dekad lamanya...
kita tak pernah..
terpisah jauh...
kini...
masanya tiba...
demi impianmu yang mulia..
insan yang kau sayang
terpaksa kau tinggalkan
demi memenuhi panggilan
dari bumi anbiya
'ardhul Kinanah...

tabahkan hatimu dik
kuatkan azam dan tekadmu...
doa kami sentiasa mengiringi perjalananmu
doa kudus seorang ibu
harapan kasih seorang ayah
ingatan tulus ikhlas...
abang2 dan kakakmu
moga apa yang kau impikan
diizinkan Allah
untuk kau milikinya...

jaga dirimu sebaiknya
jantung hati kami semua
moga adik sejahtera di bumi anbiya'
dalam jagaan Allah Maha Esa...

Salam Sayang penuh Kerinduan...
Mak&Ayah,abg Nan&K.Shidah,B.E&K.Syah,B.Din&K.Tie,B.Ad&K.Ina,dan akak...
tak lupa utk p.ndak disana,salam dari Firdaus,Iqmal,Najihah,Iqbal,Faridhuan&Nurul Iman...

Best Of Cares...



05 Oktober 2008

RaMaDhaN Yg berLalu..

Ramadhan Kali Ini…

Ana dalam bas saat ini. Bosan membilang neon dijalan, ana ‘on’kan laptop. Malam ini ana ada masa untuk mencoret sesuatu bagi mengisi blog yang agak suram. Meniti hari-hari terakhit di bulan Ramadhan, hati dibuai pelbagai rasa. Apakah Ramadhanku kali ini lebih baik dari sebelumnya. Dimana tahap imanku, amalku selepas keluar dari madrasah Ramadhan kali ini??? Dalam masa yang sama hati dipagut rindu pada ayahbonda dikampung. Ramadhan ini, ana langsung tidak ada waktu untuk balik berpuasa bersama keluarga tercinta. Masa yang cukup terbatas hanya ana boleh gunakan untuk menziarahi abang-abang dan ibu saudara di KL. Kadang-kadang bila dengar je ada kawan yang balik kampong hujung minggu, rasa geram sangat…jeles pun yer…
Tahun ketiga melalui Ramadhan sebagai pelajar memberikan ana pengalaman berbeza setiap tahun. Tahun pertama, ana disibukkan dengan tanggungjawab ana sebagai ad-hoc Program untuk sepanjang bulan Ramadhan. Ana rasa Ramadhan yang paling ana sesali kerana ana sering membelakangkan fadhilat-fadhilat yang patut dinikmati dalam bulan ini hanya kerana ana terlalu komited dengan tugas yang diamanahkan. Ramadhan kedua, ana lalui dalam fasa PilihanRaya Kampus. Ditaklifkan amanah yang amat berat, ana ditakdirkan bertanding sebagai calon Fakulti. Satu pengalaman yang amat mahal, apatah lagi ana laluinya dalam bulan Ramadhan, cukup menguji diri. Siang hari yang panas dan dalam keadaan letih, ana dan sahabat menapak dari kelas ke kelas untuk menjalankan kempen. Malamnya iftor bersama dimana sahaja berkesempatan. Letih dan penat, namun amat manis jika diingat kembali. Rahmat Ramadhan memberikan kejayaan kepada calon-calon Pro-M yang bertanding apabila ada yang menang di peringkat umum, dan juga fakulti. Alhamdulillah.
Ramadhan kali ini, di tahun pengajian yang ketiga, tanggungjawab ana lebih berat. Diamanahkan dengan jawatan Timb Presiden Persatuan Mahsiswa Kedah (PERMADAH) cukup menguji. Ramadhan kali ini boleh dikira dengan jari berapa kali ana berbuka dirumah. Hinggakan housemate akan pelik bilamana ana berbuka dirumah. Hampir sebulan Ramadhan, jelajah PERMADAH untuk menemui ahli di kolej kediaman dan juga diluar kampus membuatkan semua pimpinan akan berada bersama ahli sekurang-kurangnya 2 kali seminggu. Alhamdulillah, jelajah yang dijalankan mendapat sambutan yang baik. Namun, Ramadhan kali ini ana sudah bersedia kerana ana tak mahu lagi berulang sejarah Ramadhan pertama dulu. Alhamdulillah, Allah ,mudahkan jalan untuk ana. Sepanjang Ramadhan ini, tanggungjawab ana terhadap Islam cuba ana sempurnakan dalam masa yang sama tanggungjawab sebagai makhluk tetap ana perlu tingkatkan. Mudah menjalin hablul minannas, tapi agak berat dalam mengukuhkan hablul minallah, sedangkan itu yang paling utama.
Alhamdulillah, Ramadhan ini ana sempat ke kampung Pandan melihat sendiri kanak-kanak di sekolah pertuturan mengkhatamkan Al-Quran. Subhanallah, ana yang sempurna ini, rasa kerdil bila disamping adik-adik comel yang punya masalah mendengar dan bertutur. Terpegun dengan kesungguhan guru-guru yang mengajar, juga kemahuan adik-adik ini merealisasikan kata-kata, “segalanya mungkin”.
Moga perkongsian ini jauh dari sifat takbur dan sifat mazmumah yang lain. Sekadar berkongsi pengalaman, idea dan perkongsian sebahagian perjalanan hidup. Moga Ramadhan terus membersihkan hati dan jiwa kita, dan moga Syawal yang bakal tiba akan terus menyatukan dan mengeratkan hati-hati kita. Wallahua’lam..

27.09.08/ 2 a.m.
NOTA buat da'ei. Apabila kita sendiri diuji dengan apa yang sering kita dakwahkan, itu petanda Allah sedang mendidik kita agar melaksanakan apa yang kita perkatakan. Bersyukurlah kerana Allah masih sudi mengingati kita dalam usaha kita mengingatkan manusia. -khas buat diri yang faqir ini-